Si Manja Lebih Aktif Dan Waktu Mandi Lebih Seronok Dengan Carrie Junior - Cahaya Hayati

5 Feb 2018

Si Manja Lebih Aktif Dan Waktu Mandi Lebih Seronok Dengan Carrie Junior

Si Manja Lebih Aktif Dan Waktu Mandi Lebih Seronok Dengan Carrie Junior . Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka

Hiking - antara aktiviti aktiviti anak-anak mommy

berbasikal
Mandi air terjun

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Carrie Junior

CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Sebanyak 6 figura mainan comel iaitu: 

  • CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak
  • SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian
  • TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat
  • DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki
  • SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong
  • trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml
Carrie Junior


Carrie Junior


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Carrie Junior

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi bersaiz 700ml:-

  • CARRIE JUNIOR Baby Bath
  • CARRIE JUNIOR Baby Shampoo
  • CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash
  • CARRIE JUNIOR Kids Shampoo 


6 comments:

  1. Kak.. Zaza pun suka bauan sabun dr carrie junior ni.. Wangi sgt.. Pastu kan sblm ni xpnh tau ada mainn kt botol dia.. Haha tau pun sbb viral..

    ReplyDelete
  2. Dari dulu anak anak sy memang pakai cattie junior kak.baunya best

    ReplyDelete
  3. Anak saya kalau nampak sabun gajah ni dia memang cukup suka

    ReplyDelete
  4. mandian carrie junior memang wangi.. harraz pun pakai carrie junior jugak.. mainan di belakang botol tu rupanya tak ramai yang tahu.. ada yang buang macam tu je botol tu tanpa ambil mainan tu.. haha..rugii

    ReplyDelete
  5. Bestnya hiking dgn mandi air terjun. Kanak2 ni mudah tertarik dengan mainan. Bagus carrie junior sediakan mainan comel mcm ni. Diorang pun lagi seronok nak mandi kan

    ReplyDelete
  6. Anak - anak memang sinonim dengan carrie junior..dania sampai dah besar ni pun masih guna carrie junior

    ReplyDelete