Kali Pertama Bawa Anak-Anak Ke Perpustakaan awam

12:02 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Kali pertama bawa anak-anak ke public library atau perpustakaan awam Kulim. Dah lama kakak Aisya request tapi mommy tak berkesempatan nak bawa. Di sebabkan hari ini mommy free sikit dan sementara tunggu daddy habiskan kelas memandunya, buat keputusan untuk lepak di library. Malas nak balik rumah memandangkan minyak mahal sekarang ni.

Aisy seperti biasa. Tak reti dok diam.


Kakak Aisya macam biasa, dah jumpa buku memang tak pandang kiri kanan dah.. Kusyuk sungguh. Macam mommy masa kecik-kecik. Taksub dengan buku..hihi


Abang ammar pula tak berapa minat nak membaca tapi suka melukis. Nasib baik mommy dah prepare buku kosong ..


Di sebabkan ini kali pertama dan melihat kepada keselesaan library ini serta tingkah laku anak-anak yang baik kecuali Si Aisy yang tak reti dok diam.. Mommy decide untuk bawa anal-anak ke sini setiap minggu. Lebih baik dari habiskan masa dengan menonton you tube.


Ibu bapa yang lain pun boleh bawa anak-anak ke sini setiap minggu. Selesa dan boleh pelbagaikan bahan bacaan anak-anak.



0 comments:

Pengikut

Google+ Followers