Pujaan Hati Adira Suhaimi OST Pujaan Hati Kanda - Cahaya Hayati

10 Jan 2019

Pujaan Hati Adira Suhaimi OST Pujaan Hati Kanda

Pujaan Hati Adira Suhaimi OST Pujaan Hati Kanda. Sejak jadi peminat drama Pujaan Hati Kanda ni, Asyik teringat saja dengan lagu tema drama tu. Feeling habis. Dalam Drama Pujaan Hati Kanda ni, mommy paling suka part kak sue (reen rahim).  Ada saja keletah dan ayat dia yang menghiburkan hati...

Ini sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda. Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.
  
Pujaan Hati Adira Suhaimi OST Pujaan Hati Kanda, pujaan hati, pujaan hati adira suhaimi, pujaan hati adira, ost pujaan hati kanda, ost drama pujaan hati kanda, tonton online drama pujaan hati kanda, pujaan hati kanda online,
Pujaan Hati Kanda

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi? 

Kalau tak sempat menonton masa pukul 7 tu, mommy akan tonton online di SINI. Ada macam-macam drama yang korang boleh tonton. Takde astro pun no hal lah.. hahaha



Lirik Lagu Pujaan Hati 

Penyanyi : Adira Suhaimi
Lagu : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Lirik : Arisz Ab Rahman & Ikhwan Fatanna
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Suatu masa dulu
Ku dibuai keliru
Terlena dengan dosa

Kau hadir melengkapi
Segala kekurangan
Di hati kau sejati

Biar berjuta halangan
Rela ku tempuhi
Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Lahir sebuah mimpi
Dari satu misteri
Dirimu menantiku

Biar berjuta halangan
Rela ku tempuhi
Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Andai perit luka ini
Takkan pernah ku peduli
Biarkan aku teruskan menanti

Kita pastikan bersama
Yakin dengan takdir Tuhan
Kita kan bahagia

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini
Nafas ini

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

1 comment:

  1. Lagu ni klu boleh memang nak dgr hari-hari skrg ni..hehehe

    ReplyDelete