Kemanakah Duit Gaji Aku? - Cahaya Hayati

17 Oct 2017

Kemanakah Duit Gaji Aku?

Kemanakah Duit Gaji Aku? Setiap bulan soalan ni timbul. Apa  yang di belanjakan? Kenapa cepat sangat habis duit ni? Duit keluar macam air.. huhu. Persoalan tentang kemanakah duit gaji aku memang tak akan habis tapi bagaimanakah kita hendak selesaikan atau menjawab persoalan tersebut... Mommy pun alami perkara macam ni jugak. Sejak memegang status menjaga adik-adik, perbelanjaan juga semakin bertambah. Bukan mengeluh tapi menggalas tanggungjawab yang di amanahkan sebaik mungkin. Bila perbelanjaan bertambah, mommy terpaksa rombak semula jadual perancangan kewangan mommy. Alhamdulillah perbelanjaan masih terkawal cuma saving semakin sikit, wishlist terpaksa di lupakan. Moga ada rezeki lain.. In sha Allah.

Kemanakah Duit Gaji Aku?, urus duit gaji dengan bijak, cara urus duit gaji, Formula Urus Duit Gaji, cara berbelanja dengan bijak, cara terbaik menyimpan duit gaji, gaji, salary, smart saving,
Kemanakah Duit Gaji Aku?


Kenapa perlu ada perancangan atau kawalan duit gaji? Ini adalah untuk mengelakkan diri dari :-

  • Berhutang 
  • Duit habis sebelum tempohnya atau sebelum gaji akan datang
  • Tiada simpanan atau peruntukan kecemasan
  • Shopping berlebihan

Sudahlah hutang belajar, hutang kereta, hutang rumah dan hutang peribadi masih berbaki. Takkanlah perbelanjaan hidup harian pun kita nak berhutang... Fikirlah. Sebab tak nak berhutang banyaklah mommy mengawal duit gaji sebaik mungkin. Ini formula terbaik yang mommy boleh kongsikan... Mungkin tak sama tapi korang boleh cuba jika mahu...


5 FORMULA URUS DUIT GAJI


Formula Urus Duit Gaji # 1 - Formula 30/10


Merupakan formula terbaik dalam pengurusan duit gaji. Di mana pembahagian di antara simpanan, hutang dan perbelanjaan harian adalah sama banyak dan 10% di peruntukkan untuk sedekah, zakat dan lain-lain. 

Formula ini mommy amalkan masa zaman bujang. Time tu tak banyak tanggungjawab dan tanggungan bolehlah guna formula ini. Sekarang mommy tengah berusaha untuk guna formula ini balik. Semoga berjaya!

Kemanakah Duit Gaji Aku?, urus duit gaji dengan bijak, cara urus duit gaji, Formula Urus Duit Gaji, cara berbelanja dengan bijak, cara terbaik menyimpan duit gaji, gaji, salary, smart saving,
Kemanakah Duit Gaji Aku?


Formula Urus Duit Gaji # 2 - Formula 50/30/20


Formula ini banyak di gunakan oleh orang yang dah berkahwin dan mempunyai keluarga kecil serta miliki aset seperti rumah. Untuk menggunakan formula ini adalah perlu mempunyai kebolehan membezakan antara perbelanjaan asas atau keperluan dan perbelanjaan kehendak; perbelanjaan asas hendaklah diutamakan manakala perbelanjaan kehendak perlulah dikawal. 

Para pakar banyak mencadangkan formula ini kepada yang mempunyai pendapatan sederhana, yang baru memulakan kerjaya, yang baru berkeluarga ataupun yang baru berjinak-jinak menyimpan duit. 


Kemanakah Duit Gaji Aku?, urus duit gaji dengan bijak, cara urus duit gaji, Formula Urus Duit Gaji, cara berbelanja dengan bijak, cara terbaik menyimpan duit gaji, gaji, salary, smart saving,
Kemanakah Duit Gaji Aku?


Formula Urus Duit Gaji # 3 - Formula 90/10


 Hanya 10% di gunakan untuk simpanan. Sikit tetapi tetap ada... Baki 90% di bahagi dua iaitu kepada perbelanjaan tetap dan lain-lain perbelanjaan. Perbelanjaan tetap adalah perbelanjaan yang wajib di bayar atau di adakan untuk menampung kehidupan seharian. Manakala lain-lain perbelanjaan adalah untuk hiburan atau memenuhi wishlist. 

Yang kaki shopping boleh guna formula ini. 

Kemanakah Duit Gaji Aku?, urus duit gaji dengan bijak, cara urus duit gaji, Formula Urus Duit Gaji, cara berbelanja dengan bijak, cara terbaik menyimpan duit gaji, gaji, salary, smart saving,
Kemanakah Duit Gaji Aku?

Formula Urus Duit Gaji # 4 - Formula 30/20/10


Formula ini pun lebih kurang sama dengan formula 3 iaitu hanya 10% dari gaji di peruntukkan untuk simpanan. Yang lain di gunakan untuk perbelanjaan tetapi peratusan perbelanjaan adalah mengikut minggu. Minggu pertama memiliki peratusan yang lebih kerana peruntukkan perbelanjaan atau bayar hutang tetap terletak di situ.  Manakala minggu kedua, ketiga dan keempat adalah untuk lain-lain perbelanjaan.

Orang yang mengamalkan formula #4 ini tidak akan mengalami kekeringan duit atau nampak sedikit mewah sebab dia telah mempunyai budget yang telah di tetapkan setiap minggu.

Bagi mommy boleh amalkan formula ini tetapi perlu di tambah peratusan di bahagian simpanan.

Kemanakah Duit Gaji Aku?, urus duit gaji dengan bijak, cara urus duit gaji, Formula Urus Duit Gaji, cara berbelanja dengan bijak, cara terbaik menyimpan duit gaji, gaji, salary, smart saving,
Kemanakah Duit Gaji Aku?


Formula Urus Duit Gaji # 5 - Formula 90/10 asas


Formula ini sesuai untuk golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap ataupun menerima bayaran mengikut kerja yang di buat. Selalunya yang menerima bayaran jenis ini adalah yang bergelar Freelance. Walaupun bergelar Freelance, ada yang menerima kadar upah yang tinggi... 

Formula ini pun kurang untuk simpanan. Hanya 10%...   Baki 90% di gunakan untuk perbelanjaan asas  dan lain-lain perbelanjaan. Formula ini mengutamakan bayaran untuk hutang tetap atau wajib di bayar terlebih dahulu. Baki baru di gunakan untuk memenuhi kehendak diri. 

Kemanakah Duit Gaji Aku?, urus duit gaji dengan bijak, cara urus duit gaji, Formula Urus Duit Gaji, cara berbelanja dengan bijak, cara terbaik menyimpan duit gaji, gaji, salary, smart saving,
Kemanakah Duit Gaji Aku?


Kesimpulannya dari kelima-lima formula menguruskan duit gaji di atas hanyalah sebagai panduan. Macam mommy memang menggunakan formula di atas tetapi tak sama setiap bulan di sebabkan ada perbelanjaan yang tak di jangka yang berlaku.. Jadi memang tak sama tapi dari formula ini korang boleh uruskan perbelanjaan, simpanan dan memenuhi wishlist.


kredit kepada: www.jomurusduit.com


6 comments:

  1. good sharing. Sekarang ni memang kena berjimat betul-betul sebab tahun depan perbelanjaan untuk anak-anak semakin besar. Istiqamah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak azie. Bila anak-anak membesar lagi banyak nak pakai duit. part sekolah saja dah berapa belum lagi part nak tu nak ni... So, kita as parent memang kena bersedia dari sekarang.

      Delete
  2. Good sharing...
    Mrs pip dtg melawat...
    #afbdotmy

    ReplyDelete
  3. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete
  4. Berguna info ni. Banyak strategi simpanan yang ada, boleh sesuaikan dengan kedudukan kewangan kita. Hendak seribu daya ja. Shai gunakan teknik simpan ikut warna, selain zakat setiap bulan :D

    ReplyDelete
  5. Sekarang mata wang dah semakin merosot, RM 50 sekelip mata saja sudah habis dipakai.

    ReplyDelete