Cara Mudah Lindungi Anak Dari Flu Dan HMFD Dengan THYMOS Anti HMFD/Flu Spray - Cahaya Hayati

22 Feb 2018

Cara Mudah Lindungi Anak Dari Flu Dan HMFD Dengan THYMOS Anti HMFD/Flu Spray

Cara Mudah Lindungi Anak Dari Flu Dan HMFD Dengan THYMOS Anti HMFD/Flu Spray. Hi uolls! Dua tiga hari ni busy dengan kerja dan masalah kesihatan anak-anak yang di sebabkan cuaca yang tak menentu. Demam, batuk dan selesema (flu) tidak asing lagi sampai doktor pun kata sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Yelah, semalam tadi masa bawa kakak Aisya dan MIL ke ke klinik pun ramai yang sedang menunggu giliran. Dalan sejam lebih baru sampai giliran MIL dan kakak Aisya. Kakak Aisya mula demam sejak pulang dari sekolah pada hari selasa. Ingatkan demam biasa saja rupanya datang sekali dengan pakej batuk dan selsema. Sampai lembik jadinya. Sebelum tu, Abang Ammar dan Aisy yang mula demam dulu. Dah bawa ke klinik dan ambil ubat. Dua beradik tu dah baik, jangkit kepada kakak Aisya pula... Tak mahu di belenggu masalah flu berterusan, mommy mencari alternatif iaitu dengan mencuba THYMOS Anti HMFD/Flu Spray.

THYMOS Anti HMFD/Flu Spray
THYMOS Anti HMFD/Flu Spray

Mommy menggunakan THYMOS Anti HFMD/Flu Spray kerana Flu dan HFMD (Hand Foot Mouth Disease ataupun penyakit tangan-kaki-dan-mulut) adalah dua jenis penyakit yang paling mudah menjangkiti anak-anak. Ini kerana tabiat anak-anak suka menyentuh dan bersentuhan tanpa mengira siapa, apa dan di mana walaupun telah berkali-kali pesan agar tidak menyentuh apa-apa di tempat awam. Tambah-tambah lagi di tempat dan taman permainan. Pernah sekali mommy nampak, seorang kanak-kanak dengan hingus meleleh naik buaian dan gelongsor. Tangan yang memegang buaian dan gelongsor tulah yang mengelap lelehan hingus tanpa membasuh. Virus di sebarkan tanpa di ketahui oleh kanak-kanak tersebut. Salah siapa? Bila dah nampak, mommy memang tak bagi anak-anak pergi bermain walaupun mereka menangis. Kalau anak-anak mommy sendiri tak sihat, mommy tak akan bawa anak-anak ke tempat awam sebab takut tersebarkan virus tanpa sengaja.

Itu jika mommy nampak depan mata. Bagaimana pula jika mereka di taska dan sekolah? Mommy tak nampak dan tak mampu menghalangnya. Kebimbangan mommy semakin kurang apabila diperkenalkan dengan THYMOS Anti HMFD/Flu Spray.


Thymos Anti HMFD/Flu Spray

Thymos Anti HMFD/Flu Spray adalah spray yang di cipta khas dengan airguard self sanitising teknology. Ia adalah Revolutionary AirShield Technology dari UK.  Satu spray boleh kekal berkesan selama 10 hari (long lasting solution). Yang pastinya ia bertindak dengan cepat apabila di spray dan menyahkan 99.99% kuman di kawasan yang di spray. Bagusnya.

THYMOS Anti HMFD/Flu Spray
THYMOS Anti HMFD/Flu Spray

Ia di datangkan dalam saiz mudah bawa dan boleh di letakkan dalam purse. Jadi apabila ke mana-mana tempat, kita tak perlu nak bersihkan tangan atau tempat tersebut berulang kali. Bestnya terutamanya apabila ke tempat awam dan mommy tak perlu takut lagi apabila anak-anak nak bergaul dengan sesiapa saja ataupun berkongsi mainan dengan rakan-rakan di taska atau sekolah, sebab THYMOS bertindak sepertu perisai untuk melindungi mereka.

Thymos bertindak melalui 3 cara di bawah. 

THYMOS Anti HMFD/Flu Spray
THYMOS Anti HMFD/Flu Spray menggunakan teknologi ' Self Sanitising'

Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.

Mommy tak pandai nak terangkan tapi ia selamat digunakan dan telah terbukti di 29 negara, 103 bandar dan 6 benua. 


Kelebihan Thymos Anti HMFD/Flu Spray


Kelebihan Thymos Anti HMFD/Flu Spray berbanding produk lain adalah :-
  • Selamat untuk kanak-kanak
  • Tanpa alkohol dan bahan kimia, toksik, steroid atau wangi-wangian
  • Terbukti secara klinikal mampu membunuh 99.99% kuman apabila di spray
  • Satu spray tahan lama sehingga 10 hari
  • Menawarkan penjagaan bukan perubatan
  • Membunuh virus HFMD & H1N1 
  • Meningkatkan antibody
  • Senang di gunakan. Spray saja.
  • Mudah di bawa 
  • Rekabentuk yang menarik 
  • Harga mampu milik


Cara Menggunakan Thymos Anti HMFD/Flu Spray

  • Spray tempat yang anak selalu berada, mainan, bantal ataupun pada selimut.
  • Untuk meningkatkan antibodi, gunakan seperti memakai parfume kepada anak
  • Spray di penutup mulut dan hidung untuk pernafasan yang lebih baik

Dicadangkan supaya mengguna dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS,  sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 4-6 semburan pada barangan yang sentiasa disentuhi oleh si kecil.

THYMOS Anti HMFD/Flu Spray
Mudahnya guna THYMOS Anti HMFD/Flu Spray

Review Thymos Anti HMFD/Flu Spray


Apa yang mommy boleh katakan apabila abang Ammar dan Aisy baik dari demam dan selsema, mommy  terus gunakan Thymos Anti HMFD/Flu Spray kepada mereka dengan spray di bantal tidur, selimut, mainan, meja belajar dan beg sekolah. Ini adalah untuk mengelak mereka dari di jangkiti semula virus selsema dan demam. Alhamdulillah ia terbukti berkesan dan mereka semakin aktif, baik di rumah dan juga sekolah. Jadi mommy tidak bimbang lagi apabila mereka jauh dari mommy.

THYMOS Anti HMFD/Flu Spray
Abang Ammar menggunakan THYMOS Anti HMFD/Flu Spray sebelum ke sekolah

Untuk kakak Aisya pula, mommy dah nampak perkembangan positif di mana ia semakin baik dari demam, selsema dan batuk walaupun mommy hanya  spray di bantal dan selimut pada malam dia mula tidak sihat di samping ubat-ubatan dari klinik. Bagi mommy mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Mencegah juga lebih murah harga dari mengubati. 

Jadi, pada ibu, mama, mommy sekalian... Sayangkan anak, cegahlah virus flu dan HMFD dengan Thymos Anti HMFD/Flu Spray. Boleh dapati di Farmasi Guardian yang berhampiran dengan tempat anda.

Harga biasa RM75, sekarang harga pengenalan RM69.90 sahaja! Untuk info lanjut:

Website: www.thymos.uk



Malaysian Distributor: 

OR

6 comments:

  1. Wah bagus juga kan sebagai langkah pencegahan ..

    ReplyDelete
  2. Bagus ni... Boleh hilangkan hama kan?

    ReplyDelete
  3. Memang bagus produk ni di simpan di rumah

    ReplyDelete
  4. Sally pun ingat nak beli jugak satu...sbb dgr kata kalau spray kat bantal before tidur, kurang la sinus waktuu pagi...kalau Sally ni bersin macam nak tercabut hidung! hahahaha

    ReplyDelete
  5. Ni kalau untuk org tidur berdengkur boleh hilang tak, stress tak boleh tidur

    ReplyDelete
  6. wah.. sekali spray berkesan utnuk 10 hari? baru TB tahu.. bagusnya ada benda ni kan.. tak pelru spray direct kat baby tapi spray pada tempat-tempat yang dikhuatiri ada kuman je kan..

    ReplyDelete