Maggi Goreng Sotong Menu Iftar Paling Senang Dan Di Sukai - Cahaya Hayati

31 May 2017

Maggi Goreng Sotong Menu Iftar Paling Senang Dan Di Sukai

Maggi Goreng Sotong Menu Iftar Paling Senang Dan Di Sukai. Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan ke 5. Mesti ibu-ibu. isteri-isteri semua sibuk merancang menu untuk berbuka sepanjang bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah dan tahniah pada semua yang berjaya masak sendiri. Mommy baru sehari masak untuk berbuka dan menu yang mommy masak pun menu senang dan cepat. Pejam mata pun boleh buat. Hahaha. menu tersebut adalah Maggi Goreng Sotong. 

Bukan apa, bulan Ramadhan ni mommy banyak mengikut selera anak-anak. Ganjaran dan galakan untuk mereka berpuasa. Bukan senang tau nak ajar anak-anak berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Alhamdulillah tahun ini tahun ketiga mereka berpuasa di mana tahun pertama banyak skip, tahun kedua penuh dan In Sha Allah tahun ni pun akan penuh juga. 

 Bercerita pasal anak-anak dan puasa , lupa pula mommy dengan menu yang mommy nak kongsikan. Resepi kat bawah yer. Oh yer, bulan puasa ni malas pula mommy nak ke pasar. Panas, letih semuanya ada. Nasib baik ada Lazada. Boleh beli barang keperluan harian secara online. Semua barang-barang yang mommy guna untuk masak maggi goreng ni pun boleh di dapati secara online. Klik-klik jer dah sampai depan rumah. Hidup itu mudah. hahaha

Maggi Goreng
Maggi Goreng Sotong


Maggi Goreng Sotong 

Bahan: 

5 Packs Maggi Ayam - di celur sehingga lembut
2 Sudu besar cili kisar
3 ekor sotong besar - di potong bulat
2 biji telur ayam - di goreng hancur
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar Sos Tiram
1 biji tomato - dihiris nipis
2 pokok sawi 
garam secukupnya
Air secukupnya
Bawang Goreng
Cili besar - di potong bulat
Daun Bawang
2 Sudu besar Minyak Masak 


Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga pecah minyak.

Tambahkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan tomato. Masak sebentar sehingga mendidih dan gaul rata.

Masukkan sotong. Masak sotong sehingga sotong benar-benar masak.

Rasa. Jika semua rasa telah cukup, masukkan maggi yang telah di celur dan sawi. Gaul rata. 

Tambahkan telur yang di goreng hancur dan dua sudu besar air (jika maggi terlalu kering). Gaul rata.

Angkat dan hidangkan dengan menabur bawang goreng, cili besar dan daun bawang.


Senangkan?

Antara produk yang mommy perolehi di Lazada bagi menyediakan menu senang ini adalah produk keluaran NESTLE jenama Maggi iaitu, Maggi ayam, sos cili, sos tiram, sos tomato

Maggi Ayam

Maggi sos tomato

maggi sos cili

Maggi sos tiram




Oh yer, untuk pengetahuan semua... dengan pembelian produk NESTLE akan memperolehi diskaun berganda di mana harga yang ditawarkan telah didiskaunkan dan akan mendapat off RM25 lagi dengan pembelian yang memenuhi syarat NESTLE25. 

Kalau peralatan dapur pula, mommy gunakan kuali jenama CHEFOLOGY MARBLE CERAMIC WOK W GLASS LID 32CM sebab kuali ini adalah salutan seramik marmar. Sangat tahan lama, tahan calar, mudah dibersihkan dan tidak melekat. Marmar salutan seramik tahan lama menghalang perubahan warna makanan dan zat makanan.

Dengan ada kuali ni, senang tau nak masak rendang. Tak caya, try lah guna...

kuali seramik



Banyak lagi offer dari Lazada Malaysia sempena Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale  ni. Sales Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale  bermula dari 19 Mei sehingga 30 June 2017 . Korang kena terjah sendiri. Klik ja banner di bawah. Cara nak shopping dan bayar, korang boleh refer SINI



Apa menu korang pula yer? Jom la komgsi dan join contest Lazada ni. Mana tahu ada rezeki dan menang hadiah yang di tawarkan. Untuk Ramadhan Raya Blogger Contest ini, lazada mencari 80 pemenang dan hadiah yang di tawarkan bernilai sehingga RM 10,000. Setiap minggu tajuk contest ni berlainan tau. Pilih mana yang korang suka.. Nak hantar tiap-tiap minggu pun takpa.

Ramadhan Raya Blogger Contest
Klik Banner untuk join contest.

Jom sertai ramai-ramai. Lagi ramai lagi meriah. 

No comments:

Post a Comment