Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat? - Cahaya Hayati

30 Okt 2017

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat? ~ Bosan dengan kerja, ofkos memang selalu terutamanya bila tension sebab banyak kerja adhoc, sebab dah lama dok kat tempat yang sama dan buat kerja yang sama. Asyik mengejar KPI yang sama, bos pun masih sama, corak kerja pun sama. hahaha banyaklah yang samanya. Siapa sama macam mommy sep sikit.. hahaha. Dalam kepala mommy dok plan macam-macam.. Tapiiii tak tahu la menjadi atau tak. Plan ja, mana tahu rezeki Allah nak bagi... Jadilah ia plan yang menjadi. 

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?, tips jika bosan dengan kerja, tips jika bosan dengan tempat kerja, apa perlu buat bila bosan dengan tempat kerja, tips untuk atasi bosan dengan kerjaya,
Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?


Apa yang perlu di buat yer? Okay di sini mommy senaraikan beberapa idea untuk korang lakukan apabila bosan dengan kerja atau tempat kerja sekarang... Ada banyak cara sebenarnya tapi mommy senaraikan 5 dulu. 

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?, tips jika bosan dengan kerja, tips jika bosan dengan tempat kerja, apa perlu buat bila bosan dengan tempat kerja, tips untuk atasi bosan dengan kerjaya,
Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?


1. TUKAR TEMPAT KERJA

Bila bosan dengan kerja atau kerjaya sekarang, cuba untuk tukar tempat kerja. Beralih angin orang kata. Kalau anda seorang perantau, mintalah bertukar ke kampung halaman sendiri. Ini masanya untuk berkhidmat di tempat sendiri atau berbakti kepada masyarakat di tempat kelahiran. 

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?, tips jika bosan dengan kerja, tips jika bosan dengan tempat kerja, apa perlu buat bila bosan dengan tempat kerja, tips untuk atasi bosan dengan kerjaya,
Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?

Kalau anda berada di cawangan, minta bertukar ke HQ pun boleh sebab cara bekerja di HQ agak berlainan berbanding cara kerja di state atau cawangan. Di HQ, lebih kepada pengkhususan kerja. Jika di cawangan, pengkhususan kerja tu ada tapi perlu juga melihat task atau adhoc yang lain. Ini kerana jika di cawangan, kita perlu melaporkan kepada bos atas kita, doted line kepada State General Manager dan General Manager di HQ. Banyak doted line, banyaklah benda kena buat. 

Pendapat peribadi mommy, kalau pindah ke kampung halaman... banyak faktor luaran yang perlu di pertimbangkan, faktor luaran yang menjadi cabaran dan lain-lain. Jika pindah kepada HQ, kita akan belajar banyak benda baru, jumpa kawan baru, suasana kerja baru dan cabaran yang agak mencabar. Pilih ja nak balik kampung atau HQ, janji sanggup hadapi cabaran. 



2. TUKAR KERJAYA

Tak perlu pindah ke HQ atau balik kampung, just tukar bidang dari berada dalam unit Customer Service kita pergi buat Sales. Sebab kita seronok tengok orang yang buat sales ni selalu keluar dan tak perlu berada dalam pejabat sangat berbanding dengan unit Customer Service yang asyik dok dalam pejabat dan layan pelanggan melalui online dan telefon saja. Lagipun, kita rasa pengalaman yang lalu boleh membantu kita melakukan kerja yang ingin dicuba. Yang ini perlu discuss dengan bos.

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?, tips jika bosan dengan kerja, tips jika bosan dengan tempat kerja, apa perlu buat bila bosan dengan tempat kerja, tips untuk atasi bosan dengan kerjaya,
Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?

Tukar kerjaya ini boleh di lakukan sama ada pertukaran jawatan yang sama ataupun melalui kenaikan pangkat. Kalau pertukaran untuk jawatan yang sama, jaranglah bos nak approve kecuali bos dah tak suka atau takmo tengok muka. Ada ke? hihi. Keluar unit di sebabkan tidak suka bos atau bos tidak suka boleh menyebabkan nama menjadi buruk. Keluar dari unit ke unit yang lain adalah lebih mudah melalui promotion (kenaikan pangkat). Kita juga akan membawa nama baik diri sendiri dan juga nama baik bos. 

Apa pun alasan, jika hendak keluar dari unit sekarang perlulah mengekalkan nama baik bos, diri sendiri dan biarlah penukaran tersebut dengan alasan yang kukuh.


3. BERCUTI

Bosan yer? Cer bawa pergi bercuti seminggu dua. Pergi mengembara, backpackers dan panjat gunung ganang ke. Bertapa sekejap.

Sambil bercuti tu, smabil berfikir atau kaji semula hala tuju kerjaya. Takpun semasa bercuti tu, tingkat semula tahap motivasi dengan melihat sekeling atau tempat yang kita pergi tu. Sanggupkah kita hilang kerja yang kita ada? 

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?, tips jika bosan dengan kerja, tips jika bosan dengan tempat kerja, apa perlu buat bila bosan dengan tempat kerja, tips untuk atasi bosan dengan kerjaya,
Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?


4. SAMBUNG BELAJAR

Dah bosan sangat dengan kerja yang kita buat, dah discuss dengan bos untuk tukar unit tapi jawapan yang bos bagi agak mengecewakan. Permohonan kenaikkan pangkat pun tak di berjaya kerana kita tiada kelayakan sepertimana yang di tetapkan oleh HR. Hmmmm...

Jalan yang paling mudah adalah dengan sambung belajar untuk kelayakan yang lebih tinggi, memperolehi kebolehan yang lain, lebih specialist dan kreatif serta lain-lain lagi. Jadi dah tiada alasan untuk bertukar bidang atau ke jawatan yang lebih tinggi. 

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?, tips jika bosan dengan kerja, tips jika bosan dengan tempat kerja, apa perlu buat bila bosan dengan tempat kerja, tips untuk atasi bosan dengan kerjaya,
Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?


5. BERHENTI KERJA

Pilihan terakhir jika semua perkara di atas telah di buat adalah BERHENTI KERJA. Berhenti kerja bukannya bermakna berakhirnya kerjaya kita tapi berhenti kerja untuk mencuba kerja yang baru di tempat baru, cabaran baru dan di bawah bos yang baru malah gaji yang baru. 

Sebelum korang berhenti kerja, tolong tengok tips berhenti kerja agar korang tak jatuh di timpa tangga. Fikir juga tanggungan/ hutang yang ada. Jangan sampai yang ada di sekeliling kita hilang begitu saja. 

Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?, tips jika bosan dengan kerja, tips jika bosan dengan tempat kerja, apa perlu buat bila bosan dengan tempat kerja, tips untuk atasi bosan dengan kerjaya,
Bila Bosan Dengan Kerja Atau Tempat Kerja Sekarang , Apa Perlu Buat?

Itu saja tips jika bosan dengan kerja atau tempat kerja... 

Selamat mencuba!

2 ulasan: