May 2018 - Cahaya Hayati

21 May 2018

Jom Sertai Bio Oil #sheisremarkable Dan Menangi 11 Pasang Produk Bio-Oil

May 21, 2018 0
Jom Sertai Bio Oil #sheisremarkable Dan Menangi 11 Pasang Produk Bio-Oil
Jom Sertai Bio Oil #sheisremarkable Dan Menangi 11 Pasang Produk Bio-Oil. Hai uolls, mommy nak ajak korang join Bio Oil #sheisremarkable Dan Menangi 11 Pasang Produk Bio-Oil. Lagipun kempen yang di anjurkan oleh Bio-Oil ni sangat mudah dan ianya terbuka kepada pengguna Bio-Oil di seluruh Malaysia. Mommy pun dah jadi pengguna tegar Bio-Oil sejak mengenali Bio-Oil bagi mengurangkan parut jerawat dan stretch mark yang terdapat di peha. 

Bio-Oil, Bio-Oil campaign, Bio-Oil Malaysia, Kenali bio-oil, minyak bio-oil, bio oil, kesan menggunakan bio oil, akibat menggunakan bio-oil, kempen bio oil, kempen bio-oil 2018, sebab-sebab perlu guna bio-oil, kenapa perlu guna bio oil?, cara mudah hilangkan parut, guna bio oil parut tiada lagi, parut, stretch mark, cara kurangkan regangan kulit, tona kulit tidak sekata, kulit kering, cara atasi masalah kulit, kandungan dalam bio oil
Jom Sertai Bio Oil #sheisremarkable Dan Menangi 11 Pasang Produk Bio-Oil

Sebelum tu jom kenali Bio-Oil ini dengan lebih dekat dan ketahui juga bahan-bahan yang terkandung dalam Bio-Oil ini dan menyebabkan ia sangat berkesan untuk kulit. 

Bio-Oil


Bio-Oil ialah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semula jadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.


Bio-Oil, Bio-Oil campaign, Bio-Oil Malaysia, Kenali bio-oil, minyak bio-oil, bio oil, kesan menggunakan bio oil, akibat menggunakan bio-oil, kempen bio oil, kempen bio-oil 2018, sebab-sebab perlu guna bio-oil, kenapa perlu guna bio oil?, cara mudah hilangkan parut, guna bio oil parut tiada lagi, parut, stretch mark, cara kurangkan regangan kulit, tona kulit tidak sekata, kulit kering, cara atasi masalah kulit, kandungan dalam bio oil
Bio Oil #sheisremarkable

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini. 

Kempen Bio-Oil #iamremarkable


#iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.

Bio-Oil Malaysia meraikan hari ibu pada Mei dengan kempen bertajuk #sheisremarkable. Kempen Bio-Oil, sepanjang 2018, #iamremarkable meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita, terutamanya peristiwa paling bermakna seperti mempunyai bayi dan mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu yang mengeratkan hubungan dengan ibu sendiri.

Sambutan telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk cinta luar biasa yang mempamerkan hubungan unik antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak. Dia mengimbau kembali kenangan ketika dia hamil  dan hubungan erat dia dengan ibunya sendiri.

Bio-Oil, Bio-Oil campaign, Bio-Oil Malaysia, Kenali bio-oil, minyak bio-oil, bio oil, kesan menggunakan bio oil, akibat menggunakan bio-oil, kempen bio oil, kempen bio-oil 2018, sebab-sebab perlu guna bio-oil, kenapa perlu guna bio oil?, cara mudah hilangkan parut, guna bio oil parut tiada lagi, parut, stretch mark, cara kurangkan regangan kulit, tona kulit tidak sekata, kulit kering, cara atasi masalah kulit, kandungan dalam bio oil
Bio Oil #sheisremarkable - Yasmin Hani dan emaknya
Kempen ini mudah saja iaitu dengan :-
  • Membeli Bio-Oil 60ml
  • Sertai peraduan di Facebook
  • Hantar Gambar bersama ibu 

Peraduan ini diadakan sehingga hujung Jun dan dengan pembelian Bio-Oil 60ml, anda berpeluang untuk memenangi :
  • Sebelas pasang produk Bio-Oil  menanti anda bersempena dengan ulang tahun ke 11 Bio-Oil di Malaysia.
  • Sesi fotografi dan makeover di studio istimewa untuk anda dan orang tersayang

Perjalanan kami sentiasa berubah dan Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana, tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai kenangan ini.

#sheisremarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan bermakna dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja boleh membantu seorang wanita mencari dan merasai dia yang terbaik tetapi ia menguatkan kegembiraan kerana dapat berkongsi dengan orang lain.


Bio-Oil, Bio-Oil campaign, Bio-Oil Malaysia, Kenali bio-oil, minyak bio-oil, bio oil, kesan menggunakan bio oil, akibat menggunakan bio-oil, kempen bio oil, kempen bio-oil 2018, sebab-sebab perlu guna bio-oil, kenapa perlu guna bio oil?, cara mudah hilangkan parut, guna bio oil parut tiada lagi, parut, stretch mark, cara kurangkan regangan kulit, tona kulit tidak sekata, kulit kering, cara atasi masalah kulit, kandungan dalam bio oil
Bio Oil #sheisremarkable

"Kasih sayang ibu ialah cinta sejati – dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui.  Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia   boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan," Pengurus Unit perniagaan Malaysia Bio-Oil, Cik Low Hooi Wan. ''Ia  benar-benar suatu produk yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi."

Tonton video penuh luahan hati Yasmin Hani kepada ibunya sempena Hari Ibu tempohari.

Perjuangan Terakhir

May 21, 2018 0
Perjuangan Terakhir
Perjuangan Terakhir adalah nukilan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mungkin ini luahan hati dan permintaan Tun setelah memenangi PRU 14 baru-baru ini di usia 93 tahun. Mungkin juga permintaan terakhir Tun Dr. Mahathir. Bila baca Perjuangan Terakhir ini, rasa tersentuh hati ini. Ya Allah, aku hanya berjuang untuk diri, keluarga dan juga saudara terdekat. Betapa kerdilnya diri ini. Tercuit juga hati ini apabila dalam nukilan itu, Tun minta kita tidak mengagung-agungkan namanya, jangan tulis tentang beliau dan anggap apa yang di perjuangkan itu adalah jariahnya. 

Mommy tak pandai nak ulas panjang-panjang... Jom sama-sama kita hayati bait-bait kata yang di nukilkan oleh Tun Dr. Mahathir. Moga bait-bait ini memotivasikan dan menyedarkan kita dari lena yang panjang. Moga kita terus istiqomah dalam berjuang dan mengejar impian dunia akhirat kita.


perjuangan terakhir, perjuangan terakhir Tun Dr. Mahathir, perjuangan terakhir Dr. Mahathir Mohamad, Mahathir Mohamad, Perjuangan terakhir Tun Mahathir Mohamad, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Perjuangan Terakhir


Perjuangan Terakhir


Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa

Namun
Bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika aku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan

Aku tahu
Aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran
Segala macam salah laku
Dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa

Ya Allah Ya Tuhanku
Kini ku tahu kenapa Kau Memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMU
Pada usia 93 tahun masih boleh berdiri gagah
Masih dikurniakan kesihatan yang baik
Masih berfikiran waras
Dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku

Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq
Menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman

Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Jangan diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak

Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga menjadi pendinding menghadapi Munkar dan Nakir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq

Amin Ya-Rabbal'alamin



19 May 2018

Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai

May 19, 2018 0
Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai
Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai. Salam 3 Ramadan. Selamat berpuasa dan melakukan ibadah sunat yang lain. Minggu lepas sibuk dengan audit, lepas tu sambung cuti seminggu (tq Tun M). Masuk balik selasa lepas, bamnyaknya kerja nak kena buat. Buat dulu kerja hakiki, hari ni baru sempat nak update.. Ini pun ada 3 bakul baju untuk di iron. Hihi. Jap lagi mommy buat sebab sekarang mommy tengah ada idea untuk buat entry. So kita up dulu entry Fahami Kenapa Isteri Mahu Bercerai. 

Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai


Tajuk ini mommy pilih selepas ter'membawang' pasal rumahtangga si x. Isterinya mohon cerai. Gulpp! Tidak ada angin, tak ada ribut tapi rupanya bermasalah. Pandai depa jaga masalah dan tak buka aib masing. Cuma yang tak best bila masa sesi membawang ni, rata-rata menyalahkan si isteri. Mommy just dengar sebab tak kenal sangat. Dengar just nak ambil iktibar. Moga tak berlaku dan dapat di elakkan. 

Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai

Tapi tahukah korang wahai lelaki, wanita bila dia kata NAK CERAI bermakna dia dah buat keputusan yang paling nekad dan bulat. Dah tak nak berpaling kebelakang, dah tak nak fikir apa yang orang akan kata. 

Sesungguhnya keputusan itu adalah keputusan yang paling sukar dan bukan sengaja wanita berubah.  Di sini mommy nyatakan pendapat mommy yang menyebabkan wanita berubah dan sekaligus mohon cerai:- 

Sebab-Sebab Isteri Mahu Bercerai


1.  Suami Tidak Bertanggungjawab


Seorang isteri berharap pasangan yang di kahwininya sama ada di pilih sendiri atau pilihan keluarga adalah seorang yang bertanggungjawab, boleh menjadi imam kepada isteri dan anak-anak, boleh membimbing isteri dan anak-anak serta memenuhi impian isteri. Kadang-kadang impian seorang isteri tak besar pun, just nak ada keluarga yang bahagia. 

Tapi bila suami tak menjalankan tanggungjawabnya sepertimana yang di syariat dalam islam menyebabkan isteri menjadi isteri mencari jalan keluar dengan berubah atau mohon cerai. 


2. Suami Terlalu Ego


Ego. Ya semua orang ada egonya yang tersendiri. Bezanya cuma ego tu boleh di kawal atau tidak. Yang tak boleh di kawal adalah ego yang tinggi melangit. Bila si suami punya ego yang tinggi melangit, salah sendiri pun dah tak nampak. Dah tak nak mengaku salah sendiri malah tak pernah mohon maaf kepada isteri. Ini menyebabkan isteri tertekan dan mencari jalan keluar dengan bercerai. 


3. Tidak Mahu Berbincang dan Bertolak Ansur.


Sikap yang paling isteri tak suka iaitu tak mahu berbincang dan bertolak ansur. Isteri tak boleh bersuara langsung dalam apa jua perkara. Contohnya, apa yang di katakan oleh pasangan tidak pernah di turuti. Semuanya kena ikut kata suami. Kalau A kata suami, A lah isteri kena buat. 

Dah macam takdak life dan keinginan si isteri ni kan. Bercerai atau tiada kaitan dengan suami adalah jalan keluar untuk penuhi keinginan dan impian si isteri.

4.  Lebihkan Hobi, Aktiviti Luar Dan Kawan-Kawan


Walaupun bukan sebab utama yang menyebabkan penceraian tapi sikap inilah yang menyebabkan isteri rasa tidak di pedulikan, keseorangan dan boleh buat semua perkara sendiri. Jadi, buat apa ada suami kan?

5. Campur Tangan Keluarga


Bukan semua perkara boleh di ceritakan kepada keluarga. Ada perkara yang suami atau isteri saja yang tahu agar keluarga tidak campur tangan. Kadang-kadang tu bukan salah isteri atau suami tapi campur tangan keluarga. U kena buat macam ni, u kena buat macam tu.. Yang ni tak sesuai, yang ni sesuai dan bermacam-macam lagi. Nampak remeh tapi ia adalah antara penyebab penceraian yang paling tinggi berlaku di Malaysia. 

6. Faktor Kewangan


Tak di nafikan segelintir isteri mohon cerai di sebabkan faktor kewangan. Yelah, zaman sekarang zaman duit. Perlukan duit untuk semua perkara. 

Isteri bukanlah tak mahu bantu suami tapi apabila bertahun-tahun masih tak berubah, berada di takuk lama ataupun si suami seorang yang lepas tangan serta serahkan semua bil dan perbelanjaan kepada isteri.  Ini yang menyebabkan isteri makan hati dan bercerai adalah jalan terbaik.

Baik bercerai dan tanggung diri sendiri saja dari tanggung suami yang jenis lepas tangan..

7. Suami Malas


Bila dah sama-sama kerja, sama-samalah buat kerja rumah, jaga anak. Tapi ada segelintir yang masih dengan fikiran kolot, yang kerja rumah adalah tugas isteri bukannya suami. Semuanya di serahkan kepada isteri. Korang ingat isteri ni robot ke? Tak reti penat. Penat tahu tak? Sebab itulah isteri mudah marah, berleter dan akhirnya anak-anak menjadi mangsa amarah. 

8. Suami Curang


Dah kantoi curang, buat apa tunggu dan beri peluang lagi. Dah si suami nak yang yang lain.. Tak perlu nangis, tak perlu meraung dan juga tak perlu fikir lagi... Isteri pergilah dari hidup suami curang dan cari kebahagian lain. 

9. Tiada Persefahaman


Dulu masa bercinta, dilayan bak puteri, di manja dan sekali sekala mendapat kejutan dan hadiah. Romantiknya.

Tapi semua tu tak berlanjutan apabila masuk alam perkahwinan. Dari seawal perkahwinan dan berlanjutan ke beberapa tahun, berlaku perselisihan faham sehingga tiada persefahaman lagi. Inilah punca berlakunya penceraian paling tinggi. Masing2 tidak mahu mengalah dan berubah untuk baiki hubungan. Maka terjadilah penceraian. 

10. Enggan Di Madukan

Isteri mana mahu di madukan. Mungkin satu dalam 100 orang wanita. 

Inilah 10 sebab utama kenapa seorang isteri mahu bercerai. Mungkin korang ada ada alasan tersendiri tapi semua alasan yang mommy nyatakan adalah melalui bahan bacaan, sesi membawang dan juga melalui pemerhatian dari pengalaman rakan2 terdekat. 

15 May 2018

Prime ProGIGuard | Rumusan Probiotik Berasaskan Yis Untuk Melegakan Kesakitan Dan Ketidakselesaan Perut

May 15, 2018 0
Prime ProGIGuard | Rumusan Probiotik Berasaskan Yis Untuk Melegakan Kesakitan Dan Ketidakselesaan Perut
Prime ProGIGuard baru-baru ini menjadi tuan rumah acara yang dinamik dan tidak dapat dilupakan di mana perkongsian keputusan hasil saintifik dan klinikal menyokong penggunaan Saccharomyces Cerevisiae CNCM I-3856 dalam bantuan simptom perut seperti rasa sakit dan ketidakselesaan umum dibuat. Terima kasih kepada Profesor Pierre Desreumaux , pakar gastroenterologi antarabangsa yang berpangkalan di Perancis, orang ramai dan pihak media telah dimaklumkan mengenai Sindrom Irritable Bowel, atau IBS, gangguan gastrousus yang sering tidak dilaporkan dan didiagnosis, dan keadaan lain yang berkaitan dengan IBD, atau radang usus seperti penyakit Crohn dan ulcerative colitis.

Canmy Ang, Managing Director of Taiping Poly (M) Sdn Bhd, Maria Tunku Sabri, TV Host, Teo Tze Seng, Product Manager of Cambert (M) Sdn Bhd for The Prime ProGIGuard, S.L. Ho, General Manager of Cambert (M) Sdn Bhd, Professor Pierre Desreumaux, International Gastroenterological Expert, Isadora Chai, Celebrity Chef, Owner of Antara & Bistro à Table and Food Stylist

Sakit Perut Yang Merugikan


Anda dengan senang hati menjalani kehidupan anda sebagai ahli masyarakat yang aktif yang berumur di antara 15 - 65 tahun. Ada juga masanya, hidup boleh menjadi stres, tetapi siapa yang tidak mengalaminya dalam gaya hidup pantas hari ini? 

Jadi bayangkan bangun dengan sakit perut, kembung, distensi, kembung perut, dengan sembelit dan/atau cirit-birit. Ini tidak hanya berlaku sepanjang hari, tetapi terus pada keesokan harinya, dan seterusnya, tanpa tanda-tanda ia akan pulih. Ia memalukan dan membuatkan anda cemas dan tertekan. Masalah kembung perut berterusan membina imej badan yang buruk dan mengubah keseluruhan gaya hidup anda. Anda tidak pergi ke sekolah atau bekerja dan terlepas perkembangan akademik atau kerja penting yang menyebabkan anda tertinggal di belakang. Anda tidak boleh menikmati makanan seperti biasa, takut ada makanan tertentu akan menjadi punca kembung, ketegangan dan kembung perut serta perubahan dalam najis. Contohnya termasuk tidak dapat memakan aiskrim, susu, rempah atau kentang goreng. Laporan menunjukkan bahawa aktiviti dihadkan sehingga 139 hari setahun, dan sehingga 40 hari ketidakhadiran dilaporkan. Kualiti kehidupan merosot ke bawah lingkaran biasa kerana anda kehilangan kawalan hidup anda yang pernah ada, dan anda perlukan ubat yang kuat seperti antidepresan dengan potensi kesan sampingan.

Sharing session with Canmy Ang, Managing Director of Taiping Poly (M) Sdn Bhd & Maria Tunku Sabri, TV Host

Namun anda tidak berseorangan. Lebih 800 juta orang menderita seperti anda, dari keadaan yang dikenali sebagai IBS, atau sindrom usus iritabel. Sindrom pencernaan ini adalah koleksi simptom seperti yang disenaraikan di atas dan didiagnosis mengikut kriteria Rome III sebagai sakit perut atau ketidakselesaan yang berulang (sensasi tidak selesa yang tidak digambarkan sebagai sakit) selama sekurang-kurangnya 3 hari dalam sebulan dalam 3 bulan terakhir yang berkaitan dengan 2 atau lebih yang berikut: penambahbaikan dengan pembuangan air besar, permulaan yang berkaitan dengan perubahan kekerapan tinja, dan permulaan yang berkaitan dengan perubahan dalam penampilan kotoran mengikut carta najis Bristol. 3 jenis IBS yang wujud: IBS-C (IBS dengan sembelit), IBS-D (IBS dengan cirit-birit), dan IBS-M (IBS dengan sembelit bercampur dan cirit-birit). Gejala lain dari IBS termasuk rasa mual, kehilangan kawalan usus, rasa ingin ketandas secara tiba-tiba dan hilang kawalan membuang najis.

IBS boleh menjejaskan sesiapa sahaja, dan sehingga 21% orang dewasa terpengaruh di kawasan tertentu. Lebih ramai wanita (70%) daripada lelaki (30%) menderita IBS dan semua peringkat umur terkesan, dari remaja hingga warga emas. Walau bagaimanapun, IBS paling biasa dijumpai dalam kumpulan umur 30 - 50 tahun. Ramai orang tidak sedar bahawa ini adalah keadaan, dengan hanya 30% pesakit yang berunding dengan doktor mereka mengenai masalah ini. Terdapat banyak ubat yang berbeza di pasaran, tetapi hanya 8% pesakit yang berpuas hati dengan ubat mereka. Sindrom ini menjejaskan pesakit secara fizikal dan psikologi, merosakkan keupayaan pesakit untuk berfungsi secara emosi, sosial dan profesional.

IBS berlaku di seluruh dunia, dan purata 15.6% rakyat Malaysia menderita IBS, dengan bilangan penghidap yang paling tinggi di lebih daripada 20% di antara negara lain (contohnya AS). Kos global yang ditanggung untuk pesakit IBS dianggarkan lebih dari USD $ 21 bilion, termasuk kos perubatan langsung (lawatan doktor, ujian penyiasatan, ubat, dll.) Dan kos tidak langsung (kehilangan produktiviti, ketidakhadiran kerja).

Perut dan Usus Sensitif


Profesor Pierre Desreumaux mempunyai minat mendalam mengenai segala perkara berkaitan usus. Beliau adalah Ketua Unit Penyelidikan Penyakit Pencernaan Inflamatori di Lille University, Perancis, selama tujuh belas tahun setakat ini. Sebagai doktor perubatan dan pemegang PhD, dia adalah seorang pakar dan saintis yang diiktiraf, dikelaskan dalam kedudukan 1% teratas oleh ISI Web Science pada tahun 2010. Dia memberikan kira-kira tiga puluh ceramah setiap tahun dan telah melakukannya sejak dia menjadi ketua unit tersebut di kedua-dua kongres kebangsaan dan antarabangsa, dan lebih daripada 200 penerbitan menjadikannya rujukan dalam pangkalan data perubatan PubMed. Dia secara khusus diterbangkan untuk bercakap mengenai peranan probiotik yis Saccharomyces Cerevisiae CNCM I-3856 dalam melegakan IBS sebagai bahan aktif dalam Prime Pro GIGuard, rumusan khas untuk memerangi IBS.

Professor Pierre Desreumaux, International Gastroenterological Expert

Petikan dari Prof Pierre Desreumaux


Salah satu cara untuk memerangi Sindrom Irritable Bowel adalah dengan mengkonsumsi probiotik, produk yang sedia ada di pasaran. Walau bagaimanapun, Prime ProGIGuard adalah satu-satunya probiotik yis yang terdapat di pasaran, yang dapat menyingkirkan bakteria buruk dan yis tidak baik, terutamanya ragi candida berbahaya yang boleh memasuki aliran darah.

Prime ProGIGuard adalah selamat dan pantas, dan mempunyai sokongan saintifik yang kuat dan keberkesanan yang terbukti secara klinikal. Sesiapa sahaja dari kanak-kanak berusia dua tahun ke atas boleh mengambilnya, dan ia merupakan satu kejayaan dalam pengurusan kesakitan gastrointestinal.

Prime ProGIGuard telah terbukti secara klinikal untuk melegakan gejala gastrointestinal, dan sesuai untuk sesiapa yang menderita gangguan pencernaan, keracunan makanan, alergi makanan dan/atau intoleransi makanan, sembelit, cirit-birit, angin terperangkap dan kembung, makan berlebihan, keresahan, kemurungan, selesema perut mahupun senggugut.

Kajian telah menunjukkan bahawa penghidap kesakitan dan ketidak selesaan gastrousus akan berkurangan secara ketara  dari minggu pertama penggunaan dan paling jelas dalam tempoh dua minggu pertama/15 hari penggunaan.

Bakers Yeast - Probiotik Semula Jadi yang Terbukti Mengatasi Perut


Saccharomyces Cerevisiae dalam Prime ProGIGuard berfungsi di IBS dengan beberapa cara. 
  • Salah satu cara ialah Saccharomyces Cervisiae CNCM I-3856 merembeskan enzim saccharolytic dan membantu flora usus dalam menjana asid lemak rantai pendek yang mempercepatkan pergerakan usus. 
  • Ia juga bertindak sebagai visceral analgesic, meningkatkan daya tahan terhadap kesakitan sehingga 40%. Ia juga berfungsi sebagai anti-radang untuk memerangi keradangan usus. Ia membantu mengimbangi bakteria di dalam usus, untuk mengurangkan bakteria berbahaya Enterococcus, E. coli dan C. albicans. 
  • Hasilnya adalah penurunan keradangan, kembung, rasa sakit, ketidakselesaan, sembelit di tengah melegakan gejala IBS yang lain. Ia sememangnya merupakan probiotik yang menakjubkan (ragi baik)!

Teo Tze Seng, Product Manager of Cambert (M) Sdn Bhd for The Prime ProGIGuard


Prime ProGiGuard dijual pada harga RM 66.80 untuk sebotol yang mengandungi 30 kapsul dan RM111.80 untuk sebotol dengan 60 kapsul dan boleh didapati di Guardian, Caring, AA dan lain-lain farmasi terkemuka di seluruh negara. Prime ProGiguard hanya diedarkan oleh Cambert (M) Sdn Bhd di Malaysia.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.facebook.com/theprimecambert/


7 May 2018

Lirik Lagu Meskipun Kau Tahu

May 07, 2018 2
Lirik Lagu Meskipun Kau Tahu
Lirik Lagu Meskipun Kau Tahu. Stress sikit pagi ni.. So, layan jiwa sambil dengar lagu baru dari Projector Band yang bertajuk Meskipun Kau Tahu. Best tapi sedih. Ditambah pulak dengan video klip yang menceritakan situasi sebenar lagu ni. 

So, jom layan...


Lirik Lagu Meskipun Kau Tahu


Sering diriku dihantui bayangmu
Sering diriku merasakan kau disini
Sampai bila ku yang harus diganggu

Sampai bila kau yang harus kurindu
Mengapa pergi kau hancurkan hati ini

Mengapa masih ku menunggu
Mengapa masih kau disitu
Jika untuk menyakitiku
Pergi kau jauh dariku
Mengapa tidak kau selami
Tulus hatiku mencintamu
Lemah nadiku melihat dirimu
Bersamanya ...ooh ooh

C/o 1
Meski kau pun tahu ku kekasihmu
Sampai hati kau mengkhianati jiwaku
Kau hancurkan cinta
Kau leburkan semua
Kisah kisah kau dan diriku

C/o 2
Meski ku bertahan sambut cintamu
Kmeski ku bertahan sambut cintamu
Kau terangi jiwa ini lembut hatimu
Hidup dan matiku hanyalah untukmu
Sudah ku tahu
Tak akan kembali ...hancur hatiku...
Untuk selamanya...

Solo guitar#
Meski ku bertahan sambut cintamu
Kau terangi jiwa ini lembut hatimu
Hidup dan matiku hanyalah untukmu
Sudah ku tahu
Tak akan kembali ...hancur hatiku...
Untuk selamanya...
Sudahku tahu engkau bidadari
Selamat tinggal untuk selamanya

Terpisah kau dan diriku .ohhh
Hanya tuhan yang tahu .oh oh oh

6 May 2018

River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya

May 06, 2018 9
River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya
River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya. Cerita hari ini, pagi-pagi mommy dah pergi market. Beli ayam 3 ekor, sayur dan ulaman. Teringin nak makan nasi minyak dengan ayam masak serai. Sampai rumah dah pukul 10.30. Nak siang ayam, tengok ada cawan dan pinggan dua tiga biji. Mommy pun basuhlah cawan dan pinggan tu tapi ayaq dalam singki, tak turun-turun. Tersumbat sudah. pelbagai alternatif yang mommy cuba tapi masih tak boleh.. Nak nangis rasanya sebab tangan dah sakit,  ayam 3 ekor belum basuh dan belum masak lagi. Huhu... Nasib baiklah encik suami bangun akhirnya (dia shift malam), minta dia tolong buatkan. Serabut rasanya bila singki tak boleh guna. Dia pun cuba macam-macam alternatif tapi masih tak okay jugak. Akhirnya ambil paip air dan jolok saliran belakang rumah dengan paip tersebut (Untuk cara ini, pastikan air di buka sekuatnya). Alhamdulillah berjaya juga membuang benda alah yang menyebabkan singki tersumbat. Lega rasanya tapi tak berapa nak lega bila benda alah tu menyebabkan saliran belakang rumah pula tersumbat. Encik suami kata, awak buat pulak. Mommy try buat tapi tak berjaya sebab mommy guna drain snake saja. Last-last encik suami yang buat dengan seluk ke dalam saliran tu. Mommy yang tengok pun rasa geli dan baunya boleh buat mommy muntah. Serius busuk... Kena la perli sedas dengan encik suami...

" awak ni kalau berdiri dekat Sungai Klang, confirm tak makan sebulan". 

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
Sungai Klang lama dulu...

Hihi tapi betul ke Sungai Klang masih kotor dan busuk? Dah lama tak ke KL... So, mommy tak tahu apa cerita Sungai Klang sekarang ni. Untuk memuaskan hati mommy untuk ketahui keadaan Sungai Klang, mommy pun google lah. Senang kan sekarang, semua info hujung jari jer. 

River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya


Sindiran encik suami telah membuka mata dan menambah info tentang Sungai Klang. Rupanya Sungai Klang telah di naik taraf melalui Project River Of Life (ROL) dan Kolam Biru. Dah cantik dan menjadi tempat tarikan pelancong rupanya. Barulah sesuai dengan status sungai di ibu negara. 

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya

Rupanya, Projek ROL Sungai Klang dan Sungai Gombak telah di mulakan sejak Julai 2011 lagi. Dah lama rupanya dan sudah 80% siap... Projek ini di jangka siap sepenhnya pada tahun 2020 tetapi ia terlalu lama. Jadi sebagai alternatifnya, idea menjadikan ia Sungai Biru telah di buat agar ia menjadi tarikan pelancong. Yang menariknya Sungai Biru ini, akan bertukar warna biru pada waktu malam bersama kesan kabus menjadikan kawasan ini cukup menarik sekali.

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
Kolam Biru di kenali juga sebagai sungai biru

Hasil carian google juga menyebabkan mommy tahu apa itu Project River Of Live? Project River Of Live adalah projek yang terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pengkomersialan serta pelancongan. 

Projek ROL ini adalah di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur. Ia menyasarkan untuk mentransformasikan 8 batang sungai yang terletak dalam kawasan Lembah Kelang, Kuala Lumpur

Kenapa sungai? Sepertimana yang kita ketahui, air adalah nadi kehidupan dan sumber utama air adalah dari sungai. Jadi projek ROL adalah satu usaha  murni oleh kerajaan untuk mewarisi sungai cantik dan indah kepada pewaris-pewaris negara yang akan datang. Ia harus di sokong sepenuhnya walaupun menelan belanja yang besar.

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
Project River Of Live

Selain dari pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pengkomersialan serta pelancongan, di bawah projek ROL juga terdapat projek untuk memulihara bangunan-bangunan warisan negara dengan menaiktaraf struktur sedia ada dan meningkatkan kemudahan rakyat ke kawasan di sekelilingnya terutamanya di Presint 7

Kawasan-kawasan yang di indahkan di Presint 7 adalah :

  • Gereja Besar St Mary dan Count Dowm Clock
  • Masjid Jamek dan Panggung Bandaraya
  • HSBC dan Leboh Pasar Besar
  • Bangunan Sultan Abdul Samad
  • Pasar Seni dan Daya Bumi
  • LRT Pasar Seni

Banyak projek rupanya di bawah Projek ROL. Jadi sebagai sokongan kepada usaha ini, menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama menjaga kebersihan sungai dengan membuang mentaliti yang sungai adalah tempat membuang sampah dan sama-sama untuk jaga keindahan dan pemuliharaan yang telah di buat oleh kerajaan kita.

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
Cantiknya sungai klang pada waktu malam

Bila dah tahu Sungai Klang dah jadi Kolam Biru, mommy rasa tak sabar nak ke KL. Nak tengok dan nikmati suasana malam di Sungai Klang yang telah di transformasi melalui Projek ROL. 

Jom korang, kita ke Kolam Biru !



3 May 2018

10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama

May 03, 2018 0
10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama
10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama. Lagi 17 hari Ramadhan akan menjelma dan semua umat islam akan berpuasa. Indahnya detik berbuka dan bersahur bersama-sama keluarga. Bila puasa semakin dekat, teringat detik-detik masa mula-mula mengajar kakak Aisya dan Abang Ammar berpuasa. Tak paksa cuma mommy mengajar mereka agar berpuasa dan merasai keseronokan berpuasa di bulan Ramadan. Bukan senang tau ada cabarannya. Yang paling tak larat ialah nak jawab dah cukup waktu atau belum.. Di tanya pula setiap 5 minit. hihi... So, di sini  mommy kongsikan tips yang mommy amalkan ketika mengajar mereka berpuasa. Mungkin korang juga boleh cuba...

10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama


# 1 - Mulakan Perlahan-Lahan Dan Berperingkat


Yang ini yang paling penting sebab kena tengok umur masa ajar anak tu berpuasa. Kalau umur anak baru 4 tahun, kau dah suruh puasa penuh memang kau bangang lah. Mungkin ada tapi pada peringkat  umur ini anak tu belum mengerti erti sepenuhnya berpuasa.  Ajar berperingkat. 

Macam mommy, mommy ajar mereka sahur ketika umur 5 tahun. Sahur pukul 7 sebelum ke tadika. Pada minggu pertama tu, anak-anak berbuka pada pukul 1 tengahari. Masuk minggu kedua, pada pukul 3 petang dan  minggu ketika serta keempat pada jam 5 petang. Sahur tetap maintain pukul 7 pagi. 

Itu ketika umur 5 tahun. Masuk saja umur 6 tahun, mereka dah boleh berpuasa penuh walaupun pada minggu pertama sampai jam 5 atau 6 petang. Masa ni memang main banyak psikologi. Minta dia tahan, sabar dan rasai apa yang di rasai oleh negara-negara yang di landa konflik serta tiada makanan. 

Kalau anak-anak dah tak tahan, mommy izinkan saja mereka berbuka awal tapi kena berjanji untuk berpuasa penuh pada keesokkannya. Alhamdulillah menjadi. 


# 2 - Sahur Itu Penting


Seperti yang mommy inform dalam ayat di atas, sahur anak-anak mommy adalah pada pukul 7 sebab nak melatih mereka untuk berpuasa dulu pada kali pertama. Tapi bila umur 6 tahun, mommy dah mula kejutkan mereka setengah jam sebelum imsak. Alhamdulillah mereka mudah bangun, cuma kuantiti makanan tu sikit. 

Kenapa kejut 30 minit sebelum imsak kerana selepas makan, mereka akan terus gosok gigi mandi, solat dan bersiap untuk ke tadika. Masa ni office mommy kena masuk awal dan balik awal sepanjang ramadan. So, anak-anak pun awal jugak. 

Sahur lambat ni mommy amalkan sehingga sekarang. Takde istilah tidur balik selepas sahur kecuali hari cuti sekolah. 


# 3 - Beri Pujian


Apabila anak berjaya berpuasa tak kiralah separuh hari atau penuh, berilah pujian. Cakap dia pandai , kuat dan lain-lain lagi sebab boleh berpuasa. Cara ini adalah untuk menaikkan motivasi anak-anak supaya akan berpuasa lagi pada keesokkan hari. 


# 4 - Rewards


Selain dari beri pujian, mommy dan daddy akan beri rewards tapi bukan dari segi duit. Masa pertama kali belajar berpuasa, rewards kami mudah saja bawa ke masjid untuk berterawih ataupun ke pasar ramadan untuk membeli makanan kesukaan mereka. 

Itu saja rewards yang mommy dan daddy bagi kepada anak-anak. 


# 5 - Masak / Beli Makanan Kegemaran


Untuk menggalakkan mereka berpuasa, mommy akan masak makanan kegemaran mereka ketika sahur. Ini adalah untuk menggalakkan mereka makan ketika sahur. Tak susah pun menu anak-anak. Semua ibu-ibu dan ayah boleh buat. 


# 6 - Pilih Permainan Yang Santai (In Door Games)


Anak-anak ni bila bermain depa tak ingat pun nak letih, lapar dan dahaga. Bila habis main saja terus lapar, dahaga dan letih. Jadi pada bulan ramadan lebih baik kita ajar anak-anak untuk bermain permainan in door ataupun mainan yang santai, yang tak banyak bergerak atau mengeluarkan peluh.

10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama, Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama, apa perlu buat ketika ajar anak puasa kali pertama, ajar anak berpuasa kali pertama, cara ajar anak mula berpuasa, puasa kali pertama, bagaimana ajar anak berpuasa pertama kali,
Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama


Antara permainan santai yang di sukai oleh anak-anak adalah lego, bermain saidina, dam aji, dam ular. Selain permainan kita juga boleh mengajak anak-anak untuk melukis ataupun mewarna. Pasti seronok dan tak sedar masa sudah berlalu.


#7 - Sembunyi Makanan


Mommy rasa tips ni semua ibu-ibu buat. Semuanya di sembunyikan dalam kabinet atas dan tak boleh di capai oleh anak-anak. Malah dalam peti sejuk pun hanya ada bahan yang belum masak saja. Tips ini sangat berkesan.


# 8 - Minum Banyak Air Kosong


Menyuruh anak-anak minum banyak air kosong ni kadang-kadang menduga kesabaran. Mommy selalu bekalkan air kosong ketika pergi terawih. Jadi pada malam pertama lagi dah ajar mereka minum air kosong untuk mula berpuasa keesokkannya.


# 9 - Banyakkan Aktiviti


Selain dari main-mainan in door atau yang santai, ibu bapa perlu banyakkan aktiviti bersama anak-anak untuk mempercepatkan masa yang di rasai oleh anak-anak. Selain dari memepercepatkan masa, ia juga adalah taktik untuk anak-anak tidur awal.

Sekarang mommy dah tak perlu buat aktiviti sebab jadual sekolah, kafa dan kelas mengaji Al-Quran pun dah padat untuk aktiviti harian mereka. Bila balik saja dari mengaji, mommy akan suruh mereka rehat dan tonton tv saja.


# 10 - Kepimpinan Melalui Teladan


Antara tips yang paling berkesan untuk melatih anak-anak berpuasa adalah dengan kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan susah berpuasa apabila ada ahli keluarga yang tidak berpuasa. Jika mereka berpuasa, mereka akan bertanya kepada xxx boleh tidak berpuasa dan kenapa dia kena berpuasa? Kalau situasi seperti ini, memang serabut dan susah nak explain kepada anak-anak.

Mommy sendiri, kalau tidak berpuasa di sebabkan Allah beri cuti (ABC) memang momy tidak akan makan depan anak-anak. Bila mereka dah besar, bersekolah dan faham makna ABC barulah mommy minum depan mereka jika keadaan memaksa. Kalau boleh sembunyi, memang mommy akan sembunyikan. 

Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman

May 03, 2018 2
Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman
Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman. Hari minggu yang lalu, mommy ke Desa Aman untuk melihat-lihat rumah di sana untuk di pertimbangkan sebagai investment pada masa depan. Tak sangka begitu pesat sekali pembangunan di Desa Aman Kulim ini. Harga rumah pun naik 3 kali ganda selepas airport akan di bina tapi tapak airportnya tak nampak pun.. Entah bila nak naik sedangakan harga rumah semakin hari semakin tinggi. Selepas melihat-lihat rumah, perut pun dah lapar.. mommy pun singgahlah di Man Mawi Cafe. 

Lapar punya  pasal, mommy order nasi ayam campur daging (special lah kiranya). Sekali datang, terbeliak mata mommy sebab banyak, ada ayaq asam, kicap, cabai nasi ayam dan aroma nasi serta sup memang membangkitkan selera yang sedia lapar ni. 

Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman, desa aman, man mawi cafe, man mawi kafe, nasi ayam sedap, nasi ayam sedap di desa aman, nasi ayam sup berempah, tempat makan sedap di kulim, tempat makan sedap di desa aman, tempat makan best di desa aman, cendol best desa aman, nasi ayam, nasi daging
Nasi Ayam Daging (special) pilihan mommy

Jaranglah kedai yang menjual nasi ayam ada pakej sekali dengan daging tapi di Man Mawi Kafe ada nasi daging dan pelbagai menu lagi. So, korang boleh pilih menu yang mana yang korang mahu dan kena dengan selera korang.

Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman, desa aman, man mawi cafe, man mawi kafe, nasi ayam sedap, nasi ayam sedap di desa aman, nasi ayam sup berempah, tempat makan sedap di kulim, tempat makan sedap di desa aman, tempat makan best di desa aman, cendol best desa aman, nasi ayam, nasi daging
menu di kafe Man Mawi

Man Mawi Kafe memberi kelainan berbanding nasi ayam yang lain apabila ia menghidangkan nasi ayam bersama dengan sup berempah yang sedap. Hmmm... Makan nasi dengan sup saja pun dah sedap. 

Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman, desa aman, man mawi cafe, man mawi kafe, nasi ayam sedap, nasi ayam sedap di desa aman, nasi ayam sup berempah, tempat makan sedap di kulim, tempat makan sedap di desa aman, tempat makan best di desa aman, cendol best desa aman, nasi ayam, nasi daging
Menu utama di Man Mawi Kafe

Masa mommy singgah tu pun hampir  fullhouse. Ramai rupanya peminat nasi ayam sup berempah Man Mawi Kafe terutamanya di kalangan pekerja kilang INOKOM.

Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman, desa aman, man mawi cafe, man mawi kafe, nasi ayam sedap, nasi ayam sedap di desa aman, nasi ayam sup berempah, tempat makan sedap di kulim, tempat makan sedap di desa aman, tempat makan best di desa aman, cendol best desa aman, nasi ayam, nasi daging
Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman

Bagi yang belum pernah sampai ke Desa Aman, korang bolehlah guna maps di bawah. Ataupun kalau korang dalam perjalanan ke Baling, Grik dan Kelantan, boleh juga singgah sini untuk mengisi perut sebelum menempuh perjalanan yang jauh.