Hilangkan Panas Dengan Berendam Di Air Terjun Junjong - Cahaya Hayati

23 Oct 2017

Hilangkan Panas Dengan Berendam Di Air Terjun Junjong

Hilangkan Panas Dengan Berendam Di Air Terjun Junjong. Dok kat opis tak terasa bahang panas tapi kalau dok kat umah, memang terasa. Buka aircond dalam bilik pun tak macam dok dalam aircond. Lambat sangat nak sejuk. Anak-anak ni pun dok asyik cakap, mommy panas, mommy panas. Tiba-tiba mommy teringat air terjun yang dekat dengan rumah iaitu Air Terjung Junjong. Call daddy, minta izin dan zassss terus siap ala kadar dalam setengah jam. Gerak dari rumah, dalam 20 minit camtu, dah sampai sana. 

Mommy bawa bekal makan bagai tapi anak-anak ni tak excited pun dengan makan. Sampai ke balik tak makan. Depa lagi teruja dengan air terjun tu... Berendam sampai 2 jam tak naik-naik sampai mommy panggil balik dan nak tinggalkan depa baru depa naik. Suka sangat dengan air terjun. Lain kali boleh mai lagi...

Air terjun kulim, air terjun junjung, air terjung Junjong, lokasi air terjung junjong, cara untuk ke air terjun junjong,
Aisy dengan pelampung pink.. 

Mommy sendiri pun dah lama tak pergi Air Terjun Junjong. Sejak kes kencing tikus berleluasa.. Takutttt terkena. Tapi sekarang air terjun Junjong dah okay dan terjaga kebersihannya cuma tempat salin baju belum lagi okay. Ada tapi tak selesa. Mungkin pengurusan Air Terjun Junjong boleh sediakan demi keselesaan pengunjung. 

Istimewanya Air Terjun Junjong ni, dia ada dua sumber air. Satu yang memang air terjun dan lagi satu air bukit yang mengalir perlahan. Yang anak-anak mommy adalah bahagian yang mengalir perlahan.

Air terjun kulim, air terjun junjung, air terjung Junjong, lokasi air terjung junjong, cara untuk ke air terjun junjong,


Air terjun kulim, air terjun junjung, air terjung Junjong, lokasi air terjung junjong, cara untuk ke air terjun junjong,

Air terjun kulim, air terjun junjung, air terjung Junjong, lokasi air terjung junjong, cara untuk ke air terjun junjong,

Air terjun kulim, air terjun junjung, air terjung Junjong, lokasi air terjung junjong, cara untuk ke air terjun junjong,


Ini maps untuk ke Air Terjun Junjong. Kot-kot hangpa nak berendam jugak...

1 comment:

  1. Kat mana ni ye.. bestnye dah lama x Mandi air terjun sejukkkk

    ReplyDelete