Short Trip Lumut - Pangkor

8:00 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt. Short Trip Lumut - Pangkor

Cuti sekolah baru-baru ni, mommy dan keluarga berkesempatan untuk meluangkan masa dengan keluarga yang di panggil 'BERCUTI' dalam erti yang sebenar. Tempat pilihan untuk short trip kali ini adalah Lumut dan Pulau Pangkor.

Untuk anak-anak, ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Lumut dan Pulau Pangkor. Teruja masing-masing. Tak sabar nak naik feri, mandi kolam, mandi laut. Mommy dan daddy layankan saja. 


Bertolak dari Kulim ke Lumut pada jam 3 petang. Mommy dan daddy settle kan dulu kelengkapan sekolah anak-anak. Bukan apa, senang cari awal-awal.Lagipun mommy dan daddy takut tak dak saiz untuk Abang Ammar. Tahu jer lah anak bersaiz besar ni. 

Kami sampai di Lumut lebih kurang 6.30 petang. Daddy bawa dengan kelajuan sederhana sebab hujan agak lebat sehingga Pantai Remis. Lepas tu baru ok tapi disebabkan dah lama tak datang lumut, mommy dan daddy banyak bergantung kepada google maps. Alhamdulillah sampai juga akhirnya.

Di Lumut kami menginap di Hotel Mornington. Dekat saja dengan Jusco Lumut dan 10 minit untuk ke Jeti Pulau Pangkor. Hotel ni mommy tempah melalui booking.com. Review tentang hotel ni, nanti yer dalam entry lain.


Malam pula, kami dinner di Mee Tulang RinRain. Di cadangkan oleh adik suami yang mengajar di sini. Sedap, banyak dan murah.


Pagi tu pula, kami bersarapan di seberang jalan Hotel Mornington ni. Mula-mula google juga tempat makan yang best di lumut. Sekali keluar dari hotel dan tengok kedai di seberang jalan ramai orang, terus buat keputusan untuk ke sana. 


Alhamdulillah. Tak tersalah pilih kedai. Makan roti canai dan roti telur saja. Tambahan order untuk kari ayam. Tak sangka kari ayam tu sedap dan wangi rempahnya. Untuk makluman juga, kedai ni ada jual nasi lauk, nasi lemak, mee, bihun dan koay teow goreng. So, boleh pilih ikut selera masing-masing.

Lepas makan, ajak incik suami ke jeti untuk beli tiket. Sampai sana, daddy tengok signboard yang menyatakan feri 45 minit sekali. Harga tiket pula RM10 untuk pergi dan balik.

So, patah balik hotel untuk check out.

Lepas check out terus ke Jeti. Beli tiket dan feri akan gerak dalam tempoh 45 minit lagi..  apalagi, pergi minum dulu sementara tunggu feri. Depan tu saja...


Dah minum, kita gerak ke feri. Nasib baik tak ramai pada hari tu. Jadi, tempoh menunggu sekejap saja dan tempat duduk pun banyak. Boleh pilih mana suka..


Dalam feri, tinggai mommy dan daddy saja. Tiga beradik tu nak dok sekali... So, ambil kesempatan untuk posing dengan daddy.


Dalam setengah jam lepas tu dah sampai Pulau Pangkor. Welcome to Pulau Pangkor kids! 


Di Pulau Pangkor kami menginap di Hotel Coral Bay. Ini pemandangan depan hotel. Dua tahun lepas, mommy datang kursus ni sini dan menginap di hotel ni jugak tapi belum ada Kapal dan PULAU PANGKOR warna warni tu.

Rezeki anak-anak la ada tempat dan mercu tanda yang menarik.




Sampai di sini saja entry momm tentang short trip Lumut - Pangkor. Nanti mommy update lagi....

1 comments:

TDK Travel Tours berkata...

Pangkor ni..our family favorite destination

Pengikut

Google+ Followers