loading...

5 Jun 2017

# blog

Adsense Match Content, Ada Rupanya Untuk Blog Cahaya Hayati

Adsense Match Content, Ada Rupanya Untuk Blog Cahaya Hayati ~ Assalamualaikum wbt. Mommy ni kalau tanya tentang adsense memang kosong. Tak tahu apa pun. Dulu masa join AFB... Depa kata apply adsense, mommy pun apply. Dari tak lulus sampai lulus. Pastu belajar sikit-sikit dari blogger Sayidah Napisah, Ewan, Cekgu Norazimah dan Hasrul Hassan. Terbaru banyak belajar dengar Eny Abdullah sebab dia ada kongsi tips adsense kat blog dia. Nak tahu korang kena terjah sendiri sebab mommy pun masih belajar. Semalam dalam group whatsapp AFB dok berkongsi tips tentang adsense. Minta check adsense memasing-masing sama ada boleh letak Adsense Match Content atau tak. Kalau boleh letak, letaklah di blog sebab ia dapat optimum kan jumlah pendapatan adsense blogger. 

Mommy pun tak pasti macam mana mommy boleh ada Adsense Match Content. Nak kena study lagi... Walaubagaimanapun kat sini mommy kongsikan video dari google cara untuk create match content. Sama-sama kita belajar ya!




Kelebihan Adsense Match Content

Tertanya-tanya juga apa kelebihan Adsense Match Content ni. Dengan gigihnya mommy google dan baca di Inside Adsense tentang Adsense Match Content.  Antara kelebihan tersebut adalah :-


  • Menemui artikel yang berkaitan di laman anda
  • Menghabiskan lebih banyak masa di halaman anda
  • Melibatkan lebih dengan kandungan anda

Adsense Match Content blog cahaya hayati. 

Dengan ciri-ciri terbaru Adsense Match Content, blogger dapat meningkatkan PV, UV serta memudahkan pengunjung mencari artikel yang bersesuaian atau di kehendaki. Sekaligus ia meningkatkan pendapatan Adsense.

Oh yer Adsense kata, Adsense Match Content hanya untuk blogger yang web atau blog yang ada multiple pages dan traffic yang tinggi.  Giteww kekdahnya. hahaha.

Jom belajar lagi tentang adsense.




6 ulasan:

sayidah napisah berkata...

wahhh tahniah cik T! kc pun baru buat matched content semalam :P

Fieza Sani berkata...

tahniah..saya x dapat..blog suam2 je..hehe

Cahaya Hayati berkata...

terima kasih kc sayidah napisah.

Fieza, saya pun blog suam-suam. UV dan PV tak banyak mana pun... Tapi ada satu or dua artikel yang hits ja.

Maria Firdz berkata...

Tak sempat lagi belajar bab ni... InshaAllah akan disurvey dan belajar nanti...

Ohsem21 berkata...

woww..tahniah ye..code ni kena parse/encode dulu dan letak dalam template terus ke atau pasang je kat luar dan akan muncul otomatik kat bawah macam linkwithin ??

Cahaya Hayati berkata...

Takpe Maria Firdz. Pelan-pelan belajar. In sha Allah AFBians akan membantu.

Hi Ohsem21. Code ni just copypaste dan letak kat layout ja. Akan muncul automatik macam linkwithin.

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292