Kisah Seram Di UUM - Part 2 - Cahaya Hayati

4 Oct 2018

Kisah Seram Di UUM - Part 2

Kisah seram di UUM part 1 hari tu ramai pula yang baca yer... Suka yer korang dengan kisah seram seram ni? So, kita sambung part 2 pula lah yer tapi kisah ni tak berlaku pada mommy tapi mommy saksikan sendiri kejadian tu. Almaklumlah bilik berdepan-depan. Masa kejadian ni mommy dah tahun kedua atau semester 4. Kolej kediaman mana biarlah rahsia sebab takut penghuni di kolej kediaman tu takut pula...



Hari kejadian adalah hari minggu tapi sebagai pelajar senior yang ambil jurusan pendidikan, hari minggu adalah hari yang penuh dengan aktiviti di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan UUM. Bukan pergi seorang tapi sekumpulan dan setiap orang ada tugasan masing-masing. Masa berada di sekolah tersebut, tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku sehinggalah balik ke bilik masing-masing.

Kelainan pada kakak senior ni disedari oleh room mate dia. Kakak tu macam diam dan nampak sedih katanya. Dia tanya pada senior tu tapi suara budak kecil yang jawab. Lepas tanya tu tiba-tiba kakak senior tu mengamuk dan menjerit. Cepat-cepat room mate yang lain panggilkan warden. Senior-senior bilik sebelah pula pegang kakak tu. Tak silap dalam 8 orang.. Macam tak logik pun ada juga sebab kakak senior yang kena rasuk tu kecil saja orangnya. 

Kami yang lain pakat tengok saja. Nak tolong pun tak tahu nak tolong apa.. Nak pergi dekat pun seram jugak dengan mata terbeliaknya.

Dalam 30 minit selepas tu, warden pun sampai bersama seorang ustaz dan doktor. Ustaz minta semua bilik di aras tersebut baca surah Yassin sampai habis dia rawat. Masa ustaz mula berubat, kakak senior dalam suara budak kecil sebut nama sorang sorang yang tengah period. Dia kata yang tengah period tu semua kawan dia. Apalagi semua pakat takut lah... Lepas dia cakap macam tu, ustaz minta semua yang period pergi ke tingkat atas atau bangunan sebelah. 

Masa ustaz mula berubat, kakak senior tu bertambah kuat sampailah kakak-kakak senior tadi tak larat, berganti dengan yang lain pula termasuklah warden dan doktor. Oh yer doktor dan warden tu lelaki yer.. Ada yang kena tendang, ada yang kena cekam sampai lebam dan kena ludah.

Then, sampailah part ustaz berdialog dengan makhluk yang berada dalam tubuh kakak senior tu. Ustaz tanya kenapa ikut kakak ni? Dia kata dia suka kakak ni sebab baik. Ustaz tanya dia dari mana? Dia cakap dia dari sekolah yang kakak senior pergi tadi. Lepas tu dia kata, kakak di dah masuk dalam kawasan dia. 

Lepas dia cakap macam tu, kakak senior yang pergi sekali tadi iyakan sebab kat sekolah tu ada taman bunga yang cantik. Tapi depa tak buat apa pun just pergi melawat saja.

Ustaz tanya lagi. Asalnya dari mana? Dia kata dia mati kat sekolah tu. Korang boleh imagine tak suara budak umur 6-7 tahun. Suara manja-manja lagi... Kemudian ustaz suruhlah makhluk tu balik. Budak tu cakap tak nak. Dia kata dia sayang kakak ni.. huhu...

Sampailah part sebelum dia balik, dia cakap dia nak tolong kakak ni. Kat sini dia ceritalah semua kisah sedih kakak ni termasuklah kecacatan fizikal di kaki ( sikit saja dan tak ketara pun), kisah family dan termasuklah kisah cinta di tolak. Semuanya betul... Korang bayangkan kitaorang yang dengar budak ni cerita pun rasa sedih. Macam luahan hati kakak tu sebenarnya. Ini dengar sambil baca Yassin. Serius memang tak kusyuk baca Yassin time tu...

Banyaklah dialog antara ustaz dengan budak tu dan jawapan yang di beri pun dalam pelbagai intonasi. Ada yang okay, ada yang seram, ada yang memberontak dan ada yang merayu... Sambil bersoal jawab tu ustaz ada membaca surah-surah untuk mengeluarkan budak tu. Hampir 2 jam juga kejadian tersebut. Ntah macam mana lepas tu suara tu hilang dan kakak tu pun tiba-tiba jadi lembik. Ustaz cakap dah okay dan minta pantau kakak tadi.

Lepas kejadian tu, doktor yang datang bersama suntik ubat tidur kepada kakak senior. Dia juga minta semua yang ada untuk tidak bertanya dan cerita kejadian ini bila dia sedar. Yelah sebab ada aib dia yang dah tersingkap. 

Kiranya lepas tu kami semua buat dan tegur macam biasa saja... Lepas kejadian tu jugaklah baru mommy percaya apa yang orang cerita tentang kena rasuk tu betul. Bukan di buat-buat yer... Moral of the story, kalau ke tempat baru... jangan pandai-pandai sendiri. Sila bertanya kepada tuan rumah dulu ataupun beri salam, jangan main redah saja.  In Sha Allah tiada apa-apa yang akan berlaku. 



2 comments:

  1. Allahu. Seram dan sedih juga baca ni. Kesian pun ada. Waaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Alamak...babb kena rasuk ni memang banyak la penagalaman..pengalaman family sendiri, SA Sendiri pun ada..tapi SA x berani nak bercerita hehehe..takut dan SA memang penakut

    ReplyDelete