10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN - Cahaya Hayati

14 Mar 2019

10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN

Hai korang. Dengar-dengar ramai yang dapat surat pengakuan sukarela dari LHDN. Korang dapat tak? Kalau dapat, jangan gelabah. Pi ja LHDN dan isytiharkan pendapatan anda sebagai blogger, instafamous atas social media insfluencer. Bila kita isytihar, barulah nampak pendapatan tu kena cukai atau tak? Sebab pendapatan kita dalam setahun akan ada pengecualian pendapatan. Tak silap mommy ada 20. Boleh baca kat SINI.

Dalam entry ni, mommy nak kongsikan 10 sebab anda dicari oleh LHDN. 10 sebab ini dikongsikan oleh pemilik AMACC Advisory iaitu Tuan Amsyari Syakur. Famous dan selalu masuk TV. Korang boleh follow beliau di Facebook dan juga laman web AMACC sebab ada banyak perkongsian tentang cukai individu dan juga syarikat serta lain-lain tips kewangan.

sebab-sebab dicari lhdn, 10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN, kenapa dapat surat dari lhdn, lhdn, info lhdn, e filing, siapa yang di cari oleh lhdn, tips cukai, cukai, siapa yang kena bayar cukai,
 pemilik AMACC Advisory iaitu Tuan Amsyari Syakur

10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN


sebab-sebab dicari lhdn, 10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN, kenapa dapat surat dari lhdn, lhdn, info lhdn, e filing, siapa yang di cari oleh lhdn, tips cukai, cukai, siapa yang kena bayar cukai,

Tidak kira anda sebagai individu atau berbisnes, cuba anda elak lakukan perkara dibawah. Jika tidak anda mengalakkan atau mengundang kedatangan LHDN. Elak perkara dibawah:-

1) Bayaran cukai anda turun mendadak

Sebagai contoh:-
Bayaran cukai

Tahun 2016 - RM120,000
Tahun 2017 - RM60,000
Tahun 2018 - RM 30,000


2) Margin untung kasar anda jauh dari rakan bisnes anda dalam industri yang sama.

Contoh:-

Buat bisnes jual komputer

Margin untung kasar dalam industri selalunya 25% ke atas, jika anda kurang dari margin kasar tersebut. Anda perlu fikirkan sebabnya


3) Anda hebat atau glamour dalam media sosial

Media sosial yang mudah untuk mereka kesan anda ialah di facebook dan instagram. Jika anda sudah glamour, pasti anda sudah bersedia.


4) Anda berhenti istihar cukai tanpa beritahu LHDN

Contoh:-
Tahun taksiran
2016 - istihar cukai
2017 - tidak istihar cukai


5) Buat setem duti untuk perumahan di LHDN

6) Rumah atau kenderaan anda, mewah atau banyak

7) Jualan bisnes anda dedahkan pada umum

8) Anda buat bisnes sebagai agen seperti Agen insuran dan REN (real estate negotiator). Anda kena ingat majikan anda hantar borang CP58 ke LHDN

9) Anda claim semua perlepasan individu dan tuntut penuh untuk perlepasan yang diberi

10) Anda buat bayaran potongan cukai bulanan (PCB) banyak, tapi tidak ada cukai dikenakan.

Ada banyak lagi tapi inilah 10 sebab utama yang menyebabkan anda di cari oleh LHDN. Yang mana belum buat e-filing tu, cepat-cepatlah buat. Jangan tunggu akhir waktu sebab takut anda terlupa nak buat terus ja... 

2 comments:

  1. huurm.. betul. pergi sajalah declare apa patut.
    kalo x lebih jumlah x perlu bayar apa2 pun..

    ReplyDelete