Jangan Jadi Blogger Kerana Duit - Cahaya Hayati

10 Nov 2017

Jangan Jadi Blogger Kerana Duit

Jangan Jadi Blogger Kerana Duit ~ Duit, siapa yang tak mahu kan? Semua mahu.. Tambah-tambah lagi dalam zaman yang serba serbi kena duit dan mahal.  Tapi dalam dunia blogging, jangan jadikan diri anda blogger yang buat blog kerana duit. Itu SALAH. Kenapa...Kalau jadi blogger kerana duit, kita akan :-

  • Ketandusan idea - Ini kerana idea yang ada hanyalah untuk mendatangkan duit atau hasil semata-mata.
  • Mudah putus asa - Bila yang di usahakan tidak mendatang hasil, mesti fed up kan? So, kita akan stop blogging. Yelah buat apa nak usaha benda yang tak mendatangkan hasil. 
  • Entry akan jadi entry Robot - Yelah bila nak kejar duit, kita sanggup buat apa saja. Sampai sanggup cilok entry orang punya. So, dah jadi macam robot sebab copypaste orang punya. haha. Nak ke orang copy paste entry kita?

Nampak kan 3 kesan utama yang menyebabkan BLOG tak hidup jika kita blogging kerana DUIT. Korang macam mana? Minat atau Duit? Okey mommy ngaku sebab dulu momy buat blog sebab nak dapat extra income tambah-tambah lagi apabila apabila baca tentang RED MUMMY di akhbar. Bagaimana dia berjaya mendapat pendapatan yang lumayan dengan hanya berblog. Menjadi inspirasi untuk mommy buat blog. Tapi bila dah ada blog, bukan mudah nak buat duit dengannya sebab tak tahu langsung tentang blog apatah lagi UV PV dan lain-lain keyword yang blogger gunakan. 

Hampir putus asa tapi still blogging sebab tiba-tiba ia jadi minat. Minat untuk update apa yang berlaku dalam kehidupan. Seolah-olah diari online tapi masih dalam proper ways. Takdaklah yang sampai buka pekung di dada ataupun yang ada negatif-negatif. 

Jadi kita nak jadi blogger yang bagaimana? Okay info ini mommy dapat dari hasil blogwalking ke blog ke ahmadfaiz.com . Berikut adalah nasihat beliau untuk blogger menjana duit melalui blog:-


10 Nasihat Untuk Blogger


Rancang sebelum Blogging

Bukan saja blogging, malah dalam apa-apa juga tindakan ataupun kerja yang akan kita lakukan perlu ada perancangan. So, sebelum start blogging kita kena tahu dah apa yang niche, apa domain dan apa yang kita nak buat dengan blog. Barulah blogging kita tak sekerat jalan.


Buat Kerana Minat, Bukan Kerana Duit

Dulu niat kerana duit tapi sekarang kerana minat. Dah ubah mindset mommy dalam dunia blog.... Sebab kecewa sangat bila usaha-usaha tapi takdak hasil. Rupanya bila buat kerana minat baru banyak idea dan perlahan-perlahan ia menjadi pendapatan sampingan. Dan sekarang mommy enjoy dengan apa yang mommy buat. 

Jangan Jadi Blogger Kerana Duit, cara buat duit dengan blogger, blog, blogger, tips blogging, nasihat blogger, nasihat kepada blogger, cara blogger menjana pendapatan, cara buat duit dengan blog, blog


Sentiasa Membaca Untuk Hasilkan Idea Menulis

Membaca adalah hobi mommy tapi sekarang tak sempat nak baca. Yang mommy mampu buat adalah membaca artikel ataupun dengan membaca entry-entry dari rakan blogger. So, dari situ mommy dapat idea untuk update blog... Bila banyak membaca kita akan dapat memperbaiki gaya penulisan kita sama kreatif, puitis ataupun kritis, yang penting ia menarik. 


Tulis Artikel Memberi Manfaat Untuk Orang Lain

Alhamdulillah. Blog mommy menuju ke arah itu. Blog informasi kepada semua... Kira ada info -info yang pembaca boleh dapat. Termasuklah info kedai makan tepi jalan.. In Sha Allah.

Pandai Bahagikan Masa

Jadi blogger kena pandai bahagikan masa. Kena tahu nak bahagikan antara masa dengan keluarga, masa buat kerja hakiki, serta masa untuk diri sendiri. Jangan sebab menjadi blogger, kita tension.. Karang semua yang terkarang dalam blog adalah ayat-ayat negatif. Jika tak pandai, mohon untuk buat jadual sekarang.

Sabar dan Konsisten

Jadi blogger kena sabar dan konsisten dalam update entry. Yang dapat income ribu-ribu tu depa dah lama dalam dunia blog. Tapi kalau konsisten dalam update blog iaitu 5 entry sehari, kita boleh cepat naik dan di kenali. Tapi mampukah kita? Tepuk dada tanya hati.. Mampu buat, tak mampu just update setakat yang kita mampu. At least satu artikel sehari. 

Tulis Artikel Sendiri, Bukan Copy and Paste

Nak dapat pembaca blog, kena guna idea, style dan ayat sendiri.. Bila blogger buat sendiri, blogger akan rasa kepuasan tersebut. Jadi, hasil yang kita dapat pun bersih dan halal.

Rajin Melawat Blogger Yang Dah Berjaya

Kena rajin buat blogwalking untuk membina network. Yelah kalau tak sapa nak kenal kita.. kalau tak rajin blogwalking, rajin-rajinlah komen status blogger lain di social media yang lain. 

Belajar Asas SEO

Jadi blogger kena tahu tentang SEO. Tak tahu, kena belajar... macam mommy belajar tentang SEO dengan join AFB. Kelas pun online ja.

Jadilah Diri Sendiri, Tak Perlu Jadi Orang Lain

Jadi blogger kena ada style sendiri. So, tak la orang kata... Elehhhh macam dia tu la. Tulis apa yang kita faham dan minat. 

Ini saja perkongsian tentang tips blogging. Moga manfaat kepada yang membaca...

4 ulasan:

  1. setuju sangat. macam tak ikhlas berblog je kalau hanya semata-mata kerana duit.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  2. good sharing!!kena buat jadual tu idea yang bagus!hehe

    BalasPadam
  3. Tq info..kita baru di dunia blog huyeyyyy

    BalasPadam
  4. Duit tu kadang boleh jadi motivati kadang boleh memusnahkan. Terima kasih atas tips2 ni :)

    BalasPadam