loading...

7 Jun 2017

# Parenting

Semak Keputusan Peperiksaan Anak

Semak Keputusan Peperiksaan Anak dengan SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Minggu depan sekolah dah nak buka. Mommy baru teringat nak semak result peperiksaan pertengahan tahun anak-anak. So, cepat-cepat buka SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Macam biasalah. 
  • Masuk web  SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Masukkan ic anak, pilih sekolah, masukkan tahun peperiksaan dan kod pengesahan ( yang dalam kotak warna warni tu)
  • Tekan SEMAK.
  • Lepas tu akan ada paparan maklumat anak. 
  • Pilih jenis peperiksaan yang hendak di tengok. Setakat ini ada, ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
  • Tekan SEMAK
  • Paparan keputusan peperiksaan akan dipaparkan. 
Senangkan. Melalui telefon pun boleh tengok.


saps ibubapa

Ini result peperiksaan anak mommy. Alhamdulillah setakat ini. Mata pelajaran yang lain belum di ketahui lagi.

Oh yer, di bawah ini ada maklumat dan sedikit penerangan tentang  SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah agar ibu bapa lebih memahami tentang SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

semak keputusan peperiksaan sekolah online

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melalui sistem ini boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN, dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Sistem analisis atas talian ini juga boleh bertindak sebagai “Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV(Take of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Terdapat 2 jenis Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah iaitu :- 
  • SAPS Guru
Khas untuk para guru mengisi maklumat murid.

Khas untuk ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak. 

Dah faham kan? Apapun result anak kita, kita patut bersyukur kerana anak kita juga telah sedaya upaya menjawab peperiksaan. In sha Allah kejayaan akan menjadi milik anak kita. Tunjukkan mereka jalan yang betul. 

Tiada ulasan:

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292