Positif 2018 - Cahaya Hayati

11 Jan 2018

Positif 2018

Positif 2018. Tajuk bukan main lagi. kihkih... Bila umur semakin meningkat ni, kesihatan kita kena jaga elok-elok. Takut penyakit yang susah nak hilang melekat dan bila dah melekat kena pantang banyak benda. Jadinya pada tahun 2018 ni target nak kurus untuk sihat. Kurus tu bermakna kandungan gula dan kolesterol dalam badan terkawal, tekanan darah tinggi pun di paras normal.. Kalau boleh tak mahu la terkena sebab pengalaman dari arwah mak dulu yang mengidap darah tinggi dan paras kolesterol tinggi sangat menakutkan. Tambah-tambah lagi part kena makan berjenis-jenis ubat. Boleh pitam mommy kalau kena makan ubat sebanyak tu... huhu

Iktibar dari itu, mommy pun berazam untuk memperolehi tahap kesihatan yang terbaik. Sebagai langkah permulaan adalah dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh, membakar lemak dan meningkatkan tahap stamina. 

bukit bm, panjat bukit tokun, panjat bukit bm, kali pertama panjat bukit bm, lokasi bukit tokun, maps ke tokun hill, cherok tokun, cherok tokun hillm cherok tokun nature park, nature park, Bukit Mertajam Recreational Forest, taman rimba cherok tokun,

Sebagai permulaan kami sekeluarga memanjat Bukit Tokun atau Bukit Mertajam.  Dah lama rancang tapi minggu lepas baru dapat laksanakan. hihi... Kiranya kali pertama memanjat bukit ni. Mommy pun dah 15 tahun tinggal aktiviti panjat bukit, masuk hutan dan lain-lain yang seangkatan dengannya. 

Last mommy masuk hutan adalah masa belajar dulu iaitu panjat Gunung Senyum yang terletak di Jengka, Pahang. Serik masuk hutan Gunung Senyum sebab pacat dia banyak dan besar-besar. Geli giler...  Nasib baik bff yang tolong buangkan. Serik!

bukit bm, panjat bukit tokun, panjat bukit bm, kali pertama panjat bukit bm, lokasi bukit tokun, maps ke tokun hill, cherok tokun, cherok tokun hillm cherok tokun nature park, nature park, Bukit Mertajam Recreational Forest, taman rimba cherok tokun,

Gerak dari rumah seawal jam 8.30 pagi. Lambat dah sebenarnya tapi menunggu masing-masing bersiap plus pakej breakfast lagi, punyalah lama. Ingat nak cancel dah... Nasib baik jadi juga. 

Bekalan kami masa memanjat adalah air botol sorang satu. 

bukit bm, panjat bukit tokun, panjat bukit bm, kali pertama panjat bukit bm, lokasi bukit tokun, maps ke tokun hill, cherok tokun, cherok tokun hillm cherok tokun nature park, nature park, Bukit Mertajam Recreational Forest, taman rimba cherok tokun,

Masa plan tu, kawan encik suami suruh naik ikut jalan tar. Dia kata kali pertama naik ikut jalan tar dulu. Nasib kami tak berapa baik hari tu, jalan tersebut di tutup kerana ada pokok tumbang dan lain-lain masalah yang boleh mengundang bahaya kepada pengunjung. 

So, kami pun naik ikut track hiking... Mula-mula okay sebab sebab jalan nak masuk tu di turap dengan simen. Dah sampai di papan tanda tu dah jalan hutan. Track dia kecil saja.. Plus licin sikit sebab malam tu hujan. 

bukit bm, panjat bukit tokun, panjat bukit bm, kali pertama panjat bukit bm, lokasi bukit tokun, maps ke tokun hill, cherok tokun, cherok tokun hillm cherok tokun nature park, nature park, Bukit Mertajam Recreational Forest, taman rimba cherok tokun,

Yang paling eksaited adalah si kakak dan si kecik tu. Stamina depa dua tinggi... Asyik dok cakap kita naik lagi.. lagi. Depa tak tau yang mommy depa dah semput. kihkih

Masa nak naik lagi lawak sebab abang tanya ' kenapa kita tak naik tahun depan ja?' Korang nak tahu tak apa mommy jawab? Mommy jawab 'Kalau tahun depan awak lagi tak larat nak naik.' Berat dia sekarang dah 50kg uolls. Tak padan dengan umur dia baru nak masuk sembilan tahun. Aktiviti memanjat bukit ini adalah untuk abang Ammar lebih aktif dan sihat. 

bukit bm, panjat bukit tokun, panjat bukit bm, kali pertama panjat bukit bm, lokasi bukit tokun, maps ke tokun hill, cherok tokun, cherok tokun hillm cherok tokun nature park, nature park, Bukit Mertajam Recreational Forest, taman rimba cherok tokun,


Panjat punya panjat dan dua kali take 5, mommy ajak turun.. Tak larat dah dan rasa nak pitam. Giler betul dan stamina takdak langsung.. Baru pertengahan jalan dah berhenti. Hahaha. Masa panjat ni, kagum betul dengan uncle aunties chinese yang naik sampai atas. Siap senyum dan tegur serta bagi semangat lagi kat kitaorang. Thanks you uncle aunties...

Dah selamat turun, terus terpa ke gerai yang menjual buah-buahan di situ. Siap beli sorang sepotong.... Dalam kereta encik suami kata next week kita mai lagi. Tapi camna nak pi sebab abang Ammar ada latihan tekwondo setiap pagi sabtu. huhu.

Share google maps untuk ke sana, Kot kot ada yang tak tahu jalan nak ke sana...


13 ulasan:

  1. Semoga terus istiqamah dalam menjaga kesihatan. Baik untuk diri dan juga keluarga

    BalasPadam
  2. Ya.. positive itu penting

    BalasPadam
  3. Aah positivity tu penting dlm setiap aspek kehidupan. Org kata makin hari mesti la kita makin nak improvce diri kita. Emi pun dari last year cuba nak amalkan gaya hidup & pemikiran yg positive

    BalasPadam
  4. Itu lah kak.. Kesihatan kena jaga.. Oh ya gunung senyum dkt dgn tempat zaza.. Lama dah tak pergi.. Tapi tak pernah masuk pun.. Tgk dari jauh je..

    BalasPadam
  5. Wahh..bagus semangat akk..positive vibes..

    BalasPadam
  6. Mendaki adalah salah satu activities saya suka, kuatkan stamina.

    BalasPadam
  7. Hopefully istiqamah utk jaga kesihatan. Sy ni azam nak gi gym x tertunai lg hah

    BalasPadam
  8. Bagus pergi hiking ni..lagi2 dengan keluarga

    BalasPadam
  9. Wah.. bestnyaa.. sy suka aktiviti mcm ni. Mncabar. Kekuatan.mntal fizikal pun tercabar.

    BalasPadam
  10. Cik en lama x hiking.. kena amalkan balik ni

    BalasPadam
  11. Memang positive dgn family o

    BalasPadam