Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki - Cahaya Hayati

11 Jan 2019

Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki

Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki. Assalamualaikum wbt & salam jumaat. Hari ni kerja di luar untuk promosi auto payment di TM Point. Kira buat sales lah kan... Untuk mendapat sales bukan senang. Salah cara promote atau beri jawapan yang tidak memuaskan hati pelanggan terus menyebabkan pelanggan tidak berminat. Tapi, Dengan mengamalkan Zikir Pembuka Rezeki, In Sha Allah rezeki itu datang dengan sendiri.

Zikir-zikir ini kita boleh amalkan ketika tengah drive untuk ke tempat kerja, tengah tunggu pelanggan ataupun ketika kita melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan kita bercakap dengan pelanggan. Mungkin payah masa awal-awal nak buat tapi percayalah ia mengandungi seribu rahmat.

5 Zikir Pembuka Rezeki



  • La hawla wala quwwata illa billah - maksud: tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata


  • La ilaha illallhul malikul haqqul mubin - maksud: Tiada tuhan selain Allah, Raja yang benar dan nyata.
  • Subhanallah wabihmadini subhanallahil adzim - maksud : Maha suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha suci Allah yang maha agung
  • Sallalahu ala muhammad Sallalahu alayhi wassalam - maksud : Semoga Allah memberikan rahmat kepada muhammad, Semoga Allah memberikan selawat dan salam kepadanya
  • Astaghfirullahalazim - maksud: Aku mohon ampunan kepada Allah yang maha agung. 


Zikir Pembuka Rezeki
Zikir Pembuka Rezeki


Selain mengamalkan zikir pembuka rezeki ini, mommy juga amalkan solat sunat Dhuha. Agar segala urusan kita di permudahkan. In sha Allah.

Jom Dhuha. 



1 comment:

  1. InsyaAllah..mudah-mudahan kita selalu ingat Dia..Dia juga selalu ingat dan peliharakan kita

    ReplyDelete