Raya 2018 - Cahaya Hayati

20 Jun 2018

Raya 2018

Raya 2018. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin uolls! Masih beraya atau dah masuk kerja? Mommy dah masuk kerja hari ni walaupun kepala masih ting tong penangan tak cukup rehat beraya sakan. hahaha. Mommy tahu ramai yang ambil cuti panjang sempena Raya 2018 ni. So, enjoy your raya and holiday. Dah habis cuti jangan lupa masuk kerja pulak yer...

Sama seperti tahun lepas, mommy sekeluarga beraya di Kulim dan Penang sebelah encik suami tercinta. Ewahhh...

OOTD Raya 2018 adalah bertemakan Deep Blue aka kaler kerajaan lama. hihi.. Ingatkan tak ramai yang buat kaler ni. Sekali kat masjid masa sembahyang raya, nampak warna biru saja. Mengenang kerajaan lama eh?


Kakak ipar mommy komen, elok ja bargambar sefamili. Jangan tak tau, macam-macam ragam sebelum nak dapat gambar yang helokkkk tu... Siap kena kepit tangan lagi. hahaha...


Gambar 3 beradik pulak. Anak-anak tak bagi chance kat mommy dan daddy nak bergambar berdua.. So, takdaklah gambar berdua... 



Part paling susah masa raya. U maafkan segala salah dan silap i tauuuu... 




Anak-anak punya turn pula.. Macam-macam ayat yang keluar.. Okayyy mommy dan daddy maafkan salah dan silap anak-anak dan perbaiki mana yang kurang tu yer.. Jadi anak yang soleh dan solehah. Semoga berjaya dunia akhirat. Aminn.


Hidangan istimewa raya pertama baru-baru ni, mommy masak nasi hujan panas,kari daging dan ayam goreng berempah tapi tak sempat nak ambil gambar... Tak kisahlah yang penting kita #rayasakan.

Selepas tu, kami beraya di rumah abah encik suami pula. Sekali lagi terHAHAHA sebab sama tema kaler pula tahun ni..

Abah dan Mak Cik 
Lepas beraya di rumah abah encik suami, kami gerak ke Penang pula untuk beraya di sebelah keluarga emak encik suami. Gambar beraya di Penang takdak juga sebab mommy malas nak ambil gambar dan tak pegang handphone sangat masa beraya. Terperam dalam handbag jer... 

Hari raya kedua, kami beraya di kampung sebelah keluarga mommy. Ziarah kubur mak ayah dulu. Kemudian baru singgah ke rumah mak bapak saudara yang terdekat sampai lewat petang.. Itu pun ada juga yang tak sempat nak singgah.. In sha Allah lain kali kami singgah.

Kali ini kami tak balik tidur di rumah kampung. Kami raya staycation di BDB Hotel & Resort di Jitra. Saja nak bagi anak-anak seronok dan kononnya pergi bercuti masa cuti sekolah... 2 in 1 lah kiranya.  Pandaikan mommy & daddy... hihi


Raya ketiga singgah balik kampung semula sebab ada kenduri kahwin anak sepupu. Simple tapi meriah...


Lepas kenduri singgah dusun buah-buahan kakak sekejap. Singgah rehat dan solat. Then terus balik Kulim. Kita beraya di Kulim pula...

Raya ke-empat di Bedong, Sungai Petani pula. Acara tetap famili belah suami.. BBQ untuk mengeratkan sillaturrahim. 


Raya ke-lima balik Kulim balik.

Raya ke-enam, dah kerja... 

Itu saja cerita raya mommy. Raya korang macam mana pula? 

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

    syoknya BBQ tu

    btw tema baju kita sama la .

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak. sama lah kita team biru

    ReplyDelete
  3. Samalah kita raya keenam dah kerja. Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  4. Salam ceria Aidilfitri buat Yati sekeluarga. Maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete