Banyaknya Khasiat Halba - Cahaya Hayati

27 Dis 2017

Banyaknya Khasiat Halba

Banyaknya Khasiat Halba ~ Setelah sekian lama dok nampak orang share tentang air halba, baru tergerak hati mommy nak baca tentang khasiat HALBA. Ingatkan hanya di gunakan dalam masakan.. kahkah.  Rupanya ia telah di gunakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Sabda Rasullullah tentang Halba 

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan HALBA, nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas" 

Tidak mommy sangka harganya murah tapi amat berguna untuk kesihatan.

Banyaknya Khasiat Halba, halba, khasiat halba, halba dalam perubatan, kegunaan halba, halba untuk kesihatan, resepi teh halba, cara buat air halba, air halba, fungsi halba, halba dalam hidup,
Halba


Kegunaan Halba

Di minum sebagai teh 


  • Mengawal kencing manis
  • Kurang berat badan
  • Menguatkan jantung
  • Pencuci perut
  • Melancarkn haid
  • Membuang angin
  • Menghilangkan lendir tekak
  • Masalah senggugut


Halba mix Madu


  • Anemia
  • Mengurangkan ketagih rokok dan arak


Untuk Ibu Menyusu


  • Memperbanyakkan penghasilan susu ibu
  • Kecergasan
  • Kekuatan badan


Cara-caranya

1)Ambil segenggam halba
2)Rendam dengan air panas didalam cawan
3)Biarkan ia kembang dan menjadi suam baru minum

Psst, mommy ada juga terbaca yang Halba ni perlu di goreng tanpa minyak terlebih dahulu dan ada yang kata boleh terus ambil. Korang cubalah mana satu resepi atau formula yang korang yakin. Mommy balik satgi baru nak singgah beli. Semoga mommy istiqomah untuk kesihatan yang lebih baik. 

1 ulasan:

  1. Tak pernah dengan tentang halba. Ini pertama kali. Tak sangka banyak khasiat halba ni

    BalasPadam