Hari Istimewa Kakak Aisya - Cahaya Hayati

19 Sep 2017

Hari Istimewa Kakak Aisya

Hari Istimewa Kakak Aisya ~ melihat anak-anak naik pentas di atas kejayaan mereka, terbit rasa bangga dan syukur. Alhamdulillah. Pencapaian dan kejayaan mereka hari ini adalah untuk masa depan mereka. Bukan untuk mommy & daddy tapi untuk diri mereka sendiri. Mommy dan daddy menyokong dan memberi sepenuhnya apa yang terbaik untuk anak-anak. In Sha Allah.

kakak Aisya

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Hari ahad yang lepas, adalah Hari Anugerah Cemerlang sekolah kakak Aisya. Tahun ini kakak Aisya mendapat tempat kedua dalam kelas dan juga darjah serta terbaik dalam mata pelajaran matematik. Tahun lepas kakak Aisya mendapat tempat ke empat dan 3 mata pelajaran terbaik. Terdapat peningkatan dalam kedudukan walaupun hanya 1 mata pelajaran terbaik. Mommy & daddy tahu, pendidikan untuk anak-anak zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman mommy & daddy. 


Hari Anugerah Cemerlang

Tahun ini juga kakak Aisya di beri peluang untuk membuat persembahan Action Song yang bertajuk Healthy Life. Dia teruja dan mommy seronok melihatnya.

Kali ini, sekolah kakak Aisya banyak menonjolkan kebolehan murid dimana terdapat tarian traditional melayu, tarian india, tarian china moden & klasik serta persembahan nyanyian. Sangat menarik dan tak berganjak mata melihat bakat yang ada oleh pelajar-pelajar sekolah ini.


Special Thanks to direct & indirect teachers. Tanpa kalian hari istimewa kakak Aisya tak akan berlaku. You all did a great jobs. Congratulation!




1 ulasan: