2019 - Cahaya Hayati

16 Jul 2019

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita

July 16, 2019 0
Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita
Assalamualaikum wbt. Korang, korang tahu tak petang ni kita ada peluang nak mengesahkan kiblat terutama di rumah kita. Guna batang raket badminton atau apa-apa yang lurus pun boleh. Tegakkan dan tengok arah bayang sebab jam 5.27pm Selasa 16 Julai (HARI INI) inshaAllah matahari tepat dibatas Kaabah.

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita, cara tentukan arah kiblat, istiwa A'dzam, peristiwa Istiwa A'dzam, istiwa adzam, peristiwa istiwa adzam, cara sebenar nak tentukan arah kiblat, arah kibat rumah, bagaimana hendak tahu arah kiblat rumah sendiri
Peristiwa Istiwa A'dzam

Mommy kongsikan di sini untuk manfaat bersama. Maklumat dari Planetarium Negara dihebahkan oleh BH Online

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita, cara tentukan arah kiblat, istiwa A'dzam, peristiwa Istiwa A'dzam, istiwa adzam, peristiwa istiwa adzam, cara sebenar nak tentukan arah kiblat, arah kibat rumah, bagaimana hendak tahu arah kiblat rumah sendiri
Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita

15 Jul 2019

Percutian Di Johor Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY

July 15, 2019 0
Percutian Di Johor  Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY
Percutian Di Johor  Bahru Lebih Mudah BAGASI.MY. Hai korang... Johor Bahru adalah destinasi percutian keluarga yang menarik sebab Johor Bahru mempunyai lebih 20 tempat menarik yang boleh dilawati tapi mommy senaraikan 20 saja lah. Sebelum mommy teruskan dengan 20 senarai tempat menarik di JB ni, mommy nak habaq jangan dok hotel yang jauh atau susah nak ke tempat-tempat yang hendak dilawati ni. Disebabkan mommy nak ke Legoland ( tujuan utama bercuti, huh, sambil jeling anak-anak), so mommy book hotel di Johor Bahru dekat dengan legoland melalui maklumat di BAGASI.MY. Kenapa dekat, kena jaga masa yer. Bukan senang nak handle anak-anak dan mommy tak mahu masa terbuang begitu. Manfaat masa sepenuhnya bila bercuti ni...

Percutian Di Johor  Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY


Nak book hotel pun bukan senang juga. Banyak perkara kena ambil kira tapi mommy mampu lakukan melalui web BAGASI.MY. Ini kerana terdapat 23 hotel di Johor Bahru yang dekat dengan tempat menarik dan mesra keluarga. Kalau korang nak tahu, hotel apa.. Korang bolehlah klik di link BAGASI.MY ni. Pasti ada yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Tapi mommy nak kongsi juga dengan korang dekat sini. 23 Hotel tersebut adalah..

23 HOTEL MESRA KELUARGA DI JOHOR BAHRU YANG DEKAT DENGAN TEMPAT MENARIK


1. Legoland Hotel



2. Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri
3. Ramada Meridin Johor Bahru
4. D Elegance Hotel


5. Stella Hotel
6. Hotel Granada Johor Bahru
7. OYO 519 Domus Hotel
8. Hotel By The Park PLT
9. Grand Medini Suites
10. Hotel Jen Puteri Harbour
11. Impiana Hotel Senai
12. Hotel Castello
13. Hotel Corsica
14. Zenz Hotel
15. Tune Hotel Danga Bay
16. The Puteri Pacific Johor Bahru
17. Hallmark Regency Hotel
18. Hotel Citrus
19. Doubletree by Hilton Johor Bahru
20. Swiss-Inn Johor Bahru
21. Hotel Silka
22. Hotel Grand Paragon
23. Potpourri Boutique Hotel

Menariknya di BAGASI.MY terdapat info yang kita perlukan seperti saiz bilik, jarak ke tempat yang hendak dilawati, harga serta alamat. Malah gambar bilik pun ada. Dah tak perlu nak fikir dan buat perbandingan. Sebab semua tu telah dinyatakan dalam BAGASI.MY.




Untuk booking pula, hanya klik link ke booking.com. Jika dah ada akaun booking.com, lagi lah senang nak booking hotel pilihan. So, korang yang nak pergi bercuti tu bolehlah guna laman web BAGASI.MY untuk memudahkan percutian korang sekeluarga...

Berbalik kepada tempat menarik ni Johor Bahru, mommy cadangkan korang ke 20 tempat menarik ni agar percutian korang sekeluarga menjadi percutian yang paling bermakna dan diingati. Tempat-tempat tersebut adalah:-

20 Tempat Wajib Lawati Di Johor Bahru


1. Legoland Malaysia


Dah sampai johor, inilah tempat yang wajib pergi. Kalau tak, anak-anak akan merengek dan minta untuk pergi. Dekat sini boleh habiskan masa dari pagi sampai malam sebab macam-macam permainan dan tarikan yang ada. So, enjoy hari pertama anda dengan anak-anak di sini. 


2. Johor Premium Outlets


Alang-alang dah sampai JB, mommy wajiblah shopping barang kat sini. Buat kenangan dan tanda dah jejak kaki kat sini. Mommies sekalian bolehlah buat senarai barang apa yang hendak dibeli mengikut budget masing-masing. 

Kalau tak nak beli pun takpa, just datang, lihat dan tengok apa yang ada di JPO ni... Barulah boleh balik cerita dengan kawan-kawan. 


3. JB City Square


JB City Square masuk dalam list jugak sebab kalau benda yang di cari tiada di JPO korang boleh singgah di JB City Square. Salah satu shopping mall tebesar di Johor Bahru...


4. Sealife Malaysia



5. Flyboard @Forest City  JB

Untuk yang adventures. Kalau mommy, mommy takut... Pastu tak reti berenang pulak tu. Hahaha..



6. Masjid Sultan Abu Bakar

Jalan-jalan juga, solat jangan lupa. So, destinasi yang tepat adalah Masjid Sultan Abu Bakar sebab ia adalah masjid tercantik dan terbesar di JB.



7. Hello Kitty & Thomas Town

Untuk anak-anak lagi. Wajib singgah juga sebab kat rumah ni ada peminat Hello Kitty dan Thomas. Asal ada iklan kat TV jer, mesti cakap nak pergi... So, kita realisasikan permintaan mereka. 



8. Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland

Percutian kalau tak main air atau mandi kolam memang tak sah la kan. So, kita ke Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland. Kat sini boleh lepak dan bermain sehingga puas.



9. Dataran Bandaraya Johor Bahru

Wajib abadikan gambar kenangan di sini...



10. MCM Studio Cartoon Planet

MCM Studio Cartoon Planet ni macam MAPS yang dekat Ipoh tu. Cuma konsep dia lain sikit... Dan haruslah singgah untuk keseronokkan berganda. hahaha...



11. Angry Bird Activity Park

Kalau rasa nak main game Angry Bird real, boleh singgah sini... Rasanya zaman mommy muda-muda dulu saja layan Angry Bird ni. Anak-anak zaman sekarang tahu tak apa Angry Bird ni?

Dekat sini, korang boleh lepaskan tekanan korang... So, balik cuti dengan semangat dan jiwa yang baru. 



12. The Real Escape Room JB

Untuk anak-anak remaja yang sukakan sukan lasak dan di sini mereka juga boleh belajar macam mana nak lepaskan diri dari satu bilik. alaa lebih kurang macam fear factor... 



13. Austin Heights Adventure Park

Option jika tak dapat nak ke Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland. Kat sini pun best dan besar juga... 



14. Gunung Ledang

Untuk kaki hiking... Wajib hiking Gunung Ledang sebab view kat atas Gunung Ledang sangat cantik. 



15. Danga Bay

Orang kata, kalau datang johor wajib singgah sini untuk makan malam dan lepak sambil nikmati keindahan Danga Bay.



16. Hutan Bandar

Masa member suggest Hutan Bandar ni, mommy tempat apalah.. Rupanya ia adalah Taman Awam.... Best dan menjimatkan!



17. Bazar Karat

Bosan dengan shopping mall, korang boleh datang ke Bazar Karat untuk melihat jualan barangan tempatan. Lain tempat lain produk Bazar Karat... 



18. Pantai Desaru

Kalau nak mandi laut dan bermain pasir pantai, korang boleh lah ke Pantai Desaru. Pasti tidak mengecewakan sebab Pantai Desaru adalah yang tercantik di Malaysia. 



19. Zoo Johor

Nak belajar dan mengenali haiwan, bolehlah singgah ke Zoo Johor. Pasti anak-anak kecil teruja.



20. Kuso Trick Art Gallery

Sebelum bertolak balik, kita singgah ke Kuso Trick Art Gallery untuk bergambar sebab di sana ada banyak 3D art yang menarik untuk di ambil gambar. 


Menarikkan tempat-tempat tumpuan perlancongan di JB ni? So, kalau korang rancang nak pergi bercuti di Johor Bahru, jangan lupa untuk menggunakan maklumat di BAGASI.MY bagi memudahkan percutian korang dan keluarga.  

9 Jul 2019

Kekalkan Kelembapan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

July 09, 2019 1
Kekalkan Kelembapan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Assalamualaikum & hi korang! Ramai yang kata susah nak jaga kulit wajah tambah-tambah lagi dengan cuaca panas. Rasa kering saja kulit muka. Silap-silap muka pun dah bertopeng (sunburn). Buka tudung jer nampaklah dua tone kulit muka. hahaha. Disebabkan tidak mahu kulit wajah menjadi bertopeng, mommy guna Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion untuk mengekalkan kelembapan serta kecerahan kulit wajah. So, tiada masalah lagi bila nak keluar di waktu tengah panas lit lit. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion


Mommy memilih Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion kerana ia adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah. Ia sesuai untuk penjagaan kulit yang ringkas tapi memberi kesan lembapan yang optimum. So, pagi-pagi mommy tak lagi menggunakan dua tiga produk untuk mengekalkan kelembapan dan kecerahan kulit. Hanya guna Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion sebelum apply foundation dan lain-lain make up..

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Selain dari 2 formula dalam satu botol, mommy suka Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion kerana :-

  • Jenama yang sangat di percayai
  • Status halal
  • Pembungkusan yang baik dan selamat untuk di bawa travel
  • produk tidak berminyak dan melekit
  • Formulasi yang sesuai untuk kulit dan cuaca di asia
  • Sesuai untuk semua peringkat umur

Selain sebab-sebab di atas, sebab-sebab lain yang menyebabkan mommy jatuh cinta dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion adalah kerana ia bertindak untuk memberi 2x penghidratan dan kesegaran dalam satu penggunaan. Ia juga mampu meningkatkan rintangan perlindungan kulit dengan mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Kekalkan Kelembutan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion


Ini kerana dalam Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu:- 

  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate 
  • Oligo - Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

Kelima-lima jenis Hyaluronic Acid ini menjadikan cecair Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid

Ia juga mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan perlindungan IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE.  Formula  ini bermaksud Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kulit lebih segar, bermaya dan berseri. Manakala, Nano Biowhite pula bertindak untuk memperlahankan kesan pembentukkan pigmentasi dan menjadikan tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna. 

Mommy dah guna produk ni hampir 2 minggu, 2 kali sehari dan mommy sendiri dah rasa kesannya... 

  • Kulit menjadi lembap dan tak rasa kering bila berada di tempat yang panas atau sejuk. Malah ia dapat mengurangkan masalah pigmentasi dan sunburn. 
  • Mempercepatkan proses penjagaan kulit wajah sebab ia adalah produk 2 in 1. 
  • Packaging dan saiz (100ml)  yang mudah untuk di bawa kemana-mana saja
  • Harga mampu milik (RM 23.50). Taklah terfikir 2, 3 kali apabila nak beli lagi.. 

Mommy dah guna, korang tak nak cuba ke?

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni boleh di dapati di mana-mana farmasi, pasaraya dan pasaraya besar di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut pula, korang boleh layari media sosial berikut:


26 Jun 2019

Semburan Badan DEO + PERFUME Yang Pertama dari DASHING

June 26, 2019 2
Semburan Badan DEO + PERFUME Yang Pertama dari DASHING
Semburan Badan DEO + PERFUME Yang Pertama dari DASHING. Hai korang! Mommy suka cuddle dengan daddy sebab dia selalu wangiiii. Hihi... Siapa yang suka kalau bau badan tidak menyenangkan? Nak dekat pun taknak. Jenuh tahan nafas weii... Mommy sendiri pun kalau rasa badan tak selesa atau rasa bau badan dah semacam, cepat-cepat pergi mandi dan pakai wangi-wangian. Apatah lagi kaum lelaki aka jejaka yang sukakan aktiviti lasak confirm berpeluh sakan tapi itu bukan penghalang untuk mereka lakukan aktiviti tersebut. Dashing adalah jenama yang sangat memahami lelaki telah mengeluarkan produk barunya iaitu Semburan Badan DEO + PERFUME yang pertama.

Dashing
Model Dashing untuk blog www.yatizul.com

DASHING DEO + PERFUME 


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Semburan Badan DEO + PERFUME Yang Pertama dari DASHING


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY


Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY
DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY


DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai:

HATTRICK 

Dashing

Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK

Dashing

Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


SPEED 

Dashing

Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN

Dashing

Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari 

Facebook DASHING 

Instagram 


25 Jun 2019

Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019

June 25, 2019 1
Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019
Hotel Tabung Haji Alor Setar | Pilihan Staycation Raya 2019. Hai korang... Baru nak sambung citer raya. hihi... Seperti yang mommy maklum dalam entry raya sebelum ni, Raya kedua kami balik kampung belah mommy. Tak jauh pun iaitu Kubor Panjang, Pendang. Balik menziarahi kubur mak ayah dan menziarahi mak bapa saudara serta jiran sekampung. 

Sampai kampung terus ziarah kubur mak ayah. Kemudian barulah ke rumah mak, bapa saudara. Sakan juga la sebab raya sampai Maghrib dan perut penuh. Adat orang kampung... Wajib hidang makanan kepada tetamu dan tetamu wajib makan. Dan sebagai tetamu pun mommy tak mampu nak tolak sebab semua hidangan tu sedap dan rare. So, wajib makan. Hahaha...

Dah penat beraya, kami ke gerak ke TH hotel Alor Setar. Bukan tak nak tidur di kampung tapi kami tak nak menyusahkan sapa-sapa. Mak bapa saudara siap offer lagi suruh tidur rumah depa tapi kami menolak dengan baik. In sha Allah lain kali kami bermalam di kampung. Cuma sekarang kami lebih selesa beraya cara kami. 

so, inilah TH Hotel Alor Setar... 

Hotel Tabung Haji Alor Setar
Hotel Tabung Haji Alor Setar

First time sampai sini. Tak sangka TH Hotel Alor Setar besar... Satu-satunya hotel yang dekat dengan airport alor setar. 

Muka masing-masing sementara tunggu mommy check in.... 






Mommy booking TH Hotel ni sebelum bulan puasa lagi melalui booking.com. Dapatlah bilik 4 katil single dengan harga RM 311 termasuk breakfast untuk 4 orang. Murah tak? Bagi mommy murah sebab kami boleh beristirehat dengan selesa. Tak berhimpit anak beranak gitu. 

Hotel Tabung Haji Alor Setar

Pagi esok pula, kami tak kalut nak cari breakfast. Just turun bawah dan nikmati pelbagai pilihan sarapan pagi yang disediakan oleh TH Hotel. Gambar sarapan pagi tak sempat ambil. Tapi memang banyak pilihan dan semuanya sedap.

Oh yer lupa nak habaq yang TH Hotel Alor Setar ada kolam. Eksaited la budak-budak ni. Lepas sarapan, tak sabar nak mandi kolam...  Daddy layankan sebab mommy nak naik atas nak kemas untuk check out. 

Hotel Tabung Haji Alor Setar




Hotel Tabung Haji Alor Setar

Lepas check out, kami sambung beraya pula, Kali ini pulang ke kampung kelahiran mommy dan ziarah jiran tetangga yang dah macam saudara sendiri. Lepas habis beraya di kampung, kami gerak balik Kulim pula sebab suami ada jemputan open house. Kira raya sakan la juga.... 

Tu jer cerita raya kami. Tapi kalau korang nak cari hotel yang selesa dan murah, korang boleh la book Hotel Tabung Haji. Macam mommy, mommy suka book melalui booking.com sebab bila kita dah selalu guna service dia, akan ada tahap-tahap yang diberikan. Bila dah capai tahap tertentu, makin murahlah hotel yang kita dapat. 

Contohnya macam mommy, mommy dah dapat level 2 dimana lebih banyak kelebihan yang mommy dapat. Antaranya peratus diskaun lebih tinggi, free breakfast dan lain-lain seperti dibawah. 

Hotel Tabung Haji Alor Setar
Tak sabar nak unlock level seterusnya. hahahaha... 

Okaylah bagi yang nak booking TH Alor Setar, korang boleh guna link dibawah ni untuk dapatkan cashback USD15. Banyak tu!





19 Jun 2019

Hanya 100 Peserta Dicari Untuk Sertai Ecurin Ultrawhite+ Spotless Challenge Dan Terima Produk Bernilai RM580!

June 19, 2019 7
Hanya 100 Peserta Dicari Untuk Sertai Ecurin Ultrawhite+ Spotless Challenge Dan Terima Produk Bernilai RM580!
Hi korang. Nak share dengan korang result selepas guna Ecurin Ultrawhite+ Spotless. Guna masa 2 minggu puasa hari tu sehingga sekarang. Terbukti mampu mengurangkan dark spot di dahi dan pipi. Untuk jeragat di pipi kiri juga sudah pudar. Warna kulit pun dah nampak sekata walaupun parut lama masih ada. Bukan senang nak pudarkan jeragat dan dark spot tapi Ecurin Ultrawhite+ Spotless telah buktikan ia mampu diatasi dengan hanya 4 minggu lebih. Testimoni diri sendiri sebab itulah berani nak share dengan korang. 

Kesan selepas 4 minggu menggunakan Eucerin Ultrawhite+ Spotless Double Booster 

Eucerin Ultrawhite+ Spotless Double Booster Serum 


Bagi yang belum mengenali produk-produk di bawah jenama Eucerin, Eucerin mempunyai pelbagai produk seperti pencuci muka, toner, pelembap, penjagaan mata, penjagaan mulut, penbersih dan lotion badan serta penjagaan tangan serta kaki. Banyakkan produk Eucerin. Semua produk Eucerin boleh didapati di drug store yang terpilih. 

Kalau korang nak tahu jenama Eucerin ini mempunyai pengalaman lebih dari 100 tahun dalam sains penjagaan kulit. Lamanya! Patutlah Eucerin sangat memahami masalah-masalah kulit seperti jerawat, penuaan atau ageing skin, Atopic Dermatitis, kulit sensitif dan kulit tidak sekata. Semua produk-produk Eucerin telah di uji dan dicadangkan oleh ahli dermatologi dan farmasi bagi memastikan pengguna memperolehi kulit sihat dan cantik. Patutlah ia diiktiraf sebagai jenama derma-cosmetic yang dipercayai di dunia. 

Eucerin Ultrawhite+ Spotless Double Booster Serum
Eucerin Ultrawhite+ Spotless Double Booster 

Memahami keperluan pengguna yang mengalami masalah dark spots, uneven skin dan pigmentasi, Eucerin telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu Eucerin Ultrawhite+ Spotless Double Booster Serum. Produk ini telah disokong melalui research yang dilakukan selama 10 tahun untuk memastikan ia selamat, lembut dan berkesan. 

Double serum ini mengandungi kandungan aktif yang telah di patenkan iaitu Thiamidol yang mana terbukti berkuasa lebih 10 kali ganda. Dengan adanya kandungan Thiamidol ini, masalah dark spots. eneven skin dan pigmentasi  dapat diatasi atau pudar dalam masa 4 minggu tanpa melakukan rawatan laser. 

Eucerin Ultrawhite+ Spotless Double Booster Serum
Eucerin Ultrawhite+ Spotless Double Booster Serum Berkesan untuk mengurangkan masalah bintik hitam

Setelah mencubanya sehingga hari ini, didapati Ecurin Ultrawhite+ Spotless Double Booster Serum mampu dan mempunyai kelebihan berikut:


  • 10 kali ganda berkesan untuk mengurangkan masalah dark spots, uneven skin dan pigmentasi tanpa perlu melakukan rawatan laser.
  • Lembut di kulit
  • Memberi kesan kulit sekata dan lebih cerah. 


Eucerin Ultrawhite+ Spotless Double Booster Serum
Saya dah! 


Disebabkan mommy telah mencubanya sendiri dan ia berkesan untuk kulit wajah mommy, so nak lah ajak korang untuk guna dan join Ecurin Ultrawhite+ Spotless Challenge ini. Caranya pun mudah dan korang just follow step di bawah. 

Cara Sertai Eucerin Ultrawhite+ Spotless Challenge


  • Daftar SEKARANG di page Facebook Eucerin >>> http://bit.ly/UECUWSCH dan pihak Eucerin akan pilih 100 peserta untuk sertai kempen atau challenge ini. So, doa banyak-banyak semoga korang terpilih.
  • Bila dah terpilih, korang akan terima produk  Ecurin Ultrawhite+ Spotless yang bernilai RM580 . Menarikkan?


So, tunggu apa lagi. Register cepat dan doakan semoga korang terpilih. Selamat sikit duit korang yang nak pi buat rawatan laser tu....


Register Eucerin Ultrawhite+ Spotless Challenge

V
V
V