March 2019 - Cahaya Hayati

22 Mar 2019

Makan-Makan Di Damiral's Grill Bandar Perda

March 22, 2019 0
Makan-Makan Di Damiral's Grill Bandar Perda
Salam Jumaat korang. Dah lunch? Mommy tak keluar lunch hari sebab pagi tadi buat potluck dengan kawan-kawan office. Masing-masing bawa sorang sikit. Walaupun sorang sikit, lebih banyakkkk. Ni pun dah tak tahu berapa kali ulang. Selagi tak habis makanan, kita makan lagi. Cheat day betul hari ni... Esoklah kita bakar balik. hihi.. Hari ni mommy nak update entry tentang makan-makan di Damiral's Grill Bandar Perda. Dah lama pergi makan tapi baru hari ni nak buat entry.... 

Idea asal untuk makan-makan di Damiral's Grill adalah untuk menyambut majlis persaraan dan perpisahan bagi staff yang akan bersara dan juga tukar unit. Tapi di tukar kepada 'Makan Besar' sebab dua staff chinese nak berbelanja sempena CNY. Love, love banyak kan korang.. Nanti belanja lagi eh!

 Damiral's Grill
 Damiral's Grill

Di Damiral's Grill memang best dan sesuai untuk buat jamuan kecil-kecilan sebab dekorasi tempatnya cantik, service tip top, exclusive dan makanan pun sedap. Yang best, kami di beri pilihan untuk order apa saja yang kami nak. Love lagi untuk both of you.. 

Actually mommy pernah  dah datang sini, first masa sambut anniversary yang keberapa ntah.. 2nd pula masa event office. So, bila tanya kat mana nak buat event... Terus cadangkan Damiral's Grill. Nasib baik semua setuju. 

 Damiral's Grill
Makan-Makan Di Damiral's Grill Bandar Perda

Gambar atas tu semua menu yang di order. Antaranya adalah Chicken Parmiagana Italian Style, BBQ Lamb Shank, Olio Beef Spicy, Shrimp Aglio Olio, Black Pepper Lamb Shank dan juga beef steak. Portion banyak dan besar. Order lain-lain sebab bila makan boleh rasa semua menu yang ada. Pandai tak kami? 

So, closed up 2, 3 menu yang sempat mommy ambil....

Damiral's Gril
Black Pepper Lamb Shank

Damiral's Gril
Olio Beef Spicy


Damiral's Gril
BBQ lamb Shank
Semua menu sedap sangat. Recommended untuk korang yang suka western food, nak sambut hari istimewa dan untuk majlis pejabat. Bagi yang belum pernah datang boleh search guna google maps ni. 


20 Mar 2019

Jeragat Dan Bintik Hitam (Dark Spot) Berkurangan Dengan Safi Expert Solution

March 20, 2019 0
Jeragat Dan Bintik Hitam (Dark Spot) Berkurangan Dengan Safi Expert Solution
Hai korang. Kalau korang follow blog mommy dari awal, korang memang akan tahu yang mommy mengalami masalah jeragat yang agak teruk. Kalau tangkap gambar tanpa beauty apps memang akan nampak kesan jeragat yang ketara. Malu sangat sampai kadang-kadang kawan-kawan ajak bergambar pun mommy malas nak join. Rasa macam memburukkan gambar diaorang jer... So, jangan terasa yer kawan-kawan. Disebabkan mommy tak mahu masalah jerawat dan kulit tidak sekata memburukkan lagi wajah mommy, mommy telah mencuba Safi Expert Solution. Cegah sebelum nampak tua dari umur sebenar.hehehe..

Mommy berminat untuk mencuba Safi Expert Solution ni kerana, kesan awal penggunaan boleh nampak dalam tempoh 2 minggu. Wow! Jarang mommy dengar produk yang boleh nampak kesan seawal 2 minggu. Syabas Safi! Bila dah ada produk sebegini, tak perlu lagi untuk membuang duit ke salon kecantikan.. 

Oh yer, mommy baru selesai mencuba produk terbaru dari Safi iaitu Safi Expert Solution. Betul ke berkesan dalam tempoh 2 minggu? Cer tengok gambar sebelum dan selepas menggunakan Safi Expert Solution. Ada beza tak?

Safi Expert Solution
Sebelum menggunakan Safi Expert Solution

Safi Expert Solution
Selepas menggunakan Safi Expert Solution

Nampakkan perbezaan yang di alami oleh mommy dengan hanya penggunaan selama 2 minggu. Tak ketara sangat tapi masih nampak perubahan yang berlaku iaitu kesan jeragat dan pigmentasi  di pipi telah berkurang. Tempoh 2 minggu bukanlah satu tempoh yang boleh hilangkan terus kesan jeragat atau pigmentasi yang telah bertahun-tahun wujud di wajah. So, kena sabar dan terus menggunakan produk Safi Expert Solution

Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation


Safi Expert Solution yang mommy guna adalah Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation. Why? Sebab sepanjang mommy hidup, mommy mengenali jenama Safi dari kecil lagi. Korang bayangkan berapa lama dah Jenama Safi berada dalam bidang kecantikkan ni? Kalau ikutkan umur mommy dah 39 tahun, maybe lebih lama dari itu... Bila dah lama dalam bidang kecantikkan, ia adalah jenama dan produk yang boleh di percayai. Sebab itulah mommy pilih Safi Expert Solution.

Safi Expert Solution
Safi Expert Solution

Selain dari jenama dan kepakaran dalam bidang kecantikkan, mommy pilih Safi Expert Solution adalah kerana produk ini sendiri iaitu produk ini merupakan 2 Step Multi-Action Ampoule System dimana ia diformulasikan dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat iaitu DN Age Tecnology. Kombinasi hebat 2 langkah ini bertindak pantas menembusi ke dalam lapisan kulit untuk memerangi bintik-bintik hitam dengan berkesan, membekalkan kelembapan dan menggalakkan pembaharuan kulit agar kulit tampil lebih sihat dan cantik secara menyeluruh.


Produk ini juga telah di uji secara klinikal di mana keputusan yang di perolehi menunjukkan:-

  • 85.7% bintik hitam berkurangan
  • 91.7 Kulit lebih berseri
  • 100% pembaharuan kulit
  • 100% keanjalan
  • 100% peningkatan tona kulit

Paling menarik, kandungan dalam Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation kerana ia :-

  • Tidak mengandungi minyak asli
  • Tiada Alkohol
  • Tiada Silicone
  • Tiada Paraben
  • Tidak di uji keatas haiwan

Cara Guna Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation 

Step 1 : Renewal Hydra Complex

Titiskan ekstrak ampoule menggunakan dropper ke tapak tangan dalam kuantiti secukupnya. Kemudian apply pada wajah dan tepuk perlahan-lahan sehingga ianya meresap sepenuhnya ke dalam kulit muka dan di ikuti dengan Step 2.

Safi Expert Solution
Step 1 : Renewal Hydra Complex

Safi Expert Solution


Step 2: Supreme Anti-Spots Complex

Titiskan sedikit Supreme Anti-Spots Complex di tapak tangan dan apply pada wajah secara urutan ke atas.

Safi Expert Solution

Safi Expert Solution

Kedua-dua product ni berbau wangi dan menyegarkan. Nampak macam berminyak tapi bila apply ke pipi tak berminyak pun. Magic betul.... Satu lagi, tekstur dia sangat ringan dan tak melekit. So, kulit kekal lembap dan segar dalam tempoh yang lama.

Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin

Bila di kaji sebab-sebab yang menyebabkan terjadinya jeragat dan dark spots adalah di sebabkan terdedah kepada cahaya matahari dan proses penuaan semulajadi. Walaubagaimanapun, faktor yang membantu mempercepatkan terjadinya jeragat dan dark sport adalah disebabkan masalah kulit kering. Bagi membantu mengatasi masalah kulit kering yang disebabkan oleh alam sekitar, pendedahan kepada UV dan juga pencemaraan udara, penggunaan Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin amatlah sesuai dan membantu melembapkan kulit wajah.

Safi Expert Solution
Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin

Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin adalah milk drop serum yang mengandungi NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid. Kandungan ini adalah untuk mengaktifkan  kebolehan pembentukan kelembapan kulit dan mengunci hydration.

Milk Drop Serum ini di formulasi dengan Hydra-Boost Capsules yang ditukarkan kepada titisan susu untuk penyerapan yang mudah dan pantas kedalam kulit. Ia ringan dan menyegarkan.

Safi Expert Solution
Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin

Ujian klinikal produk ini menunjukkan :-

  • 280%  ransangan kelembapan segera
  • 72 jam kelembapan tanpa hanti
  • 92.5% menguatkan halangan kulit
  • 1 bulan untuk mencerahkan kulit
  • 1 bulan untuk meningkatkan keanjalan kulit

Sepertimana Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation, Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin juga tiada kandungan minyak asli. alkohol, paraben serta ujian ke atas haiwan. Jadi ia sangat sesuai untuk semua terutamanya wanita asia.

Cara Guna Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin

Step 1: Apply Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin secara merata ke kulit wajah dan juga leher yang telah dibersihkan dengan sempurna

Step 2 : Urut secara perlahan dalam gerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit.

Tekstur yang ringan dan tidak berminyak membantu menyerap dengan lebih pantas serta memberi kelembapan serta kesegaran yang berpanjangan. Best sangat dan nampak menarik. Rasa nak makan pun ada. hihi..

Buat pengetahuan korang, rangkaian produk Safi Expert Solution ini masih belum berada di pasaran lagi dan akan dilancarkan tidak lama lagi.. Jadi, untuk update terkini dari Safi tentang produk ni, sila  layari media sosial Safi berikut:-




15 Mar 2019

Personal Loan Atau ASB Loan?

March 15, 2019 0
Personal Loan Atau ASB Loan?
Salam jumaat. Hai korang! Impian mommy adalah nak jadi jutawan dan bersara awal #beranganitutaksalah. Nak jadi jutawan sebab bila ada banyak duit, banyak perkara mommy boleh buat. Banyak orang yang mommy boleh tolong.. In sha Allah itu impian mommy. So, untuk mencapai impian tersebut... Mommy banyak membaca tentang cara menjadi jutawan, cara untuk menjana duit dan banyak lagi. Cara yang paling senang, mommy follow saja pakar kewangan yang berjaya. Banyak perkongsian tentang kewangan dari mereka. So, ada seorang pakar kewangan ni minta kita agar tidak terjebak dengan Personal Loan. Katanya dari buat personal loan, better buat ASB loan atau ASBf. Kenapa yer? So, mommy kongsikan semula perkongsian yang telah beliau kongsi...

Personal Loan Atau ASB Loan? 


Sebelum mommy terangkan dengan lebih lanjut, mommy nak kongsikan perbezaan antara ASBf dan personal loan.

Kalau kita apply Personal Loan, kita akan dpt sejumlah wang dan bayar tiap2 bulan kepada bank TAPI ASBF plak, kita mulakan application, dah lulus, kita perlu bayar tiap-tiap bulan dulu kepada bank, baru bank akan bagi sejumlah wang tersebut.. Sementara tu, apa pulangan yang kita dapat? Jumlah tersebut diletakkan di dalam ASB dlm bentuk sijil utk menerima dividend tahunan. Berapa banyak yang awak buat loan, awak darablah dengan estimate dividen ASB. 

Contohnya ASBF 200K x 7% dividen ASB = RM14K. RM 14K itulah jumlah yang kita dapat setiap tahun. Dividen inilah yang korang guna untuk membuat perkara yang korang planning tu. Nak buat hantaran, nak buat bayaran muka beli rumah, bayaran muka beli kereta dan lain-lain lagilah...

Perbezaan kedua adalah Personal Loan adalah hutang, ASBf adalah simpanan. Kalau tak simpan, tak dapatlah wang tersebut. 

Tapi...
Tapi...
Tapi...

Boleh jer kan ambil personal loan dan park dalam ASBf? Tempoh masa lebih singkat?Nak tahu perbezaan, jom tengok di bawah ni...

Target 10tahun

PERSONAL LOAN
πŸ€ RM75k 
πŸ€ 10 tahun
πŸ€ RM1,069 Sebulan

Park kesemua RM75,000 di dalam ASB selama 10 tahun

ASBf 
πŸ€ RM200,000
πŸ€ Tenure 30 tahun
πŸ€ RM1,074 sebulan

Bayaran beza RM5 sebulan.. dalam tempoh 10tahun,


RETURN 

Option 1 : Park Personal Loan  RM75,000 di dalam ASB selama 10 Tahun

Bayaran bulanan RM1,064
Total 10 tahun, RM127,680

Selepas 10 tahun,
🎁 Jumlah terkumpul RM147,531
🎁 Total keuntungan RM19,851
🎁 Percentage keuntungan 10 tahun 15.5%
🎁 ROI setahun 1.55%

Option 2 : Buat ASBf RM200k, tenure 35tahun, selama 10 tahun shj

Bayaran bulanan RM1,074
Total 10 tahun RM128,880

Selepas 10 tahun
🎁 Jumlah terkumpul RM230,726
🎁 Total keuntungan RM101,846
🎁 Percentage keuntungan 10 tahun 79%
🎁 ROI setahun 7.9%

Bezaaa kan? Pilihan di tangan anda.. Susah nak faham, cer tengok table di bawah. Mungkin korang boleh faham lagi...

Personal Loan Atau ASB Loan? , beza personal loan dan ASB loan, keburukkan personal loan, pinjaman peribadi atau personal loan, loan, asb loan, kenapa perlu buat asb loan, kelebihan asb loan, untungkah buat asb loan, kenapa perlu buat asb loan, loan asb, baik buruk loan asb,
Personal loan park dalam ASB

Personal Loan Atau ASB Loan? , beza personal loan dan ASB loan, keburukkan personal loan, pinjaman peribadi atau personal loan, loan, asb loan, kenapa perlu buat asb loan, kelebihan asb loan, untungkah buat asb loan, kenapa perlu buat asb loan, loan asb, baik buruk loan asb,
ASBf 

Note: pengiraan atas dividend 7% setahun utk menunjukkan perbezaan..  

Actually banyak lagi perkongsian beliau untuk ASBf ni. Boleh follow di SINI. Apa-apa pun ia adalah pendapat masing-masing. Perkongsian ini adalah untuk info semata-mata. 

14 Mar 2019

10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN

March 14, 2019 1
10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN
Hai korang. Dengar-dengar ramai yang dapat surat pengakuan sukarela dari LHDN. Korang dapat tak? Kalau dapat, jangan gelabah. Pi ja LHDN dan isytiharkan pendapatan anda sebagai blogger, instafamous atas social media insfluencer. Bila kita isytihar, barulah nampak pendapatan tu kena cukai atau tak? Sebab pendapatan kita dalam setahun akan ada pengecualian pendapatan. Tak silap mommy ada 20. Boleh baca kat SINI.

Dalam entry ni, mommy nak kongsikan 10 sebab anda dicari oleh LHDN. 10 sebab ini dikongsikan oleh pemilik AMACC Advisory iaitu Tuan Amsyari Syakur. Famous dan selalu masuk TV. Korang boleh follow beliau di Facebook dan juga laman web AMACC sebab ada banyak perkongsian tentang cukai individu dan juga syarikat serta lain-lain tips kewangan.

sebab-sebab dicari lhdn, 10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN, kenapa dapat surat dari lhdn, lhdn, info lhdn, e filing, siapa yang di cari oleh lhdn, tips cukai, cukai, siapa yang kena bayar cukai,
 pemilik AMACC Advisory iaitu Tuan Amsyari Syakur

10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN


sebab-sebab dicari lhdn, 10 Sebab Anda Di Cari Oleh LHDN, kenapa dapat surat dari lhdn, lhdn, info lhdn, e filing, siapa yang di cari oleh lhdn, tips cukai, cukai, siapa yang kena bayar cukai,

Tidak kira anda sebagai individu atau berbisnes, cuba anda elak lakukan perkara dibawah. Jika tidak anda mengalakkan atau mengundang kedatangan LHDN. Elak perkara dibawah:-

1) Bayaran cukai anda turun mendadak

Sebagai contoh:-
Bayaran cukai

Tahun 2016 - RM120,000
Tahun 2017 - RM60,000
Tahun 2018 - RM 30,000


2) Margin untung kasar anda jauh dari rakan bisnes anda dalam industri yang sama.

Contoh:-

Buat bisnes jual komputer

Margin untung kasar dalam industri selalunya 25% ke atas, jika anda kurang dari margin kasar tersebut. Anda perlu fikirkan sebabnya


3) Anda hebat atau glamour dalam media sosial

Media sosial yang mudah untuk mereka kesan anda ialah di facebook dan instagram. Jika anda sudah glamour, pasti anda sudah bersedia.


4) Anda berhenti istihar cukai tanpa beritahu LHDN

Contoh:-
Tahun taksiran
2016 - istihar cukai
2017 - tidak istihar cukai


5) Buat setem duti untuk perumahan di LHDN

6) Rumah atau kenderaan anda, mewah atau banyak

7) Jualan bisnes anda dedahkan pada umum

8) Anda buat bisnes sebagai agen seperti Agen insuran dan REN (real estate negotiator). Anda kena ingat majikan anda hantar borang CP58 ke LHDN

9) Anda claim semua perlepasan individu dan tuntut penuh untuk perlepasan yang diberi

10) Anda buat bayaran potongan cukai bulanan (PCB) banyak, tapi tidak ada cukai dikenakan.

Ada banyak lagi tapi inilah 10 sebab utama yang menyebabkan anda di cari oleh LHDN. Yang mana belum buat e-filing tu, cepat-cepatlah buat. Jangan tunggu akhir waktu sebab takut anda terlupa nak buat terus ja... 

13 Mar 2019

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu

March 13, 2019 3
StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu
Dua minggu lepas masa mommy ke SP untuk membeli kain baju raya, mommy singgah di cafe officemate. Cafe ni baru buka saja sebab sebelum ni dia jual burger saja.. So, yang baru ni di upgrade menjadi cafe yang menjual western food. Dia tiga orang officemate dah pergi dan asyik bagi review sedap dan berbaloi dengan harga, so alang-alang dah sampai SP mommy ajaklah daddy singgah di StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu. 

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu, StabTheStoneWestern, Tempat makan best di Tikam Batu, Tempat makan best dan sedap di Sungai Petani, JJCM sungai petani, jjcm tikam batu, Dinner best di tikam batu, sedapnya western food di sungai petani, sedapnya western food di tikam batu, kedai western food murah di sungai petani, kedai western food sedap di sungai petani.
StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu

Cafe StabTheStone ni terletak di jalan untuk ke Pantai Merdeka. Kiranya kena masuk dalam sikit, baru jumpa StabTheStone. Jangan risau sebab korang boleh je guna google maps. Kat bawah nanti mommy kongsi google maps ni. 

So, apa yang sedap? Mommy dan family order Lamb Chop, lamb Rack, Meatball, Fish & Chips dan Pasta Carbonara. Semua yang di order sedap dan sangat puashati. Anak-anak siap request nak mai lagi.. 

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu, StabTheStoneWestern, Tempat makan best di Tikam Batu, Tempat makan best dan sedap di Sungai Petani, JJCM sungai petani, jjcm tikam batu, Dinner best di tikam batu, sedapnya western food di sungai petani, sedapnya western food di tikam batu, kedai western food murah di sungai petani, kedai western food sedap di sungai petani.
Us at StabTheStoneWestern

Ini lamb chop mommy. Sos yang sangat sedap dan tak muak... Habis sepinggan ni. hihi...

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu, StabTheStoneWestern, Tempat makan best di Tikam Batu, Tempat makan best dan sedap di Sungai Petani, JJCM sungai petani, jjcm tikam batu, Dinner best di tikam batu, sedapnya western food di sungai petani, sedapnya western food di tikam batu, kedai western food murah di sungai petani, kedai western food sedap di sungai petani.

Pasta Carbonara ni si kakak Aisya yang order tapi share dengan si Aisy. Sedap depa kata... Untuk gambar meatball dan Fish & Chip tak sempat nak ambil.. Laju ja depa makan. hahaha

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu, StabTheStoneWestern, Tempat makan best di Tikam Batu, Tempat makan best dan sedap di Sungai Petani, JJCM sungai petani, jjcm tikam batu, Dinner best di tikam batu, sedapnya western food di sungai petani, sedapnya western food di tikam batu, kedai western food murah di sungai petani, kedai western food sedap di sungai petani.

Ini antara menu-menu yang di jual di StabTheStone. Bukan biasher biasher. Semuanya nampak menarik dan sedap. 

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu, StabTheStoneWestern, Tempat makan best di Tikam Batu, Tempat makan best dan sedap di Sungai Petani, JJCM sungai petani, jjcm tikam batu, Dinner best di tikam batu, sedapnya western food di sungai petani, sedapnya western food di tikam batu, kedai western food murah di sungai petani, kedai western food sedap di sungai petani.
Set long sausage

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu, StabTheStoneWestern, Tempat makan best di Tikam Batu, Tempat makan best dan sedap di Sungai Petani, JJCM sungai petani, jjcm tikam batu, Dinner best di tikam batu, sedapnya western food di sungai petani, sedapnya western food di tikam batu, kedai western food murah di sungai petani, kedai western food sedap di sungai petani.
Set meatball

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu, StabTheStoneWestern, Tempat makan best di Tikam Batu, Tempat makan best dan sedap di Sungai Petani, JJCM sungai petani, jjcm tikam batu, Dinner best di tikam batu, sedapnya western food di sungai petani, sedapnya western food di tikam batu, kedai western food murah di sungai petani, kedai western food sedap di sungai petani.
Set chicken chop

StabThe Stone | Cafe Western Food Sedap Di Tikam Batu, StabTheStoneWestern, Tempat makan best di Tikam Batu, Tempat makan best dan sedap di Sungai Petani, JJCM sungai petani, jjcm tikam batu, Dinner best di tikam batu, sedapnya western food di sungai petani, sedapnya western food di tikam batu, kedai western food murah di sungai petani, kedai western food sedap di sungai petani.
Homemade burger
So, bila dah tengok menu-menu ni, mommy dah tahu nak order apa bila singgah sekali lagi nanti.. Mommy teringin nak rasa homemade burger tu... Nampak sedap kan?

Oklah, bagi yang nak rasa sendiri keenakkan menu di StabTheStone, korang boleh pergi sendiri dan just follow google maps ni.


11 Mar 2019

Baju Raya 2019 | Tempah Atau Beli Siap?

March 11, 2019 4
Baju Raya 2019 | Tempah Atau Beli Siap?
Baju Raya 2019 | Tempah Atau Beli Siap? Kau kenapa jahhh, posa ganti pun belum habis.. Kau dah kisah pasal baju raya... Ehhh bukan mommy sorang ja tau yang kisah pasal baju raya ni tapi semua ibu, mak dan kaum hawa yang lain. Dah rancang siap-siap baju raya, tema baju raya, design apa dan semuanyalah... Kaum adam apa tahu? Dah nak raya, baru korang nak kalut. Kami plan awai sebab tak nak kalut dan ada banyak benda lagi nak buat. Kannnnn ibu ibu sekalian?

Alhamdulillah baju raya tahun ni dah siap di hantar untuk tempah. Kain sponsored by mr hubby sebab dia orang yang cerewet pasal kain nak buat baju melayu. Mommy dapat yang ready made pun okay sebab ready made sekarang banyak yang cantik-cantik. Tapi di sebabkan nak sedondon atau kain sekayu, tempah jugaklah. 


Untuk tailor pula, mommy memang hantar ke tailor tetap. Dia pun dah masak dengan mommy yang suka design baju sendiri. Husband cakap kalau tailor lain, confirm dia tak mau layan. hihi... Sorry dear, i dari bujang lagi memang suka tempah baju tapi design sendiri. Biaslah nak lain dari yang lain.

Design apa tu? Takdelah design hebat sangat. Simple-simple saja.. Baju kurung moden tapi dengan tangan yang lipat, baju kedah tapi labuh sikit dan baju kebaya kota bharu. Fuhhh patern semua untuk orang kurus tapi disebabkan tailor ni pandai, mommy yang berisi ni pun tak nampak berisi sangat bila pakai hasil jahitannya. Sebab itulah mommy suka hantar dekat tailor ni. Dah siap, tak perlu nak otter dah.. 



Lagi satu sebab tempahan confirm siap pada tarikh yang diberi. Silap-silap boleh siap sebelum tarikh yang di beri. Mommy suka cara tailor ni... 

Untuk warna pula, ini warna pilihan kami untuk tahun 2019. So, dari jauh dah nampak kami sefamily. kihkih...


So, korang macam mana? Tempah or beli ready made? Apa tema kaler baju raya korang tahun ni?

10 Mar 2019

Nikmati Diskaun Hebat Matta Fair Dengan Traveloka Saleabration

March 10, 2019 7
Nikmati Diskaun Hebat Matta Fair Dengan Traveloka Saleabration
Nikmati Diskaun Hebat Matta Fair Dengan Traveloka Saleabration. Hai uolls... Nak habaq yang Traveloka Saleabration dah kembali. Syioknya! Tahun ni mommy cadangnya nak bercuti ke tempat yang jauh sikit tapi nak pakej yang menjimatkan. Kenapa nak pakej yang jimat sebab mommy kalau pergi bercuti confirm satu keluarga. Takdenya 'me time' pergi dengan kawan-kawan. Bukan apa sebab dah biasa pergi sekeluarga bila nak pergi sendiri tanpa family tu, rasa lain macam sikit, rasa bersalah dan rinduuu. So better pergi sekeluarga...

Bila Traveloka Saleabration dah kembali, bolehlah mommy tempah tiket flight dan hotel dengan harga yang murah dan menjimatkan. Tawaran diskaun hebat ini bukan saja untuk percutian di Malaysia malah untuk ke luar negara juga... 

matta fair, matta fair promo, matta fair 2019

Traveloka bukanlah nama baru dalam industri perlancongan. Malah saban tahun, mommy melanggan pakej-pakej hebat dari Traveloka ketika Traveloka Saleabration. Kenapa Traveloka? Sebab dengan menggunakan Applikasi atau web Traveloka, semua kerja-kerja booking menjadi lebih mudah dan di hujung jari. Mommy suka kerja-kerjadi hujung jari ni sebab mommy senang nak teliti dan membuat pilihan. Bukan tak nak ke Matta Fair tapi dengan anak-anak yang terlebih aktif dan canggih, lebih baiklah mommy booking melalui online saja. Bukan saja mudah, malah ada diskaun hebat terutamanya ketika Traveloka membuat SALE-ABRATION

matta fair, matta fair promo, matta fair 2019
Matta Fair 2019

Tawaran Traveloka Saleabration ni sama saja dengan Matta Fair tapi dengan Traveloka Saleabration ni urusan booking semua hanya di hujung jari melalui web atau applikasi Traveloka. Kiranya All in One package... Apa tu? Sepertimana pakej-pakej percutian (flight + hotel) yang ada di Matta Fair Promo, di Traveloka kita juga boleh membuat tempahan flight dan hotel serentak. So, tak perlu lagi nak fikir bila dah tempah tiket flight, nak kena cari hotel pulak. Dengan traveloka semua ini tak perlu lagi.. 

Yang paling best bila tempah Flight dan Hotel, kita boleh pilih atau customized mana-mana flight dan hotel yang menjadi pilihan kita. Kiranya kita boleh sesuaikan dengan budget yang kita peruntukkan untuk percutian tersebut. Dan tawarannya selalu Honest Pricing. Terbaik!

Opps!Bagi korang yang pertama kali nak book Flight & Hotel melalui Traveloka boleh follow step-step di bawah ini. Senang sangat tapi ini cara melaui web yer..

1. Log in ke web Traveloka : www.traveloka.com 

2. Pilih ikon flight dan hotel. Klik jer. 

matta fair, matta fair promo, matta fair 2019

3. Auto popout pilihan flight dan hotel. So, pilihan mommy kali ini adalah untuk ke Johor Bahru sebab anak-anak dah gaduh nak ke Legoland dan Hello Kitty Town. Sejak pembukaan kedua-dua taman tema ini, mommy belum pernah lagi pergi. Tapi kita book untuk hujung tahunlah sebab senang mommy nak arrange masa, dan ianya juga sebagai hadiah untuk kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran. 


4. Bila dah isi details, tekan search Flight+Hotel . Akan ada auto pop out pilihan flight dan hotel. Cuma dekat sini tak nampak harga flight. Harga flight akan tertera di pilihan hotel di bawah. Harga Flight dan  Hotel adalah untuk seorang. Bukan sekeluarga yer.. Jangan tersalah pandang pula. 



5. So, pilih tawaran flight dan hotel yang bersesuaian dengan budget anda. Macam mommy kena darab 5 tawaran ni. Mommy on saja dengan budget ni.. 


Bila dah settle booking Flight dan Hotel melalui Traveloka, Mommy search pula aktiviti-aktiviti dan makanan best yang di cadangkan oleh Traveloka. Tak perlulah mommy nak search atau nak buat itinerary sendiri. If ada tempat atau makanan yang mommy teringin, mommy just tambah dalam itinerary ini saja. 



Senangkan dengan Traveloka? Tapi bukan itu saja yang menyebabkan mommy suka dengan Traveloka tapi sebab .. 

  • Tiada Caj tersembunyi - Harga adalah tetap sepertimana yang tertera di web. Ini kerana harga yang tertera telah termasuk dengan surcharge, service caj dan lain-lain. 
  • Perbandingan Harga Yang Rendah - Traveloka ada menyediakan Best Price Guarantee kepada para pelanggannya…


     “Kalau kita sebagai pelanggan dah booking di Traveloka then dapati ada website lain yang menawarkan harga lebih rendah berbanding mereka, kita boleh claim kerugian kita…”



  • Jaminan Penginapan - If hotel yang di booking mengalami masalah, Traveloka memberi jaminan untuk mencadangkan hotel yang lebih kurang tanpa sebarang caj atau jaminan wang dikembalikan. Terbaik! Barulah tak rasa tertipu bila pergi tengok hotel tak seperti yang tertera dalam web... 
  • Pelbagai Pilihan Bayaran - Yang ni yang mommy paling suka sebab pelbagai pilihan bayaran antaranya melalui credit card,debit card, online internet banking atau di 7eleven tanpa servis caj. Banyaknya!
  • Diskaun Istimewa - Hat ni memang mommy paling suka. Boleh bagi  love dan like banyak-banyak. 
  • Real Guest Review - Mommy kalau nak book hotel, suka baca review dulu. Dari review barulah kita tahu hotel tu macam mana dari segi service, kebersihan dan lain-lain. Di Traveloka, ada 2,000,000 review dari pelanggan. So, tak perlu risau dan ianya sangat membantu kita untuk membuat pilihan yang bijak. 

So, dah tahukan sebab apa mommy suka plan pakej percutian mommy dengan Traveloka? Mudah, jimat dan dipercayai. Kalau korang nak book flight dan hotel untuk percutian dalam dan luarnegara, memang mommy highly recommended TRAVELOKA terutamanya ketika pakej Matta Fair 2019

Nak booking atau maklumat lanjut, bolehlah layari laman web Traveloka. Apa-apapun mommy ucapkan selamat bercuti in advance untuk korang....  


8 Mar 2019

5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat

March 08, 2019 1
5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat
5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat. Salam jumaat dan Selamat Hari Wanita uolls. Selamat ber'purple day'. Mommy terlupa hari kena pakai baju purple. Bila mai opis tengok semua pakai purple baru teringat. So, lain dari yang lain lah hari ini. Hihi. 

Hari jumaat ni mommy nak berkongsi sedikit tentang hakikat rezeki. Perkongsian ini juga untuk diri mommy sendiri dan juga korang yang singgah sini. Bukan apa, kadang-kadang kita ni suka mengeluh ini tak cukup, ini tak puashati, rasa nak beli itu rasa nak beli ini. Dah ada tapi kadang kadang tu masih lagi rasa cemburu dengan orang lain. 

Kenapa yer? Sedangkan hakikatnya kita dah tahu rezeki itu telah dijamin oleh Allah. Yang tinggal hanya untuk kita usahakan saja dan menikmatinya hasilnya. So, jom amalkan 5 Petua ini untuk rezeki sentiasa ada dan berkat. In sha Allah.



5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat


Ada banyak petua.Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Buatlah konsisten setiap hari, mana-mana yang kita mampu 😊

1) Sedekah

Paling senang, sedekah Subuh.
Tak kisahlah berapa pun. Singgit sehari ke, seposen ke, tak apa.
Letak tiap hari dalam 1 sampul/tabung setiap kali lepas solat Subuh.

Dah cukup certain amount yang dirasakan bermanfaat untuk diserah, bolehlah terus ke tabung masjid/ bagi pada sesiapa (cleaner/orang susah)

2) Dhuha

Paling kurang 2 rakaat.
Paling cun 12 rakaat (2-2-2-2-2-2)
Sedang-sedang 8 rakaat (2-2-2-2)

3) Al Waqiah

Ada 3 waktu terbaik untuk baca surah ni.
Ketika waktu dhuha (lepas solat sunat)
Ketika selepas solat Asar
Ketika malam hari

4) Ayat 1000 Dinar

Baca ayat ni berulang, membantu melembutkan hati customer untuk membeli

5) Belanja Keluarga

Selalulah rewards keluarga.
Anak-anak, isteri/suami & mak ayah dengan makanan yang sedap atau belanja barang untuk mereka



6 Mar 2019

Dah Buat E-Filing?

March 06, 2019 0
Dah Buat E-Filing?
Dah Buat E-Filing? Hai korang. Dah buat e-filing dan declare income korang dekat LHDN? Mommy dah. Lunch tadi baru buat. Lagipun memang tiap-tiap tahun declare sejak gaji layak kena cukai. Dulu tak suka juga tapi sebab ini tanggungjawab sebagai warganegara, maka mommy declare lah. Lagipun tiap-tiap bulan buat potongan cukai berjadual atau PCB. So, tak perlulah nak keluarkan sekaligus bila dah tahu jumlah kena bayar ke LHDN.

Korang pula macam mana? Bayar sekaligus atau buat potongan cukai berjadual? Walaupun korang rasa pendapatan korang belum layak kena cukai, better korang declare juga. Ini memudahkan urusan korang pada masa depan.


Mommy punya E-filing adalah e-BE sebab tiada punca pendapatan dari pernigaan. Yang ada hanyalah income blog yang tak seberapa. Yang ni pun mommy declare juga walaupun tak seberapa. Masuk kat kotak kedua selepas pendapatan penggajian. Sapa yang pernah buat tahulah.. Yang tak pernah silalah belek-belek e - filing ni. Tak susah pun sebab ia auto save.. 

Last sekali sebelum submit e-filing kena declare pengakuan dan butiran yang di beri adalah benar dan mempunyai resit/bukti. So kena simpan semua bukti dan resit ini selamat 6 tahun ( tempoh wajib untuk simpan segala bukti berkaitan kewangan). Kalau tiada, korang kena audit semula.. Mungkin korang kena bayar jumlah yang dikira semula oleh LHDN. Encik suami dah kena bayar semula untuk tahun 2012 dua tahun lepas. Banyak la jugak bila kena bayar tu... Tapi jangan takut sebab LHDN boleh consider untuk bayaran secara ansuran dan potongan gaji. So, pilih saja yang mana korang rasa sesuai dengan korang. 


Bagi yang belum buat, korang sila hadam dulu 20 pelepasan cukai untuk invidu. Mana nak tahu ada lebihan bayaran dan bolehlah guna untuk beli baju raya nanti...

20 PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2018


Kini sudah sampai penghujung tahun 2018, kepada mereka yang ada kesempatan untuk memaksimunkan pelepasan yang diberi oleh LHDN, sebaik guna sepenuhnya.

Siapa yang tidak tahu pelepasan yang boleh diperolehi dan untuk anda usahakan ialah seperti dibawah:-

1) Individu dan saudara tanggungan – ➡️RM9000

2) Belanja Kepada Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) –

➡️TERHAD RM5000

ATAU (Pilih salah satu)

Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

➡️TERHAD RM3000

πŸ“Œ Jumlah dibahagi sama rata dengan adik beradik yang tuntut untuk pelepasan cukai
πŸ“Œ Pastikan anda tahu no kad pengenalan mak ayah
πŸ“ŒPendapatan mak atau ayah tidak melebihi RM24000/orang bagi setahun
πŸ“Œ Umur ibu atau bapa melebihi 60 tahun

3) Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) ➡️TERHAD RM6000

πŸ“ŒJangan lupa simpan resit

4) Individu Kurang Upaya –

➡️TAMBAHAN RM6000

πŸ“Œ Perlu dapatkan pengesahan sbg OKU

5) Yuran Pendidikan (Diri Sendiri Jer) :

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian

➡️TERHAD -RM7000

6) Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (untuk individu atau suami/isteri atau anak-anak)

ATAU

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) – ➡️TERHAD RM500

➡️TERHAD KESELURUHAN RM6000

7) Gaya Hidup :

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet

➡️TERHAD RM2500

πŸ“Œ Simpan resit ya

8) Pembelian peralatan penyusuan

➡️TERHAD RM1000

9) Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

➡️TERHAD RM1000

10) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018)

➡️TERHAD RM6000

11) Suami/Isteri /Bayaran alimoni kepada bekas isteri (pasangan tidak mempunyai pendapatan atau memilih untuk istihar cukai taksiran Bersama)

➡️TERHAD RM4000

12) Suami/Isteri kurang upaya

➡️TAMBAHAN RM4000

13) Anak di bawah umur 18 tahun

➡️TAMBAHAN RM2000 / seorang

14) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

➡️TAMBAHAN RM2000 / seorang

15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

➡️TAMBAHAN RM8000 / seorang

16) Anak Kurang upaya

➡️TAMBAHAN RM6000 / seorang

DAN

➡️Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 / SEORANG

πŸ“Œ bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17) Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

➡️TERHAD RM6000

18) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

➡️TERHAD RM3000

19) Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

➡️TERHAD RM3000

20) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

➡️TERHAD RM250


Nasi Kandar Ali, Nasi Kandar Sedap Di Parit Buntar

March 06, 2019 3
Nasi Kandar Ali, Nasi Kandar Sedap Di Parit Buntar
Nasi Kandar Ali, Nasi Kandar Sedap Di Parit Buntar. Hai korang. Just nak habaq yang kat Parit Buntar pun ada Nasi Kandar sedap. Bukan kat Penang jer tau... Kiranya Nasi Kandar Ali ni sama sedap dengan nasi kandar di Penang. Ini kali ke-3 dah mommy dan keluarga ke sini. Selalu singgah bila balik dari Taiping atau mana-mana yang lalu Parit Buntar. 

Setiap kali singgah tak pernah tak penuh. Siap ada barisan yang panjang lagi. Semuanya sabar beratur... Tapiiii yang mommy tak paham kenapa kena beratur sebab kalau nak makan kat kedai tu boleh jer order hidang. Habaq saja nak lauk apa, satgi sampailah. Pelik betul mommy. Mungkin ada beza harga kot. Cer habaq mai sikit orang Parit Buntar...

Nasi Kandar Ali, Nasi Kandar Sedap Di Parit Buntar



Ini adalah lauk-lauk yang wajib di ambil kalau pergi mana-mana kedai nasi kandar. Harga? Harga nasi kandarlah... Semua tu termasuk nasi dan air RM 65. Standard lah kan?


Anak perempuan ni yang paling suka makan nasi kandar. Bila dah lama tak pergi Penang, dia yang akan request untuk makan nasi kandar. Padahal masa pregnant dia dulu, bawang, kari, ikan dan semua masakan berempah tak boleh bau langsung. Warna kari tu pun tak boleh tengok. Nampak jer dah loya. Bila dah besar, yang tak suka itu lah yang jadi faveret dia. Macam-macam ragam kan?


Tuan tanah kedaun pun nak masuk gak. Hihi..


So, sapa yang belum pernah rasa lagi, bolehlah singgah mai sini.. Di jamin sedap. 


Yang tak familiar dengan Parit Buntar, boleh follow google maps ni. Confirm tak sesat.. 

1 Mar 2019

Officially 39

March 01, 2019 3
Officially 39
Officially 39 yrs old. Dah tuaaaa.. dan kita sedar diri. Alhamdulillah dah 39 tahun bernafas di bumi Allah ini, di beri teman hidup yang baik dan di anugerahkan anak-anak yang comel. Terima Kasih Ya Allah. 

Semalam ramai yang wish birthday mommy tapi semalam bukanlah tarikh lahir mommy. Hari ni pun bukan. Tahun ni takde tarikh lahir kita. Sobs sobs. TERIMA KASIH pada semua yang wish dan  mendoakan mommy semoga bahagia dan dimurahkan rezeki selalu. Tiada hadiah yang terbaik selain dari doa dan ingatan korang. Terharu babe!

Mommy juga doakan korang di murahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. In sha Allah persahabatan kita kekal dunia akhirat.Thank you korang. Muahhh! 


Ni daddy punya update kat Fb dia. Konon-kononnya celebrate besday mommy. Takpe daddy, mommy tak kisah tak selebrate kat tempat ada bintang. Makan nan cheese dan ayam tandoori pun okayyy. Nanti yang banyak tu kita belanja kat tempat lain yeerrr.

Oklah bye. Nak pi ngedate ngan daddy pulaa..