Cerita Ride Bertiga

Hujung minggu yang lalu ikut daddy pergi ride ke Parit 30, Kuala Kurau. Sesekali kena join jugak encik suami pergi ride. Baru tahu apa yang bestnya dan merasai sendiri pengalaman ride. Asyik tengok orang ja... So far kalau dekat memang mommy ikut. Jauh-jauh belum lagi sebab anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Biarlah daddy dengan hobby dia dan mommy dengan hobby berblog.. Masing-masing ada hobby dan perlu saling memahami.

Minggu lepas ke Parit 30 sebab daddy nak bawa kawan-kawan ride dia merasai keenakan mee udang di situ. Kami bawa Aisy. Dia duduk di tengah-tengah. hahaha. Dipertengahan perjalanan, Aisy dah tidur.. Jenuh mommy nak imbangkan badan sambil pegang Aisy. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik.


BMW F800R

Mee Udang Parit 30


Inilah mee udang Parit 30 tu. Yang ni saiz special. Lebih kat udang dan harga ja. So, terpulang kat korang nak yang mana. 


Mee Udang
Mee Udang Parit 30

Selain dari mee udang, ada juga gerai yang menjual keropok lekor, sotong goreng tepung, ABC dan western. Boleh order ikut selera korang... 


Hari tu, mommy order maggi kuah udang, sotong goreng dan ABC. Banyaknya. Tak banyak bila kita makan share bertiga. Sambil makan sambil merasai suasana dan angin kuala.. Best sangat. 

Harga makanan tak ingat sebab encik suami yang order dan bayar. Mommy tukang makan saja. Rasanya RM15 untuk yang special tu...

Mee Udang
Menu yang ada di Mee Udang parit 30

Aisy bila dah kenyang.. Main air pula.

Lepas dah kenyang, Aisy ajak mommy jalan-jalan di jeti sebelah kedai mee kuah udang. Nak tengok bot katanya. Nampak tak laut di hujung sana tu....

Mee Udang Parit 30
Jeti Parit 30

Kepada yang nak mencuba dan merasai keenakan mee udang di sini bolehlah follow google maps di bawah

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers