Aisy Ke Taska - Cahaya Hayati

8 Ogo 2017

Aisy Ke Taska

Aisy Ke Taska. Akhirnya Aisy ke taska apabila MIL selalu tidak sihat. Tujuan hantar Aisy ke Taska adalah hendak MIL berehat. Selain dari itu, hendak biasakan Aisy sebelum di hantar ke tadika atau pra sekolah. Bila tanya nak pi sekolah tak? Jawapan semestinya TAK NAK. 

Alhamdulillah semalam adalah hari pertama Aisy di taska. Mommy punyalah risau takut Aisy buat perangai atau menangis tak berhenti. Alhamdulillah semua bayangan mommy tak berlaku dan Aisy tiada masalah untuk adapt suasana taska. Cuma bab tidur petang saja kena paksa sikit. In sha Allah lama-lama nanti biasalah. 


Malu-malu
Layan mata setelah kena paksa tidur..
Tidur akhirnya...

Sebab-Sebab Taska Menjadi Pilihan


Sebab-sebab taska menjadi pilihan mommy adalah di sebabkan 5 perkara di bawah:-



  • Susah nak percaya orang lain


Tak kira anak dah pandai cakap atau tak, mommy ada sedikit perasaan susah nak percaya dekat orang terutamanya yang baru di kenali. Jadi sebelum mommy ada masalah tidak puashati atau apa-apa masalah dengan bakal pengasuh, lebih baik mommy hindarkan dengan menghantar Aisy ke taska. 

  • Mengenali taska berasaskan islamik, reputasi baik dan bersistematik


Pemilihan taska juga penting. Bukan main hantar saja... Sebab pernah mommy survey taska. Pengasuhnya adalah warga indonesia. Bila di tanya tentang owner, rupanya owner dia adalah berbangsa India. Bukan racis tapi was-was bab makanan yang di sediakan. 

Kalau boleh biarlah tiada rasa was-was apabila menghantar anak ke taska agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.

  • Faktor undang-undang dan keselamatan


Taska yang di pilih mestilah sah dari segi undang-undang dan berdaftar dengan pihak pihak berwajib. Ini adalah untuk mengelak dan memastikan keselamatan anak kita terjaga dan di pelihara serta tiada perkara yang tidak di ingini akan berlaku.

  • Berbaloi dengan yuran yang di bayar


Semesti wang yang di keluarkan perlu berbaloi untuk sesuatu. Jadi cara pembelajaran dan asuhan di taska amat berbaloi dengan yuran yang di bayar. Ini kerana di taska telah ada peraturan yang perlu di patuhi oleh pengusaha taska. Jika tidak, lesen pengusaha akan di tarik balik.

Di taska juga telah mempunyai jadual pembelajaran dan aktiviti untuk anak-anak. So, tak perlu risau berbanding di jaga oleh pengasuh persendirian.

  • Tidak terlibat dengan masalah peribadi


Yang ini yang paling penting dalam pemilihan taska. Selalunya bila hantar kepada pengasuh persendirian, annual leave paling banyak ambil kerana pengasuh ingin bercuti. Jadi, apabila hantar ke taska... Tidak semua cikgu/ pengasuh akan bercuti serentak kecuali hari minggu dan public holiday. 


Itulah sebab mengapa taska menjadi pilihan mommy. 

Kat bawah ini adalah video hari pertama Aisy di taska. Layanzzz



2 ulasan:

  1. nangis tak time pi taska tu ? hekhek

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tak nangis lisa. Eksaited nak pi sekolah tu.. Haha

    BalasPadam