Kenali Punca Masalah Kulit Muka - Cahaya Hayati

9 Nov 2017

Kenali Punca Masalah Kulit Muka

Kenali Punca Masalah Kulit Muka ~ korang, korang perasan tak bila muka korang start naik jerawat, jeragat dan bekas jerawat? Ingat tak? Mommy ingat lagi.. Mula berjerawat sebab mencuba pencuci muka yang tak sesuai. Lepas tu stop.. Okay balik. Masa mengandung, mommy start naik jerawat. Dua tiga mak cik bawang pakat tegur dan kata, jangan guna produk apa pun.. Nanti muka hang lagi teruk. Lurus bendul dengar cakap orang, terus jerawat jeragat naik dengan galaknya. Tak kira la pregnant atau tak, kita tetap kena jaga kulit muka kita cuma kena guna produk yang takdak bahan kimia. Lebih afdal produk-produk organik.

Sekarang ni pun, kulit mommy dah okay sikit tapi masih dalam proses baikpulih. Ingat senang nak baikpulih kulit muka yang dah bertahun-tahun tak terjaga? Nak merawat pun ambil masa juga. Bukan pakai hari ni, 3 bulan lagi dah gebu gebas.. Bekas jerawat hilang. Uiks korang salin kulit ka? Sebab mommy nampak banyak iklan yang janjikan kulit cantik, gebu gebas dalam tempoh yang singkat? Percaya ke? Kihkih.. Kalau takdak ilmu atau pengetahuan tentang bahan kimia, yess kita akan beli, akan guna dan akan beri kesan kepada kulit muka kita sama ada baik atau teruk. Hehe..

Kenali Punca Masalah Kulit Muka, punca masalah kulit, punca masalah kulit muka, punca masalah kulit wajah, tips kecantikan, tips cantik, cara mendapat kulit cantik, kulit cantik, punca jerawat, jerawat, acne, jeragat, kenali punca jerawat, kenali punca jeragat, punca jeragat, atasi masalah kulit, kulit cantik dan sihat
Kenali Punca Masalah Kulit Muka


Bukan nak kata kat korang tapi mommy pun sama sebab tulah kulit muka jadi teruk... Bila dah teruk, mommy mula mencari penyelesaian. Mommy kaji apa yang mommy buat, makan serta sedikit info dari google.. Apa yang mommy dapati punca masalah kulit muka adalah seperti di bawah:-


PUNCA MASALAH KULIT MUKA


  • Mencuci wajah dengan tidak teratur/tak ikut timetable. Baru tahu jugak yang kita kena cuci muka secara berjadual. Jangan main hentam kromo saja.. Cucian yang kita buat mesti bersih sebersihnya dari make up. Sisa makd up menyebabkan pori tersumbat sekaligus menyebabkan jerawat. 

  • Sering menyentuh wajah. Okayyy sejenis mommy yang suka sentuh kulit muka. Bukan apa sebab dok geram dengan jerawat pasir yg dok ada. Rupanya aktiviti ini akan menyebabkan jerawat lagi aktif. Sebabnya kotoran yang ada di tangan dah naik ke muka. 

  • Lap muka guna tuala yg sama untuk lap badan. Oooo tak boleh lap muka guna tuala lap badan rupanya. Selama ni main bedal ja... Sejak tahu tentang ni, mommy akan sediakan satu tuala kecil untuk lap muka ataupun guna tisu saja. 

  • Sering mengosok wajah dengan kasar menggunakan tuala. Jangan kasar-kasar ya... Belai dengan lembut jadi kulit muka akan terasa di sayangi dan di manjai. 

  • Pola makan yg teruk, semua bedal. Okay that me! Semua bedal tapi bila mommy realise yang mommy akan naik jerawat bila makan ikan kering, belacan, budu, ikan pekasam atau mana-mana makanan yang di awet.. So, mommy stop makan selalu dan hanya makan bila teringin sangatttt. Bila teringin pun, mommy akan motivate diri sendiri dengan kata kalau aku makan, jerawat akan naik. Bila teringat jerawat akan naik, terus hilang selera makan. hihi

  • Memakai alat solek yg kotor atau dijangkiti kuman. Baru tahu rupanya ada alat solek yang di jangkiti kuman tambah-tambah lagi tester. Terbaru kes pelanggan di jangkiti herpes di sebabkan try tester di pasaraya. Uuuu takut. So, pastikan alat solek kita adalah hak peribadi dan jangan di kongsi dengan orang lain. Kalau kongsi juga, sila bersihkan alat solek atau berus solek terlebih dahulu sebelum guna semula. 

  • Asap rokok/ merokok. Tak merokok tapi orang sekeliling yang merokok. Jadi secara tak langsung, ia menjadi punca masalah kulit muka. Perokok sila jauhi saya ya!

  • Sering berjemur di bawah sinaran UV terlalu lama. Berada di bawah panas terik pada tempoh boleh mengundang kepada punca masalah kulit iaitu jeragat. 

  • Jadual tidur yg tak teratur. Tidur yang cukup membantu wanita untuk kelihatan cantik sebab bila mendapat tidur yang cukup, kita akan bangun dengan segar dan bertenaga. Jadi kita akan nampak lebih cantik berbanding bila tak cukup tidur, muka akan lesu dan tak bertenaga. So, kena pastikan kita mendapat tidur yang cukup untuk cantik. 


Bagi yang tiada masalah kulit wajah, jaga kulit korang baik-baik. Bagi yang bermasalah, sila rawat dengan segera. Moga kita semua cantik dan sihat.

1 ulasan:

  1. ermm baru tau info2 ni, ok boleh di jadikan panduan

    BalasPadam