Serangan Virus WannaCry-Ransomware - Cahaya Hayati

21 Jun 2017

Serangan Virus WannaCry-Ransomware

Serangan Virus WannaCry-Ransomware. Assalamualaikum wbt & salam ramadan yang ke 26. Alhamdulillah laptop mommy dah sihat seperti sediakala tetapi semua dokumen dan email backup tidak dapat diselamatkan. Semuanya dah jadi arwah kecuali buat bayaran kepada pencipta virus WannaCry-Ransomware. naib baik kerja-kerja mommy banyak menggunakan system dan sharing file dari server HQ.  Cuma nak kena ambil dan massage data balik.. 

Oklah di sebabkan mommy dah kena virus WannaCry-Ransomware, so nak share tips dan langkah yang perlu di ambil jika korang terkena serangan Virus WannaCry-Ransomware. 

Virus WannaCry-Ransomware

Virus WannaCry-Ransomware adalah virus yang mengunci (encrypted) semua data atau files penting dalam laptop atau komputer. Files atau data ini boleh di selamatkan dengan perkhidmatan encrypted dan ia akan involve sedikit kos. 

Bagaimana Nak Tahu Serangan Virus WannaCry-Ransomware?

Kita tak sedar pun virus ini telah masuk dalam komputer kita sebab dia tidak akan mengacau apabila menggunakan system. Macam mommy terkena apabila nak log in masuk system tetapi ia pop out ke web lain. Mommy ingatkan mommy tertekan. So, tak hiraukan malah terus retry untuk masuk system tapi still tak boleh.

Apabila tak boleh masuk, mommy ingatkan connection ada problem. So, try nak restart laptop dan ternampaklah amaran kat screen laptop macam di bawah. huhu.

Ransomware
Virus Cerber Ransomware - nampak macam wallpaper saja.. Sekali kena attack, hilang semua files dan data.

Dengan pantasnya mommy call pihak IT untuk melaporkan dan berikut adalah tips dan langkah yang perlu di ambil jika telah terkena virus WannaCry-Ransomware.

Tindakan Yang Perlu Di Ambil Jika Di Serang Virus WannaCry-Ransomware

  1. Laporkan kepada bahagian IT jika virus ransomware menyerang laptop/komputer pejabat
  2. Nyahlumpuhkan sambungan ke internet sama ada menggunakan wifi atau LAN. Ini adalah untuk tidak menyebarkan virus tersebut.
  3. Reformat laptop/komputer tersebut. Untuk makluman, semua files/ data memang tidak dapat di selamatkan. Walaubagaimanapun is boleh di selamatkan dengan menghubungi pihak Cyber Security dan membayar jumlah yang di nyatakan. Tak silap mommy RM400 untuk satu komputer atau laptop.
Di sebabkan mommy banyak menggunakan system dan files banyak dalam server, so mommy just reformat laptop. Alhamdulillah dah boleh guna dah.


5 comments:

  1. aduh paling takut kalau terhilang semua data T_T

    ReplyDelete
  2. laaa.. terkena juga dgn ransomware. nasib aik bukan sampai major breakdown. aktif lagi la ransomware skrg ni ye

    ReplyDelete
  3. Oh kasihannya..

    Nasib kena kat ofis. Ada org IT boleh tolong format..

    ReplyDelete
  4. Mommy Cici, itu yang paling di takuti. Nasib baik kerja banyak yang menggunakan sistem.

    Mamapp, yer ransomware ni masih aktif. Nasib la siapa yang kena. Terbaru memang banyak staff office saya yang kena.

    Mr. Hanafi, nasib baik la jugak. kalau yang personal rasanya dah kena hantar ke kedai.

    ReplyDelete
  5. bahaya2....mcm2 skrg nih...dunia smakin xselamat

    ReplyDelete