WebFilm Cooking Hustle TNB Sempena CNY 2017 Padat Dengan Mesej Tersendiri - Cahaya Hayati

2 Feb 2017

WebFilm Cooking Hustle TNB Sempena CNY 2017 Padat Dengan Mesej Tersendiri

Assalamualaikum wbt. 

Happy Chinese New Year untuk semua kaum china yang menyambutnya. 

Korang.. Korang ada tengok tak webfilm Cooking Hustle oleh TNB? Kalau belum tengok atau menonton, sila tonton dulu... 
 
Dah tengok kan? Apa yang korang faham? 

Webfilm Cooking Hustle ini mengisahkan 3 orang menantu yang hadir ke rumah mertua dengan tangan kosong. Menantu-menantu ini tidak pandai masak tetapi ada kepakaran masing-masing. Kedatangan mereka dengan tangan kosong menyebabkan maharani (ibu mertua) marah, lalu mengarahkan menantu-menantu menyediakan satu hidangan setiap orang. Terdapat unsur-unsur lawak apabila menantu-menantu ini menyediakan hidangan tersebut.

Akhirnya hidangan yang di minta siap dan di hidangkan kepada maharani. Maharani kembali marah apabila hidangan yang di sediakan tidak memenuhi citarasanya. 

Keadaan dapat di selamatkan oleh maharaja (bapa mertua) di mana bapa mertua menggunakan sedikit magic untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan lazat.

Moral of story dari webfilm ini adalah :-
  • Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan.
  • Ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja.
  • Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan.
  • Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga kita.
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
  • Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain

Table Of Harmony

Dalam website Table of Harmony, korang juga boleh join Mystery Dish. Di sini anda akan tahu apa mystery dish korang. Mystery Dish ni ada maksud yang tertentu tau... Kalau nak tau kena la sertai.
Untuk mengetahui Mystery Dish korang, firstly kena pergi ke website ni https://betterbrighter.my/tableofharmony
iklan chinese new year TNB

Klik tab ' UNVEIL MYSTERY DISH'

Selepas itu, klik ' DISCOVER MYSTERY DISH YOU ARE & JOIN THE TABLE'

iklan chinese new year TNB
 
Jawab soalan yang korang rasa sesuai dengan korang. A, B, C atau D.

Tadaaaaa!

iklan chinese new year TNB

Mystery Dish mommy adalah Red Faced Chicken yang membawa maksud ' your unpredictable nature makes you undefeatable in any challenge'. 

Close up sikit. Kalau dalam bentuk GIF ayam ni bergerak-gerak. Mommy tak pandai nak masukkan gambar GIF dalam blog. Kira yang ni pun bolehlah kan.

Mudahkan.?

iklan chinese new year TNB

Oklah, untuk maklumat lanjut... Korang bolehlah layari website dan laman sosial TNB seperti berikut:



P/s: Jangan lupa komen korang punya mystery dish kat ruangan komen yer!


No comments:

Post a Comment