Outlet Philips Kini Di Gurney Plaza, Pulau Pinang - Cahaya Hayati

16 Sept 2018

Outlet Philips Kini Di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Outlet Philips Kini Di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Philips bukanlah jenama asing di Malaysia kerana Philips telah berada di Malaysia sejak tahun 1930 lagi. Banyak generasi telah mendapat manfaat dari produk-produk Philips. Philips Malaysia telah melebarkan sayapnya dengan menambah outlet Jenama Philips di Penang. Kiranya berita baik kepada Penangites la kan? 

Outlet Philips Kini Di Gurney Plaza, Pulau Pinang


Outlet Philips di Penang secara rasminya telah dibuka pada 6 September 2018 yang lalu. Ia dirasmikan oleh Dato' Abdul Halim Hussain, Pegawai Eksekutif Perdagangan Domestik & Antarabangsa Negeri Pulau Pinang. Semasa majlis pelancaran outlet Philip di Gurney Plaza ini, di perkenalkan Muhammad Ali Jaleel, Country Manager Philips Malaysia dan juga Mr. G Singh, CEO My Future World Malaysia. Outlet Philips di Gurney Plaza bersaiz 969 kaki persegi dan ia adalah outlet perkongsian di antara Philips Malaysia dan My Future World Malaysia yang terletak di unit 03-51/70 di level 3.

(From left)Mr G. Singh, Chief Executive Officer of My Future World Malaysia,  Dato’ Abdul Halim Hussain, Penang State Executive Councillor for Domestic and International Trade, Consumer Affairs and Entrepreneur Development and Mr Muhammad Ali Jaleel, Country Manager for Philips Malaysia at the official launch of the first Philips Brand Store in Gurney Plaza, Penang. 

(From left) Mr G. Singh, Dato' Abdul Halim Hussain together with Mr Muhammad Ali Jaleel officiating the first Philips Brand Store in Gurney Plaza, Penang. 

Dengan adanya outlet Philips di Gurney Plaza, para pembeli boleh guna dan rasai sendiri pengalaman membeli belah dengan lebih mendalam ke atas semua produk Philips. Malah pelanggan juga boleh sentuh dan rasai produk, memahami ciri-ciri produk serta kegunaannya. Selain itu, pelanggan juga boleh mencuba produk tersebut. Terbaik dan barulah pelanggan merasa puashati sebelum membuat pilihan yang sesuai.


Tujuan outlet ini di buka adalah untuk menghargai pelanggan yang bersama dengan Philips dari generasi ke generasi. Ia juga sebagai selangkah ke hadapan bagi pelanggan merasai pengalaman membeli yang positif apabila membeli produk Philips. Selain dari pengalaman membeli yang positif, ia juga untuk memastikan pelanggan membuat pilihan yang betul dan memberi kepuasan yang berpanjangan.

"Pembelian perkakas (appliance) adalah satu pelaburan dan ia memerlukan masa serta usaha untuk membeli yang betul. Penting juga untuk pelanggan mempunyai peluang mencubanya sendiri perkakas yang di idamkan, mengetahui fungsi secara terperinci sebelum membelinya. Jadi ia adalah keputusan yang betul Philips Malaysia untuk membuka outlet di Pulau Pinang" Kata Dato' Abdul Halim dalam ucapannya.

sempat cuba sendiri iron yang menjadi idaman ramai. Best sangat!

Di outlet Philips, terdapat pelbagai bahagian produk diantaranya :-

Perkakas Dapur 

Dengan menggunakan perkakas dapur Philips, kita dapat menyediakan makanan yang sihat dengan senang. Contohnya, masak tanpa minyak, membuat mee dan smoothies. Malah, resepi traditional juga dapat di sediakan 8 kali lebih cepat.

pelbagai pilihan perkakas dapur

Dah masuk dalam wishlist mesin buat mee yang tengah tu...

Hasil masakan menggunakan Philips Airfryer

Penjagaan Ibu Dan Anak

Di bahagian penjagaan ibu dan anak, ibu bapa dapat sediakan makanan sihat untuk si kecil tanpa ada keluhan kerana semua produk Philips AVENT dapat membantu ibubapa melakukannya dengan senang.

pelbagai pilihan produk Philips AVENT

Dandanan dan Kecantikan

Tidak perlu susah lagi untuk kelihatan cantik dan bergaya kerana Philips mempunyai pelbagai pilihan shavers, alatan dandanan seperti hair styling tools serta berus gigi elektrik dan floss untuk membantu memperolehi senyuman yang lebih menawan.

Boleh try set dandanan rambut...



Irons & Steamers

Yang paling menjadi idaman para ibu-ibu adalah irons & steamers yang mampu menghilangkan kedutan dengan lebih berkesan. Terdapat pelbagai pilihan irons & steamers di sini. Boleh pilih yang sesuai dengan budget dan kegunaan harian.

pelbagai pilihan iron & steamer Philips

Yang biru menjadi idaman kalbu...

Penjagaan Lantai

Pilihan kedua yang menjadi idaman para ibu-ibu adalah vacuum dan steamers lantai. Terdapat pelbagai pilihan seperti di bawah.

Masuk dalam wishlist juga. Senang vacum sekali dengan mop lantai... 

Yang ni pun best sebab dia boleh jadi maid sapu lantai malam-malam... 

Penjagaan Udara

Untuk pengudaraan lebih bersih dan sihat boleh pilih air purifiers yang terdapat di Philips.


Bila berada sendiri di outlet Philips ni, rasa nak borong semua produk Philips. Semua berkenannnnn... Okaylah kita buka tabung produk Philips pula. hahaha...

Tengah fikir nak beli ada sebab ada special diskaun masa opening tu.. hahaha

Banyak kali pi tengok vacum steamers ni.. Penuhkan tabung dulu yer mommy.

Bagi yang berminat untuk membeli produk Philips selain dari outlet Philips, korang bboleh dapatkan dari Retail Partners & Distributors, online Channel dan juga Specialist Brand Store & Experience Store. Outlet Philips di Gurney Plaza adalah Specialist Brand Store yang ke-5 di mana 3 di Kuala Lumpur ( Publika Shopping Gallery, Gardens Mall Mid Valley & Wangsa Walk Mall) dan satu di Sutera Mall, Johor Bahru. Experience Store Philips pula terletak di Menara Axis, Petaling Jaya.

Bagi pembelian online pula, pelanggan boleh layari Blip.my dan Lazada. Bagi maklumat lanjut berkenaan produk Philips, korang bolehlah layari laman web Philips di bawah.




6 comments:

  1. Bestnya dpt join event philip..nti ajoklah kami sekali..teringin gak nk dpt seketui iron philip tu..tabung asik bocoq ja haha

    ReplyDelete
  2. Kita suka dgn jenama philips.. Byk home appliance dari philips.. Seterika, aircond, heater dan lain2.. Bgus gak dh de outlet kt penang senang nk ke sana nnti kan.

    ReplyDelete
  3. Dari zaman mak2 lagi dah guna produk ni.best la orang penang sebab dah ada oulet philips lat sana..senang nak dapatkan barang terkini philips nanti

    ReplyDelete
  4. banyak barang philips kita berkenan tau..hehee..tapi biaalah kene kumpul duit..kalau masuk, habis semua dislidiknya..hehee

    ReplyDelete
  5. Wah bestlah ada outlet baru dibuka. Hari hari boleh terjah tengok produk Philips. Produk Philips memang berkualiti

    ReplyDelete
  6. Aah jenama philips ni memang tak asing dah. Trusted brand utk kelengkapan elektrik.

    ReplyDelete