Perjuangan Terakhir - Cahaya Hayati

21 May 2018

Perjuangan Terakhir

Perjuangan Terakhir adalah nukilan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mungkin ini luahan hati dan permintaan Tun setelah memenangi PRU 14 baru-baru ini di usia 93 tahun. Mungkin juga permintaan terakhir Tun Dr. Mahathir. Bila baca Perjuangan Terakhir ini, rasa tersentuh hati ini. Ya Allah, aku hanya berjuang untuk diri, keluarga dan juga saudara terdekat. Betapa kerdilnya diri ini. Tercuit juga hati ini apabila dalam nukilan itu, Tun minta kita tidak mengagung-agungkan namanya, jangan tulis tentang beliau dan anggap apa yang di perjuangkan itu adalah jariahnya. 

Mommy tak pandai nak ulas panjang-panjang... Jom sama-sama kita hayati bait-bait kata yang di nukilkan oleh Tun Dr. Mahathir. Moga bait-bait ini memotivasikan dan menyedarkan kita dari lena yang panjang. Moga kita terus istiqomah dalam berjuang dan mengejar impian dunia akhirat kita.


perjuangan terakhir, perjuangan terakhir Tun Dr. Mahathir, perjuangan terakhir Dr. Mahathir Mohamad, Mahathir Mohamad, Perjuangan terakhir Tun Mahathir Mohamad, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Perjuangan Terakhir


Perjuangan Terakhir


Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa

Namun
Bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika aku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan

Aku tahu
Aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran
Segala macam salah laku
Dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa

Ya Allah Ya Tuhanku
Kini ku tahu kenapa Kau Memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMU
Pada usia 93 tahun masih boleh berdiri gagah
Masih dikurniakan kesihatan yang baik
Masih berfikiran waras
Dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku

Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq
Menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman

Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Jangan diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak

Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga menjadi pendinding menghadapi Munkar dan Nakir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq

Amin Ya-Rabbal'alamin



5 comments:

  1. Sedihkan baca tapi tu la semangat yg dia ada utk perbaiki segala2 buat anak bangsa sebelum dia menutup mata..tengok kat dia pun rasa kesian sbb waktu ni dia patut lebih byk berehat kan.semoga Tun M sihat selalu begitu juga utk Tun Hasmah

    ReplyDelete
  2. Dalam.usia begitu dia gigih jalankan tugas dia.
    Saya sendiri belum.jelas lagi apa role saya dalam dunia ni😭

    ReplyDelete
  3. sedih baca semoga perjuangan tun dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. mendalamnya maksud syukur dengan usia yang di pinjam kan ketika ini

    ReplyDelete
  5. semoga Tun sentiasa sihat dan kembali memulihkab negara. insyallah ramai rakyat Malaysia berada bersama dengan Tun..

    ReplyDelete