Tidak Fakir Jika Amalkan Surah Waqiah Setiap Malam - Cahaya Hayati

27 Oct 2017

Tidak Fakir Jika Amalkan Surah Waqiah Setiap Malam

Tidak Fakir Jika Amalkan Surah Waqiah Setiap Malam ~ Baru-baru ini mommy mendengar live dari Ustaz Ebit Liew. Beliau bercerita bagaimana hendak selesaikan hutang yang membukit, membebaskan diri kita dari hutang dan amalan-amalan yang perlu di lakukan agar diri kita tidak fakir atau memperolehi rezeki yang tak putus. Rezeki yang halal dan dari Allah SWT. Selain dari mengamalkan Sembahyang Duha setiap hari, di galakkan untuk kita mengamalkan atau membaca Surah Al Waqiah setiap malam. Sabda Rasulullah s.a.w. : 

“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. "

(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)




Tidak Fakir Jika Amalkan Surah Waqiah Setiap Malam

Seperti yang kita ketahui, Surah Al Waqiah adalah surah kekayaan tapi ramai yang tak amalkan termasuklah mommy cuma mommy masih bertatih untuk mengamalkannya. Mommy share di sini agar sama-sama kita kembali kepada Al Quran. Banyak amalan yang kita boleh lakukan agar kita bebas hutang, rezeki yang tak putus dan melimpah ruah. 


Kelebihan Surah Al Waqiah

  • Sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
  • Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
  • Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
  • Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
  • Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.

2 comments:

  1. Salam singgah pagi jumaat :)
    Terima kasih berkongsi..:)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian.. Semoga dimurahkan rezeki.. saya akan cuba amalkan

    ReplyDelete