loading...

Penawar Resdung Paling Mujarab

10:00 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Penawar Resdung paling mujarab

Resdung. Iye mommy ada resdung yang agak teruk. Bangun pagi mesti bersin berkali-kali sehingga letih. Bila cuaca sejuk pula mesti cepat selsema TAPI yang paling teruk adalah naik JERAWAT di muka dan badan kalau makan makanan yang ada belacan, ikan bilis, ikan kering atau pekasam. Bila jerawat dah naik, memang rasa macam nak nangis sebab lambat baik dan tinggalkan parut. 

Dah bermacam-macam penawar resdung yang mommy telah cuba tapi ini yang paling mujarab dan berkesan. Sejak mengamalkannya, mommy dah tak bersin di waktu pagi, kalau cuaca sejuk pun dah tak mudah selsema dan yang paling best boleh makan makanan favorite mommy iaitu pekasam. 

Penawar yang mommy ceritakan ini adalah UBAT RESDUNG PALING MUJARAB.

UBAT RESDUNG PALING MUJARAB

UBAT RESDUNG PALING MUJARAB ini merupakan resepi perubatan turun temurun selama 40 tahun milik pengamal perubatan Islam menggunakan herba² akar kayu. Sebotol ni ada dalam 30 biji kapsul bewarna merah. Cantik dan menarik kaler kapsul ni.

Ia di buat dalam bentuk kapsul kerana kapsul lebih mudah diserap oleh badan dan mudah larut dalam air.

UBAT RESDUNG PALING MUJARAB


CARA PENGAMBILAN KAPSUL RESDUNG PALING MUJARAB


Cara pengambilan UBAT RESDUNG PALING MUJARAB paling mujarab adalah dengan makan sebiji di waktu pagi dan sebiji di waktu malam. Sebelum makan di galakkan untuk berselawat, Bismillah dan berniat untuk kesembuhan. 

UBAT RESDUNG PALING MUJARAB ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. 

Larangan yang lain pula adalah jangan di langkah ubat ini.


Ubat resdung

Bagi yang tidak boleh menelan kapsul ini, boleh buka kapsul dan campurkannya  ke dalam secawan air suam. Kacau sebati dan minum. Apabila makan ubat resdung cara ini, rasa yang wujud adalah rasa kulit kayu manis dan campuran akar kayu.

KELEBIHAN UBAT RESDUNG PALING MUJARAB

Berikut adalah kebihan-kelebihan  UBAT RESDUNG PALING MUJARAB

KELEBIHAN UBAT RESDUNG PALING MUJARAB

UBAT RESDUNG PALING MUJARAB

TESTIMONI UBAT RESDUNG PALING MUJARAB

In Shaa Allah dengan pengamalan ubat resdung yang berterusan di samping penjagaan diri yang betul, masalah resdung akan dapat di rawat dan tidak membelenggu diri lagi. Ramai yang telah cuba dan berjaya. 

UBAT RESDUNG PALING MUJARAB

 UBAT RESDUNG PALING MUJARAB



Untuk mendapatkannya bolehlah hubungi :- 

 AISYAH BT. BEDOL 
( Tanah Merah, Kelantan)  
013 - 987 1616

0 comments:

Kali Pertama Ke Dobi Layan Diri

5:06 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hi korang. Mesti korang semua dah sampai kampung halaman masing-masing. Yelah cuti panjang sempena tahun baru cina 2017. Mommy pun rindu kat kampung tapi dah tak dak mak ayah, feeling nak balik kampung dag lain. So, kita mereput kat Kulim sajalah.

Hari ni bersiaran dari dobi DIY Taman Semarak, Kulim. Kali pertama menggunakan perkhidmatan dobi DIY ni.


 Mommy datang sini untuk keringkan baju kotor yang menimbun. Baju-baju ni mommy basuh siap-siap kat rumah sambil masak tadi. So, jimat sikit masa kat kedai dobi.

Kenapa guna pengering, nak jimat masa. Tak perlu nak sidai dah. Balik boleh lipat terus. Esok boleh la pergi jalan-jalan.

Oklah bye. Baju dah kering..

0 comments:

MILAGRO COFFEE Dengan Patawali (Serutun) Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

2:32 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. MILAGRO COFFEE Dengan Patawali (Serutun) Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Seringkali kita mendengar kopi 3 dalam 1 tidak baik untuk kesihatan. Mempunyai kandungan gula melebihi had. Mengundang pelbagai penyakit dan macam-macam lagi. Tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

Tetapi dengan adanya MILAGRO COFFEE dengan Patawali atau Seruntun, kita dapat mengekalkan malah mempunyai kesihatan yang baik walaupun mengambil kopi setiap hari.

Kenapa?

MILAGRO COFFEE

KOPI MILAGRO

Kopi robusta yang dicampur dan kopi arabica diperkaya dengan pati herba patawali (Tinospora Crispa), halia, lada hitam dan garam gunung telah digunakan secara tradisional sebagai ubat tradisional dan juga minuman alternatif untuk tujuan kesihatan. MILAGRO COFFEE 7 dalam 1 mengandungi antioksidan yang tinggi dan kesan insulin semula jadi yang boleh meningkatkan sensitiviti insulin yang kemudiannya merawat penyakit yang berkaitan dengan halangan dan rintangan disebabkan insulin sebagai contoh kencing manis (jenis ii) dan kanser. Ia juga boleh mengurangkan penyakit seperti demam ringan, tekanan darah tinggi dan sistem imunisasi badan.


Patawali


Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui ialah akar seruntun, brotowali dan batang wali.

Patawali


Khasiatnya pula adalah untuk :-

  • Menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Meningkatkan sensitiviti insulin
  • Membekalkan antioksidan yang tinggi
  • Mengurangkan keletihan kronik
  • Meningkatkan penghadaman
  • Melegakan sakit perut
  • Melegakan pedih ulu hati
  • Menurunkan berat badan
  • Menyembuhkan osteoporosis
  • Melegakan demam selesema
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Merangsang aktiviti fizikal

Fuhhh! Banyak rupanya khasiat Patawali ni.

MILAGRO COFFEE

Dulu, mommy hanya tahu kegunaan patawali ni untuk hentikan atau ceraikan susu anak dan rawatan kencing manis. Tahu untuk rawatan kencing manis sebab dulu mak saudara akan jemur batang patawali ni sampai kering dan jadikan dalam bentuk kapsul. Tak pasarkan secara meluas... Just untuk orang kampung dan saudara mara terdekat.

Lain-lain bahan yang terdapat dalam Milagro Coffee telah lama kita ketahui. Boleh baca di SINI.


Testimoni Milagro Coffee

Tak sangka mommy dengan hanya 7 pracampuran, MILAGRO COFFEE ini dapat memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Boleh baca melalui testimoni mereka yang telah mencuba.

MILAGRO COFFEE

MILAGRO COFFEE



MILAGRO COFFEE

MILAGRO COFFEE

MILAGRO COFFEE

Mommy baru saja mencuba MILAGRO COFFEE ini dan tahap kesihatan mommy pun semakin baik serta badan pun semakin ringan. Nak bekerja pun menjadi semakin bersemangat. Dah tak ngantuk-ngantuk.


video

Bagi yang berminat untuk mencuba dan membeli MILAGRO COFFEE ini bolehlah hubungi pihak pengurusan MILAGRO COFFEE seperti di bawah. 


Instagram: @milagro_coffee (https://www.instagram.com/milagro_coffee/)
No. telefon: HP: 012- 370 2676
                    Pejabat: 03-5021 7403 / 03-5021 7401


Jadikan Milagro Coffee minuman harian anda.
Mmm.. Sedap ekk..


0 comments:

SeLamat Hari Lahir Aisya Nur Safeeya

1:53 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. SeLamat Hari Lahir Aisya Nur Safeeya

Wah dah 9 tahun sudah puteri mommy yang sorang ni. Sekejap saja dah besar dah anak mommy. Tak terasa...  rindu dengan baby girl mommy. Jangan membesar dengan cepat sangat boleh?

kek dari Donna Touch's

Nak kek stoberi katanya.. 


Buat puteri mommy


Jaga diri, agama dan keluarga serta belajar rajin-rajin agar mencapai apa yang di citakan, di samping menjadi anak yang solehah.



Mommy Daddy, Ammar & Aisy Luv u !



Happy Birthday Sayang.



Dah sama besar ngan mommy kan?





0 comments:

Mee Tulang Sedap Di RainRin Mee Tulang, Lumut

4:00 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt. Mee Tulang Sedap Di RainRin Mee Tulang, Lumut

Ketika bercuti ke Lumut-Pangkor baru-baru ni, mommy dan keluarga sempat merasa keenakan mee tulang yang sedap di Lumut, Perak. Mee Tulang RainRin ini di cadangkan oleh adik suami yang mengajar di Lumut. Sedap dan kena dengan selera orang Penang katanya. Hihi.

Apabila adik ipar dah cadangkan, dan mommy daddy dah malas nak search tempat makan yang best di Lumut.. Maka, kami pun mencari tempat yang dicadangkan tu. Sesat gak masa mencari. Almaklumlah tak biasa dengan jalan di Lumut.

RainRin Mee Tulang, Lumut
Mommy punyer
Alhamdulillah sampai jugak kami ke RainRin Mee Tulang. Terus order dan mendapat layanan yang baik dari tauke kedai. Katanya dulu dia penah keja dengan sany cahar koay teow Bayan Baru. Sebab tulah mee kuah tulangnya selera orang Penang.

Macam biasalah mommy yang tak makan mee, order megi. Harga? RM 10 sepinggan besar yang penuh dengan tulang yang banyak isi daging, telur dan mee yang banyak. Makan sampai sengkak perut. Tak habiskan, sayang pula.

mee tulang
Daddy punyer
So, siapa yang bercuti ke Lumut memang di syorkan untuk makan malam di sini. Ini alamat kedai tu..

RESTORAN MEE TULANG RAINRIN
NO 3 JALAN MP/7
BANDAR BARU MANJUNG
32040 SERI MANJUNG PERAK.
(SEBELAH SHELL AREA TERMINAL STESEN BAS EKSPRESS MANJUNG).

017-4682439

Boleh juga follow facebook mereka di FB Mee tulang RainRin

1 comments:

Dashing Elite Shampoo Lelaki Untuk Rambut Lebih Sihat Tetapi Maintain Stylo

1:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.  Dashing Elite Shampoo Lelaki Untuk Rambut Lebih Sihat Tetapi Maintain Stylo.

Tak sangka mommy yang lelaki juga mempunyai produk penjagaan rambut yang setanding dengan wanita. Yang membolehkan lelaki kelihatan bersih dan lebih stylo. 

Selain dari daddy Z, adik bongsu yang baru berusia 16 tahun pun dah mula pentingkan penjagaan rambut serta dah pandai menggayakan rambut. Jadi mommy pun memperkenalkan Syampu Dashing Elite kepadanya. Kenapa? Baca sampai habis tau! 


Dashing Elite Shampoo
Malu pulak!

Dashing Elite Shampoo
Boleh jadi model mommy untuk produk akan datang

SYAMPU ELITE MEN


SYAMPU ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya anda mahukan rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari!
Dashing Elite Shampoo

Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Antikelemumur dan Anti Rambut Gugur

SYAMPU ELITE MEN Antikelemumur

Dashing Elite Shampoo

Dengan adanya SYAMPU ELITE MEN Antikelemumur, anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. 

Ia mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan menggunakan syampu ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.

SYAMPU ELITE MEN Anti Rambut Gugur

Dashing Elite Shampoo


Hapuskan kegusaran rambut gugur anda dengan SYAMPU ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu berkompromi dengan masalah keguguran rambut. 

Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan anda rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan menjadi milik anda apabila menggunakan syampu ini.

SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik.

Dashing Elite Shampoo

ELITE merupakan subsidiari jenama pendahulu Produk Penjagaan Peribadi Lelaki, DASHING, yang menyempurnakan penjagaan peribadi Lelaki Malaysia dari hujung rambut hingga hujung kaki.


0 comments:

CPUV Nuffnang Terkini | Trumer X

10:00 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. CPUV Nuffnang Terkini | Trumer X

Ingatkan nuffnang mommy akan terus sendu. Rupanya masih ada. Hihi. CPUV nuffnang mommy yang terbaru adalah Trumer X. Apa tu?

CPUV Nuffnang

Trumer X

Disebabkan mommy tak tahu apa itu Trumer X, maka dengan gigihnya mommy google tentang Trumer X. Rupa-rupanya website menjual dan membeli belah  secara online. Okaylah mommy nak study tentang Trumer X sat.

Apa yang best dan apa benefit jika jadi ahli... hihi

0 comments:

Kereta Tak Boleh Hidup, Bateriku.Com Datang Menyelamat

10:36 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Kereta Tak Boleh Hidup, Bateriku.Com Datang Menyelamat

Pernah terjadi kepada mommy sendiri di mana dah siap nak pergi kerja tetapi kereta tak boleh nak hidup. Call encik suami bagitau dengan harapan dia boleh keluar dan hantar mommy pergi kerja, sekali jawapannya tak boleh sebab kilangkan track masa keluar dan masa masuk. Nanti akan effect pada performance. So, call bos ambil cuti. Sebab nak tunggu kedai bateri buka dulu. Lagipun dulu company belum benarkan cuti half day. Sekarang dah boleh...

Itulah yang terjadi.

Tapi sekarang tak perlu risau lagi sebab dah ada Bateriku,Com yang boleh datang menyelamatkan anda dan cuti anda. So, tak perlu ambil cuti kalau ada emergency kereta tak boleh di hidupkan.

BATERIKU.COM 

Bateriku adalah satu lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Inisiatif Sdn Bhd (GISB) untuk berkhidmat kepada pelanggan di tempat kejadian, di mana sahaja mereka berada. Bateriku adalah milik syarikat tempatan dan mengendalikan penghantaran dan penggantian bateri kenderaan secara mobil di Malaysia.

Giteww. Mudahnya sekarang. Kereta tak boleh hidup, tak perlu tunggu kedai buka. Just call bateriku.com. Selamat cotiii mommy!

Bateriku.Com


Kenapa Bateriku.com Menjadi Pilihan?


Bateriku.Com menjadi pilihan mommy kerana ...
  • Melakukan penghantaran, memeriksa dan pemasangan percuma
  • Bayar hanya harga bateri yang baharu dipasang
  • Kawasan liputan yang besar - Lembah Klang & Shah Alam
  • 8:00 pagi-11:00 malam, 365 hari setahun
  • Bilangan Kru Trooper dan Aset yang besar
Bateriku.Com
  • Lebih daripada 4,000 pelanggan yang berpuas hati
  • Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain tempat.
  • Kami menawarkan banyak bateri berkualiti pada harga yang berpatutan
  • Kami menyediakan bateri apung ketika memeriksa bateri lama anda


Bateriku.Com


Okaylah tak nak cerita panjang-panjang. Kalau korang alami masalah kereta tak boleh hidup atau start... Hubungi bateriku.com untuk datang menyelamat.

Bateriku.com

Alamat: 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam.
Tel: 1800222324
Faksimili: +60378430106
e-Mel: info@bateriku.com
Laman Sesawang: www.bateriku.com

0 comments:

BabyLove Playpants | Pilihan Hati Mommy Daddy Untuk Si Manja

2:23 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

BabyLove Playpants | Pilihan Hati Mommy Daddy Untuk Si Manja

Hi korang. Akhir-akhir ni si kecik Aisy asyik bocor di tengah malam saja. Bila dah bocor, pastilah mengganggu tidur si kecik dan mommy. Sungguh rasa tidak selesa dan lesu bila setiap malam asyik terjaga.

Penyelesaian mesti di buat sebab mommy tak mahu prestasi kerja menurun dan perkembangan pembesaran si aisy terganggu di sebabkan masalah kecil ini. Kami sepakat untuk menukar jenama diaper. Kami beralih arah ke Babylove Playpants yang telah di perbaharui dengan Nano Power Plus. 


BabyLove Playpants


BabyLove Playpants

Babylove playpants terbaru ini di formulasikan nano power plus iaitu kuasa serapan dipertingkatkan di mana serapan dan pengeringan adalah lebih cepat. jadi anak anda tidak akan alami masalah kulit akibat lampin yang basah. 

BabyLove Playpants

Ia di perbuat dari Nano Gel Bead dan mempunyai dua lapisan penyerapan yang menjadikan kulit bayi lebih kering dan tidak mudah bocor. I like!

BabyLove Playpants

Tidur bayi lebih lena dan tidak terganggu dengan Babylove Playpants ni. Tahan lama dan tidak bocor.  Ini menjadikan Aisy lebih aktif apabila bangun keesokannya.

Untuk pengetahuan semua juga, Babylove Playpants ini mempunyai lapik getah yang elastik. Di mana ia memberi rasa kemas dan selesa kepada anak-anak. Ini memberi keselesaan untuk anak-anak bergerak bebas apabila bermain.

BabyLove Playpants

Lagi satu yang mommy suka corak comel di lampin ni. Cute jer. Bertambah comel si Aisy memakainya.

BabyLove Playpants


Babylove playpants ini di datangkan dengan 5 saiz mengikut berat badan bayi. Jadi tak perlu risau tentang saiz. Aisy masih lagi memakai saiz M. Kuruskan anak mommy:(

BabyLove Playpants

Disebabkan Aisy masih lagi belum diapers free, so mommy memanglah rajin shopping pampers di LAZADA. Sebab apa? sebab dapat murah dari harga di pasaran atau kedai bayi yang dekat dengan rumah tu. Lagipun mudah shopping kat lazada sebab semuanya di hujung jari. Tup-tup dah sampai kat rumah. 

Oh yer! Harga Babylove Playpants ini di LAZADA adalah RM24.90 untuk 20 keping diapers. Tapikan ada PROMOSI buy 1 FREE 1, Buy 3 Free 3, Buy 6 Free 6. Untungnya!

So, cepat2 terjah web LAZADA 


1 comments:

Short Trip Lumut - Pangkor

8:00 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt. Short Trip Lumut - Pangkor

Cuti sekolah baru-baru ni, mommy dan keluarga berkesempatan untuk meluangkan masa dengan keluarga yang di panggil 'BERCUTI' dalam erti yang sebenar. Tempat pilihan untuk short trip kali ini adalah Lumut dan Pulau Pangkor.

Untuk anak-anak, ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Lumut dan Pulau Pangkor. Teruja masing-masing. Tak sabar nak naik feri, mandi kolam, mandi laut. Mommy dan daddy layankan saja. 


Bertolak dari Kulim ke Lumut pada jam 3 petang. Mommy dan daddy settle kan dulu kelengkapan sekolah anak-anak. Bukan apa, senang cari awal-awal.Lagipun mommy dan daddy takut tak dak saiz untuk Abang Ammar. Tahu jer lah anak bersaiz besar ni. 

Kami sampai di Lumut lebih kurang 6.30 petang. Daddy bawa dengan kelajuan sederhana sebab hujan agak lebat sehingga Pantai Remis. Lepas tu baru ok tapi disebabkan dah lama tak datang lumut, mommy dan daddy banyak bergantung kepada google maps. Alhamdulillah sampai juga akhirnya.

Di Lumut kami menginap di Hotel Mornington. Dekat saja dengan Jusco Lumut dan 10 minit untuk ke Jeti Pulau Pangkor. Hotel ni mommy tempah melalui booking.com. Review tentang hotel ni, nanti yer dalam entry lain.


Malam pula, kami dinner di Mee Tulang RinRain. Di cadangkan oleh adik suami yang mengajar di sini. Sedap, banyak dan murah.


Pagi tu pula, kami bersarapan di seberang jalan Hotel Mornington ni. Mula-mula google juga tempat makan yang best di lumut. Sekali keluar dari hotel dan tengok kedai di seberang jalan ramai orang, terus buat keputusan untuk ke sana. 


Alhamdulillah. Tak tersalah pilih kedai. Makan roti canai dan roti telur saja. Tambahan order untuk kari ayam. Tak sangka kari ayam tu sedap dan wangi rempahnya. Untuk makluman juga, kedai ni ada jual nasi lauk, nasi lemak, mee, bihun dan koay teow goreng. So, boleh pilih ikut selera masing-masing.

Lepas makan, ajak incik suami ke jeti untuk beli tiket. Sampai sana, daddy tengok signboard yang menyatakan feri 45 minit sekali. Harga tiket pula RM10 untuk pergi dan balik.

So, patah balik hotel untuk check out.

Lepas check out terus ke Jeti. Beli tiket dan feri akan gerak dalam tempoh 45 minit lagi..  apalagi, pergi minum dulu sementara tunggu feri. Depan tu saja...


Dah minum, kita gerak ke feri. Nasib baik tak ramai pada hari tu. Jadi, tempoh menunggu sekejap saja dan tempat duduk pun banyak. Boleh pilih mana suka..


Dalam feri, tinggai mommy dan daddy saja. Tiga beradik tu nak dok sekali... So, ambil kesempatan untuk posing dengan daddy.


Dalam setengah jam lepas tu dah sampai Pulau Pangkor. Welcome to Pulau Pangkor kids! 


Di Pulau Pangkor kami menginap di Hotel Coral Bay. Ini pemandangan depan hotel. Dua tahun lepas, mommy datang kursus ni sini dan menginap di hotel ni jugak tapi belum ada Kapal dan PULAU PANGKOR warna warni tu.

Rezeki anak-anak la ada tempat dan mercu tanda yang menarik.




Sampai di sini saja entry momm tentang short trip Lumut - Pangkor. Nanti mommy update lagi....

1 comments:

Lori Prego Mai Office

4:00 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hari pertama bekerja di tahun 2017, dah di kejutkan dengan lori Prego datang ke pejabat dan buat promosi. Bijaklah Prego ni sebab buat promo di awal tahun untuk meningkatkan jualan dan menjenamakan jenama dan produk Prego. Mommy suka dengan strategi ni...

prego
Yeay dapat makan pasta free. Sedap!

Berkenaan dengan produk prego pula, memang kena dengan selera mommy. So, tak rugi beli masa Prego buat promosi.

pasta prego
Nampak gumuk pula bila pakai bawal ni. adoi la bila nak kurih pun tak tau

Sempena promosi ini, dapat tabung krismas Prego Campbell's. Boleh la mommy buat isi duit syiling di office sebab bekas syiling comel tu dah penuh.

bank coin
tabung free dengan setiap pembelian produk prego

prego
comei!

Campbell's
Nak ganti bekas syiling ni lahh.


Untuk resepi pula, nanti mommy update di www.cucurkembung.blogspot.my. Blog ni khas untuk resepi saja. 


1 comments:

Pengikut

Google+ Followers