Jangan Jadi Hamba Cinta - Cahaya Hayati

20 Nov 2017

Jangan Jadi Hamba Cinta

Jangan jadi hamba cinta ~ Tak pandai nak bermadah, tak pandai mengarang ayat-ayat yang puitis. Bukan pujangga atau penyair tapi hanyalah orang biasa. Menulis untuk diri sendiri dan yang sudi membaca. Kita santai-santai di hari minggu dengan tajuk entry jangan jadi hamba cinta.

Entry ini terjadi apabila mendengar khabar seorang sahabat masa sekolah dulu. Alkisahnya suami isteri sama -sama mencari rezeki, sama-sama keluar pagi balik petang dan sama -sama menjaga serta mendidik anak-anak. Pendek kata memang famili yang menjadi contoh. Kalau, bergaduh sikit-sikit.. Si suami akan pujuk dengan menghantar bunga atau coklat. Romantiknya.

Jangan Jadi Hamba Cinta, hamba cinta, cinta, love quote, love, suami, isteri, peranan suami isteri, kisah suami isteri, kisah rumahtangga
Jangan jadi hamba cinta

Entah macam mana atau di mana silapnya, dengar-dengar si isteri dan suami ada skandal. Masing-masing seolah-olah mencari cinta baru. Hilang sudah rasa sayang..Yang terbaru, bertambah tak faham. Rumahtangga hanya sekadar pentas lakonan. Bertahan hanya demi anak-anak. Kami yang bergelar sahabat pun tak faham. Puas sudah nasihat tapi masing-masing dengan pendapat sendiri. Kononnya masih cinta dan sayang. Yes, si isteri telah kembali taat dan setia. Si suami kami tak pasti... Itu yang kami nampak dan dari cerita orang yang terdekat. 

Kejadian yang terbaru, kami rasa seolah-olah tak adil kepada si isteri dimana si isteri tak sihat tapi si isteri kena jemput si suami untuk temankan ketika mendapat rawatan. Kalau dekat tak apa tapi jauh uolls.  Korang bayangkan orang sakit jemput orang yang sihat? Cintakah itu? Sayangkah itu? Kalau korang, korang sanggup ke sakit-sakit pergi jemput suami untuk temankan?

Jangan Jadi Hamba Cinta, hamba cinta, cinta, love quote, love, suami, isteri, peranan suami isteri, kisah suami isteri, kisah rumahtangga
Jangan jadi hamba cinta

Apa yang kami sebagai teman nampak di sini, si isteri menjadi hamba kepada cinta. Sanggup berkorban apa saja demi cinta. Yuppp mommy tahu mommy tak berada di tempat dia tapi secara rasionalnya, kalau sakit mesti rasa nak di manjakan, di belai dan di layan sewajarnya. Bukannya menagih dan memaksa si suami untuk simpati.

Mungkin pendapat korang lain dari mommy tapi ini pendapat mommy. Bercinta boleh tapi jangan jadi hamba cinta. Dalam case kawan mommy ni mommy tahu salahnya sebab kedua-dua tiba-tiba ada rasa suka pada yang lain tapi, masing-masing mungkin ada kelemahan sendiri cuma ego masing-masing. Sepatutnya berbincang dan sedar akan peranan sebagai suami dan sebagai isteri. Berselisih faham sikit-sikit tu biasalah. Adat berumahtangga tapi jangan sesekali pergi kepada orang ketiga sebagai jalan penyelesaian. Itu menambah masalah namanya.

Jangan Jadi Hamba Cinta, hamba cinta, cinta, love quote, love, suami, isteri, peranan suami isteri, kisah suami isteri, kisah rumahtangga
Love quote

Mommy dan kawan-kawan yang lain hanya doakan semoga mereka suami isteri kembali bahagia dan menjaga satu sama lain. Itu doa kami.

2 ulasan:

  1. Cinta ni membuatkan insan tu kadangkala buta mata dan buta hati

    BalasPadam
  2. cinta boleh buat seseorang itu menjadi buta.
    hurm, semoga suami isteri tadi kembali berbahagia. amin.

    BalasPadam