JOI KinderTab | Tablet Khas Kanak-Kanak - Cahaya Hayati

14 Ogo 2017

JOI KinderTab | Tablet Khas Kanak-Kanak

JOI KinderTab | Tablet Khas Kanak-Kanak. Lepas raya hari tu, anak-anak request nak beli Tablet menggunakan duit raya masing-masing. Sebelum-sebelum ni, duit raya depa mommy masukkan dalam tabung haji. Simpanan masa depan depa. Bila anak-anak minta beli tablet menggunakan duit raya depa, mommy dan daddy tunaikan. Tahun ni saja dan agar depa lebih menghargai barang apabila menggunakan duit sendiri.

Mula-mula mommy dan daddy cari tablet di Landmark Central Kulim aka Giant. Tiada yang berkenan dan harga pun mahal. Kemudian mommy cari kat Lazada dan Shopee tapi non hado yang berkenan dan memenuhi specs yang di tetapkan oleh daddy depa. Bila dah tiada dalam website shopping online, naik fedap juga mommy mencarinya. Dalam dok mencari baru terfikir nak search mengikut specs yang di tetapkan. Ada pun... JOI KinderTab. 

Search dalam website JOI, boleh beli kat shopee tapi bila search kat Shopee takdak pula. Dah pening sebab tak tahu nak beli kat mana. Then, bagi daddy tengok... Dia cakap boleh beli kat AEON Bukit Mertajam iaitu di Gloo Center. So, ke AEON lah kita. Gloo Center ni adalah unit yang jual alat telekomunikasi dalam JUSCO. Bukan kat kedai di luar tu...

Rupa-rupanya tablet ni tiada stok tapi boleh order. So, daddy pun order dan boleh dapat tablet ni dalam masa seminggu. Tak kisah lah, janji dapat tab seperti yang di kehendaki. 



JOI KinderTab

JOI KinderTab adalah tablet pembelajaran untuk anak-anak. Ia mempunyai 3 aplikasi pembelajaran untuk anak-anak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Aplikasi tersebut adalah MyReader, MyActivity dan MyPerformance.

Selain dari itu, JOI kinderTab juga mempunyai aplikasi 3D-augmented reality yang di namakan Quiver. So, bila menggunakan apps Quiver ini... Gambar 3D akan bergerak dan ini menjadikan anak-anak seronok untuk belajar. 


Kenapa JOI KinderTab menjadi pilihan?


JOI KinderTab menjadi pilihan kerana specs dia yang lebih baik berbanding tablet yang lain, parenting control, Accessible Apps (android aplication), safety ( Protective Bumpee Casing) dan Kindergarten Educational Contents. Ciri-ciri yang mommy nyatakan ini, ada di bawah. 

Specs JOI Kinder Tab. Klik gambar untuk lebih besar..


Casing Tablet
Protective Bumpee Casing

Casing tablet
Safety casing. Anak-anak boleh pegang dan usung kesana sini





Casing Tablet Kanak-kanak
Dah siap pasang. JOI KinderTab setelah siap pasang casing..

Belakang casing. So, senang jika anak-anak menonton youtube. Tak perlu nak pegang...


3 Aplikasi utama JOI Kindertab


Parenting Control. kena masukkan password yer...

Dengan adanya parenting control ini, anak-anak pun tak terleka dan tidak boleh sesuka hati menggunakan tablet. Perlu minta kebenaran dan buka password dulu. Selain dari password, tablet ini boleh di set hari dan masa yang boleh di access oleh anak-anak. So, bila mommy dan daddy tiada di rumah, tak boleh guna tablet tu.

Sebagai mak bapak, janganlah pula kita bagitahu password tu. Dah tak jadi parenting control la kekdahnya. bagi mommy, apapun pendedahan teknologi kepada anak-anak mestilah ada hadnya, ada kawalan dan di bawah pemantauan mak bapak. Apa-apapun terpulanglah kepada mak bapak tersebut bagaimana hendak mencorak masa depan anak-anak. 

Lagi satu, build in Tablet JOI di sangat kukuh berbanding dengan sesetengah tablet yang kalau terjatuh sekali dah lerai covernya. 

Kepada yang berminat, bolehlah layari laman web JOI



2 ulasan: