November 2018 - Cahaya Hayati

30 Nov 2018

Makan Besar Di Restoren Pen Mutiara Butterworth

November 30, 2018 1
Makan Besar Di Restoren Pen Mutiara Butterworth
Makan Besar Di Restoren Pen Mutiara Butterworth. Semalam unit mommy telah mengadakan jamuan makan di Restoren Pen Mutiara Butterworth sempena aktiviti akhir kelab untuk tahun 2018. Kiranya penutup aktiviti untuk tahun 2018.

Restoren Pen Mutiara di pilih kerana ia terkenal dengan kari kepala ikan yang mabeles, lauk pauk yang fresh serta service yang terbaik. Memang layanan gred A lah. Selain dari itu, restoren ini di pilih sebab lokasinya yang dekat dengan office. 2 minit dah sampai #pilihanbos. kahkah... Tak kisahlah pilihan siapa sebab yang penting menu adalah yang terbaik dan boleh di makan sampai sampai habis.

So, inilah menu yang menjadi pilihan kami. Satu menu saja yang tiada sebab kami request tambah ketam tapi ketam memang tidak di sediakan di Restoren ini. Kita makan ketam lain kali sajalah.. 

restoren pen mutiara, harga makanan di pen mutiara, pen mutiara taman selat, restoren pen mutiara taman selat, taman selat, kari kepala ikan best di pulau pinang, kari kepala ikan sedap di pulau pinang, kari kepala ikan, tempat makan best di butterworth, tempat makan best di pulau pinang, review restoren pen mutiara, sedap tak makanan di restoren pen mutiara

Dari atas pula...  Nampak tak Kari Kepala Ikaan, Siakap 3 rasa, Kerabu Mangga, Sotong Goreng Tepung, Sambal Udang, Telur Bungkus, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan. Untuk air pula, Air Limau Asam Boi. 

restoren pen mutiara, harga makanan di pen mutiara, pen mutiara taman selat, restoren pen mutiara taman selat, taman selat, kari kepala ikan best di pulau pinang, kari kepala ikan sedap di pulau pinang, kari kepala ikan, tempat makan best di butterworth, tempat makan best di pulau pinang, review restoren pen mutiara, sedap tak makanan di restoren pen mutiara

Oppps terbalik pula gambar siakap 3 rasa ni... Malas nak betulkan.

restoren pen mutiara, harga makanan di pen mutiara, pen mutiara taman selat, restoren pen mutiara taman selat, taman selat, kari kepala ikan best di pulau pinang, kari kepala ikan sedap di pulau pinang, kari kepala ikan, tempat makan best di butterworth, tempat makan best di pulau pinang, review restoren pen mutiara, sedap tak makanan di restoren pen mutiara

Closed up Kari Kepala Ikan. Untuk hidangan 8-10 orang, terdapat 2 kepala ikan yang di belah 2(kiranya ada 4 ketul la) . Walaupun hanya 2 kepala ikan, saiz dia memang besar. Cukup untuk 10 orang. Malah lebih untuk kami... Siap boleh ratah dan bawa balik lagi. 

restoren pen mutiara, harga makanan di pen mutiara, pen mutiara taman selat, restoren pen mutiara taman selat, taman selat, kari kepala ikan best di pulau pinang, kari kepala ikan sedap di pulau pinang, kari kepala ikan, tempat makan best di butterworth, tempat makan best di pulau pinang, review restoren pen mutiara, sedap tak makanan di restoren pen mutiara

Yang perempuan saja ada dalam gambar... Geng lelaki tak nak join. hihi...

restoren pen mutiara, harga makanan di pen mutiara, pen mutiara taman selat, restoren pen mutiara taman selat, taman selat, kari kepala ikan best di pulau pinang, kari kepala ikan sedap di pulau pinang, kari kepala ikan, tempat makan best di butterworth, tempat makan best di pulau pinang, review restoren pen mutiara, sedap tak makanan di restoren pen mutiara

Untuk jamuan makan 10 orang ni kami pilih menu Delima dan tambah ikan siakap lagi seekor. Yang tambah tu di kira harga lain...

restoren pen mutiara, harga makanan di pen mutiara, pen mutiara taman selat, restoren pen mutiara taman selat, taman selat, kari kepala ikan best di pulau pinang, kari kepala ikan sedap di pulau pinang, kari kepala ikan, tempat makan best di butterworth, tempat makan best di pulau pinang, review restoren pen mutiara, sedap tak makanan di restoren pen mutiara

So, kalau korang nak buat aktiviti office bolehlah ke Restoren Pen Mutiara Butterworth. Kalau korang sebelah Pulau pula, eloklah ke Restoren Pen Mutiara Batu Maung. Di sana lagi besar dan best. Yang di Butterworth ni cawangan saja tapi still best. 

Oh yer, kalau korang tak nak set-set tu, dia juga ada jual nasi lauk dan ala carte goreng-goreng. Boleh jer nak makan bila-bila saja....

Kalau korang yang tak biasa lagi datang sini atau tak familiar dengan area Butterworth, bolehlah follow google maps ni. Confirm sampai...

28 Nov 2018

WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda

November 28, 2018 1
WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda
WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda. Apabila insan tersayang meninggal dunia, soalan berkaitan yang sering ditanya, “Saya tahu arwah atau mendiang ada membuat wasiat tetapi di mana beliau menyimpannya?” Bilangan keluarga yang berhadapan dengan kepayahan mencari tempat simpanan wasiat insan tersayang yang telah meninggal dunia tidak sedikit. 

Walaupun ianya sesuatu yang tidak diingini, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikatnya, sebuah wasiat yang tidak berjaya ditemui umpama wasiat yang tidak wujud langsung.

Sebuah wasiat boleh disimpan di pelbagai tempat – sama ada di rumah, pejabat, bersama peguam, bank ataupun penyedia perkhidmatan menulis wasiat. Dengan peredaran masa, pewasiat mungkin telah tersalah letak wasiat yang mereka sediakan itu ataupun mungkin terlupa tempat simpanannya. Perkara-perkara yang tidak dijangka atau diingini seperti kebakaran, kemalangan dan banjir juga membahayakan keselamatan wasiat berkenaan, lalu  mengecewakan waris mereka. 

Willkey, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, cara daftarkan wasiat, wasiat, cara buat wasiat, hibah, cara tinggalkan wasiat, wasiat untuk yang tersayang, pembahagian harta, cara buat pembahagian harta,
WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda

Pencarian wasiat kemudiannya menjadi satu proses yang berpanjangan, malah boleh berlanjutan daripada beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Sementara itu, terdapat kemungkinan wujud pertelingkahan mengenai pengagihan aset si mati. Terdapat juga kemungkinan sesetengah aset yang dimiliki si mati hanya diketahui beliau dan tidak didedahkan kepada ahli keluarga semasa pewasiat itu masih hidup tetapi sebaliknya ada dinyatakan di dalam wasiat yang disediakan. Apabila wasiat gagal ditemui, aset-aset seperti ini tidak dapat dituntut waris selepas kematian individu terbabit.

Kementerian Kewangan mendedahkan pada tahun 2017 bahawa terdapat sejumlah aset bernilai RM5.7 bilion yang belum dituntut. Selain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini turut memaklumkan pada tahun 2016 bahawa harta bernilai RM60 bilion yang dimiliki individu yang telah meninggal dunia masih belum dituntut waris mereka. Angka yang membimbangkan ini menggambarkan kekayaan yang boleh diwarisi benefisiari yang berhak daripada ahli keluarga mereka, sekiranya dokumentasi yang diperlukan berada dalam keadaan teratur untuk membuat tuntutan – yang paling utama, wasiat pewaris.

Kebimbangan ini menumpu kepada kepada satu perkara – adakah terdapat sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat seorang pewasiat?

MWD Wills Depository Sdn Bhd pada hari ini mengumumkan sebuah solusi yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat. WillKey™, pusat pendaftaran wasiat pertama di negara ini, berperanan sebagai sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan pewasiat mendaftar maklumat berkenaan lokasi wasiat mereka ataupun menyimpan salinan wasiat mereka. Pewasiat juga boleh menyimpan wasiat asal masing-masing dengan MWD Wills Depository Sdn Bhd, seterusnya memudahkan pencarian dokumen tersebut. Dengan model perniagaan yang dibangunkan khusus untuk pendaftaran, penyimpanan dan pencarian wasiat, WillKey™ berperanan sebagai sebuah pusat pencarian wasiat dan perkhidmatan pemegang amanah wasiat yang efektif.

Dengan penyediaan sebuah bilik kebal yang kukuh dan selamat serta terdapatnya sebuah kemudahan yang tahan api bersandarkan teknologi terkini, WillKey™menggabungkan maklumat untuk pewasiat, wasi dan benefisiari bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pencarian dan mendapatkan wasiat.

“Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah yang lebih mudah dan efisien untuk menyiapkan tugas. Pencarian wasiat untuk memudahkan pelaksanaan dan pengagihan kekayaan dan aset juga tidak terkecuali. Mempunyai wasiat sememangnya penting bagi mereka yang mempunyai hartanah, polisi insurans, akaun bank dan aset-aset lain bagi menentukan siapa yang mewarisi harta berkenaan, namun pada masa yang sama mengetahui di mana individu terbabit menyimpan wasiat mereka tidak kurang pentingnya. Ini bertambah penting buat keluarga yang berdepan dengan kematian mengejut, di mana mereka dahulunya bergantung hidup pada si mati dan memerlukan penyelesaian yang segera untuk meneruskan kehidupan,” kata En Su Tiang Joo, Pengarah MWD Wills Depository Sdn Bhd.

Perkara-perkara berkaitan sebuah wasiat adalah amat peribadi kepada pewasiat, yang merupakan satu-satunya individu yang memutuskan siapa yang akan mewarisi kekayaan beliau. Disebabkan ini, ramai orang tidak memaklumkan di mana mereka menyimpan wasiat mereka, malahan lebih gemar untuk meletakkan kepercayaan berkenaan maklumat tersebut pada seorang peguamcara atau sekiranya ia disimpan di rumah, di ruang yang hanya diketahui pewaris. 

“Untuk memenuhi keperluan ini, WillKey™ diperkenalkan di pasaran. Terdapat pihak yang mengetahui kehadiran sebuah wasiat tetapi tidak mengetahui di mana tempat simpanannya. WillKey™ bertindak sebagai pusat pendaftaran berpusat yang membenarkan individu yang ditentukan terlebih dahulu seperti peguam, wasi atau waris, mengakses maklumat mengenai wasiat tertentu dengan mudah, selepas menunjukkan dokumen yang diperlukan. Kami memahami bahawa perkara ini amat peribadi kepada pewasiat dan kami ingin membantu mereka menguruskan perkara yang penting kepada mereka. WillKey™ mahu memastikan supaya wasiat mereka didaftarkan dan disimpan dengan selamat agar kemahuan pewasiat boleh dilaksanakan dengan tepat,” ujar En Su.

WillKey™ bukan hanya untuk mereka yang mencari wasiat si mati tetapi berperanan sebagai sebuah platform bagi peguam dan penyedia perkhidmatan penulisan wasiat untuk mendaftarkan wasiat pelanggan mereka. “Kami menggalakkan segenap pihak, sama ada pewasiat mahupun peguamcara, untuk mendaftar dan menyimpan wasiat mereka bersama WillKey™. Ini akan mengurangkan kerumitan proses pencarian wasiat terlibat,” tambah En. Su.

Sementara perkhidmatan berkaitan wasiat biasanya melibatkan kos yang tinggi bagi pewasiat, WillKey™ mahu menyediakan perkhidmatan pada harga berpatutan, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan dan kredibiliti. Yuran langganan ditetapkan pada kadar yang dapat meminimumkan impak terhadap perbelanjaan pewasiat. Pewasiat hanya perlu mendaftar sekali sahaja dengan WillKey™ dengan pembayaran yuran sebanyak RM133.33. Langganan penyimpanan wasiat disediakan pada harga serendah RM3.33 sebulan. 

“Perkhidmatan berkaitan wasiat kebiasaannya menjadi perkara terakhir yang difikirkan individu memandangkan ia bukanlah satu perbelanjaan harian. Inilah sebab yuran WillKey™ ditetapkan dengan memberi penekanan terhadap kebolehmampuan. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan kecil dalam memastikan keselamatan dan memudahkan wasiat anda dikeluarkan. Kami tidak mahu perkhidmatan yang kami sediakan menjadi beban tambahan kepada pewaris dan keluarga mereka yang sebelum ini telah membelanjakan kos yang agak tinggi bagi proses penyediaan wasiat,” ujar En Su.

Pusat pendaftaran wasiat berpusat itu juga berperanan melengkapkan ekosistem pewasiat, wasi dan benefisiari dengan berkerjasama dengan agensi-agensi yang membantu pelanggan menyediakan wasiat dan menguruskan pelaksanaannya serta mentadbir amanah dan harta pusaka mereka. 

En Su menjelaskan, “Menerusi penglibatan dalam sistem yang saling terhubung ini, WillKey™ bermatlamat supaya memanfaatkan semua pihak yang terlibat. Peluang yang tersedia kepada rakan-rakan niaga bersama WillKey™ amat terbuka dan mereka mampu menikmati aliran pendapatan tambahan daripada aktiviti pendaftaran dan penyimpanan wasiat. Pada dasarnya, pelanggan mahukan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan diyakini. Peguam, wasi dan penyedia perkhidmatan menulis wasiat kini boleh memberikan keyakinan kepada para pelanggan mereka bahawa menerusi WillKey™, wasiat yang berdaftar dengan mereka mudah dicari, dan jika disimpan dengan mereka, mudah dikeluarkan. Inilah cara WillKey™ menyumbang kepada hubungan dengan rakan-rakan niaganya.” 

“Proses pencarian dan pelaksanaan wasiat boleh memberikan kesan yang besar kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang. Proses untuk meneruskan kehidupan, khususnya setelah kematian ahli keluarga, sepatutnya tidak menjadi pengalaman yang sukar. Paling utamanya, WillKey™ mahu memberikan ketenangan minda daripada peringkat awal, dengan memastikan wasiat boleh ditemui dengan mudah apabila tiba masanya dan menawarkan kemudahan penyimpanan kepada mereka yang ingin menyimpan wasiat mereka bersama kami untuk meningkatkan keselamatan,” kata En Su.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WillKey™, dan untuk melihat senarai komprehensif perkhidmatan serta yuran langganannya, sila layari http://www.mywillkey.com.

Wordless | Kekayaan Dan Keberkatan

November 28, 2018 1
Wordless | Kekayaan Dan Keberkatan
Wordless | Kekayaan Dan Keberkatan. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain...
Kekayaan Dan Keberkatan, quote kekayaan dan keberkatan, quote about rich, quote about being rich

27 Nov 2018

Santai Petang Di Chill Cafe Kulim

November 27, 2018 2
Santai Petang Di Chill Cafe Kulim
Santai Petang Di Chill Cafe Kulim. Petang semalam mommy ajak daddy keluar sekejap sebab nak beli barang dapur. Sebelum pergi tu kami lepak di Chill Cafe Kulim yang baru 2 bulan di duka, sebaris dengan petron dan Abang E Capati Taman Cengal. Dah lama ajak daddy mai rasa sebab nampak kelainan yang cuba di tonjolkan oleh pemilik kafe ni. Ice blended yang di hidangkan dengan pelbagai pilihan buah-buahan.

Mommy daughter tengah lawan pipi sapa lagi pauuuu.. 

So, semalam mommy order ais blended perisa mangga yang di campur yogurt dan buah-buahan. Mungkin sebab mommy sampai lambat, banyak buah yang dah habis. Mommy cuma dapat pilihan buah nanas, buah strawberry dan buah mangga. Kiranya tak berapa meriah lah. Dari segi rasa pula, okaylah.

reality.... 

Selain dari ice blended yogurt, terdapat juga ais blended yang lain dan pelanggan boleh pilih sendiri. Untuk makanan pula terdapat waffle, jagung cawan, keropok lekor, sosej dan dua tiga menu lagi tapi mommy dah lupa. Sorry naa...

Cafe ni boleh maju lagi tapi perlu ada menu berat satu atau dua. Antara menu yang mommy boleh cadangkan adalah laksa, koay teow th'ng, bihun sup ataupun masakan panas yang lain.

Selain itu, pemilik kafe juga kena pastikan buah-buahan mencukupi dan segar ketika kafe beroperasi. Barulah ramai yang tertarik dan datang lagi.

Kepada Chill Cafe Kulim, semoga bertambah maju, kualiti terjaga dan akan bertambah cawangan dari satu kepada dua....

22 Nov 2018

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV

November 22, 2018 2
Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV
Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV. Hai uolls.. Mommy nak buat pengakuan ikhlas ni. Mommy ni tahu tentang sunblock ni baru lagi. Tu pun sebab muka dah naik jeragat. Kalau tak, memang mommy tak ambil peduli pun... Noobs sangat kan? 

Baru-baru ni mommy baru mencuba sunblock/ sunscreen yang terbaru dari Althea. Memang produk dari Althea tidak pernah mengecewakan. So, korang kena baca sampai habis untuk tahu kenapa sunblock ni best dan wajib ada dalam beg makeup. 

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV

Althea Petal Velvet Sunaway ini adalah produk keluaran Althea. Ia merupakan produk terbaru selepas Bare Essentials dan Real Fresh Skin Detoxer. Tapi sebelum Althea Petal Velvet Sunaway di keluarkan, Althea juga telah mengeluarkan Althea Petal Velvet Powders. Bermaknanya, Althea telah ada empat produk baru dan semuanya best sangat.

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV, Althea Petal Velvet Sunaway, Althea Petal Velvet powder, jenis-jenis Althea Petal Velvet Powder, harga produk althea petal velvet, harga loose powder althea, harga sunblock althea petal velvet, harga sunblock althea, harga produk althea,

Althea Petal Velvet Sunaway

Althea Petal Velvet Sunaway adalah krim pelindung matahari, sinaran UV ataupun lebih di kenali sebagai sunblock/sunscreen. Pentingnya penggunaan sunblock ini patut di ajar sejak remaja lagi sebab ia mampu melindungi kulit dari sinaran UV dan menghalangkan terbentuknya jeragat atau melasma. Tapi kalau korang dah ada jeragat, jangan pula terus tak nak pakai sebab sunblock/sunscreen ini boleh menghalang jeragat terbentuk lebih banyak, boleh memudarkan jeragat dan untuk menjadikan warna kulit lebih sekata. So, jangan abaikan tau!

Dulu mommy tak suka guna sebab dalam fikiran ni ada rasa takut nak pakai produk banyak. Takut merosakkan kulit muka tapi yang sebenarnya setiap produk tu ada kebaikkan dan kelebihannya tersendiri termasuklah sunblock/sunscreen. Ada lagi yang mommy tak suka dengan sunblock ni sebab tekstur dia agak berminyak. Bila mommy pakai saja, nampak muka macam di sapu minyak. Tapi bila dah cuba sunblock dari Althea ni, mommy rasa best sangat sebab tak rasa macam pakai sunblock. Ia licin, ringan dan tak berminyak okehhh. Best!

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV, Althea Petal Velvet Sunaway, Althea Petal Velvet powder, jenis-jenis Althea Petal Velvet Powder, harga produk althea petal velvet, harga loose powder althea, harga sunblock althea petal velvet, harga sunblock althea, harga produk althea,

Althea Petal Velvet Sunaway adalah pilihan tepat bagi melindungi kulit dari UVA dan UVB kerana ia mengandungi SPF 50+ PA++++ dan ia dihasilkan tanpa bahan kimia. Bahan utama Althea Petal Velvet Sunaway adalah ekstrak Damask Rose yang berfungsi melembapkan dan melembutkan kulit. 

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV, Althea Petal Velvet Sunaway, Althea Petal Velvet powder, jenis-jenis Althea Petal Velvet Powder, harga produk althea petal velvet, harga loose powder althea, harga sunblock althea petal velvet, harga sunblock althea, harga produk althea,

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV, Althea Petal Velvet Sunaway, Althea Petal Velvet powder, jenis-jenis Althea Petal Velvet Powder, harga produk althea petal velvet, harga loose powder althea, harga sunblock althea petal velvet, harga sunblock althea, harga produk althea,

Setelah menggunakan Althea Petal Velvet Sunaway mommy dapat melihat dan merasai sendiri zarah mikro menyerap sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit untuk memberikan kesan yang lebih ringan seperti kelopak bunga. Manakala asid hyaluronik pula akan bertindak melembapkan kulit dan kulit akan terhidrat sepanjang hari dengan lebih baik.... 

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV, Althea Petal Velvet Sunaway, Althea Petal Velvet powder, jenis-jenis Althea Petal Velvet Powder, harga produk althea petal velvet, harga loose powder althea, harga sunblock althea petal velvet, harga sunblock althea, harga produk althea,

So, korang pun patut miliki Althea Petal Velvet Sunaway ni untuk:-
  • Untuk kegunaan harian di mana ia mampu menjadikan kulit wajah lebih sekata tanpa cela. 
  • Untuk memudarkan cela seperti jeragat ataupun melasma dari menjadi lebih banyak dan tebal
  • Untuk menjaga dan mengawal sebum.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Untuk menggunakan Althea Petal Velvet Sunaway ini sangat mudah. Hanya sapuan nipis sebelum make dan juga sebelum keluar rumah serta terdedah kepada matahari. Keluar rumah sidai baju atau buang sampah pun kena pakai sunblock/ sunscreen ni tau... 

Althea Petal Velvet Powder

Macam tak best pula kalau keluar rumah dengan hanya sapu Althea Petal Velvet Sunaway kan? So, di sebabkan Althea sangat memahami keperluan wanita maka Althea telah keluarkan Althea Petal Velvet Powder sebagai produk ketiganya. Barulah bertambah seri bila keluar rumah selepas menggunakan Althea Petal Velvet Sunaway kan? 

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV, Althea Petal Velvet Sunaway, Althea Petal Velvet powder, jenis-jenis Althea Petal Velvet Powder, harga produk althea petal velvet, harga loose powder althea, harga sunblock althea petal velvet, harga sunblock althea, harga produk althea,

Terdapat tiga jenis Althea Petal Velvet Powder iaitu:-

  • Code #0 Translucent
  • Code #23 Warm Beige
  • Code Pink Lavender
So, korang bolehlah pilih bedak mana yang sesuai untuk kulit muka korang... Mommy suka pink lavender tu sebab bila pakai muka nampak pink pink gituuu. 

Althea Petal Velvet Powder di hasilkan dari ekstrak lower seed yang kaya dengan antioksidan untuk melindungi kulit dari dehidrasi dan menjadikan kulit lebih berseri. Ia berbentuk loose powder dan mennggunakannya menjadikan wajah tampak lebih natural dan kemas. 

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV, Althea Petal Velvet Sunaway, Althea Petal Velvet powder, jenis-jenis Althea Petal Velvet Powder, harga produk althea petal velvet, harga loose powder althea, harga sunblock althea petal velvet, harga sunblock althea, harga produk althea,

Mommy memang suka guna loose powder sebab tekstur dia yang ringan dan senang untuk digunakan. Lagi satu sebab ia senang untuk di cuci. Loose powder juga mampu menjadikan kulit selembut sutera. Bila dah selalu guna baru nampak hasilnya... Confirm order lagi bila stok dah habis...

Althea Petal Velvet Sunaway | Menjaga Kulit Dari Sinaran UV, Althea Petal Velvet Sunaway, Althea Petal Velvet powder, jenis-jenis Althea Petal Velvet Powder, harga produk althea petal velvet, harga loose powder althea, harga sunblock althea petal velvet, harga sunblock althea, harga produk althea,

Althea Petal Velvet Powder di datangkan dalam bekas yang kecil dan comel. Senang untuk di bawa kemana-mana. Boleh letak dalam handbag dan guna di mana-mana saja. So, mommy boleh maintain cun ... hahaha

Kalau korang berminat untuk mencuba Althea Petal Velvet Sunaway dan Althea Petal Velvet Powder korang bolehlah layari laman web Althea. Berikut adalah harga bagi rangkaian produk Althea  Petal Velvet...

RM 53.10

RM 43.00

#0 Translucent - RM 16.00
#23 Warm Beige - RM 16.00

RM 17.00

Tapi kalau korang merupakan pelanggan Althea kali pertama korang boleh dapat diskaun 20% dengan hanya memasukkan klik link discount di bawah.

21 Nov 2018

Pencarian Tadika Untuk Aisy | Little Caliph Taman Kemuning Kulim

November 21, 2018 0
Pencarian Tadika Untuk Aisy | Little Caliph Taman Kemuning Kulim
Pencarian Tadika Untuk Aisy. Sejak lepas raya puasa hari tu memang Aisy dah tak pergi ke taska. Mommy dan daddy dah malas nak paksa sebab perasan dia tertekan serta terus tak mahu ke sekolah. Walaupun tidak pergi taska, mommy hantar dia pergi mengaji sekali dengan kakak dan abang dia. Alhamdulillah dia okay dan telah berjaya menghabiskan iqra 1.

Walaupun dah boleh mengaji, mommy juga mahu Aisy ke tadika pada tahun depan agar dia dapat belajar mengenal, menulis dan membaca dengan lebih baik. Jadi, pada hari minggu baru-baru ni... Mommy telah buat pencarian tadika untuk Aisy. Waktu yang sesuai sebab kebanyakkan tadika tengah buat open day.

Fator-faktor yang menyebabkan mommy membuat pencarian tadika ini adalah...
  1. Untuk mengetahui kelebihan-kelebihan yang ada pada tadika tersebut. 
  2. Untuk membandingkan yuran permulaan dan bulanan.
  3. Cara pembelajaran dan maklumat berhubung tadika tersebut
  4. Waktu operasi , sesi pembelajaran dan day care
  5. Untuk mengenali owner serta guru-guru yang akan mengajar dengan lebuh dekat

Actually, banyak lagi faktor lain yang mommy tengah pertimbangkan tapi mommy senaraikan 5 yang terpenting dulu. 

So, pencarian yang pertama adalah Little Caliph Taman Kemuning Kulim. Tadika yang dah ada nama dan terkenal. Sistem pembelajaran sudah setanding dengan Smart Readers. Cuma di Little Caliph di ajar lebih tentang cara hidup islam tetapi dalam bahasa inggeris. Lain-lain subjek adalah sama. 

Yang bestnya masa open day tersebut, anak-anak yang datang bersama ibu bapa akan buat aktiviti sementara ibu bapa mendengar taklimat. So, ibu bapa boleh mendengar taklimat dan sesi Q&A dengan lebih teliti tanpa gangguan dari si kecil. 

So, ini adalah aktiviti yang Aisy buat sementara menunggu mommy dengar taklimat. Activity pertama adalah lukis muka singa menggunakan water colour, berus dan juga teknik tampal.

Little Caliph Taman Kemuning Kulim, little caliph kulim, little caliph taman kemuning, yuran little caliph, little caliph kulim, tadika kulim, tadika di kulim, tadika terbaik di kulim,

Aktiviti kedua adalah buat bunga menggunakan sudu dan kertas. 

Little Caliph Taman Kemuning Kulim, little caliph kulim, little caliph taman kemuning, yuran little caliph, little caliph kulim, tadika kulim, tadika di kulim, tadika terbaik di kulim,

Little Caliph Taman Kemuning Kulim, little caliph kulim, little caliph taman kemuning, yuran little caliph, little caliph kulim, tadika kulim, tadika di kulim, tadika terbaik di kulim,

 Antara kandungan taklimat yang di berikan adalah serba sedikit tentang Little Caliph.

Dah selesai buat aktiviti di luar, anak-anak di beri lego untuk bermain sementara ibu bapa mendengar taklimat. Aisy siap dapat kawan lagi...

Little Caliph Taman Kemuning Kulim, little caliph kulim, little caliph taman kemuning, yuran little caliph, little caliph kulim, tadika kulim, tadika di kulim, tadika terbaik di kulim,

Ini pula yuran yang di kenakan oleh Little Caliph bagi tahun 2019.

Little Caliph Taman Kemuning Kulim, little caliph kulim, little caliph taman kemuning, yuran little caliph, little caliph kulim, tadika kulim, tadika di kulim, tadika terbaik di kulim,
Yuran tadika Little Caliph tahun 2019

Dah dapat info tentang Little Caliph Taman Kemuning. Walaupun baru tadika pertama yang mommy pergi, mommy dah tertarik dengan suasanan tadika, sistem pembelajaran dan juga guru-guru. In sha Allah jika ada rezeki, Aisy akan belajar di sini... 

14 Nov 2018

Lirik Lagu Paku Ara Johari

November 14, 2018 0
Lirik Lagu Paku Ara Johari
Lirik Lagu Paku Ara Johari. Tadi masa on the way mai kerja buka radio suria fm dan terdengarlah lagu Paku ni. Best juga. Masa dengar radio ni, Ara kata lagu ni ada sedikit inspirasi dari lagu kesal yang di nyanyikan oleh Ella. Dan rupanya Ara pun meminati lagu genre pop rock. 

Pada pendapat mommy, Ara adalah penyanyi wanita yang berbakat dan mampu pergi lebih jauh serta tahan lama dalam industri muzik tanahair. Jom dengar dan hayati lagu PAKU yang merupakan lagu terbaru dari Ara Johari. 

Paku, lirik paku, paku ara johari, lirik lagu paku, lirik lagu paku ara johari, lagu baru ara johari,
Lagu Paku Ara Johari

LIRIK LAGU PAKU - ARA JOHARI

Sudah lama disini menantimu
Namun engkau
Tidak pernah memandangku

Hati ini
Tak mungkin akan menyerah
(Untuk) Tuk dapatkan
(Untuk) Tuk Hanya memilikimu

Pandangan matamu
Membuat ku terjatuh jatuh
Tersungkur didalam hatimu

Ku terpaku, ku kaku di depanmu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi kita utamakan yang satu
Bersujud meminta kepadamu
Bina mahligai Didunia DiSyurga

Hati ini
Tak mungkin akan menyerah
(Untuk) Tuk Dapatkan
(Untuk) Tuk Hanya Memilikimu

Pandangan matamu
Membuat ku terjatuh jatuh
Tersungkur didalam hatimu

Ku terpaku, ku kaku di depanmu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi kita utamakan yang satu
Bersujud meminta kepadamu
Bina mahligai didunia disyurga wooo

Ku terpaku ku kaku di depanmu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi kita utamakan yang satu
Bersujud meminta kepadamu
Bina mahligai di dunia di syurga wooo

Ku terpaku ku kaku di depanmu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi kita utamakan yang satu
Bersujud meminta kepadamu
Bina mahligai didunia disyurga wooo

Ku sudah terkena cinta
Ku sudah terkena cinta

13 Nov 2018

TIME Fibre Home Broadband Paling Laju

November 13, 2018 0
TIME Fibre Home Broadband Paling Laju
Home Broadband TIME Paling Laju. Hai korang! Tengah buat apa tu? Tengah online ke? Tapi apasal muka monyok je? Ooo internet sangkut-sangkut rupanya. Itulah situasi sebenar apabila internet yang kita langgan sangat slow dan tak seperti jangkaan kita. Bukan itu saja, bayaran bulanan yang kita bayar juga lebih tinggi apabila di bandingkan dengan provider yang lain. Tarik nafas, hembus nafas. Ulang lagi sampai rasa tenang dan baca entry ini sehingga habis.

TIME Fibre Home Broadband Paling Laju

Dalam entry ini, mommy nak perkenalkan Home Broadband yang paling laju iaitu 1Gbps. Home Broadband yang paling laju ini ditawarkan oleh TIME. Mommy pun first time baru dengar kelajuan sehingga 1Gbps. hehe.

TIME Fibre Home Broadband Paling Laju, time, time broadband, time fibre home broadband, broadband, internet paling laju, telco yang tawarkan internet paling laju, internet laju, broadband terbaik, semak coverage time, cara semak coverage time, harga broadband time, kelebihan broadband time,

TIME Fibre Home Broadband dilancarkan pada 7 Oktober 2018 yang lalu. Harga yang ditawarkan untuk kelajuan 1Gbps adalah RM199 saja. Wow! Dah la laju, harga pula mampu milik. Berbaloikan jika kita adalah seorang pengguna internet yang tegar dan kerjaya serta pendapatan kita bergantung kepada internet. Sangat-sangat sesuai untuk anda.

Bagi Pakej 1Gbps ini, pengguna akan memperolehi kelajuan 1Gbps untuk download dan 500Mbps  untuk upload. Lajunya! Tak sempat nak pejam mata dah boleh tonton video tanpa masalah. Router yang digunakan pula adalah D-Link DIR 882. Untuk panggilan pula hanya ditawarkan TIME Voice Home Max di mana pelanggan hanya perlu membayar RM 10 sebulan dan memperolehi PERCUMA 300 minit panggilan dan PERCUMA Deck Phone yang bernilai RM 149. Perghhhh... Boleh akses internet tanpa masalah dan boleh gayut lama-lama sampai telefon panas. hahaha untungggggg!

TIME Fibre Home Broadband Paling Laju, time, time broadband, time fibre home broadband, broadband, internet paling laju, telco yang tawarkan internet paling laju, internet laju, broadband terbaik, semak coverage time, cara semak coverage time, harga broadband time, kelebihan broadband time,

Pada pelancaran TIME Fibre Home Broadband 1Gbps ini, TIME juga memperkenalkan tawaran terbaik yang mereka boleh tawarkan kepada pasaran bagi Fibre Home Broadband 100Mbps. Harga yang ditawarkan untuk pilihan kelajuan 100Mbps adalah RM99 saja. Fuhhh terlajak murahhhhh!

Bagi Fibre Home Broadband 100Mbps, kelajuan download dan upload adalah 100mbps. Okayy kelajuan adalah sama. So, tak perlu risau takut lambat atau sangkut bila download atau upload. Router yang digunakan pula adalah TP-Link Archer C1200. Untuk panggilan telefon pula, TIME tawarkan TIME Voice Home Basic iaitu hanya bayar apa yang digunakan. Best sebab yang bukan kaki gayut atau jenis guna handphone saja boleh ambil pakej ni.. 

Amacam? Menarik tak tawaran dari TIME kali ini? Kalau rasa tertarik dan nak langgan, korang kena cepat-cepat sebab TAWARAN ADALAH DALAM TEMPOH TERHAD. Memang rugi kalau korang tak rebut ketika harga masih murah ni..

TIME Fibre Home Broadband Paling Laju, time, time broadband, time fibre home broadband, broadband, internet paling laju, telco yang tawarkan internet paling laju, internet laju, broadband terbaik, semak coverage time, cara semak coverage time, harga broadband time, kelebihan broadband time,

Kalau tak sempat untuk sign up secara walk in, korang boleh saja sign up melalui online. Klik saja link ini TIME 1Gbps & 100Mbps dan isi maklumat yang di perlukan. Don't worry sebab online form ini semudah abc. Ikut saja arahan yang diberikan.

Bagaimana hendak tahu kediaman saya ada coverage atau tidak?

Untuk check sama ada kediaman kita ada coverage atau tidak, korang boleh check di SINI. Masukkan bangunan atau nama daerah korang seperti di bawah.

TIME Fibre Home Broadband Paling Laju, time, time broadband, time fibre home broadband, broadband, internet paling laju, telco yang tawarkan internet paling laju, internet laju, broadband terbaik, semak coverage time, cara semak coverage time, harga broadband time, kelebihan broadband time,

Jika kediaman anda ada coverage time dan telah isi borang langganan online serta telah pilih tarikh untuk installation, dah tak perlu buat apa-apa. Duduk dan relaks sehingga installer buat panggilan untuk sahkan tarikh pemasangan. Lepas sudah confirm, Installer akan datang ke kediaman untuk pemasangan dan uji alatan. Di peringkat ini, pelanggan perlu jawab soalan yang dikemukakan. Ok selesai. Semudah 1,2,3 kan?

BERITA BAIK untuk korang sebab TIME beri RM 100 off first bill bagi setiap pendaftaran secara online. Wow bestnya sebab bulan pertama dah tak perlu bayar ataupun hanya bayar baki saja. Siapa nak bagi kan?

TIME Fibre Home Broadband Paling Laju, time, time broadband, time fibre home broadband, broadband, internet paling laju, telco yang tawarkan internet paling laju, internet laju, broadband terbaik, semak coverage time, cara semak coverage time, harga broadband time, kelebihan broadband time,

Disebabkan tawaran TIME sangat best dan dalam tempoh terhad, korang kena langgan cepat-cepat tau. Nak langgan dan maklumat lanjut , klik saja link di bawah...

12 Nov 2018

Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral

November 12, 2018 0
Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral
Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral. Hi korang dah lunch? Mommy dah lunch tapi kat kedai tom yam sajalah sebab pagi tadi dah makan nasi lemak. masih rasa kenyang tapi kena makan jugak sebab pukul 3 atau pukul 4 nanti confirm perut rasa lapar balik tapi takkan time tu baru nak keluar lunch kan? So, order yang ringan-ringan sajalah.

Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral

Untuk entry hari ini mommy nak update tempat breakfast yang mommy selalu pergi dengan daddy pada hari minggu. Tempat tu dah jadi viral dah sekarang. Kalau korang yang tinggal di seberang jaya atau Pulau Pinang confirm tahun tempat ni iaitu Koay Teow Th'ng viral di pasar pagi Seberang Jaya. Mommy dah banyak kali pergi tapi hari ni baru terasa nak buat entry. kahkahkah.. 

Nampak tak berapa darjah kerajinan mommy? hihi

Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral, koay teow th'ng, koay teow th'ng seberang jaya, koay teow th'ng sedap, koay teow th'ng sedap di pulau pinang, koay teow th'ng sedap di seberang jaya, makan pagi best di seberang jaya, jalan-jalan cari makan seberang jaya, sarapan pagi sedap di seberang jaya, lokasi koay teow th'ng viral,
Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral

Mommy suka Koay Teow Th'ng di sini sebab dia tak kedekut. Koay teow dan ayam memang banyak. Di tambah pula dengan kesedapan sup serta fishball, fishcake serta bawang putih yang di goreng garing. Kalau pergi makan di mana-mana yang ada jual koay tew th'ng jarang dah jumpa yang buat bawang putih garing ni. Ayam pula, ayam yang dicarik-carik...

Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral, koay teow th'ng, koay teow th'ng seberang jaya, koay teow th'ng sedap, koay teow th'ng sedap di pulau pinang, koay teow th'ng sedap di seberang jaya, makan pagi best di seberang jaya, jalan-jalan cari makan seberang jaya, sarapan pagi sedap di seberang jaya, lokasi koay teow th'ng viral,
 Koay Teow Th'ng Viral

Inilah gerai yang jual Koay Teow Th'ng viral tu. Namanya Mad Nasi Ayam....Ada contact number kat situ, so, korang boleh call dulu sebelum datang...

Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral, koay teow th'ng, koay teow th'ng seberang jaya, koay teow th'ng sedap, koay teow th'ng sedap di pulau pinang, koay teow th'ng sedap di seberang jaya, makan pagi best di seberang jaya, jalan-jalan cari makan seberang jaya, sarapan pagi sedap di seberang jaya, lokasi koay teow th'ng viral,
Koay Teow Th'ng Market Seberang Jaya

So, kalau korang mencari sarapan pagi di area seberang jaya, mommy memang syorkan korang ke food court market Seberang Jaya sebab disitu ada pelbagai menu yang sedap. Antaranya adalah mee wantan, nasi ayam, apom, capati dan tosai. Ala ala english breakfast pun ada... 

Bagi yang belum pernah datang, korang boleh follow maps ni.. 

9 Nov 2018

Din Rojak Tonggek Permatang Pauh | Tak Perlu Tonggek Lagi

November 09, 2018 0
Din Rojak Tonggek Permatang Pauh | Tak Perlu Tonggek Lagi
Din Rojak Tonggek Permatang Pauh | Tak Perlu Tonggek Lagi. Hari ahad baru-baru ni mommy pergi jalan-jalan cari makan dengan ipar duai. Tak jauh pun, saja-saja jalan sebab adik ipar yang duduk di KL balik bercuti sempena deepavali. Rancangan awalnya nak ke cendol Maklom tapi cendol Maklom pula tutup. Patah balik dan singgah di Din Rojak Tonggek Permatang Pauh. 

Baru mommy tahu kat Permatang Pauh pun ada rojak tonggek. Ingatkan kat Bagan saja. hihi...

Din Rojak Tonggek Permatang Pauh, Rojak Tonggek Permatang Pauh. rojak tonggek
Din Rojak Tonggek Permatang Pauh

Din Rojak Tonggek Permatang pauh sama saja dengan Rojak Tonggek Bagan tapi kat sini tak perlu tonggek dah sebab disediakan meja untuk pelanggan menikmati rojak. Barulah tak segan nak makan kan? Kalau dekat Bagan, mommy selalu bungkus saja. Seganlah nak makan kat sana...

Din Rojak Tonggek Permatang Pauh, Rojak Tonggek Permatang Pauh. rojak tonggek
pilihan yang ada di Din Rojak Tonggek Permatang Pauh

Untuk kuah rojak pula, mommy rasa kuah di Din Rojak Tonggek Permatang Pauh lagi best dari Bagan. Ini di akui oleh encik suami. Harga secucuk rojak RM0.70. So, makanlah berapa banyak yang korang nak makan. Macam kami ambik saja sebab abah (bapa mertua) yang belanja. Terima kasih abah. 

Din Rojak Tonggek Permatang Pauh, Rojak Tonggek Permatang Pauh. rojak tonggek
sebahagian dari anak cucu pak radzi

Selain makan di sana, pelanggan juga boleh beli kuah rojak yang di jual dengan harga RM4, RM8 dan RM 12. 

Din Rojak Tonggek Permatang Pauh, Rojak Tonggek Permatang Pauh. rojak tonggek
Bab posing serah kat depa.. 

Keistimewaan rojak tonggek ini, bukan saja buah potong yang disediakan.. Juga terdapat sotong, fishball, sosej, tauhu, tauhu kering, fucuk dan lain-lain lagi. So, pilih saja yang mana korang berkenan..

Din Rojak Tonggek Permatang Pauh, Rojak Tonggek Permatang Pauh. rojak tonggek
abang long... 

Kesedapan tidak dapat dinafikan lagi sampai ajak wefie pun tak layan. Hahaha...

Din Rojak Tonggek Permatang Pauh, Rojak Tonggek Permatang Pauh. rojak tonggek

Dua tiga kali ajak baru bagi kerjasama. Macam-macam aksi dok ada... hahaha
Din Rojak Tonggek Permatang Pauh, Rojak Tonggek Permatang Pauh. rojak tonggek

Anak-anak pula, selain makan sosej dari rojak tonggek depa juga makan Street Fried Chicken. Sedap sebab masing-masing request kali kedua pula.

Untuk minuman pula, pelanggan boleh order air bancuh pelbagai jenis. Oh yer ada juga air kelapa dan coconut shake. Sedap! Mommy dah rasa sebab suami yang order... 

Bagi yang teringin nak makan rojak tonggek, korang boleh singgah sini sebab lebih selesa.. Kalau tak tahu boleh saja follow maps di bawah.

5 Nov 2018

Lazada 11.11 Shopping Festival | Produk Praktikal Idaman

November 05, 2018 0
Lazada 11.11 Shopping Festival |  Produk Praktikal Idaman
Lazada 11.11 Shopping Festival |  Produk Praktikal Idaman. Yesssza! Yang di tunggu-tunggu semakin tiba. Tak sabar nak shopping. Gatal tangan dah ni.. hahaha. Walaupun belum sampai lagi tarikh 11.11.2018 tu tapi mommy dah add to cart barang-barang yang mommy nak tu. Wishlist la kiranya... 

Kalau korang sejenis yang tak sabar macam mommy, korang boleh la buat add to cart dulu barang yang korang idam-idam kan tu. Boleh tengok di link SINI. Selain dari tawaran MURAH dan Voucher,  harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT. Wow!

Lazada 11.11 Shopping Festival |  Produk Praktikal Idaman

Lazada 11.11 Shopping Festiva

Disebabkan ketidaksabaran mommy menunggu tarikh 11.11.2018 ni, mommy dah add to cart barang idaman yang mommy nak beli. Nanti sampai ja tarikh dia, terus mommy buat payment ja. So, tak perlu nak cari-cari barang tu atau nak buat perbandingan harga pada hari sales. 

Inilah barang-barang yang mommy nak beli nanti. Keinginan semua isteri dan mak mak rasanya... 

1. Russell Taylors Handheld Cyclone Vacuum Cleaner 600W VC-20

Mommy nak vacuum cleaner ni untuk memudahkan mommy membersihkan rumah dan tak memenatkan. Let's the machine work for you...

Klik SINI untuk view produk

2. Russell Taylors 6L Dual Pot Pressure Cooker PC-60 (2 inner pots + 1 steam rack) Electric Pressure Cooker

Baru ada keinginan nak beli pressure cooker elektric. Alang-alang nak beli kita beli yang ada 2 pot dan 1 pot steamer. Senang kalau masak banyak-banyak dan berbaloi. 

Klik SINI untuk view produk 

3. Russell Taylors Air Fryer AF-14

Tengok orang lain ada, mommy pun nak ada juga untuk kesihatan yang lebih baik.
Klik SINI untuk view produk

4. Waffle, Sandwich, Grill 3-in-1 Maker Russell Taylors CM-83

Disebabkan anak-anak mommy suka makan waffle dan sandwich. Ada 3 in 1, senang lah tukar-tukar bila nak buat dan tak perlu banyak-banyak perkakas eletrik. 
Klik SINI untuk view produk
Empat ni jer produk idaman yang mommy mampu milik. Semua ini produk dari jenama Russell Taylors. Mommy pilih jenama ini sebab...

  • Mampu milik dan praktikal
  • Kualiti setanding jenama yang lain
  • Jenama yang boleh dipercayai
  • Good review and shipping on time
  • Diluluskan oleh SIRIM dan ST 

So, apa wishlist korang pula?