Sambut Birthday Octoberians Di Charcoal Restaurant - Cahaya Hayati

31 Oct 2018

Sambut Birthday Octoberians Di Charcoal Restaurant

Happy Birthday Octoberians. Seperti tahun-tahun lepas juga, birthday Ammar, Daddy dan Tok Daddy (MIL) di sambut sekali. Birthday diaorang just selang hari ja. Jadi, sambut sekaligus sajalah. Jimatttt! haahaha.

Sambut Birthday Octoberians Di Charcoal Restaurant


Tahun ni sambut di Charcoal Restaurant. Dah lama mommy nak pergi restoran ni tapi belum berkesempatan. Bila SIL ajak pergi sini terus mommy setuju. Nak rasa western food kat sini pula. Yay or Nay? Bila dah pergi ofkos la kena buat food review sekali. Blogger kan? hihi..


Kek Birthday hanya untuk Abang Ammar sebab daddy dengan tuk request benda lain. Demand! hihi.. Janji abang Ammar puashati dengan kek yang di minta. Anak-anak bila birthday wajib ada kek takdak benda lain pun takpa. Hadiah birthday masih KIV... Sabar naaaa sampai habis periksa. Untuk tahun ni Abang Ammar request cake tema GUNDAM. Terkedu mommy tak tahu benda apa... Rupanya robot yang bernama GUNDAM. Alahai anak, advance betul...



Seperti selalu, Kek ini di tempah dengan Donna Touch. Sedap dan harga sangat berbaloi... Korang yang dok di Kulim pun boleh tempah kek dengan kak Donna ni. Sebut ja nak kek apa dan jenis mana. Confirm korang puashati dan puas makan. 



Kek tu kongsi yer daddy ngan anak teruna. Sapa suruh birthday korang selang 2 hari. hikhik..



Dah potong meh kita suap-suap pula. Ha nganga!



Turn mommy dan yang lain... Opps ada orang sudah jelly. 



Dan dia pun sibuk nak suap juga... 



Kasi can! sambil suap sambil ngaga mulut. Hahaha... Aisy! Aisy! Siap dengan pakej belemoih lagi... 



Elok habis ja suap menyuap, makanan pun sampai. Jom tengok menu yang kitaorang order... 

Ayam panggang bersama sos barbeque
Menu daddy yang paling win. Banyak dan sedap...

Lamb chop bersama sos bawang putih cili padi

Ada orang dah tak sabar... hahaha

Close up sikit
Yang ini pula menu MIL. Lamb chop bersama sos black pepper... Yang ni pun sedap.

Lamb chop bersama sos black pepper

Nampak tak perangai masing-masing bila makanan dah ada depan mata... Tak pandang depan dah. 


Review yang mommy boleh beri untuk Charcoal Restaurant ni adalah 7/10 sebab mommy tak berapa puashati dengan sos dan minuman yang di hidangkan. Sepatutnya restaurant ini memberi pilihan sos untuk di  pilih oleh pelanggan sebab tak semua pelanggan suka dengan sos  yang di cadangkan. Bila tiada pilihan, pelanggan terpaksa pilih apa yang di rasakan menarik. 

Untuk minuman pula, stated dalam menu adalah juice tapi bila sampai hanyalah bancuhan kordial. Dah la harga tak relevan dengan kualiti atau rasa minuman tersebut. Itu untuk juice. Untuk minuman yang lain pun, mommy tak berapa nak puashati tapi boleh lahhhhh... 

Restaurant ni boleh berkembang maju lagi dengan menambah menu atau pilihan sos, memperbaiki  kualiti minuman dengan mengambil barista atau pembuat minuman yang berpengalaman dan membuat promosi di media social agar lebih di kenali dan terkenal di Kulim. 

Bila dah baca review mommy ni, korang jangan pula tak pergi. Boleh pergi sebab makanan dia sedap. Dari segi minuman tu, mungkin di tekak mommy rasa tak berapa best tapi bila korang rasa sendiri kena dengan tekak dan citarasa korang.

Semoga Charcoal Restaurant bertambah maju dan berkembang setaraf dengan restaurant western yang lain. 

No comments:

Post a Comment