Ogos 2017 - Cahaya Hayati

28 Ogo 2017

Syoknya Shopping Masa Merdeka! Merdeka! Sale

Ogos 28, 2017 4
Syoknya Shopping Masa Merdeka! Merdeka! Sale
Syoknya Shopping Masa Merdeka! Merdeka! Sale. Sebut pasal shopping, mommy memang suka shopping sebab nak lengkapkan apa yang takde. Shopping yang penting-penting saja terutamanya time sales. Kalau takdak sales jangan haraplah sebab mommy sedang mempraktikkan diri menjadi kedekut dan hari tanpa duit. Hihi nak mengejar status jutawan dunia dan jutawan akhirat. So, bila dah bersara nanti bolehlah mommy berehat dan menikmati dunia persaraan dengan aman dan tenang di samping keluarga terchenta.


5 PERKARA TENTANG MALAYSIA


Oh yer, sebut tentang merdeka... Apa yang korang fikirkan yer? Apa yang korang suka menjadi warganegara Malaysia? Mommy? Apa ek? Ok ok... just kidding. Mommy suka menjadi rakyat malaysia di sebabkan banyak sebab sebenarnya. Takpe mommy senaraikan 5 yang paling utama di sini.. Karang kalau senarai banyak-banyak korang tak larat nak baca pula.

  • Suka menjadi rakyat Malaysia kerana MALAYSIA. Malaysia adalah sebuah negara yang aman, ada pelbagai bangsa, budaya dan etnik, bahasa etniknya yang tersendiri dan juga semangat rakyat Malaysia itu sendiri.

  • Yang kedua mommy suka menjadi Malaysian adalah sebab MAKANAN. Bila ada pelbagai bangsa dan etnik, maka makanan pun pelbagai dan semuanya masuk selera mommy ni.. kah kah dasar kuat makan.

  • Yang ketiga adalah TEMPAT PERCUTIAN. Malaysia ada banyak laut, pantai, air terjun serta hutan yang sangat sesuai untuk percutian. Pilih saja yang mana kita nak...

  • Yang ketika mestilah tentang PENDIDIKAN. Kalau kerajaan tidak menitikberatkan dasar pendidikan dan memberi peluang kepada rakyat, mommy rasa mommy tak akan berjaya seperti sekarang. 

  • SHOPPING. Of course la bila ada sales terutamanya Merdeka! Merdeka! Sale. Semua jenama tawarkan diskaun hebat. Mommy boleh dapat barang yang di idamkan.



Merdeka! Merdeka! Sale


Oh yer sebut pasal shopping, mommy nak habaq yang Lazada tengah buat Merdeka! Merdeka! Sale di mana diskaun yang di tawarkan adalah sehingga 80%. Sales ni bermula dari 25 sehingga 31 Ogos 2017. Cepat-cepat cari barangan idaman korang... 

Macam biasa, mommy masih ada list yang belum dapat lagi tahun ni....  So, inilah 2 produk idaman mommy. Ehemmm sambil jeling akaun bank... hahaha

2 Produk Idaman Ketika Merdeka! Merdeka! Sale

Tahun ni belum ada handbag baru lagi.. So, shopping ketika Merdeka! Merdeka! Sales adalah waktu yang tepat sebab dok tengok handbag ni sejak awal tahun hari tu lagi. Murah 50% youuuu! Dan haruslah mommy beli... 

Carlo rino

Sejak Aisy lahir sampailah dia berumur 3 tahun ni, mommy asyik beli flat shoes saja. Senang nak ligan bila dia lari sana sini tapi hati mommy teringin nak pakai high heel macam dulu-dulu dan boleh perahsantan model catwalk. So bila ada Merdeka! Merdeka! Sale mommy jimat sangat sebab Carlo Rino tawarkan diskaun 74%. Bila tunjuk sandal ni kat encik hubby, sekali tengok saja terus dia approved. Tak perlu ayat bunga-bunga dah... 

Carlo Rino


So, korang pun kalau nak shopping untuk diri sendiri, nak belanja isteri/suami, nak belanja girl/boy friend... Inilah masanya. beli barang kesukaan dan idaman dengan harga diskaun. lagi untung jika barangan idaman ada dalam flash sales.

22 Ogo 2017

5 platform Buat Duit Dengan FB, IG, YOUTUBE & Google+

Ogos 22, 2017 8
5 platform Buat Duit Dengan FB, IG, YOUTUBE & Google+
5 platform Buat Duit Dengan FB & IG ~ Hi uolls. Sibuk ke? Biasalah bila hari isnin memang selalu sibuk sikit. Selesaikan kerja yang tertangguh pada hari jumaat dan sebelum kerja atau task baru masuk. Oh yer, hari ni mommy nak kongsikan kepada adik-adik blogger yang masih baru dan belum di offer buat paid  review. Jangan risau sebab ada 5 platform yang korang boleh guna untuk jana pendapatan atau buat duit. Yang penting korang punyai IG, FB, Youtube dan Google+ power, ada follower melebihi 2k. Senang-senang saja korang boleh buat duit....


5 platform Buat Duit Dengan FB, IG, YOUTUBE & Google+


Di sini mommy kongsikan cara buat duit dengan  FB, IG, YOUTUBE & Google+. Cara tersebut adalah:-



KOMACI


Untuk join KOMACI, korang perlulah berumur 15 tahun ke atas dan mempunyai followers melebihi 1000. Senang saja kan?

Klik SINI untuk join KOMACI

Bila dah join KOMACI, korang kena selalu jenguk dekat sponsorship untuk rebut task yang di beri. Sebab konsep KOMACI siapa cepat dia dapat.. Korang tak buka, takdelah task untuk korang.

Untuk ke page Komaci ----> KOMACI


SUSHIVID


Untuk join Sushivid, korang perlulah mempunyai atau memenuhi salah satu syarat di bawah. Kalau tak permohonan korang tak di terima.

  • YouTubers: 250 subscribers
  • Instagrammers: 2,000 followers
  • Bloggers: 2,000 visits every month


Selepas subscribe, korang perlu paste kan code yang di beri di bahagian html blog. Cara senang, boleh add html. Lepas approved, korang boleh nampak profile blog korang di bahagian Dashboard Sushivid. 

Untuk jobs dari Sushivid, korang kena mohon dan buat proposal. If dapat Sushivid akan email atau hantar notification. 

Untuk ke page Sushivid ----> SUSHIVID

NARRATS


Narrats paling senang nak join sebab takde syarat berapa follower yang korang ada. Boleh join melalui fb ataupun ig. Tengok yang mana korang prefer. Narrats jarang ada jobs tapi sekali ada jobs memang berbaloi buat sebab di bayar dalam USD. Cukup USD 50 dah boleh cashout. 

Untuk ke page narrats ---->  NARRATS



8SHARE

8Share memberikan saya ganjaran wang tunai dan mata perolehan dengan hanya berkongsi benda-benda menarik dengan rakan-rakan saya. Senang kan!

8share ini hanya memerlukan email untuk signup. Lepas sign up dan isi details yang di perlukan, dah boleh kongsi di media social. 

Untuk ke page narrats --- >  8SHARE


CHURP CHURP


Churp Churp ni dah lama. Ia adalah anak syarikat Nuffnang. Dulu banyak juga jobs dari Churp-Churp ni. Sekarang tengah ada jobs PERODUA. Join ler...

Untuk ke page Churp Churp--- > CHURP CHURP

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Zulhijjah & Manfaat Dan Keutamaan Puasa Sunat Zulhijjah

Ogos 22, 2017 1
Tarikh-Tarikh Penting Bulan Zulhijjah & Manfaat Dan Keutamaan Puasa Sunat Zulhijjah
Tarikh-Tarikh Penting Bulan Zulhijjah. Esok dah masuk 1 Zulhijjah. Jom lipat gandakan amalan dengan berpuasa mulai 1 hingga 9 Zulhijjah. Amalan yang di lakukan pada pada 10 hari pertama zulhijjah adalah berlipat kali ganda pahalanya.

"Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal sholeh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).”

Manfaat Dan Keutamaan Puasa Sunat Zulhijjah, tarikh penting bulan zulhijjah
Tarikh-Tarikh Penting Bulan Zulhijjah

 Manfaat Dan Keutamaan Puasa Sunat Zulhijjah


Keutamaan atau pahala berpuasa 10 hari pertama Zulhijjah, diantaranya iaitu sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra bahwasanya Rasulullah saw bersabda :

1hb Zulhijjah adalah hari di mana Allah swt mengampuni dosanya Nabi Adam as. Barang siapa berpuasa pada hari tersebut, Allah swt akan mengampuni segala dosanya.

2hb Zulhijjah adalah hari di mana Allah swt mengabulkan doa Nabi Yunus dengan mengeluarkannya dari perut ikan. Barang siapa berpuasa pada hari itu seolah olah telah beribadah selama satu tahun penuh tanpa berbuat maksiat sekejap pun.

3hb Zulhijjah adalah hari di mana Allah swt mengabulkan doa Nabi Zakaria. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah swtakan mengabulkan segala do’anya.

4hb Zulhijjah adalah hari di mana Nabi Isa AS dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kesengsaraan dan kemiskinan.

5hb Zulhijjah adalah hari di mana Nabi Musa AS dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu akan bebas dari kemunafikan dan azab kubur.

6hb Zulhijjah adalah hari dimana Alloh swt.membuka pintu kebajikan untuk Nabinya, barang siapa berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Alloh dengan penuh Rahmat dan tdk akan diadzab.

7hb Zulhijjah adalah hari ditutupnya pintu jahannam dan tidak akan dibuka sebelum hari kesepuluh lewat. Barang siapa berpuasa pada hari itu Allah swt akan menutup tiga puluh pintu kemelaratan dan kesukaran serta akan membuka tigapuluh pintu kesenangan dan kemudahan.

8hb Zulhijjah adalah hari Tarwiyah. Barang siapa berpuasa pada hari itu akan memperoleh pahala yang tidak diketahui besarnya kecuali oleh Allah swt.

9hb Zulhijjah adalah hari Arafah. Barang siapa berpuasa pada hari itu puasanya menjadi tebusan dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10hb Zulhijjah adalah hari raya Aidil Adha. Barang siapa menyembelih Qurban, maka pada tetesan pertama darah Qurban diampunkan dosa dosanya dan dosa anak anak dan istrinya.

Dari huraian diatas, dapat kita ketahui bahwa puasa sunnah Zulhijjah di hari pertama sampai hari arafah (tanggal 9 zulhijjah) banyak sekali manfaat dan keutamaannya atau banyak pahala yang dapat diperoleh bagi siapa saja yang menjalankannya, serta berqurban di hari ke sepuluh bulan zulhijjah dapat melebur dosa-dosa keluarganya (dirinya, anak serta istrinya).

18 Ogo 2017

Siapa Korang?

Ogos 18, 2017 2
Siapa Korang?
Siapa korang? Siapa untuk apa? Hihi.. Siapa korang dalam dunia maya, sebagai blogger atau sebagai media social influencer? Mommy up status ni kat facebook mommy. Ramai yang feedback...


Bila ramai yang bagi feedback, ada yang serius menjawab soalan, ada yang menjawab tapi dengan ayat penambah yang bikin mommy gelak bila baca.. Apa-apapun korang memang BEST!

Antara yang serius menjawab soalan mommy...ST dan Encik Boss. Claim diri sebagai sebagai blogger lagi best dan biarkan orang yang menilai diri kita sebagai influencer. Kalau kita yang claim diri kita ni influencer tapi sebenarnya tak punnnn. Betul tu. 




Lagipun bukan senang nak menjadi influencer sebab makna influencer tu luas dan besar. Bukan setakat gah di FB & IG saja. Kalau boleh kena gah di semua media social seperti twitter, pinterest, wechat dan lain-lain. 

Lagi satu, if kita sebagai influencer adakah kita ada pengikut kita sendiri? Sebab apa orang ikut kita? Suka cara kita? Suka style kita? Or suka  dengan apa yang kita up di media social? Tepuk dada jawab sendirilah yer...



Bagi mommy, mommy lebih selesa menjadi blogger di samping menggunakan media social sebagai penarik. Yer, kalau boleh nak jadi dua-dua tapi kena ukur baju di badan sendiri. Tak besar, muat dan menutup aurat. hehe.. Taklah sebab mommy takut bila claim sebagai influencer, mommy tak terkejar melakukan tanggungjawab yang di amanahkan.

Antara jawapan yang buat mommy tersenyum adalah blogger tepian la, blogger tepi-tepian, blogger bawah tempurung la, blogger lautan dalam la... Macam-macam eh korang ni gelarkan diri korang. Hihi. Mommy dulu pun ada gelaran untuk diri mommy, iaitu blogger sejukbeku. Sebab blog takdak traffik langsung. kahkah.



Siapapun kita, apapun gelaran kita... janji kita bersemangat, amanah, tidak tamak dan sanggup belajar untuk menjadi yang terbaik. In sha Allah.


Salam Jumaat

Ogos 18, 2017 0
Salam Jumaat
Assalamualaikum wbt & Salam jumaat. 



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.
:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kurniakanlah kami hati yang tidak pernah membenci, sentuhan yang tidak pernah menyakiti,  jiwa yang tidak pernah gelisah, tangan yang tidak pernah berhenti memberi, senyuman yang tidak pernah pudar,  kasih sayang yang tidak pernah putus dan cinta tulus yang tidak pernah berakhir



Ya Allah limpahkan rezekimu pada kami dihari ini, mudahkanlah langkah kami untuk menggapai pintu rezeki-Mu. Limpahkanlah ampunan-Mu jika kami bersalah dalam melangkah. Tuntunlah kami dengan kuasa mu ya Allah.

 Ya Allah Ya Fattahu Ya A'lim
Sejahterakanlh kami dengan kesihatan yang baik, sembuhkanlh jika ada antara sahabat kami yang sedang diuji dengan kesakitan, supaya dengannya kami dapat beribadah kepada-Mu dengan penuh istiqomah.

 Ya Allah Ya Ghaffar Ya Muttakabir
Kami malu ya Allah dengan amalan kami yang sangat sedikit tetapi mendambakn Syurga-Mu, rasa tidak layak untuk kami kesana, tapi kami juga takut dengan azab neraka-Mu. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami...
dosa kedua ibubapa kami, anak-anak dan pasangan hidup kami,
kaum keluarga kami, guru-guru kami
sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat dimana saja mereka berada

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Segala puji pujian hanya untuk-Mu ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى  ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.



17 Ogo 2017

Kembara Jom Jimat Elektrik

Ogos 17, 2017 3
Kembara Jom Jimat Elektrik
Kembara Jom Jimat Elektrik ~ TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




16 Ogo 2017

Dekorasi Idaman

Ogos 16, 2017 5
Dekorasi Idaman
Dekorasi Idaman. Setiap diri kaum ibu atau wanita  memang mempunyai hasrat untuk mempunyai rumah idaman atau menghias rumah seperti yang di idamkan. Itupun kalau cukup dan kena dengan budget yang ada. Kalau tiada kita gunakan kreativiti untuk mendeko rumah idaman kitalah. For me, lebih suka deko yang simple, kemas, cantik dan bersih. 

Kat FB, mommy join group FB Kami Suka Deco Deco. Macam-macam dekorasi yang ahli group tersebut kongsikan. Dalam banyak-banyak dekorasi yang di kongsi, mommy terpikat dengan dekoraso, susun atur serta pemilihan warna bagi ruang tamu, ruang makan di bawah. Jatuh cinta terus dan terus pasang hajat di hati suatu hari akan buat dekorasi ini apabila ada rumah sendiri. So, kena keja keras sikit untuk mencapai impian tu...


ruang tamu idaman
Ruang tamu idaman
Gabungan warna yang di gunakan pun sangat mendamaikan. Rasa tenang ja... Warna yang di gunakan pula, adalah putih untuk perabot dan tiffani blue untuk langsir, carpet serta bantal kecil. Gabungan warna pastel yang sangat mendamaikan.


Penggunaan bunga warna putih menampakkan pemilik rumah ini seorang yang simple tapi teliti dalam mendekorasi rumahnya. 

Okaylah layan dulu gambar-gambar yang pemilik rumah ni kongsi di group FB. Mana tahu korang jatuh cinta dan terus mendeko seperti ini. Nanti jangan lupa kongsi gambar naaa....

wing chair
sofa dan wing chair idaman

dekorasi ruang tamu
gabungan dua warna yang menjadikan ruang tamu nampak luas


gabungan warna putih dan tiffani blue

Oh yer, bagi yang tak tahu bagaimana hendak mendeko, korang bolehlah dapatkan EBook Dekorasi Bajet | 77 tips dan teknik dekorasi budget. Siapa yang perlu miliki buku ini? Koranglah. Korang yang nak masuk rumah baru, yang baru renovate, yang nak renovate dan yang sebenarnya kita semua perlu miliki buku ini agar rumah kita sentiasa cantik.



15 Ogo 2017

123 Tips Berjimat Cermat & Menyimpan Sehingga RM1,000 Sebulan!

Ogos 15, 2017 1
123 Tips Berjimat Cermat & Menyimpan Sehingga RM1,000 Sebulan!
123 Tips Berjimat Cermat & Menyimpan Sehingga RM1,000 Sebulan!. Bercerita tentang duit, kewangan memang tak pernah habis. Hampir setiap hari kita membicarakannya. Mommy sendiri pun pernah alaminya. Nak pinjam dengan kawan malu, nak minta dengan mak ayah... masih ada adik-adik yang belajar dan perlu di tanggung. Hmmm.... Nasib baik muda, belum berkahwin dan takdak apa yang perlu ditanggung. Sementara nak gaji, makan maggi dan nasi lauk telur sajalah.. Itu cerita dulu-dulu.  Sekarang tak lagi sebab mommy dah tahu tips berjimat cermat. Nak tahu? Baca sampai habis tau!



Duit Asyik Tak Cukup.... Atau Hanya Sekadar "Cukup-Cukup" Je Bila Sampai Hujung Bulan? Simpanan Pula Langsung Takde!

Dulu mommy pun macam korang juga. Eleh nak menyimpan tak perlu buku rujukan pun... Setakat ambil sebahagian duit gaji, masuk atau simpan dalam tabung haji, ASB ataupun unit trust dah la. Tapi bila tengah bula ja, korek balik. Macam manalah duit tu nak beranak pinak. Makin susut ada la... 

Akhirnya mommy pun berkenalan dengan ebook tips jimat. Amalkan apa yang di syorkan. Alhamdulillah sekarang dah boleh bernafas dengan lega walaupun tanggungan dan hutang yang perlu di bayar ada. Cakap boleh lah tapi mommy buat dropship. Okayyy kat sini mommy jelaskan yang dropship yang mommy buat tu boleh la tapi income dia tak banyak mana pun sebab mommy sedikit busy dengan kerja hakiki dan keluarga. Ada masa memang mommy up kat FB. Takde? takdelah up atau promosi kat FB. Ada kerja sampingan tapi tak berapa nak berjaya.



Tapi sampai bila kita takdak simpanan? harapkan EPF saja.. Kalau mengikut kajian, duit EPF 200K hanya boleh bertahan untuk tempoh 2-3 tahun saja. Cuba tengok berapa banyak yang ada dalam akaun EPF kita? Dah cukup 1 juta ke? Belum kan? Jadi, mari kita ubah mindset kita untuk kehidupan lebih tenang, lebih banyak simpanan dan tak marah-marah apabila harga minyak naik. Malas sebelum gaji, kita masih ada lagi simpanan atau wang peruntukan yang belum di gunakan.

Apa yang membezakan E-Book ini dengan buku perancangan kewangan yang lain?

123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT


E-book "123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT" ini adalah panduan yang sangat sempoi dan mudah dipraktikkan. Ianya sarat dengan info berguna. Ebook ini di tulis dengan ayat-ayat yang mudah supaya anda boleh melakukannya pada diri, keluarga dan persekitaran. 

Antara Strategi mudah jimat cermat yang terdapat di dalam ebook tips panduan ini

  • Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
  • Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
  • Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
  • Strategi Berjimat- Cermat Dalam Hal Pendidikan
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
  • Strategi Berjimat- Cermat Untuk Kesihatan
  • Strategi Berjimat-Cermat Di Pejabat
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hiburan
  • Strategi Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
  • Strategi Berjimat-Cermat Di Waktu Perayaan
  • Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru


Selain dari itu, dengan setiap pembelian Ebook ini pada hari ini... Anda akan memperolehi 3 lagi Ebook iaitu:-


3  Bonus tambahan jika membeli 123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT
 Klik Banner untuk tempahan 



 BONUS #1 : 9 IDEA JANA WANG TANPA MODAL

 BONUS #2 : 10 HOBI BUAT DUIT!

 BONUS #3 : 11 TEKNIK MUDAH JEMPUT REZEKI


Mahal ke Ebook ini? Takkkk... Hanya M27 sahaja untuk 123 Tips Jimat Cermat! 
Ianya adalah hanya berharga 22 sen sahaja bagi setiap tips!

Jika setiap tips yang terdapat di dalam ebook ini, berjaya amalkan, ianya akan mampu menyelamatkan wang anda antara RM10 hingga RM100 ringgit setiap bulan!

41 Facebook Page AFBians Yang Menarik Untuk Di Follow

Ogos 15, 2017 6
41 Facebook Page AFBians Yang Menarik Untuk Di Follow
Hi korang. Mommy adalah salah seorang ahli AFB. Boleh tengok dekat SINI. Banyak yang mommy belajar tentang blog dengan AFB. Dari tak tahu apa pun sehingga tahu banyak benda tapi masil belajar lagi sebab blog ni pun berubah mengikut peredaran zaman. Macam teknologi juga... Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya. Bak kata Mark FB ' learning is nothing impossible'.

Hari ini, mommy nak ajak readers mommy untuk Likes FB page AFBians yang lain. Mommy senaraikan 41 dulu.... Oh yer, AFBians dah ada 80 orang lebih dah tau. Makin besar dah keluarga AFB. Semoga AFB semakin maju dan berjaya. 

Untuk yang nak join AFB, boleh contact mommy Irra and jangan lupa LIKE FB page AFBians di bawah. Banyak perkongsian menarik oleh AFBians dalam page masing-masing sebab masing-masing ada kepakaran tersendiri. 



41 Facebook Page AFBians Yang Menarik Untuk Di Follow


5. Busyra fb.me/blogbusyra
18. PapaG fb.me/papaglamz
19. CikT fb.me/yati292
25. Hazirah  http://bit.ly/2ftlRkT
26. Kak ita fb.me/pageceritaita
35.Noor Akma
36. Wayne
37. Blog MJ
38. Maisarah fb.me/bingkisanhati
41. Lia Hazty fb.me/liahasty

14 Ogo 2017

JOI KinderTab | Tablet Khas Kanak-Kanak

Ogos 14, 2017 2
JOI KinderTab | Tablet Khas Kanak-Kanak
JOI KinderTab | Tablet Khas Kanak-Kanak. Lepas raya hari tu, anak-anak request nak beli Tablet menggunakan duit raya masing-masing. Sebelum-sebelum ni, duit raya depa mommy masukkan dalam tabung haji. Simpanan masa depan depa. Bila anak-anak minta beli tablet menggunakan duit raya depa, mommy dan daddy tunaikan. Tahun ni saja dan agar depa lebih menghargai barang apabila menggunakan duit sendiri.

Mula-mula mommy dan daddy cari tablet di Landmark Central Kulim aka Giant. Tiada yang berkenan dan harga pun mahal. Kemudian mommy cari kat Lazada dan Shopee tapi non hado yang berkenan dan memenuhi specs yang di tetapkan oleh daddy depa. Bila dah tiada dalam website shopping online, naik fedap juga mommy mencarinya. Dalam dok mencari baru terfikir nak search mengikut specs yang di tetapkan. Ada pun... JOI KinderTab. 

Search dalam website JOI, boleh beli kat shopee tapi bila search kat Shopee takdak pula. Dah pening sebab tak tahu nak beli kat mana. Then, bagi daddy tengok... Dia cakap boleh beli kat AEON Bukit Mertajam iaitu di Gloo Center. So, ke AEON lah kita. Gloo Center ni adalah unit yang jual alat telekomunikasi dalam JUSCO. Bukan kat kedai di luar tu...

Rupa-rupanya tablet ni tiada stok tapi boleh order. So, daddy pun order dan boleh dapat tablet ni dalam masa seminggu. Tak kisah lah, janji dapat tab seperti yang di kehendaki. 



JOI KinderTab

JOI KinderTab adalah tablet pembelajaran untuk anak-anak. Ia mempunyai 3 aplikasi pembelajaran untuk anak-anak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Aplikasi tersebut adalah MyReader, MyActivity dan MyPerformance.

Selain dari itu, JOI kinderTab juga mempunyai aplikasi 3D-augmented reality yang di namakan Quiver. So, bila menggunakan apps Quiver ini... Gambar 3D akan bergerak dan ini menjadikan anak-anak seronok untuk belajar. 


Kenapa JOI KinderTab menjadi pilihan?


JOI KinderTab menjadi pilihan kerana specs dia yang lebih baik berbanding tablet yang lain, parenting control, Accessible Apps (android aplication), safety ( Protective Bumpee Casing) dan Kindergarten Educational Contents. Ciri-ciri yang mommy nyatakan ini, ada di bawah. 

Specs JOI Kinder Tab. Klik gambar untuk lebih besar..


Casing Tablet
Protective Bumpee Casing

Casing tablet
Safety casing. Anak-anak boleh pegang dan usung kesana sini





Casing Tablet Kanak-kanak
Dah siap pasang. JOI KinderTab setelah siap pasang casing..

Belakang casing. So, senang jika anak-anak menonton youtube. Tak perlu nak pegang...


3 Aplikasi utama JOI Kindertab


Parenting Control. kena masukkan password yer...

Dengan adanya parenting control ini, anak-anak pun tak terleka dan tidak boleh sesuka hati menggunakan tablet. Perlu minta kebenaran dan buka password dulu. Selain dari password, tablet ini boleh di set hari dan masa yang boleh di access oleh anak-anak. So, bila mommy dan daddy tiada di rumah, tak boleh guna tablet tu.

Sebagai mak bapak, janganlah pula kita bagitahu password tu. Dah tak jadi parenting control la kekdahnya. bagi mommy, apapun pendedahan teknologi kepada anak-anak mestilah ada hadnya, ada kawalan dan di bawah pemantauan mak bapak. Apa-apapun terpulanglah kepada mak bapak tersebut bagaimana hendak mencorak masa depan anak-anak. 

Lagi satu, build in Tablet JOI di sangat kukuh berbanding dengan sesetengah tablet yang kalau terjatuh sekali dah lerai covernya. 

Kepada yang berminat, bolehlah layari laman web JOI



10 Ogo 2017

Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah

Ogos 10, 2017 3
Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah
Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah. Dah lama tak mendengar lagu baru dari Malique. Tak sangka Malique comeback dan baru terdengar di radio tadi. Itupun bila DJ announce baru tahu... Jom hayati lagu baru dari Malique feat Dayang Nurfaizah dengan lagu Pejamkan Mata. Bila dengar lagu ni kena hayati betul-betul bait-bait lirik baru kita akan faham maksud yang cuba di sampaikan oleh Malique dan Dayang Nurfaizah. 


Pejamkan Mata


Malique feat. Dayang Nurfaizah

Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan

Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal
Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghur, runsing… jah



(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu


(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi
Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan


(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu


(Malique)
(Hakikatnya nirvana di sana
Di sini masih lagi samsara
Cuba tak diperhambanya dunya
Sukar tapi aku cuba
Sukar tapi aku cuba ya)


(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir


(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita

Pejamkanlah matamu

Tak Sangka Blog Cahaya Hayati Dah 1000 Entry

Ogos 10, 2017 1
Tak Sangka Blog Cahaya Hayati Dah 1000 Entry
Tak Sangka Blog Cahaya Hayati Dah 1000 Entry ~ Alhamdulillah. Tak sangka mommy mampu menulis sehingga 1000 entry walaupun ambil masa yang lama berbanding dengan blogger lain yang 1 atau 2 tahun dah 1000 entry... Malah ada blogger satu tahun saja dah 1000 entry malah lebih. Rajinkan blogger tu... Mommy nak buat 30 entry sebulan pun susah. Mungkin sebab mommy blogger separuh masa tapi mommy memang respek kepada blogger yang mampu up minimum 3 entry satu hari. Yang lebih lagi lah mommy respek. 



Apa yang mommy tulis untuk mencapai 1000 entry? macam-macam yang mommy tulis untuk mencapai 1000 entry antaranya lifestyle, kisah atau aktiviti mommy sekeluarga dalam CH daily, Parenting, tips, vacation, review free dan juga review berbayar. Untuk review free selalunya mommy review restoran dan hotel yang mommy pergi. 



Dulu mommy selalu kongsi resepi di blog ni tetapi sejak tahun lepas mommy decide untuk buat satu blog resepi. So, kalau nak resepi boleh baca di www.cucurkembung.blogspot.my. Cucur kembung tu cucur yang tengah viral sekarang. Tak sangka cucur tu viral pula. Dulu tak pemes pun. hahaha


Untuk mencapai 1000 entry ni mommy mula serius menulis blog pada tahun 2010. Entry mommy yang pertama adalah pada tahun 2004 tapi mommy dah delete. So, anggap sajalah mommy mula menulis pada tahun 2010. Lama kan blog ni wujud. hihi.


Kalau korang perasankan, tahun 2015 merupakan tahun paling banyak entry. Tu tahun mommy join AFB atau dulunya EFG. Bila dah join AFB baru tahu tentang SEO, tentang blog, UV PV dan juga merupakan tahun mula mendapat tawaran untuk review. Alhamdulillah AFB memang membuka mata dan minda mommy tentang dunia blog. So, korang yang nak tahu tentang dunia blog... Boleh lah PM mommy irra rayyan. Korang akan di ajar macam-macam tentang blog serta ada pakar adsense juga. 

Bila dah berada dalam dunia blogging, mommy tak akan berpatah balik sebab mommy dah nampak future dunia blogging. In sha Allah pendapatan dalam dunia blogging atau media social influencer juga luas. Yang penting kena gali ilmu sebanyak mungkin. Tak tahu kena berguru...

Usaha!
Usaha!
Usaha!

Oklah. Cukup setakat ini saja bebelan mommy. Nak sambung buat keja. Bye!



9 Ogo 2017

Cerita Ride Bertiga

Ogos 09, 2017 0
Cerita Ride Bertiga
Hujung minggu yang lalu ikut daddy pergi ride ke Parit 30, Kuala Kurau. Sesekali kena join jugak encik suami pergi ride. Baru tahu apa yang bestnya dan merasai sendiri pengalaman ride. Asyik tengok orang ja... So far kalau dekat memang mommy ikut. Jauh-jauh belum lagi sebab anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Biarlah daddy dengan hobby dia dan mommy dengan hobby berblog.. Masing-masing ada hobby dan perlu saling memahami.

Minggu lepas ke Parit 30 sebab daddy nak bawa kawan-kawan ride dia merasai keenakan mee udang di situ. Kami bawa Aisy. Dia duduk di tengah-tengah. hahaha. Dipertengahan perjalanan, Aisy dah tidur.. Jenuh mommy nak imbangkan badan sambil pegang Aisy. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik.


BMW F800R

Mee Udang Parit 30


Inilah mee udang Parit 30 tu. Yang ni saiz special. Lebih kat udang dan harga ja. So, terpulang kat korang nak yang mana. 


Mee Udang
Mee Udang Parit 30

Selain dari mee udang, ada juga gerai yang menjual keropok lekor, sotong goreng tepung, ABC dan western. Boleh order ikut selera korang... 


Hari tu, mommy order maggi kuah udang, sotong goreng dan ABC. Banyaknya. Tak banyak bila kita makan share bertiga. Sambil makan sambil merasai suasana dan angin kuala.. Best sangat. 

Harga makanan tak ingat sebab encik suami yang order dan bayar. Mommy tukang makan saja. Rasanya RM15 untuk yang special tu...

Mee Udang
Menu yang ada di Mee Udang parit 30

Aisy bila dah kenyang.. Main air pula.

Lepas dah kenyang, Aisy ajak mommy jalan-jalan di jeti sebelah kedai mee kuah udang. Nak tengok bot katanya. Nampak tak laut di hujung sana tu....

Mee Udang Parit 30
Jeti Parit 30

Kepada yang nak mencuba dan merasai keenakan mee udang di sini bolehlah follow google maps di bawah