10 Petua Menjadi Positif - Cahaya Hayati

7 Feb 2017

10 Petua Menjadi Positif

Assalamualaikum wbt. Mesti dan selalu berfikiran positif walaupun berada dalam situasi atau bersama dengan yang negatif. Berfikiran positif akan menjadikan kita seorang yang mulakan sesuatu yang baru setiap hari, berpeluang menjadi lebih baik, berpeluang untuk berjaya dan mencapai apa yang di citakan.

Jadi, jom bersama menjadi seorang yang positif.

Petua Menjadi Positif


10 Petua Menjadi Positif


Jangkakan Kejayaan

Jangkakan kejayaan atau target adalah perkara utama dalam menjadi positif. Kalau tiada target bermaksud kita tiada hala tuju atau tujuan untuk menjadi positif. Apabila ada target kita akan berfikir, bertindak dan berusaha untuk mencapainya.

Lakonkan Watak Orang Cemerlang

Kadang-kadang untuk berubah dari sesuatu perkara kepada sesuatu kita perlu berlakon menjadi seseorang yang cemerlang. Bukan apa, bila kita berlakon cemerlang... lama-lama lakonan itu akan sebati dan manjadi tabiat untuk cemerlang. 

Kenapa apa perlu berlakon? Sebab kita mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Bila berlakon kita menonjolkan kekuatan dan menyembunyikan kelemahan. Dalam situasi ini, kita menonjolkan kekuatan positif kita dan sembunyikan yang negatif. 

Ubah Penampilan Diri

Untuk menjadi positif kita kena ubah penampilan diri dari selekeh kepada yang lebih bergaya ( tak semestinya mahal), dari pengotor kepada pembersih, dari suka membuang masa kepada yang menghargai masa, yang malas kepada yang rajin dan macam -macam lagi sifat positif.


Berkawan Dengan Orang Berjaya

Nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya kerana secara tidak langsung kita akan terkena tempias kejayaannya. 

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka. 

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.


Dalami Ilmu Kecemerlangan

Nak menjadi positif bukan senang dik. Kena belajar dan dalami ilmu jugak tau. Kenapa apa? Semangat kita ni macam roller coaster. Sat naik sat turun, sat flat... Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Nak buat sesuatu atau nak berubah sesuatu perkara, mesti FOKUS. Perlu fokus sebab terlalu banyak ancaman atau hasutan yang akan mencucuk, menghasut atau menghalang diri dari terus berusaha dan munasabah diri untuk menjadi lebih baik.
 

Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup ini, setiap orang mesti pernah mencapai zaman kegemilangan atau pernah capai apa yang di citakan. Jadikan itu sebagai pemangkin yang membakar semangat untuk berjaya pada masa akan datang. 

Saranan Diri Positif

Cipta tagline positif sendiri . Jadikan ia mentera setiap hari. Tagline ini akan menjadi kekuatan anda untuk menjadi lebih positif. Contohnya:

I can do it
I must do it
I'm the best

Soal Diri Dengan Soalan Positif

Biasakan diri dengan soalan positif agar jawapan yang bermain dalam fikiran kita juga positif. Apabila kita menjadi positif, tubuh badan kita akan bertindakbalas menjadi positif. Antara soalan positif yang boleh kita soalkan kepada diri sendiri adalah:-

  • Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
  • Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
  • Apa yang belum aku selesaikan lagi?
  • Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
  • Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Dapatkan Model Ikutan

Setiap orang perlu ada seseorang yang telah berjaya dan menjadi mentor atau model. Kadang-kadang orang kata kita copypaste seseorang. Pedulikan apa  yang orang kata sebab kita nak jadi dan berjaya seperti orang itu. 

Sebagai orang islam, role model kita yang pertama mestilah Nabi Muhammad S.A.W. 

In sha Allah dengan mengamalkan 10 petua di atas, kita boleh menjadi seorang positif dan sekaligus berjaya. Semuanya terletak kepada diri sendiri. 

Challenge!

No comments:

Post a Comment