September 2018 - Cahaya Hayati

27 Sept 2018

KISAH SERAM DI UUM - PART 1

September 27, 2018 2
KISAH SERAM DI UUM - PART 1
KISAH SERAM DI UUM - PART 1. Ini kisah mommy masa Matrik UUM tahun 1998. Pertama kali duduk asrama sebenarnya. Selesai pendaftran, mommy di tempatkan di kolej Telekom. Masa Matrik ni, hanya pelajar perempuan saja yang menghuni Kolej Telekom. Pelajar lelaki pula di tempatkan di kolej MISC. Macam tak fair pula sebab Kolej lelaki dekat dengan tempat menunggu bas, dekat dengan tasik dan dekat dengan banyak tempat bestlah... hahaha.

Okaylah setakat ni saja mommy nak cerita pasal uum sebab masa tu uum tak segah sekarang. Dulu di kelilingi hutan saja. Masa mommy graduate, pintu gerbang depan tu baru dok tengah buat... Tak sempat nak selpie.. hahaha.

kisah seram, kisah seram uum, kisah seram kolej telekom, kisah seram kolej telekom uum, uum, universiti utara malaysia, kisah kolej kediaman uum,
kisah seram uum

Kisah seram mommy di UUM bermula pada musim peperiksaan. stay up tu perkara biasalah sebab tak nak kantoi atau repeat matrik. Selalunya mommy stay up dengan kawan-kawan sekelas di tempat belajar aras 1 Kolej Telekom. `Tapi entah macam mana malam tu, kawan-kawan aku pakat masuk bilik apabila jam 12 malam. Sorang-sorang pakat blah sampailah tinggai mommy sorang tapi mommy tak sedar pun depa dah balik. Ingatkan masih ada yang stay up. Manalah nak sedar kalau kat telinga pakai earphone sambil dengar walkman. Zaman ni mana ada lagi phone canggih macam sekarang..

Keadaan makin sunyi tapi mommy masih rasa ada member yang temankan. Rasa angin kuat sekali sekala sebab pintu terbuka dan tepi balkoni. Masih abaikan...

Dalam dok menelaah subjek yang nak exam esoknya, mommy dengar pula ada orang tolak kerusi. Macam nak bangun... Tak pusing kepala tengok tapi mommy tegur la " dah nak balik ke?" Senyap tak berjawab.. Mommy teruskan study macam biasa sebab tak rasa nak balik bilik lagi dan dengan andaian kawan tadi tak dengar apa yang mommy tanya..

Tak lama lepas tu, kerusi jatuh pulak. Pakkkkk... Terus mommy pusing belakang tapi takdak sapa dan takdak kerusi jatuh pun. Tapi yang mommy dengar kerusi jatuh tu betul-betul belakang mommy. Korang rasa??? Terus ambik buku ngan alat tulis semua dan masuk bilik. 

Keesokkan harinya terus tanya depa sapa yang last study dengan mommy tapi depa kata depa semua masuk bilik awal. Habis tu sapa pula yang tolak kerusi tu? Huhuhu... Ada peneman rupanya.. Tidakkk!

Memang start dari malam tu memang mommy yang paling awal balik bilik lepas study. No more stay up di bilik belajar. Kalau stay up pun hanya di bilik sendiri saja. Bukan takut tapi cuma seram saja...

20 Sept 2018

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?

September 20, 2018 1
Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?
Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat? Minggu depan peperiksaan UPSR 2018 akan berlangsung. Jadual peperiksaan pun dah dapat. Untuk tahap 1 pun dah dapat surat cuti untuk sepanjang minggu peperiksaan. Tapi apa peranan mak ayah dalam membantu anak-anak menjawab peperiksaan? Tahu, mesti ramai yang akan kata... dah antar tuisyen, dah bagi macam-macam dan dah beri makan makanan yang terbaik termasuklah suplement. Semua tu betul, tak salah pun tapi ini mommy kongsikan sedikit tips yang mommy dapat dari majalah keluarga online... Tapi dengar kata tips ni sebenarnya dari ustaz Ebit. Tak kisah dari siapa sebab mana yang baik kita amalkan...

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?


Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?, tips peperiksaan, amalan oleh ibu bapa bila anak periksa, upsr, tips untuk ibu bapa bila anak periksa, peranan ibubapa ketika anak ambil periksa

1. Mak ayah kena maafkan anak

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?, tips peperiksaan, amalan oleh ibu bapa bila anak periksa, upsr, tips untuk ibu bapa bila anak periksa, peranan ibubapa ketika anak ambil periksa

2. Mak ayah kena berpuasa sunat sambil doakan anak sepanjang hari


3. Mak ayah kena buat solat sunat hajat dan taubat.

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?, tips peperiksaan, amalan oleh ibu bapa bila anak periksa, upsr, tips untuk ibu bapa bila anak periksa, peranan ibubapa ketika anak ambil periksa

4. Mak ayah kena sentiasa doa dan zikir sepanjang anak berada dalam dewan peperiksaan.

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?, tips peperiksaan, amalan oleh ibu bapa bila anak periksa, upsr, tips untuk ibu bapa bila anak periksa, peranan ibubapa ketika anak ambil periksa

5. Mak ayah kena buat solat Dhuha untuk luaskan rezeki anak jawab periksa.

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?, tips peperiksaan, amalan oleh ibu bapa bila anak periksa, upsr, tips untuk ibu bapa bila anak periksa, peranan ibubapa ketika anak ambil periksa

6. Mak ayah kena hantar gelombang positif, bayangkan anak jawab dengan lancar dan tenang. 

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?, tips peperiksaan, amalan oleh ibu bapa bila anak periksa, upsr, tips untuk ibu bapa bila anak periksa, peranan ibubapa ketika anak ambil periksa

7. Mak ayah kena sedekah dan niatkan pahala untuk anak.

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?, tips peperiksaan, amalan oleh ibu bapa bila anak periksa, upsr, tips untuk ibu bapa bila anak periksa, peranan ibubapa ketika anak ambil periksa

8. Mak ayah kena amalkan surah Al fatihah, selawat Nabi, zikir  dan doa untuk anak. 

Anak Hadapi Peperiksaan, Apa Mak Ayah Perlu Buat?, tips peperiksaan, amalan oleh ibu bapa bila anak periksa, upsr, tips untuk ibu bapa bila anak periksa, peranan ibubapa ketika anak ambil periksa

In Sha Allah dengan amalkan tips ini, anak-anak akan mudah dan berjaya menjawab periksa dengan lancar. Moga apa target yang di setkan, akan di perolehi nanti....

Wordless

September 20, 2018 1
Wordless
Wordless. Sebenarnya tak tahu nak update entry apa... Masih ada satu hutang entry yang belum siap tapi takde mood nak buat. So, up dulu wordless agar mood untuk update entry semakin tinggi.

Mommy suka baca positive quote untuk motivasi diri sendiri.. Dari quote juga kita dapat gerakkan hati kita untuk capai apa yang kita idamkan. Moga yang positif saja ada dalam diri ini. 


19 Sept 2018

Tonton Online Drama Villa Ghazara

September 19, 2018 4
Tonton Online Drama Villa Ghazara
Tonton Online Drama Villa Ghazara. Slot samarinda TV3 yang baru menggantikan Cinta Kristal. Vila Ghazara akan menggantikan drama Cinta Bukan Kristal di slot Akasia TV3. Drama ini dibintangi oleh Syukri Yahya, Azira Syafinaz, Mustapar Kamal, Haleeda Mazlin, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Aidil Aziz, Tunku Hanis dan ramai lagi

Tonton Online Drama Villa Ghazara, villa ghazara, drama villa ghazara, slot samarinda villa ghazara, tonton online villa ghazara
Tonton Online Drama Villa Ghazara


Mommy dah layan 2 episod. Bagi yang belum tonton Cinta Ghazara lagi boleh tonton di sini...


Tonton Online Drama Villa Ghazara


18 Sept 2018

Gotong Royong Masak Bubur Asyura

September 18, 2018 2
Gotong Royong Masak Bubur Asyura
Gotong Royong Masak Bubur Asyura. Masuk bulan saja bulan Muharram terus teringat bubur Asyura yang sedap. Tambah-tambah bubur Asyura yang banyak bahan. Di Malaysia, bubur Asyura ada banyak versi tapi mommy paling suka yang versi kedah. Tak keras dan tak lembut sangat. Just nice gitu... 
bubur asyura kedah

Nak di jadikan cerita, adik beradik husband yang plan nak buat. Depa tiap-tiap tahun buat... Mommy join bila free saja. Kebetulan semalam pakat cuti terus jalankan apa yang di plan.. Master chef pula mak mertua nombor 2 ( mak tiri husband). Sampai di rumah abah dah pukul 10 pagi. Terus buat apa yang patut.

bancuhan santan, tepung dan garam di masak terlebih dahulu

Nak buat bubur Asyura ni memang perlukan kesabaran yang tinggi sebab kena rebus dulu bahan yang nak di masukkan tu. Kalau tak nanti takut ada yang tak masak... Lepas rebus bahan-bahan, masak pula air gula merah dan tapiskan. Lepas air gula, kisahkan santan pula. Kena asingkan santan cair dan santan pekat sebab santan cair digunakan untuk bancuh tepung. Santan pekat pula di masukkan selepas tepung masak dan agak pekat. 

Bahan yang di rebus kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek, kacang merah dan jagung

Bahan yang di rebus kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek, kacang merah dan jagung

Yang paling tak best sebab kena sentiasa kacau. Time mengacau ni memang ramai yang ngelat. Mommy ambik part kacau time baru masak. Tak sanggup nak kacau masa dah pekat dan semua bahan telah di masukkan. Part tu kita serah kepada tenaga lelaki yang kuat dan gagah perkasa. hahaha..

Akhir sekali baru masukkan bahan yang telah di rebus

Part mengacau sesama akhir kena serahkan kepada lelaki... 

Alhamdulillah siap dan menjadi dengan elok. Bertambah sedap bila rasa lemak dia cukup... Penat yang berbaloi. 

Inilah hasilnya....

Di sebalik tabir buat bubur Asyura ni, kami bahagikan tugas. Ada yang masak nasi dan lauk di dapur, ada yang jaga anak-anak kecil dan selebihnya kacau bubur Asyura lah. Ni pun ada yang tak dapat join sebab bekerja... Bila pakat ada tugasan masing-masing, kerja yang berat rasa senang. Malah dapat mengeratkan hubungan persaudaraan. 

Masak kat luar sambil bersila lagi...

Tukang masak dalam rumah pula.. 

Hidangan tengahari semalam...

Korang pula, apa aktiviti di Hari Malaysia? 

16 Sept 2018

Outlet Philips Kini Di Gurney Plaza, Pulau Pinang

September 16, 2018 6
Outlet Philips Kini Di Gurney Plaza, Pulau Pinang
Outlet Philips Kini Di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Philips bukanlah jenama asing di Malaysia kerana Philips telah berada di Malaysia sejak tahun 1930 lagi. Banyak generasi telah mendapat manfaat dari produk-produk Philips. Philips Malaysia telah melebarkan sayapnya dengan menambah outlet Jenama Philips di Penang. Kiranya berita baik kepada Penangites la kan? 

Outlet Philips Kini Di Gurney Plaza, Pulau Pinang


Outlet Philips di Penang secara rasminya telah dibuka pada 6 September 2018 yang lalu. Ia dirasmikan oleh Dato' Abdul Halim Hussain, Pegawai Eksekutif Perdagangan Domestik & Antarabangsa Negeri Pulau Pinang. Semasa majlis pelancaran outlet Philip di Gurney Plaza ini, di perkenalkan Muhammad Ali Jaleel, Country Manager Philips Malaysia dan juga Mr. G Singh, CEO My Future World Malaysia. Outlet Philips di Gurney Plaza bersaiz 969 kaki persegi dan ia adalah outlet perkongsian di antara Philips Malaysia dan My Future World Malaysia yang terletak di unit 03-51/70 di level 3.

(From left)Mr G. Singh, Chief Executive Officer of My Future World Malaysia,  Dato’ Abdul Halim Hussain, Penang State Executive Councillor for Domestic and International Trade, Consumer Affairs and Entrepreneur Development and Mr Muhammad Ali Jaleel, Country Manager for Philips Malaysia at the official launch of the first Philips Brand Store in Gurney Plaza, Penang. 

(From left) Mr G. Singh, Dato' Abdul Halim Hussain together with Mr Muhammad Ali Jaleel officiating the first Philips Brand Store in Gurney Plaza, Penang. 

Dengan adanya outlet Philips di Gurney Plaza, para pembeli boleh guna dan rasai sendiri pengalaman membeli belah dengan lebih mendalam ke atas semua produk Philips. Malah pelanggan juga boleh sentuh dan rasai produk, memahami ciri-ciri produk serta kegunaannya. Selain itu, pelanggan juga boleh mencuba produk tersebut. Terbaik dan barulah pelanggan merasa puashati sebelum membuat pilihan yang sesuai.


Tujuan outlet ini di buka adalah untuk menghargai pelanggan yang bersama dengan Philips dari generasi ke generasi. Ia juga sebagai selangkah ke hadapan bagi pelanggan merasai pengalaman membeli yang positif apabila membeli produk Philips. Selain dari pengalaman membeli yang positif, ia juga untuk memastikan pelanggan membuat pilihan yang betul dan memberi kepuasan yang berpanjangan.

"Pembelian perkakas (appliance) adalah satu pelaburan dan ia memerlukan masa serta usaha untuk membeli yang betul. Penting juga untuk pelanggan mempunyai peluang mencubanya sendiri perkakas yang di idamkan, mengetahui fungsi secara terperinci sebelum membelinya. Jadi ia adalah keputusan yang betul Philips Malaysia untuk membuka outlet di Pulau Pinang" Kata Dato' Abdul Halim dalam ucapannya.

sempat cuba sendiri iron yang menjadi idaman ramai. Best sangat!

Di outlet Philips, terdapat pelbagai bahagian produk diantaranya :-

Perkakas Dapur 

Dengan menggunakan perkakas dapur Philips, kita dapat menyediakan makanan yang sihat dengan senang. Contohnya, masak tanpa minyak, membuat mee dan smoothies. Malah, resepi traditional juga dapat di sediakan 8 kali lebih cepat.

pelbagai pilihan perkakas dapur

Dah masuk dalam wishlist mesin buat mee yang tengah tu...

Hasil masakan menggunakan Philips Airfryer

Penjagaan Ibu Dan Anak

Di bahagian penjagaan ibu dan anak, ibu bapa dapat sediakan makanan sihat untuk si kecil tanpa ada keluhan kerana semua produk Philips AVENT dapat membantu ibubapa melakukannya dengan senang.

pelbagai pilihan produk Philips AVENT

Dandanan dan Kecantikan

Tidak perlu susah lagi untuk kelihatan cantik dan bergaya kerana Philips mempunyai pelbagai pilihan shavers, alatan dandanan seperti hair styling tools serta berus gigi elektrik dan floss untuk membantu memperolehi senyuman yang lebih menawan.

Boleh try set dandanan rambut...



Irons & Steamers

Yang paling menjadi idaman para ibu-ibu adalah irons & steamers yang mampu menghilangkan kedutan dengan lebih berkesan. Terdapat pelbagai pilihan irons & steamers di sini. Boleh pilih yang sesuai dengan budget dan kegunaan harian.

pelbagai pilihan iron & steamer Philips

Yang biru menjadi idaman kalbu...

Penjagaan Lantai

Pilihan kedua yang menjadi idaman para ibu-ibu adalah vacuum dan steamers lantai. Terdapat pelbagai pilihan seperti di bawah.

Masuk dalam wishlist juga. Senang vacum sekali dengan mop lantai... 

Yang ni pun best sebab dia boleh jadi maid sapu lantai malam-malam... 

Penjagaan Udara

Untuk pengudaraan lebih bersih dan sihat boleh pilih air purifiers yang terdapat di Philips.


Bila berada sendiri di outlet Philips ni, rasa nak borong semua produk Philips. Semua berkenannnnn... Okaylah kita buka tabung produk Philips pula. hahaha...

Tengah fikir nak beli ada sebab ada special diskaun masa opening tu.. hahaha

Banyak kali pi tengok vacum steamers ni.. Penuhkan tabung dulu yer mommy.

Bagi yang berminat untuk membeli produk Philips selain dari outlet Philips, korang bboleh dapatkan dari Retail Partners & Distributors, online Channel dan juga Specialist Brand Store & Experience Store. Outlet Philips di Gurney Plaza adalah Specialist Brand Store yang ke-5 di mana 3 di Kuala Lumpur ( Publika Shopping Gallery, Gardens Mall Mid Valley & Wangsa Walk Mall) dan satu di Sutera Mall, Johor Bahru. Experience Store Philips pula terletak di Menara Axis, Petaling Jaya.

Bagi pembelian online pula, pelanggan boleh layari Blip.my dan Lazada. Bagi maklumat lanjut berkenaan produk Philips, korang bolehlah layari laman web Philips di bawah.




13 Sept 2018

OST Filem Langsuir | Lara Suri Hannah Delisha

September 13, 2018 0
OST Filem Langsuir | Lara Suri Hannah Delisha
OST Filem Langsuir | Lara Suri Hannah Delisha. Hai korang! Dengar kata selepas  filem Munafik ni akan di tayangkan filem Langsuir pulak. Eh kenapa semua pakat keluarkan cerita seram pulak? Berturut-turut pulak tu... Lagu tema filem Langsuir yang bertajuk Lara Suri ini di nyanyikan oleh Hannah Delisha. Nyanyian Hannah Delisha kali ini mampu menaikkan bulu roma mommy. Seram weiii! Sesuailah sebagai OST Langsuir.

OST Filem Langsuir | Lara Suri Hannah Delisha, filem langsuir, ost filem langsuir, hannah delisha, lagu tema langsuir, lagu langsuir, lara suri, lagu lara suri, lara suri ost langsuir, ost filem langsuir, ost langsuir,
OST Filem Langsuir | Lara Suri Hannah Delisha


LANGSUIR menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan kawankawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu.

Saksikan kisah percintaan dua dunia berbeza ini di pawagam nanti mulai 20 September ini di seluruh Malaysia. Lagi seminggu. Meh kita layan OST Filem Langsuir ini dulu....


OST Filem Langsuir | Lara Suri Hannah Delisha

wahai purnama bawalah cintaku
biarkan dia tahu
rindu ini telah pun berlagu
biar hatinya untukku sahaja

baru ku tahu rasanya bercinta
walau berbeza atur masa
seribu tahun aku rela untuk dia
menanti untuk selamanya

hilang sepi ku ini
bila engkau disisi
takkan kulepas pergi kasihku ini
hingga ke mati

namun aku mengerti
takdir cintaku ini
tidak mungkin bersatu
alam dan waktu
engkau dan aku

namun aku mengerti
takdir cintaku ini
tidak mungkin bersatu
alam dan waktu
engkau dan aku

wahai purnama bawalah cintaku
biarkan dia tahu
rindu ini telah pun berlagu
biar hatinya untukku sahaja
biar hatinya untukku sahaja
Amacam? Seram tak? Ost pun dah seram... Tak sabar nak pergi tengok filem dia pula. 

6 Sept 2018

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

September 06, 2018 3
Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival


Bonding time dengan anak-anak masa raya Aidiladha hari tu... Malas nak cerita, layan gambar dah lah. 

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival



Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

Ballon Carnival Dinosour Land di Sunway Carnival

4 Sept 2018

Jamu Selera Di Dapur Penyet

September 04, 2018 2
Jamu Selera Di Dapur Penyet
Jamu Selera Di Dapur Penyet. Lama dah tak hanging out dengan kids. Kalau pergi pun dekat-dekat saja sebab kejar masa tuisyen, mengaji dan lain-lain aktiviti. Jadi masa raya tempohari, alang-alang tak balik kampung, kami bawa anak-anak hanging out di Sunway Carnival. Lama dah anak-anak tak jejak shopping complex sejak case HFMD tular. Bila bawa ke sini, sukalah depa. 

Alang-alang keluar jalan-jalan, mommy memang tak masak lunch. Dah siap planning nak makan kat mana. Mommy bagi 3 pilihan tempat makan yang ada di Sunway Carnival kat depa, depa pilih Dapur penyet sebab nak makan nasi ayam penyet. 



So, inilah gambar-gambar yang mommy sempat snap masa makan nasi ayam penyet di Dapur Penyet. Sebab dah lama tak makan kot, rasa dia sedap sangat. hihi... Sorang satu set nasi ayam penyet, air pilihan masing-masing. 

Untuk air pula, mommy suka Milo Dinosour. Heaven! Banyak dia tabur milo atas tu... 



Lepas makan aka jamu selera kami gerak untuk bagi anak main belon pula. Mommy update pasal belon ni dalam entry yang lain yer...