Kerana Status 'Foundation' Di Facebook

by - 2:01 PTG

Semalam kan Mommy up status tanya 'Foundation' apa yang best. Ramai yang komen & pm inform tentang kebaikan foundation masing. Terima kasih yer semua. Mommy masih di peringkat mencari yang sesuai dengan kulit mommy. Yang paling penting wuduk friendly.

Ingatkan komen dan pertanyaan tu habis kat FB saja. Sekali Beauty Consultant Mary Kay merangkap kawan sekerja, sebangunan dan setaman mai terjah cubicle mommy. First time tau mommy guna barangan Mary Kay. Best rupernya.  

First sekali mommy kena cuci dulu make up yang mommy pakai pagi tadi. Lepas cuci pakai moisturizer dan foundation. Ingat sampai kat situ saja.. 

foundation mary kay
sebelum make up
Sekali....

Rezeki mommy sebab kawan mommy si Nur Haida ni siap buat tutorial make up & bentukkan kening. Sebelah dia buat, sebelah mommy kena buat sendiri. Tangan keras daaa...

bentukkan kening
Lukis kening

Dah siap bentuk dua-dua belah kening. okayyy tak? Takyah cukur kening rupanya. Guna Brow Pencil dan Foundation saja dah boleh bentuk kening.. Letak juga eye shadow. Katanya nak bagi kening nampak tinggi. hehehe

Dah siap kening kita. Masih belajar lagi. Yang cantik tu Haida buat, Yang kecil tu mommy buat sendiri... 

Lepas tu tu, touch up dengan Loose Powder dan pakai Lipstik.  Wahhh Berserilah walaupun make up tak tebal.

Okayyy tak?
Lepas mencuba produk Mary Kay, mommy akan masukkan Mary Kay sebagai Jenama yang akan di pertimbangkan untuk kegunaan harian sebab BEST sangat dan ringan. Tekstur dia tak berminyak... Lagi lama pakai lagi nampak cantik.

You May Also Like

0 comments

Pengikut

Google+ Followers