Tiada Lagi Hutang PTPTN - Cahaya Hayati

1 Ogo 2017

Tiada Lagi Hutang PTPTN

Tiada Lagi Hutang PTPTN. Alhamdulillah 3x. Akhirnya mommy berjaya juga melangsaikan hutang belajar iaitu PTPTN menggunakan akaun 2 kumpulan wang simpanan pekerja (kwsp).

Apa-apapun, mommy berterima kasih kepada ptptn kerana memberi pinjaman ketika mommy belajar dulu. Dengan ptptn  mommy berjaya memperolehi ijazah yang melayakkan mommy menyandang jawatan sekarang. Dengan PTPTN, mommy menyara kehidupan di universiti walaupun tak semewah pelajar-pelajar lain. Alhamdulillah cukup semuanya..beli yang penting-penting saja. Tak guna hadphone macam student lain. Memang jimat. Sampai habis belajar, duit PTPTN mommy masih berbaki 2k. Baki tu di gunakan sebagai modal untuk mencari kerja.

Alhamdulillah keja pertama dengan 7E dan kerja kedua adalah kerja sekarang.

bayaran balik ptptn menggunakan kwsp
ptptn

Di sini mommy kongsikan langkah untuk menyelesaikan hutang PTPTN dengan pengeluaran akaun 2 KWSP. 


Langkah-Langkah Pengeluaran KWSP Untuk Bayaran Balik PTPTN



1. Sila activate i akaun kwsp. 

2. Pergi ptptn dan inform nak buat penyelesaian menggunakan epf. Kat sini, i akaun akan di gunakan ( pegawai ptptn akan minta penghutang log ke i akaun). Pegawai ptptn akan isi details yang di perlukan oleh kwsp.

bayaran balik ptptn menggunakan kwsp
sms dari kwsp untuk pengesahan cap jari dan supporting dokumen iaitu transkript atau salinan ijazah

3. Pergi ke kwsp untuk pengesahan cap jari setelah menerima sms dari kwsp. Untuk pengesahan oleh kwsp, perlu bawa transkrip dan sijil tamat belajar. 

Mommy dapat sms dari kwsp pada hari ahad pagi iaitu selepas 2 hari mommy berurusan dengan PTPTN. So, sekarang dah settle dan tunggu sms dari kwsp yang menyatakan bayaran telah di buat kepada PTPTN serta surat penyelesaian PTPTN dari PTPTN. 

Bayaran oleh kwsp kpd ptptn adalah dalam masa 20 hari. Whitelist juga akan di buat setelah ptptn menerima bayaran dari kwsp. 

Bagi yang buat potongan bayaran rumah, pengeluaran masih boleh di buat dengan syarat akaun 2 masih ada baki mencukupi untuk penyelesaian.

Lain-lain maklumat atau akaun 2 tidak mencukupi untuk bayaran balik PTPTN, sila rujuk ptptn atau kwsp terdekat..


6 ulasan:

  1. Alhamdulillah..tak pening kepala lagi kan....tahniah..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah SA. Hilang satu beban... haha

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. kadang2 heran dengan pelajar yang sudah meminjam dengan PTPTN.. Dah pinjam tapi nak minta kerajaan mansuhkan..

    Pandai pinjam, pandai bayar la kan ;)

    BalasPadam
  4. wahhh bestnya akak dah settelkan PTPTN ye.
    sy ada sikit lagi baki nk habeskan. tak sabarnya hehe


    salam kenal,
    Anamizu :)

    BalasPadam
  5. Tahniah, lenalah tido lepas ni.. Hihi

    BalasPadam
  6. bestnya dah bebas dari ptptn. kinah je merangkak lagi ha

    BalasPadam