Abang Ammar First Taekwondo Grading - Cahaya Hayati

25 Sept 2017

Abang Ammar First Taekwondo Grading

Abang Ammar First Taekwondo Grading ~ Alhamdulillah pada sabtu yang lepas Abang Ammar telah melepasi grading pertama dalam seni mempertahankan diri iaitu Taekwondo. Ini adalah salah satu usaha mommy & daddy untuk membina keyakinan dan jati diri anak-anak. Yang selebihnya anak-anak kena usaha sendiri. 


Abang Ammar mula join Taekwondo pada awal April 2017 apabila sekolahnya membuka peluang kepada pelajar tahun 2 untuk menyertai Taekwondo. So, mommy tak perlulah mencari kelas di tempat lain. Bayaran yang di kenakan pun sangat rendah iaitu RM 23 sebulan di mana RM3 di sumbangkan kepada sekolah. 


Jurulatih yang bertanggungjawab untuk mengajar di sekolah Abang Ammar adalah antara jurulatih dalam Sukan Sea. Memang terbaik!


Sesi grading bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Semuanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah. 


Seronok mommy melihat anak-anak ini. Bersemangat untuk belajar seni mempertahankan diri taekwondo. In Sha Allah seni mempertahankan diri ini akan berguna kepada anak-anak pada suatu hari nanti. In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment