Berkelah Di Taman Rimba Teluk Bahang - Cahaya Hayati

28 Apr 2017

Berkelah Di Taman Rimba Teluk Bahang

Hujung minggu yang panjang sekali lagi. Apa plan korang? Bawa anak-anak ke mana? Minggu ni mommy tak plan nak pergi ke mana-mana sebab minggu lepas dah pergi berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang. Dah lama tak bawa anak-anak mandi air  terjun sebenarnya. Sejak berita tentang kencing tikus berleluasa. Tak berani nak pergi ke mana-mana air terjun. Memilih Taman Rimba adalah kerana Taman Rimba adalah air terjun buatan di mana kerajaan negeri Pulau Pinang amat menitikkan penjagaan alam semulajadi dan kebersihan kawasan tersebut. So, ia selamat. Terbaru yang mommy nampak adalah dasar kolam air terjun di letakkan simen. So, air kekal sejuk, tidak berpasir/ berselut dan senang untuk di jaga.


Berkelah juga adalah satu cara untuk anak-anak mendekati alam semulajadi. Agar mereka lebih menghargai alam semulajadi pada masa akan datang. Selain dari itu, ia juga sebagai aktiviti untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Ketika inilah dapat lihat gelak tawa anak-anak dan keseronokan bermain.


Masa mommy & family pergi hari isnin lepas, ramainya orang. Hampir tiada tempat untuk berkelah dan parking pun penuh. Jadi kena datang awal...



Oh yer... Tak lama lagi akan ada tarikan terbaru di Teluk Bahang, bertentang dengan Entopia akan ada waterpark. So, dah tak perlu pergi jauh-jauh untuk ke waterpark. Masih dalam proses pembinaan yer.. Tungguuuuu.

Bagi yang belum pernah berkunjung ke Taman Rimba, nah maps untuk korang.

Selamat bercuti korang. Selamat berkelah korang... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan