Ulangkaji | Solat Jamak - Cahaya Hayati

7 Dec 2018

Ulangkaji | Solat Jamak

Assalamualiakum wbt & salam jumaat. Last day keja untuk minggu ni. Tak sabar nak tunggu hari minggu sebab mommy dan keluarga nak pergi bercutiiiiii. Best nyerrr.... Tapi sebelum kita pergi jalan-jalan, marilah kita ulangkaji tentang solat jamak. Kot kot terlupa dan bila dah buat ulangkaji barulah tak ragu-ragu bila nak kerjakan solat jamak.

Solat Jamak

Sebelum itu, solat Jamak dan Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu  :-

  • Jamak Taqdim 
  • Jamak Takhir. 


Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertamaContoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib.




Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Fahamkan?

Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh, hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.




Niat Solat Jamak 


JAMAK TAQDIM


1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


JAMAK TAAKHIR

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)


2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

No comments:

Post a Comment