Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger? - Cahaya Hayati

3 Nov 2017

Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?

Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger? ~ Assalamualaikum & salam jumaat. Sapa tengok episod akhir drama 'RAISHA' semalam? Penuh timeline mommy dengan #raisha. Emo yer korang? Mommy sendiri pun tengok gitu-gitu ja. Tak sempat nak layan drama.  Apa yang mommy dapat simpulkan tentang RAISHA adalah dia mempunyai semangat yang tinggi untuk mendapat apa yang di mahu cuma cara dia tak berapa nak kena sebab dia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Dia tak menghargai apa yang dia ada dan siapa yang berada di sekelilingnya malah yang menyayanginya. Raisha adalah contoh wanita beauty with no attitude. Dia ada otak tetapi perangai dan mulut puaka dia menyebabkan semua orang tak suka.. Implikasinya dia hilang semua yang dia ada. Cerai talak tiga youuu.  Ramai yang up status padan 'muka ko Raisha'. Berlagak, kurang ajar dan macam lagilah... Emo ke? Haahaa 

Apa tujuan awak? Korang tahu ke apa tujuan (purpose) korang apabila membuat sesuatu perkara? Kenapa kita di sini, kenapa kita beli ini, bagaimana nak mencapai dan banyak lagilah kalau bercerita tentang bab tujuan ni. 

Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?, blog, blogging tips, tujuan menjadi blogger, halatuju blogger, matlamat menjadi blogger,
Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?

Apa yang mommy highlight di sini adalah apa tujuan atau arah hidup kita? Nak berjaya atau tak? Mengharapkan kejayaan yang di usahakan oleh orang lain? Tu menumpang namanya. Apa-apa pun tujuan kita, kita kena usaha sehingga berjaya. Bukan dengan cara negatif TAPI dengan cara yang positif, yang baik dan yang halal. Tujuan tak menghalalkan cara kita.. Contohnya kita nak dapatkan dana membina rumah anak yatim tetapi untuk mendapatkan dana  tersebut kita pergi merompak. Dah tak halal cara tu. Tujuan dan cara mestilah seiring dan sejalan. Baru berkat dan berjaya. 

Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?, blog, blogging tips, tujuan menjadi blogger, halatuju blogger, matlamat menjadi blogger,
Nak berjaya kena usaha

Macam Mommy, tujuan mommy menjadi BLOGGER adalah untuk memenuhi masa lapang, hobi dan juga untuk menjana pendapatan sampingan dan mungkin juga sebagai pendapatan tetap apabila mommy dah tak bergelar pekerja makan gaji. Apabila matlamat mommy menjadi blogger adalah untuk memperolehi pendapatan sampingan, maka mommy kena berusaha untuk menambah ilmu tentang blog. Contohnya bagaimana hendak meningkatkan UV dan PV? Bagaimana hendak menarik minat untuk orang datang ke blog, Bagaimana hendak mendapat idea untuk buat entry? dan lain-lain lagi. 

Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?, blog, blogging tips, tujuan menjadi blogger, halatuju blogger, matlamat menjadi blogger,
kena percaya pada tujuan kita

Manakala untuk mendapat pendapatan sampingan pula, mommy perlu tahu apa platform yang menawarkan iklan CPC, CPM. Boleh apply tapi kena tahu syarat untuk lulus tambah-tambah lagi ADSENSE. Bila dah ada Adsense, mesti nak cash out. Kalau boleh tiap-tiap hari.... Semua itu kita kena belajar dan cara mommy belajar senang saja dengan join Auto Feed Blog (AFB).  AFB tak menjanjikan semua itu tapi itulah cara mommy belajar. 

Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?, blog, blogging tips, tujuan menjadi blogger, halatuju blogger, matlamat menjadi blogger,
buat apa yang kita suka

Untuk mendapat advertorial jobs atau paid / product review pula, kita kena usaha untuk mantapkan skil penulisan, naikkan UV/PV dan mesti update selalu. Bila UV PV dah tinggi, skill penulisan mantap... Confirm PR yang cari korang dan korang tak perlu cari PR pun. Mommy pun tak percaya dulu tapi bila mendapat email pertama dari PR sebab suka dengan blog mommy. Level confident mommy pun terus naik sampai tingkat paling tinggi KLCC. hahaha. 

Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?, blog, blogging tips, tujuan menjadi blogger, halatuju blogger, matlamat menjadi blogger,
maksud matlamat atau tujuan...


Dari email pertama PR itulah mommy terus berblog. Buat apa yang mommy suka tapi mendatangkan hasil atau pendapatan sampingan. Lagipun apabila mommy semakin lama dalam dunia blogger dan bekerja dalam syarikat telekomunikasi ni, mommy makin nampak hala tuju dan kepentingan blog, blogger dan media social serta influencer kepada masyarakat, perniagaan dan pelajaran. Sungguh, awak boleh buat apa saja dengan internet dan ia bergantung kepada pengetahuan, usaha dan kepercayaan kita juga. 

Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?, blog, blogging tips, tujuan menjadi blogger, halatuju blogger, matlamat menjadi blogger,
Apa Tujuan Awak Menjadi Blogger?

Dah bacakan bebelan mommy pada hari jumaat ni. So, apa tujuan awak jadi blogger? Setakat kutuk orang sana sini saja ke? Tak cukup dengan mulut puaka, tangan pun nak jadi puaka jugak ke? Eh, sorrry.. terpengaruh sungguh dengan drama Raisha ni. Kalau Raisha ni wujud depan mommy, confirm kena cabai melaka dan mulut tu. hahaha


5 ulasan:

  1. chaiyok Dik T. I support u!
    Minggu ni dah berterabur jiwa minda dan idea....nak kena kutip satu satu balik.

    BalasPadam
  2. Kalo hakak ni mak mentua raisya confirm dah kena hempuk batu lesung si raisya ni haissssshhhh...sib baik lah hakak ni penonton jer..emo pulak tu

    BalasPadam
  3. alaa baca entri ni rasa nak juga jadi macam tuan blog, ajar la akak...

    BalasPadam
  4. Sebagai blogger, harapan dan tujuan saya adalah untuk memberi semangat dan berkongsikan inspirasi tersebut dengan orang lain.

    Mungkin tidak semua artikel ini dalam blog saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain, tapi sekiranya ada 1 orang saja dapat manfaat hasil dari blog Dedaun Comel, saya sudah cukup bahagia.

    BalasPadam