KISAH SERAM DI UUM - PART 1 - Cahaya Hayati

27 Sep 2018

KISAH SERAM DI UUM - PART 1

KISAH SERAM DI UUM - PART 1. Ini kisah mommy masa Matrik UUM tahun 1998. Pertama kali duduk asrama sebenarnya. Selesai pendaftran, mommy di tempatkan di kolej Telekom. Masa Matrik ni, hanya pelajar perempuan saja yang menghuni Kolej Telekom. Pelajar lelaki pula di tempatkan di kolej MISC. Macam tak fair pula sebab Kolej lelaki dekat dengan tempat menunggu bas, dekat dengan tasik dan dekat dengan banyak tempat bestlah... hahaha.

Okaylah setakat ni saja mommy nak cerita pasal uum sebab masa tu uum tak segah sekarang. Dulu di kelilingi hutan saja. Masa mommy graduate, pintu gerbang depan tu baru dok tengah buat... Tak sempat nak selpie.. hahaha.

kisah seram, kisah seram uum, kisah seram kolej telekom, kisah seram kolej telekom uum, uum, universiti utara malaysia, kisah kolej kediaman uum,
kisah seram uum

Kisah seram mommy di UUM bermula pada musim peperiksaan. stay up tu perkara biasalah sebab tak nak kantoi atau repeat matrik. Selalunya mommy stay up dengan kawan-kawan sekelas di tempat belajar aras 1 Kolej Telekom. `Tapi entah macam mana malam tu, kawan-kawan aku pakat masuk bilik apabila jam 12 malam. Sorang-sorang pakat blah sampailah tinggai mommy sorang tapi mommy tak sedar pun depa dah balik. Ingatkan masih ada yang stay up. Manalah nak sedar kalau kat telinga pakai earphone sambil dengar walkman. Zaman ni mana ada lagi phone canggih macam sekarang..

Keadaan makin sunyi tapi mommy masih rasa ada member yang temankan. Rasa angin kuat sekali sekala sebab pintu terbuka dan tepi balkoni. Masih abaikan...

Dalam dok menelaah subjek yang nak exam esoknya, mommy dengar pula ada orang tolak kerusi. Macam nak bangun... Tak pusing kepala tengok tapi mommy tegur la " dah nak balik ke?" Senyap tak berjawab.. Mommy teruskan study macam biasa sebab tak rasa nak balik bilik lagi dan dengan andaian kawan tadi tak dengar apa yang mommy tanya..

Tak lama lepas tu, kerusi jatuh pulak. Pakkkkk... Terus mommy pusing belakang tapi takdak sapa dan takdak kerusi jatuh pun. Tapi yang mommy dengar kerusi jatuh tu betul-betul belakang mommy. Korang rasa??? Terus ambik buku ngan alat tulis semua dan masuk bilik. 

Keesokkan harinya terus tanya depa sapa yang last study dengan mommy tapi depa kata depa semua masuk bilik awal. Habis tu sapa pula yang tolak kerusi tu? Huhuhu... Ada peneman rupanya.. Tidakkk!

Memang start dari malam tu memang mommy yang paling awal balik bilik lepas study. No more stay up di bilik belajar. Kalau stay up pun hanya di bilik sendiri saja. Bukan takut tapi cuma seram saja...

2 comments:

  1. Kalau SA memang dah menangis dah tu..iolls dah la penakut...muahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Huhu memang seram. UUM dari dulu dan sekarang penuh dengan kisah seram. Sepanjang 3 tahun kat sana, kinah cuma dengar bunyi suara orang menjerit, nyaring sangat pada waktu malam. Seram pulak. Sejak dari hari tu tak berani kinah nak keluar ke blok member malam-malam buta huhu

    ReplyDelete