February 2017 - Cahaya Hayati

28 Feb 2017

Kundang Kecil tapi mahal

February 28, 2017 0
Kundang Kecil tapi mahal
Assalamualaikum wbt. Kecil tapi mahal. Itulah harga buah kundang atau setar / buah setaq.


Semalam mommy singgah ke kedai runcit di taman selasih, kulim. Tujuan singgah nak beli rempah ratus yang dah habis. Tapi bila terpandang buah setaq yang menguning dan segar. Terus mommy beli. Harga RM 30 sekilo. Ambil 10 biji saja dengan harga rm 11.00. Buat pelepas rasa teringin nak makan.

Ingatkan dah mahal tapi bila up kat social media ramai yang komen rm50 sekilo. Nangis dengar harga. 


Rupanya harga kat kawasan rumah mommy masih lagi murah berbanding kawasan lain.


Alhamdulillah harga setanding dengan rasa. Manis, segar dan sedap.


Dari segi saiz pula adalah satu genggam saiz tangan budak. 

Bagi mommy, kalau dah teringin sangat.. Belilah walaupun dua biji agar rasa teringin tu hilang..




23 Feb 2017

Tonjolkan Personaliti Diri Dengan Dashing Elite

February 23, 2017 0
Tonjolkan Personaliti Diri Dengan Dashing Elite
Assalamualaikum wbt.Tonjolkan Personaliti Diri Dengan Dashing Elite

Dari dulu lagi, mommy suka tengok lelaki gayakan rambut. Yang paling suka tengok gaya classmate lelaki berbangsa china. Hensom dan pandai bergaya. Ala-ala gaya korean yang menjadi kesukaan remaja zaman sekarang.

Masa kenal dengan suami pun dulu suka rambut dia  juga sebab dulu dia berambut panjang tapi pandai dia jaga dan gayakan. Tak serabut macam sesetengah lelaki tu... Yang sebenarnya kan serabut tu pun satu gaya jugak. Dulu manalah mommy tahu... kihkih.



Apapun gaya lelaki zaman dulu, kini diperbaharui dan di kreatifkan oleh lelaki-lelaki zaman moden dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

Dashing Elite

Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya.

Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!



ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!


DASHING ELITE Hair Wax


Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

DASHING ELITE Hair Wax - Airy Wild



ELITE On The Go Hair Wax

Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!


DASHING ELITE Hair Wax - Rugged Matte



DASHING ELITE Hair Wax - Rugged Matte

Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya. 

DASHING ELITE Hair Wax - Shiny Wet


ELITE On The Go Hair Wax

Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!


DASHING ELITE Hair Wax - Spiky Web


ELITE On The Go Hair Wax

Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.  


DASHING ELITE Hair Wax - Wavy Loose


ELITE On The Go Hair Wax

Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu.

Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.  



22 Feb 2017

Kenapa Dengan Nuffnang?

February 22, 2017 0
Kenapa Dengan Nuffnang?
Awww. Lama mommy tak hapdate tentang nuffnang.. Tak tahu nak update apa sebab dah takdak CPUV. hahahah.

cpuv nuffnang

Tetapi tertanya-tanya jugak kenapa dengan nuffnang? Bankrap ke ? eh... Ke hanya bagi kat blogger yang terpilih? Yelah mommy kan menduakan nuffnang dengan adsense. hihi.





Korang macammana? Sama ke situasi dengan mommy? Cer citer sikit...

Sayang nak bercerai talak 3 dengan nuffnang sebab masih ada income yang belum cashout walaupun sekadar boleh beli kepci bak kata blogger cik akak. 

Takpalah. Harap nuffnang dapat beri CPUV yang banyak untuk bulan-bulan akan datang. Boleh ler beli baju raya yang meletops. hahaha.


15 Feb 2017

Loved & Loving

February 15, 2017 0
Loved & Loving
Assalamualaikum wbt & selamat pagi.

True. 

love quote

14 Feb 2017

Romantika 10th Anniversary Di Dannet & Co.

February 14, 2017 0
Romantika 10th Anniversary Di Dannet & Co.
Assalamualaikum wbt. Romantika 10th Anniversary Di Danett & Co

Hi & please jangan muntah dengan tajuk tu. Sesekali mommy nak berjiwang.. hahaha.

Actually mommy & husband plan nak pergi ke tempat lain yang jauh sikit tapi tulah banyak hal yang berlaku tanpa di rancang. Tapi curi gak masa nak keluar berdua  eh bertiga sebab takleh nak tinggal si Aisy tu. Asyik nak ikut ja... Tinggal karang buat drama pulak kat kakak , abang dan tok dia.

Fikir punya fikir akhirnya kami memilih untuk 'dating' di Dannet & Co yang terletak di Kulim Hi-Tech. Kali pertama kami jejak kaki ke sini... So, tengok apa yang best kat sini.

 Restoran Dannet & Co.,Dannet & Co, Jalan-jalan cari makan, tempat makan sedap di kulim, jalan-jalan cari makan kulim, restoran best di kulim, tempat makan best dikulim, western sedap di kulim, kulim, kedai western sedap di kulim,
Mak Aiii.. Gemuknya mommy.

Kami sampai di Dannet & Co. dalam jam 8.45 macam tu. Tak ramai. So, makanan dan minuman yang kami order sampai dengan cepat. Tapikan tak berapa nak puas hati sebenarnya sebab banyak menu yang dah habis sedangkan masih awal. hmmm...

 Dannet & Co.,Dannet & Co, Jalan-jalan cari makan, tempat makan sedap di kulim, jalan-jalan cari makan kulim, restoran best di kulim, tempat makan best dikulim, western sedap di kulim, kulim, kedai western sedap di kulim,
Dating bertiga...
Selalunya ketika anniversary, kami akan discuss halatuju rumah tangga kami. Apa yang saya sebagai isteri nak atau impikan. Begitu juga dengan suami... So, apa yang tak puashati pun luahkan kat sini gak dengan syarat dengar sampai habis dan fikir dengan fikiran terbuka...  

Bukan takleh discuss masa lain tapi bila discuss di hari dan tempat yang istimewa, feeling tu lainlah. Kalau tak pernah, cubalah sehari dalam 365 hari. Sehari saja sebab 364 hari lagi kita dengan keluarga. 

 Dannet & Co.,Dannet & Co, Jalan-jalan cari makan, tempat makan sedap di kulim, jalan-jalan cari makan kulim, restoran best di kulim, tempat makan best dikulim, western sedap di kulim, kulim, kedai western sedap di kulim,
Latte sedap. Nak gula banyak mana, sila letak sendiri..

Sekejap ja kami sembang-sembang serius. Pastu makanan pun sampai.. Sambil makan sembang yang santai-santai saja sambil perati si Aisy yang tak reti dok diam.

 Dannet & Co.,Dannet & Co, Jalan-jalan cari makan, tempat makan sedap di kulim, jalan-jalan cari makan kulim, restoran best di kulim, tempat makan best dikulim, western sedap di kulim, kulim, kedai western sedap di kulim,
me, him & aisy

Di sebabkan banyak menu yang takdak, kami order yang ada. Rasa? Of course terbaik terutamanya lamb grill. Nampak macam half cook tapi well cook, isi lembut dan black pepper sauce yang mabeles. Lamb grill tu daddy yang order...

Mommy pula masih kenyang tapi order jugak lamb sandwich. Ingatkan tak besar dan banyak. Sekali sampai tak habis makan.. hihi. Lamb sandwich ni pun sedap. 



Mushroom soup tu order untuk Aisy sebab dia suka makan roti dan mushroom soup. Sedap dan terasa mushroomnya.

 Dannet & Co.,Dannet & Co, Jalan-jalan cari makan, tempat makan sedap di kulim, jalan-jalan cari makan kulim, restoran best di kulim, tempat makan best dikulim, western sedap di kulim, kulim, kedai western sedap di kulim,
Dannet & Co.

Harga? Harga menu yang kami makan tu standard kedai western yang lain. Cuma harga minuman yang agak mahal... Walaumacammanapun, bagi mommy ia sangat berbaloi untuk 'dating' bersama orang tersayang. Sesekali berhabis tak salahkan?

Oklah bagi yang mahu merasa keenakan Dannete & Co boleh cari di sini.. ataupun melalui google maps di bawah.

66, Persiaran 1, 
Kampung Kelang Lama, 
09000 Kulim, Kedah, Malaysia



13 Feb 2017

Happy 10th Anniversary

February 13, 2017 0
Happy 10th Anniversary
Assalamualaikum wbt. Happy 10th Anniversary. 

Alhamdulillah tanggal 11 february 2017 genaplah 10 tahun perkahwinan mommy & daddy zul yang diserikan dengan 3 orang cahaya mata. Berjaya juga kami mengharungi liku-liku, asam garam dan pahit manis berumah tangga. Semua ini menjadikan kami matang dalam kehidupan sebagai suami isteri dan juga sebagai mommy daddy. 

anniversary, cake by Donna's touch, cara sambut anniversary, anniversary ke 10, ulangtahun perkahwinan ke 10, 5 tahun perkahwinan, frasa perkhawinan, 4 frasa perkahwinan,
surprise cake by MIL & SIL

Orang kata terdapat 4 Frasa dalam perkahwinan iaitu : 

  • 5 tahun pertama perkahwinan

Pada frasa ini adalah tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah ada banyak dugaan dari segi sikap pasangan, mertua, anak kecil dan banyak lagi hal kecil yang mencetus pergaduhan. Dalam frasa ini, pasangan perlu bertoleransi, berbincang dan bersabar.

  • Usia perkahwinan 5-10 tahun

Pada frasa ini, rumahtangga dah semakin stabil. Pasangan dah malas nak bergaduh, saling memahami dan dah tahu cara untuk mengelak dari bergaduh. Selain itu, anak-anak pun dah semakin membesar. Faktor kewangan juga semakin kukuh.

  • Usia perkahwinan 10-15 tahun

Pada frasa ini, rumahtangga sudah semakin stabil tetapi isteri atau suami perlu berjaga-jaga kerana pada usia memasuki 40an ada yang mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang merasa bosan dan menjeling pada orang lain. Hal ini berlaku kerana suami / isteri banyak memberi tumpuan kepada anak-anak atau kerjaya.

  • Usia perkahwinan 15 tahun ke atas


Frasa ini adalah frasa yang paling selesa kerana berjaya mengharungi semua dugaan rumahtangga. kajian menunjukkan penceraian pada usia rumahtangga 15 tahun ke atas adalah kurang. Konflik atau pergaduhan juga jarang berlaku. Tahniah kepada pasangan yang telah berada pada Frasa ini dan jagalah kerukunan rumahtangga anda.


anniversary, cake by Donna's touch, cara sambut anniversary, anniversary ke 10, ulangtahun perkahwinan ke 10, 5 tahun perkahwinan, frasa perkhawinan, 4 frasa perkahwinan,
kami nak potong jugak..

Alhamdulillah kami telah berjaya mengharungi frasa pertama dan kedua. Sekarang akan bermula pula frasa ketiga. Bagi mommy, apapun frasa yang kita lalui adalah terletak kepada kita dan pasangan. Yang penting jujur, percaya dan berbincang. In sha Allah setiap perkara yang kita tak mahu dapat di elakkan. 

anniversary, cake by Donna's touch, cara sambut anniversary, anniversary ke 10, ulangtahun perkahwinan ke 10, 5 tahun perkahwinan, frasa perkhawinan, 4 frasa perkahwinan,
dengan kakak Aisya pula
So, semoga jodoh kami berkekalan sehingga jannah. Amin.

anniversary, cake by Donna's touch, cara sambut anniversary, anniversary ke 10, ulangtahun perkahwinan ke 10, 5 tahun perkahwinan, frasa perkhawinan, 4 frasa perkahwinan,


Terima kasih kepada semua yang wish dan doakan kami. 

Aisy Dan Susu Friso Gold

February 13, 2017 0
Aisy Dan Susu Friso Gold
Assalamualaikum wbt. Aisy Dan Susu Friso Gold

Hai korang! Buat apa tu? Selamat menjalankan tugas dan amanah yang di beri. Moga-moga mendapat kenaikan gaji, bonus dan pangkat yang setimpal. Doakan mommy jugak yer. kohkohkoh.

Dah lama mommy tak cerita tentang Aisy. Selalunya mommy up kat IG dan FB ja. Tak tahu kenapa Virus M kuat sangat. Tak terlawan mommy...kahkahkah.

Hensem tak saya?
Sejak mula minum susu formula, mommy sering guna perkataan 'BASI' bagi merujuk kepada susu yang telah dibancuh dan tak habis. Aisy faham perkataan BASI. Kalau cakap BASI dia akan letakkan botol susu di sinki dan minta mommy bancuhkan yang baru tapi tak minum pun. Adoilah anak!

Disebabkan Aisy dah mencapai usia 2 tahun, mommy decide nak beri fully susu formula. Bukan apa lagi dia besar dan lagi dia pandai serta lagi susah nak beri susu formula sepenuhnya. Silap-silap nanti mommy yang kena psiko dengan dia..

FRISO Gold 3
susu kesukaan Aisy

Firstly yang mommy buat adalah berikan susu yang terbaik untuk Aisy iaitu susu FRISO Gold 3 di mana terdapat semua nutrien yang di perlukan oleh Aisy untuk membesar dengan baik. Friso Gold 3 mempunyai locNutri yang membantu penghadaman si manja serta menguatkan sistem tubuh badan dari dalam. Ia juga tidak mengandungi sukrosa dan di import 100% dari Belanda.

Anak cergas dan kuat sebab kesihatan dalaman mereka kuat

Second, mommy mengambil peluang untuk berpisah dengan Aisy buat sementara waktu di mana mommy kena hadir training di Seremban selama 5 hari. Peluang yang datang bertepatan dengan waktu untuk berikan susu formula sepenuhnya kepada Aisy. Secara tidak langsung, telah biasakan Aisy dengan susu formula. Jadi, tiada tantrum apabila di beri susu formula sepenuhnya.

Friso Gold 3 kesukaan Aisy

Third, Mommy gunakan perkataan ' BASI'. So, di sebabkan mommy training lama dan dah lama Aisy tak minum susu mommy jadi susu tu dah basi. Bila Aisy minta saja, mommy repeatedly inform yang susu dah basi. Sekarang pun masih minta lagi. Hihi...

FRISO Gold 3
FRISO Gold 3

Sekarang Aisy 100% minum susu Friso Gold 3. Walaupun hanya meminum susu formula, mommy yakin Aisy mendapat nutrien yang lengkap dengan meminum susu Friso Gold 3. Sejak di beri susu Friso Gold 3, Aisy tidak lagi minum sikit dan tinggal. Kalau bancuh satu botol 240ml mesti tak cukup. Nak lagi katanya.. Satu tin ni seminggu lebih sikit ja. Mommy dan daddy tak kisah janji Aisy sihat dan membesar dengan jayanya dan kuat.


Kesimpulannya, untuk berikan anak susu formula sepenuhnya.... ibu, mak, mama perlu pandai mengambil peluang, gunakan pendekatan psikologi dan berikan susu gantian yang terbaik untuk anak.  In sha Allah proses tersebut akan menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar. 

11 Feb 2017

Kali Pertama Bawa Anak-Anak Ke Perpustakaan awam

February 11, 2017 0
Kali Pertama Bawa Anak-Anak Ke Perpustakaan awam
Assalamualaikum wbt. Kali pertama bawa anak-anak ke public library atau perpustakaan awam Kulim. Dah lama kakak Aisya request tapi mommy tak berkesempatan nak bawa. Di sebabkan hari ini mommy free sikit dan sementara tunggu daddy habiskan kelas memandunya, buat keputusan untuk lepak di library. Malas nak balik rumah memandangkan minyak mahal sekarang ni.

Aisy seperti biasa. Tak reti dok diam.


Kakak Aisya macam biasa, dah jumpa buku memang tak pandang kiri kanan dah.. Kusyuk sungguh. Macam mommy masa kecik-kecik. Taksub dengan buku..hihi


Abang ammar pula tak berapa minat nak membaca tapi suka melukis. Nasib baik mommy dah prepare buku kosong ..


Di sebabkan ini kali pertama dan melihat kepada keselesaan library ini serta tingkah laku anak-anak yang baik kecuali Si Aisy yang tak reti dok diam.. Mommy decide untuk bawa anal-anak ke sini setiap minggu. Lebih baik dari habiskan masa dengan menonton you tube.


Ibu bapa yang lain pun boleh bawa anak-anak ke sini setiap minggu. Selesa dan boleh pelbagaikan bahan bacaan anak-anak.



10 Feb 2017

OSTANIA Mangosteen Amrita | OSTANIA Manggis Amrita - Ekstrak Manggis Pelbagai Khasiat

February 10, 2017 0
OSTANIA Mangosteen Amrita | OSTANIA Manggis Amrita - Ekstrak Manggis Pelbagai Khasiat
Assalamualaikum wbt. OSTANIA Mangosteen Amrita | OSTANIA Manggis Amrita - Ekstrak Manggis Pelbagai Khasiat

Hitam-hitam si hitam manis. Kulit hitam isinya putih. Itulah gelaran kepada buah manggis. Dulu mommy hanya tahu ianya sebagai buah dan tidak tahu apa khasiatnya. Tak sangka si hitam isinya putih ada banyak khasiat. Mungkin sebab mommy bukanlah penggemar manggis. Rasanya dah lama tak makan manggis. Last makan masa sekolah rendah kot.. Tak tahu pulak kenapa tak makan dan tak teringin nak makan pula. Mungkin sebab mommy takut hitam macam manggis..hikhik

OSTANIA Manggis Amrita

Di sebab tak sangka ada banyak khasiat, mommy pun mencuba OSTANIA Manggis Amrita. Senang, tak perlu nak kupas-kupas terus masuk mulut. Dah jadi vitamin wajib untuk mommy ambil setiap hari. Sebab badan terasa sihat dan cergas.

Oklah ini serba ringkas tentang OSTANIA Manggis Amrita.

OSTANIA Manggis Amrita


OSTANIA® Manggis Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulit nya sekali membuatkan Ostania® kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai “ ratu buah” , minuman ini penuh dengan antioksidan dan di tambah baik dengan campuran epal, roselle,  acai beri, anggur dan delima.

OSTANIA Mangosteen Amrita

Untuk mengekalkan rasa dan khasiatnya, ia di pek dalam botol aluminium yang tahan lama dan cantik.


Kenapa OSTANIA menjadi pilihan?

OSTANIA Manggis Amrita

OSTANIA Manggis Amrita menjadi pilihan mommy kerana :-

  • satu cawan kecil Ostania Manggis Amrita mampu mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga
  • Membantu pergerakan system penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan
  • Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam menuetralkan radikal-radikal bebas dalam badan (anti kanser)
  • Membantu sistem pencernaan dengan vitamin C di samping meningkatkan sistem imun.
  • Mempunyai kelebihan anti bakteria dan anti fungi untuk melawan jangkitan kuman, fungi dan yis.

OSTANIA Mangosteen Amrita

OSTANIA Manggis Amrita menjadi pilihan mommy kerana ia mempunyai nilai ORAC antioksidan 14186.98, tiada tambahan gula, tiada pewarna tambahan.


Kelebihan-Kelebihan Ostania

kelebihan-kelebihan lain OSTANIA adalah untuk mengambalikan tenaga, pemuliharaan kesihatan, fungsi terapeutik, anti - penuaan, pemanis semulajadi, membantu penghadaman, anti-kanser dan anti inflamasi.

Penemuan Saintifik OSTANIA

Mempunyai banyak potensi terapeutik seperti anti alergi, anti radang, anti tuberculosis, anti tumor, membantu sistem pernafasan, sistem imunisasi, otot dan sendi dan juga kardiovaskular.

Xanthones mempunyai aktiviti biologi yang tinggi dan lebih mengejutkan ialah ia masih belum digunakan dalam perubatan moden. Membantu melawan kanser adalah salah satu daripada khasiat baik Xanthones. Menurut kajian saintifik yang dilakukan di Jepun, Xanthones mampu mempengaruhi pertumbuhan awal tumor. Uniknya Xanthones juga mampu merendahkan paras LDL (kolestrol) dengan menghalang LDL dari teroksidasi dengan radikal bebas dan sekaligus menghalang pembentukan kolestrol di dinding salur darah arteri dan aterosklerosis.


Empat Proses Penghasilan OSTANIA

OSTANIA Manggis Amrita ini dihasilkan melalui 4 peringkat di mana buah di petik dari ladang, di hantar untuk pemprosesan, kemudian di kilangkan dan seterusnya untuk menjadi produk.

OSTANIA Manggis Amrita


Cara Pengambilan OSTANIA

Saranan penyajian 30 ml atau dicampur dengan air (nisbah 1:1). Simpan di peti sejuk selepas buka. Jumlah hidangan dengan satu botol (500 ml) OSTANIA Manggis Amrita adalah 16 cawan kecil dengan jangka hayat selama 24 bulan.

Harga yang di tawarkan untuk satu botol 500 ml adalah RM 49.90 sebotol atau RM 130 untuk pembelian pek 3 botol OSTANIA.

Khas untuk pembaca blog mommy, setiap pembelian pertama OSTANIA Manggis Amrita akan mendapat diskaun RM 10. Murah tuuu.. Guna kod diskaun di bawah ni tau.

KOD DISKAUN :  FBIO-34F

Kini OSTANIA juga mengeluarkan bentuk tablet 60 biji dengan harga RM80.00. Pek tablet ini adalah untuk memudahkan pengguna membawa ia kemana saja. Terutamanya kepada kaki travel yang mementingkan penjagaan kesihatan.



Untuk mendapatkan OSTANIA Manggis Amrita ini boleh layari media sosial berikut :

7 Feb 2017

10 Petua Menjadi Positif

February 07, 2017 0
10 Petua Menjadi Positif
Assalamualaikum wbt. Mesti dan selalu berfikiran positif walaupun berada dalam situasi atau bersama dengan yang negatif. Berfikiran positif akan menjadikan kita seorang yang mulakan sesuatu yang baru setiap hari, berpeluang menjadi lebih baik, berpeluang untuk berjaya dan mencapai apa yang di citakan.

Jadi, jom bersama menjadi seorang yang positif.

Petua Menjadi Positif


10 Petua Menjadi Positif


Jangkakan Kejayaan

Jangkakan kejayaan atau target adalah perkara utama dalam menjadi positif. Kalau tiada target bermaksud kita tiada hala tuju atau tujuan untuk menjadi positif. Apabila ada target kita akan berfikir, bertindak dan berusaha untuk mencapainya.

Lakonkan Watak Orang Cemerlang

Kadang-kadang untuk berubah dari sesuatu perkara kepada sesuatu kita perlu berlakon menjadi seseorang yang cemerlang. Bukan apa, bila kita berlakon cemerlang... lama-lama lakonan itu akan sebati dan manjadi tabiat untuk cemerlang. 

Kenapa apa perlu berlakon? Sebab kita mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Bila berlakon kita menonjolkan kekuatan dan menyembunyikan kelemahan. Dalam situasi ini, kita menonjolkan kekuatan positif kita dan sembunyikan yang negatif. 

Ubah Penampilan Diri

Untuk menjadi positif kita kena ubah penampilan diri dari selekeh kepada yang lebih bergaya ( tak semestinya mahal), dari pengotor kepada pembersih, dari suka membuang masa kepada yang menghargai masa, yang malas kepada yang rajin dan macam -macam lagi sifat positif.


Berkawan Dengan Orang Berjaya

Nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya kerana secara tidak langsung kita akan terkena tempias kejayaannya. 

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka. 

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.


Dalami Ilmu Kecemerlangan

Nak menjadi positif bukan senang dik. Kena belajar dan dalami ilmu jugak tau. Kenapa apa? Semangat kita ni macam roller coaster. Sat naik sat turun, sat flat... Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Nak buat sesuatu atau nak berubah sesuatu perkara, mesti FOKUS. Perlu fokus sebab terlalu banyak ancaman atau hasutan yang akan mencucuk, menghasut atau menghalang diri dari terus berusaha dan munasabah diri untuk menjadi lebih baik.
 

Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup ini, setiap orang mesti pernah mencapai zaman kegemilangan atau pernah capai apa yang di citakan. Jadikan itu sebagai pemangkin yang membakar semangat untuk berjaya pada masa akan datang. 

Saranan Diri Positif

Cipta tagline positif sendiri . Jadikan ia mentera setiap hari. Tagline ini akan menjadi kekuatan anda untuk menjadi lebih positif. Contohnya:

I can do it
I must do it
I'm the best

Soal Diri Dengan Soalan Positif

Biasakan diri dengan soalan positif agar jawapan yang bermain dalam fikiran kita juga positif. Apabila kita menjadi positif, tubuh badan kita akan bertindakbalas menjadi positif. Antara soalan positif yang boleh kita soalkan kepada diri sendiri adalah:-

  • Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
  • Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
  • Apa yang belum aku selesaikan lagi?
  • Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
  • Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Dapatkan Model Ikutan

Setiap orang perlu ada seseorang yang telah berjaya dan menjadi mentor atau model. Kadang-kadang orang kata kita copypaste seseorang. Pedulikan apa  yang orang kata sebab kita nak jadi dan berjaya seperti orang itu. 

Sebagai orang islam, role model kita yang pertama mestilah Nabi Muhammad S.A.W. 

In sha Allah dengan mengamalkan 10 petua di atas, kita boleh menjadi seorang positif dan sekaligus berjaya. Semuanya terletak kepada diri sendiri. 

Challenge!

6 Feb 2017

ROMANO FORCE & UNIQUE Yang Menguasai Kehidupan Lelaki

February 06, 2017 2
ROMANO FORCE & UNIQUE Yang Menguasai Kehidupan Lelaki
Assalamualaikum wbt. ROMANO FORCE & UNIQUE Yang Mempersonakan.

Hai korang! Seronok kan bagi yang bercuti panjang terutamanya orang Wilayah. Cuti bersambung-sambung gitew. Sesekali dapat peluang bercuti panjang kan!

Oklah hari ni mommy nak habaq yang ROMANO ada keluarkan EDT terbaru khas untuk lelaki-lelaki di luar sana yang mementingkan gaya dan ketrampilan. Yang wanita nak hadiahkan kepada suami, bapa, adik abang dan teman lelaki pun boleh jugak. 

Kenapa lelaki kena pilih ROMANO? Ha baca kat bawah ni tau..

KUASAI KEHIDUPAN – Jadilah Jejaka ROMANO

Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak  dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.

Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.


Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya. 


ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri.  Wanita disekelilingnya pasti tertarik  dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette – FORCE

ROMANO Eau De Toilette – FORCE

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE


ROMANO Eau De Toilette

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan.  Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan ROMANO Eau De Toilette, ianya dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.


2 Feb 2017

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

February 02, 2017 0
GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA
Assalamualaikum wbt. Rajin betul adik seorang ini buat GA. Di sebabkan adik ni rajin, maka mommy pun rajin untuk join. HAHA.


GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA


GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA



CARA-CARA SERTAI GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA:


1- FOLLOW instagram Nik Ainaa (@nfa.nikainaa)

2- LIKE FB Page 'Ainaa Azlan Page'

3- FOLLOW blog Nik Ainaa

4- Buat satu entry dengan tajuk "GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA" dan letak banner kat atas (jangan lupa back link banner ke ENTRY INI)

TARIKH TAMAT : 19 FEBRUARI 2017

WebFilm Cooking Hustle TNB Sempena CNY 2017 Padat Dengan Mesej Tersendiri

February 02, 2017 0
WebFilm Cooking Hustle TNB Sempena CNY 2017 Padat Dengan Mesej Tersendiri
Assalamualaikum wbt. 

Happy Chinese New Year untuk semua kaum china yang menyambutnya. 

Korang.. Korang ada tengok tak webfilm Cooking Hustle oleh TNB? Kalau belum tengok atau menonton, sila tonton dulu... 
 
Dah tengok kan? Apa yang korang faham? 

Webfilm Cooking Hustle ini mengisahkan 3 orang menantu yang hadir ke rumah mertua dengan tangan kosong. Menantu-menantu ini tidak pandai masak tetapi ada kepakaran masing-masing. Kedatangan mereka dengan tangan kosong menyebabkan maharani (ibu mertua) marah, lalu mengarahkan menantu-menantu menyediakan satu hidangan setiap orang. Terdapat unsur-unsur lawak apabila menantu-menantu ini menyediakan hidangan tersebut.

Akhirnya hidangan yang di minta siap dan di hidangkan kepada maharani. Maharani kembali marah apabila hidangan yang di sediakan tidak memenuhi citarasanya. 

Keadaan dapat di selamatkan oleh maharaja (bapa mertua) di mana bapa mertua menggunakan sedikit magic untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan lazat.

Moral of story dari webfilm ini adalah :-
  • Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan.
  • Ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja.
  • Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan.
  • Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga kita.
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
  • Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain

Table Of Harmony

Dalam website Table of Harmony, korang juga boleh join Mystery Dish. Di sini anda akan tahu apa mystery dish korang. Mystery Dish ni ada maksud yang tertentu tau... Kalau nak tau kena la sertai.
Untuk mengetahui Mystery Dish korang, firstly kena pergi ke website ni https://betterbrighter.my/tableofharmony
iklan chinese new year TNB

Klik tab ' UNVEIL MYSTERY DISH'

Selepas itu, klik ' DISCOVER MYSTERY DISH YOU ARE & JOIN THE TABLE'

iklan chinese new year TNB
 
Jawab soalan yang korang rasa sesuai dengan korang. A, B, C atau D.

Tadaaaaa!

iklan chinese new year TNB

Mystery Dish mommy adalah Red Faced Chicken yang membawa maksud ' your unpredictable nature makes you undefeatable in any challenge'. 

Close up sikit. Kalau dalam bentuk GIF ayam ni bergerak-gerak. Mommy tak pandai nak masukkan gambar GIF dalam blog. Kira yang ni pun bolehlah kan.

Mudahkan.?

iklan chinese new year TNB

Oklah, untuk maklumat lanjut... Korang bolehlah layari website dan laman sosial TNB seperti berikut:



P/s: Jangan lupa komen korang punya mystery dish kat ruangan komen yer!


1 Feb 2017

Eumora Facial Bar Sesuai Untuk Semua

February 01, 2017 0
Eumora Facial Bar Sesuai Untuk Semua
Assalamualaikum wbt. Eumora Facial Bar Sesuai Untuk Semua

Hi korang. Tak sangka sekejap saja dah masuk bulan Februari iaitu bulan kedua tahun 2017. Tahun ni macam-macam nak buat . Wish me luck.

Oklah. Hari ni mommy nak share tentang sabun atau pencuci muka yang mommy guna dan sesuai untuk semua jenis kulit. Nampak saja kecil tapi sangat berkesan dan berkuasa, Kenapa? Haa kena baca sampai habis tau!

Eumora Facial Bar


Eumora Facial Bar

Eumora Facial Bar adalah sabun pencuci muka yang di formulasikan dari 100% bahan-bahan yang bermutu tinggi yang di import dari Europe dan di sensasikan dengan HMA (Hydration microalgae factor). Sesuai untuk digunakan setiap hari oleh semua jenis kulit.Ia dapat memberi kesan bersih, lembab dan segar. 

Eumora Facial Bar telah terjual berjuta unit di 60 buah negara. 

Eumora Facial Bar

Disebabkan Eumora Facial Bar adalah produk yang laku keras, mari kita tengok 10 sebab kenapa perlu guna Eumora Facial Bar ini.

Eumora Facial Bar


Perkara Yang Perlu Tahu Tentang Eumora Facial Bar


Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


Di formulasi untuk mengimbangi kulit yang berfungsi pada kulit berminyak, kulit kering, dan kulit sensitif; di kedua-dua kulit cerah dan gelap. Ini diperolehi melalui HMA dan Moor bekerja bersama-sama untuk menyahtoksik dan memulihkan melembapkan kulit dan keseimbangan pH; untuk membawa kembali seri semula jadi dan cahaya kulit yang sihat.

Tiada Kandungan Terlarang


Ia adalah produk ESABEE di mana semua produk ESABEE dibangunkan untuk menjadi berkesan, selamat dan lembut untuk kulit kita dan mesra kepada alam sekitar. Kedua-dua NMA, pemakanan faktor mikroalga dan HMA, penghidratan faktor mikroalga adalah bahan-bahan proprietari kuat berasal dari produk semula jadi untuk membantu menyuburkan dan melindungi badan kita terhadap tekanan gaya hidup moden.


Boleh Guna Pelembab Lain Bersama Eumora Facial Bar


Yer. Boleh guna pelembab lain bersama Eumora tapi pastikan yang lembut dan natural. Ini kerana kulit muka akan menjalani proses detox apabila menggunakan Eumora Facial Bar.

Kesan Selepas Penggunaan Eumora Facial Bar

Ya memang kulit akan bertindakbalas selepas menggunakan Eumora Facial Bar tetapi ia adalah di sebabkan toksik yang sedia ada dan sensitivity kulit. Ia di panggil proses penyembuhan.


Bolehkah Menggunakan Eumora Bar Melebihi 3 Minit?

Tidak di galakkan dan perlu mengikut arahan yang terdapat dalam kotak atau bungkusan Eumora Bar.

Proses Penyembuhan

Kesan-kesan yang boleh dilihat awal proses detoksifikasi yang dialami oleh minoriti yang sangat kecil, kerana organ kulit mengusir toksin yang mungkin telah terkumpul di bawah kulit dari masa ke masa. Contoh yang paling biasa setempat kekeringan, gatal, kemerahan, mengelupas atau jerawat yang secara beransur-ansur akan hilang sebagai menyembuhkan organ kulit anda dan adalah satu tanda pasti bahawa Eumora bekerja.

Berbeza dari seorang ke seorang bergantung kepada keadaan semasa kulit. Ia boleh terdiri daripada beberapa hari untuk beberapa minggu. Ia akhirnya akan menyebabkan pandangan yang lebih berseri dan muda!

Bagi mengurangkan kesan ketika proses penyembuhan, boleh guna pelembab yang kandungannya adalah dari bahan-bahan natural dan perlu berhenti dari menggunakan produk lain. Ini adalah untuk mengelakkan kesan menjadi lebih teruk.


Mommy Selepas Menggunakan Eumora Facial Bar

Mommy perasan kulit mommy semakin segar, kurang kesan  jeragat dan nampak muda kembali. Ia sangat membantu.

Ha.. cuba tengok gambar mommy dengan Ammar. Nampak muda kan? Lepas tu dah takmalu nak tangkap gambar walaupun tak makeup. Nampak natural ja.

Eumora Facial Bar

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Eumora Facial Bar ini bolehlah hubungi melalui email address berikut:-

ask.eumora@gmail.com