Siapa Korang?

4:40 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Siapa korang? Siapa untuk apa? Hihi.. Siapa korang dalam dunia maya, sebagai blogger atau sebagai media social influencer? Mommy up status ni kat facebook mommy. Ramai yang feedback...


Bila ramai yang bagi feedback, ada yang serius menjawab soalan, ada yang menjawab tapi dengan ayat penambah yang bikin mommy gelak bila baca.. Apa-apapun korang memang BEST!

Antara yang serius menjawab soalan mommy...ST dan Encik Boss. Claim diri sebagai sebagai blogger lagi best dan biarkan orang yang menilai diri kita sebagai influencer. Kalau kita yang claim diri kita ni influencer tapi sebenarnya tak punnnn. Betul tu. 




Lagipun bukan senang nak menjadi influencer sebab makna influencer tu luas dan besar. Bukan setakat gah di FB & IG saja. Kalau boleh kena gah di semua media social seperti twitter, pinterest, wechat dan lain-lain. 

Lagi satu, if kita sebagai influencer adakah kita ada pengikut kita sendiri? Sebab apa orang ikut kita? Suka cara kita? Suka style kita? Or suka  dengan apa yang kita up di media social? Tepuk dada jawab sendirilah yer...



Bagi mommy, mommy lebih selesa menjadi blogger di samping menggunakan media social sebagai penarik. Yer, kalau boleh nak jadi dua-dua tapi kena ukur baju di badan sendiri. Tak besar, muat dan menutup aurat. hehe.. Taklah sebab mommy takut bila claim sebagai influencer, mommy tak terkejar melakukan tanggungjawab yang di amanahkan.

Antara jawapan yang buat mommy tersenyum adalah blogger tepian la, blogger tepi-tepian, blogger bawah tempurung la, blogger lautan dalam la... Macam-macam eh korang ni gelarkan diri korang. Hihi. Mommy dulu pun ada gelaran untuk diri mommy, iaitu blogger sejukbeku. Sebab blog takdak traffik langsung. kahkah.



Siapapun kita, apapun gelaran kita... janji kita bersemangat, amanah, tidak tamak dan sanggup belajar untuk menjadi yang terbaik. In sha Allah.


0 comments:

Salam Jumaat

9:39 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt & Salam jumaat. 



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.
:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kurniakanlah kami hati yang tidak pernah membenci, sentuhan yang tidak pernah menyakiti,  jiwa yang tidak pernah gelisah, tangan yang tidak pernah berhenti memberi, senyuman yang tidak pernah pudar,  kasih sayang yang tidak pernah putus dan cinta tulus yang tidak pernah berakhir



Ya Allah limpahkan rezekimu pada kami dihari ini, mudahkanlah langkah kami untuk menggapai pintu rezeki-Mu. Limpahkanlah ampunan-Mu jika kami bersalah dalam melangkah. Tuntunlah kami dengan kuasa mu ya Allah.

 Ya Allah Ya Fattahu Ya A'lim
Sejahterakanlh kami dengan kesihatan yang baik, sembuhkanlh jika ada antara sahabat kami yang sedang diuji dengan kesakitan, supaya dengannya kami dapat beribadah kepada-Mu dengan penuh istiqomah.

 Ya Allah Ya Ghaffar Ya Muttakabir
Kami malu ya Allah dengan amalan kami yang sangat sedikit tetapi mendambakn Syurga-Mu, rasa tidak layak untuk kami kesana, tapi kami juga takut dengan azab neraka-Mu. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami...
dosa kedua ibubapa kami, anak-anak dan pasangan hidup kami,
kaum keluarga kami, guru-guru kami
sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat dimana saja mereka berada

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Segala puji pujian hanya untuk-Mu ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى  ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.



0 comments:

Kembara Jom Jimat Elektrik

9:25 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Kembara Jom Jimat Elektrik ~ TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




2 comments:

Dekorasi Idaman

1:24 PTG Cahaya Hayati 5 Comments

Dekorasi Idaman. Setiap diri kaum ibu atau wanita  memang mempunyai hasrat untuk mempunyai rumah idaman atau menghias rumah seperti yang di idamkan. Itupun kalau cukup dan kena dengan budget yang ada. Kalau tiada kita gunakan kreativiti untuk mendeko rumah idaman kitalah. For me, lebih suka deko yang simple, kemas, cantik dan bersih. 

Kat FB, mommy join group FB Kami Suka Deco Deco. Macam-macam dekorasi yang ahli group tersebut kongsikan. Dalam banyak-banyak dekorasi yang di kongsi, mommy terpikat dengan dekoraso, susun atur serta pemilihan warna bagi ruang tamu, ruang makan di bawah. Jatuh cinta terus dan terus pasang hajat di hati suatu hari akan buat dekorasi ini apabila ada rumah sendiri. So, kena keja keras sikit untuk mencapai impian tu...


ruang tamu idaman
Ruang tamu idaman
Gabungan warna yang di gunakan pun sangat mendamaikan. Rasa tenang ja... Warna yang di gunakan pula, adalah putih untuk perabot dan tiffani blue untuk langsir, carpet serta bantal kecil. Gabungan warna pastel yang sangat mendamaikan.


Penggunaan bunga warna putih menampakkan pemilik rumah ini seorang yang simple tapi teliti dalam mendekorasi rumahnya. 

Okaylah layan dulu gambar-gambar yang pemilik rumah ni kongsi di group FB. Mana tahu korang jatuh cinta dan terus mendeko seperti ini. Nanti jangan lupa kongsi gambar naaa....

wing chair
sofa dan wing chair idaman

dekorasi ruang tamu
gabungan dua warna yang menjadikan ruang tamu nampak luas


gabungan warna putih dan tiffani blue

Oh yer, bagi yang tak tahu bagaimana hendak mendeko, korang bolehlah dapatkan EBook Dekorasi Bajet | 77 tips dan teknik dekorasi budget. Siapa yang perlu miliki buku ini? Koranglah. Korang yang nak masuk rumah baru, yang baru renovate, yang nak renovate dan yang sebenarnya kita semua perlu miliki buku ini agar rumah kita sentiasa cantik.



5 comments:

123 Tips Berjimat Cermat & Menyimpan Sehingga RM1,000 Sebulan!

2:38 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

123 Tips Berjimat Cermat & Menyimpan Sehingga RM1,000 Sebulan!. Bercerita tentang duit, kewangan memang tak pernah habis. Hampir setiap hari kita membicarakannya. Mommy sendiri pun pernah alaminya. Nak pinjam dengan kawan malu, nak minta dengan mak ayah... masih ada adik-adik yang belajar dan perlu di tanggung. Hmmm.... Nasib baik muda, belum berkahwin dan takdak apa yang perlu ditanggung. Sementara nak gaji, makan maggi dan nasi lauk telur sajalah.. Itu cerita dulu-dulu.  Sekarang tak lagi sebab mommy dah tahu tips berjimat cermat. Nak tahu? Baca sampai habis tau!



Duit Asyik Tak Cukup.... Atau Hanya Sekadar "Cukup-Cukup" Je Bila Sampai Hujung Bulan? Simpanan Pula Langsung Takde!

Dulu mommy pun macam korang juga. Eleh nak menyimpan tak perlu buku rujukan pun... Setakat ambil sebahagian duit gaji, masuk atau simpan dalam tabung haji, ASB ataupun unit trust dah la. Tapi bila tengah bula ja, korek balik. Macam manalah duit tu nak beranak pinak. Makin susut ada la... 

Akhirnya mommy pun berkenalan dengan ebook tips jimat. Amalkan apa yang di syorkan. Alhamdulillah sekarang dah boleh bernafas dengan lega walaupun tanggungan dan hutang yang perlu di bayar ada. Cakap boleh lah tapi mommy buat dropship. Okayyy kat sini mommy jelaskan yang dropship yang mommy buat tu boleh la tapi income dia tak banyak mana pun sebab mommy sedikit busy dengan kerja hakiki dan keluarga. Ada masa memang mommy up kat FB. Takde? takdelah up atau promosi kat FB. Ada kerja sampingan tapi tak berapa nak berjaya.



Tapi sampai bila kita takdak simpanan? harapkan EPF saja.. Kalau mengikut kajian, duit EPF 200K hanya boleh bertahan untuk tempoh 2-3 tahun saja. Cuba tengok berapa banyak yang ada dalam akaun EPF kita? Dah cukup 1 juta ke? Belum kan? Jadi, mari kita ubah mindset kita untuk kehidupan lebih tenang, lebih banyak simpanan dan tak marah-marah apabila harga minyak naik. Malas sebelum gaji, kita masih ada lagi simpanan atau wang peruntukan yang belum di gunakan.

Apa yang membezakan E-Book ini dengan buku perancangan kewangan yang lain?

123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT


E-book "123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT" ini adalah panduan yang sangat sempoi dan mudah dipraktikkan. Ianya sarat dengan info berguna. Ebook ini di tulis dengan ayat-ayat yang mudah supaya anda boleh melakukannya pada diri, keluarga dan persekitaran. 

Antara Strategi mudah jimat cermat yang terdapat di dalam ebook tips panduan ini

  • Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
  • Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
  • Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
  • Strategi Berjimat- Cermat Dalam Hal Pendidikan
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
  • Strategi Berjimat- Cermat Untuk Kesihatan
  • Strategi Berjimat-Cermat Di Pejabat
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hiburan
  • Strategi Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
  • Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
  • Strategi Berjimat-Cermat Di Waktu Perayaan
  • Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru


Selain dari itu, dengan setiap pembelian Ebook ini pada hari ini... Anda akan memperolehi 3 lagi Ebook iaitu:-


3  Bonus tambahan jika membeli 123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT
 Klik Banner untuk tempahan 



 BONUS #1 : 9 IDEA JANA WANG TANPA MODAL

 BONUS #2 : 10 HOBI BUAT DUIT!

 BONUS #3 : 11 TEKNIK MUDAH JEMPUT REZEKI


Mahal ke Ebook ini? Takkkk... Hanya M27 sahaja untuk 123 Tips Jimat Cermat! 
Ianya adalah hanya berharga 22 sen sahaja bagi setiap tips!

Jika setiap tips yang terdapat di dalam ebook ini, berjaya amalkan, ianya akan mampu menyelamatkan wang anda antara RM10 hingga RM100 ringgit setiap bulan!

1 comments:

41 Facebook Page AFBians Yang Menarik Untuk Di Follow

10:27 PG Cahaya Hayati 6 Comments

Hi korang. Mommy adalah salah seorang ahli AFB. Boleh tengok dekat SINI. Banyak yang mommy belajar tentang blog dengan AFB. Dari tak tahu apa pun sehingga tahu banyak benda tapi masil belajar lagi sebab blog ni pun berubah mengikut peredaran zaman. Macam teknologi juga... Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya. Bak kata Mark FB ' learning is nothing impossible'.

Hari ini, mommy nak ajak readers mommy untuk Likes FB page AFBians yang lain. Mommy senaraikan 41 dulu.... Oh yer, AFBians dah ada 80 orang lebih dah tau. Makin besar dah keluarga AFB. Semoga AFB semakin maju dan berjaya. 

Untuk yang nak join AFB, boleh contact mommy Irra and jangan lupa LIKE FB page AFBians di bawah. Banyak perkongsian menarik oleh AFBians dalam page masing-masing sebab masing-masing ada kepakaran tersendiri. 



41 Facebook Page AFBians Yang Menarik Untuk Di Follow


5. Busyra fb.me/blogbusyra
18. PapaG fb.me/papaglamz
19. CikT fb.me/yati292
25. Hazirah  http://bit.ly/2ftlRkT
26. Kak ita fb.me/pageceritaita
35.Noor Akma
36. Wayne
37. Blog MJ
38. Maisarah fb.me/bingkisanhati
41. Lia Hazty fb.me/liahasty

6 comments:

JOI KinderTab | Tablet Khas Kanak-Kanak

2:15 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

JOI KinderTab | Tablet Khas Kanak-Kanak. Lepas raya hari tu, anak-anak request nak beli Tablet menggunakan duit raya masing-masing. Sebelum-sebelum ni, duit raya depa mommy masukkan dalam tabung haji. Simpanan masa depan depa. Bila anak-anak minta beli tablet menggunakan duit raya depa, mommy dan daddy tunaikan. Tahun ni saja dan agar depa lebih menghargai barang apabila menggunakan duit sendiri.

Mula-mula mommy dan daddy cari tablet di Landmark Central Kulim aka Giant. Tiada yang berkenan dan harga pun mahal. Kemudian mommy cari kat Lazada dan Shopee tapi non hado yang berkenan dan memenuhi specs yang di tetapkan oleh daddy depa. Bila dah tiada dalam website shopping online, naik fedap juga mommy mencarinya. Dalam dok mencari baru terfikir nak search mengikut specs yang di tetapkan. Ada pun... JOI KinderTab. 

Search dalam website JOI, boleh beli kat shopee tapi bila search kat Shopee takdak pula. Dah pening sebab tak tahu nak beli kat mana. Then, bagi daddy tengok... Dia cakap boleh beli kat AEON Bukit Mertajam iaitu di Gloo Center. So, ke AEON lah kita. Gloo Center ni adalah unit yang jual alat telekomunikasi dalam JUSCO. Bukan kat kedai di luar tu...

Rupa-rupanya tablet ni tiada stok tapi boleh order. So, daddy pun order dan boleh dapat tablet ni dalam masa seminggu. Tak kisah lah, janji dapat tab seperti yang di kehendaki. 



JOI KinderTab

JOI KinderTab adalah tablet pembelajaran untuk anak-anak. Ia mempunyai 3 aplikasi pembelajaran untuk anak-anak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Aplikasi tersebut adalah MyReader, MyActivity dan MyPerformance.

Selain dari itu, JOI kinderTab juga mempunyai aplikasi 3D-augmented reality yang di namakan Quiver. So, bila menggunakan apps Quiver ini... Gambar 3D akan bergerak dan ini menjadikan anak-anak seronok untuk belajar. 


Kenapa JOI KinderTab menjadi pilihan?


JOI KinderTab menjadi pilihan kerana specs dia yang lebih baik berbanding tablet yang lain, parenting control, Accessible Apps (android aplication), safety ( Protective Bumpee Casing) dan Kindergarten Educational Contents. Ciri-ciri yang mommy nyatakan ini, ada di bawah. 

Specs JOI Kinder Tab. Klik gambar untuk lebih besar..


Casing Tablet
Protective Bumpee Casing

Casing tablet
Safety casing. Anak-anak boleh pegang dan usung kesana sini




Casing Tablet Kanak-kanak
Dah siap pasang. JOI KinderTab setelah siap pasang casing..

Belakang casing. So, senang jika anak-anak menonton youtube. Tak perlu nak pegang...


3 Aplikasi utama JOI Kindertab


Parenting Control. kena masukkan password yer...

Dengan adanya parenting control ini, anak-anak pun tak terleka dan tidak boleh sesuka hati menggunakan tablet. Perlu minta kebenaran dan buka password dulu. Selain dari password, tablet ini boleh di set hari dan masa yang boleh di access oleh anak-anak. So, bila mommy dan daddy tiada di rumah, tak boleh guna tablet tu.

Sebagai mak bapak, janganlah pula kita bagitahu password tu. Dah tak jadi parenting control la kekdahnya. bagi mommy, apapun pendedahan teknologi kepada anak-anak mestilah ada hadnya, ada kawalan dan di bawah pemantauan mak bapak. Apa-apapun terpulanglah kepada mak bapak tersebut bagaimana hendak mencorak masa depan anak-anak. 

Lagi satu, build in Tablet JOI di sangat kukuh berbanding dengan sesetengah tablet yang kalau terjatuh sekali dah lerai covernya. 

Kepada yang berminat, bolehlah layari laman web JOI



2 comments:

Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah

1:27 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah. Dah lama tak mendengar lagu baru dari Malique. Tak sangka Malique comeback dan baru terdengar di radio tadi. Itupun bila DJ announce baru tahu... Jom hayati lagu baru dari Malique feat Dayang Nurfaizah dengan lagu Pejamkan Mata. Bila dengar lagu ni kena hayati betul-betul bait-bait lirik baru kita akan faham maksud yang cuba di sampaikan oleh Malique dan Dayang Nurfaizah. 



Pejamkan Mata


Malique feat. Dayang Nurfaizah

Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan

Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal
Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghur, runsing… jah



(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu


(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi
Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan


(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu


(Malique)
(Hakikatnya nirvana di sana
Di sini masih lagi samsara
Cuba tak diperhambanya dunya
Sukar tapi aku cuba
Sukar tapi aku cuba ya)


(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir


(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita

Pejamkanlah matamu

3 comments:

Tak Sangka Blog Cahaya Hayati Dah 1000 Entry

10:01 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Tak Sangka Blog Cahaya Hayati Dah 1000 Entry ~ Alhamdulillah. Tak sangka mommy mampu menulis sehingga 1000 entry walaupun ambil masa yang lama berbanding dengan blogger lain yang 1 atau 2 tahun dah 1000 entry... Malah ada blogger satu tahun saja dah 1000 entry malah lebih. Rajinkan blogger tu... Mommy nak buat 30 entry sebulan pun susah. Mungkin sebab mommy blogger separuh masa tapi mommy memang respek kepada blogger yang mampu up minimum 3 entry satu hari. Yang lebih lagi lah mommy respek. 



Apa yang mommy tulis untuk mencapai 1000 entry? macam-macam yang mommy tulis untuk mencapai 1000 entry antaranya lifestyle, kisah atau aktiviti mommy sekeluarga dalam CH daily, Parenting, tips, vacation, review free dan juga review berbayar. Untuk review free selalunya mommy review restoran dan hotel yang mommy pergi. 



Dulu mommy selalu kongsi resepi di blog ni tetapi sejak tahun lepas mommy decide untuk buat satu blog resepi. So, kalau nak resepi boleh baca di www.cucurkembung.blogspot.my. Cucur kembung tu cucur yang tengah viral sekarang. Tak sangka cucur tu viral pula. Dulu tak pemes pun. hahaha


Untuk mencapai 1000 entry ni mommy mula serius menulis blog pada tahun 2010. Entry mommy yang pertama adalah pada tahun 2004 tapi mommy dah delete. So, anggap sajalah mommy mula menulis pada tahun 2010. Lama kan blog ni wujud. hihi.


Kalau korang perasankan, tahun 2015 merupakan tahun paling banyak entry. Tu tahun mommy join AFB atau dulunya EFG. Bila dah join AFB baru tahu tentang SEO, tentang blog, UV PV dan juga merupakan tahun mula mendapat tawaran untuk review. Alhamdulillah AFB memang membuka mata dan minda mommy tentang dunia blog. So, korang yang nak tahu tentang dunia blog... Boleh lah PM mommy irra rayyan. Korang akan di ajar macam-macam tentang blog serta ada pakar adsense juga. 

Bila dah berada dalam dunia blogging, mommy tak akan berpatah balik sebab mommy dah nampak future dunia blogging. In sha Allah pendapatan dalam dunia blogging atau media social influencer juga luas. Yang penting kena gali ilmu sebanyak mungkin. Tak tahu kena berguru...

Usaha!
Usaha!
Usaha!

Oklah. Cukup setakat ini saja bebelan mommy. Nak sambung buat keja. Bye!



1 comments:

Cerita Ride Bertiga

Hujung minggu yang lalu ikut daddy pergi ride ke Parit 30, Kuala Kurau. Sesekali kena join jugak encik suami pergi ride. Baru tahu apa yang bestnya dan merasai sendiri pengalaman ride. Asyik tengok orang ja... So far kalau dekat memang mommy ikut. Jauh-jauh belum lagi sebab anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Biarlah daddy dengan hobby dia dan mommy dengan hobby berblog.. Masing-masing ada hobby dan perlu saling memahami.

Minggu lepas ke Parit 30 sebab daddy nak bawa kawan-kawan ride dia merasai keenakan mee udang di situ. Kami bawa Aisy. Dia duduk di tengah-tengah. hahaha. Dipertengahan perjalanan, Aisy dah tidur.. Jenuh mommy nak imbangkan badan sambil pegang Aisy. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik.


BMW F800R

Mee Udang Parit 30


Inilah mee udang Parit 30 tu. Yang ni saiz special. Lebih kat udang dan harga ja. So, terpulang kat korang nak yang mana. 


Mee Udang
Mee Udang Parit 30

Selain dari mee udang, ada juga gerai yang menjual keropok lekor, sotong goreng tepung, ABC dan western. Boleh order ikut selera korang... 


Hari tu, mommy order maggi kuah udang, sotong goreng dan ABC. Banyaknya. Tak banyak bila kita makan share bertiga. Sambil makan sambil merasai suasana dan angin kuala.. Best sangat. 

Harga makanan tak ingat sebab encik suami yang order dan bayar. Mommy tukang makan saja. Rasanya RM15 untuk yang special tu...

Mee Udang
Menu yang ada di Mee Udang parit 30

Aisy bila dah kenyang.. Main air pula.

Lepas dah kenyang, Aisy ajak mommy jalan-jalan di jeti sebelah kedai mee kuah udang. Nak tengok bot katanya. Nampak tak laut di hujung sana tu....

Mee Udang Parit 30
Jeti Parit 30

Kepada yang nak mencuba dan merasai keenakan mee udang di sini bolehlah follow google maps di bawah

0 comments:

Aisy Ke Taska

2:40 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Aisy Ke Taska. Akhirnya Aisy ke taska apabila MIL selalu tidak sihat. Tujuan hantar Aisy ke Taska adalah hendak MIL berehat. Selain dari itu, hendak biasakan Aisy sebelum di hantar ke tadika atau pra sekolah. Bila tanya nak pi sekolah tak? Jawapan semestinya TAK NAK. 

Alhamdulillah semalam adalah hari pertama Aisy di taska. Mommy punyalah risau takut Aisy buat perangai atau menangis tak berhenti. Alhamdulillah semua bayangan mommy tak berlaku dan Aisy tiada masalah untuk adapt suasana taska. Cuma bab tidur petang saja kena paksa sikit. In sha Allah lama-lama nanti biasalah. 


Malu-malu
Layan mata setelah kena paksa tidur..
Tidur akhirnya...

Sebab-Sebab Taska Menjadi Pilihan


Sebab-sebab taska menjadi pilihan mommy adalah di sebabkan 5 perkara di bawah:-



  • Susah nak percaya orang lain


Tak kira anak dah pandai cakap atau tak, mommy ada sedikit perasaan susah nak percaya dekat orang terutamanya yang baru di kenali. Jadi sebelum mommy ada masalah tidak puashati atau apa-apa masalah dengan bakal pengasuh, lebih baik mommy hindarkan dengan menghantar Aisy ke taska. 

  • Mengenali taska berasaskan islamik, reputasi baik dan bersistematik


Pemilihan taska juga penting. Bukan main hantar saja... Sebab pernah mommy survey taska. Pengasuhnya adalah warga indonesia. Bila di tanya tentang owner, rupanya owner dia adalah berbangsa India. Bukan racis tapi was-was bab makanan yang di sediakan. 

Kalau boleh biarlah tiada rasa was-was apabila menghantar anak ke taska agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.

  • Faktor undang-undang dan keselamatan


Taska yang di pilih mestilah sah dari segi undang-undang dan berdaftar dengan pihak pihak berwajib. Ini adalah untuk mengelak dan memastikan keselamatan anak kita terjaga dan di pelihara serta tiada perkara yang tidak di ingini akan berlaku.

  • Berbaloi dengan yuran yang di bayar


Semesti wang yang di keluarkan perlu berbaloi untuk sesuatu. Jadi cara pembelajaran dan asuhan di taska amat berbaloi dengan yuran yang di bayar. Ini kerana di taska telah ada peraturan yang perlu di patuhi oleh pengusaha taska. Jika tidak, lesen pengusaha akan di tarik balik.

Di taska juga telah mempunyai jadual pembelajaran dan aktiviti untuk anak-anak. So, tak perlu risau berbanding di jaga oleh pengasuh persendirian.

  • Tidak terlibat dengan masalah peribadi


Yang ini yang paling penting dalam pemilihan taska. Selalunya bila hantar kepada pengasuh persendirian, annual leave paling banyak ambil kerana pengasuh ingin bercuti. Jadi, apabila hantar ke taska... Tidak semua cikgu/ pengasuh akan bercuti serentak kecuali hari minggu dan public holiday. 


Itulah sebab mengapa taska menjadi pilihan mommy. 

Kat bawah ini adalah video hari pertama Aisy di taska. Layanzzz


video

2 comments:

Semburan Ajaib Biobax Cool Theraphy Untuk Melegakan Sakit Belakang, Pinggang Dan Lutut

Sakit pinggang? Sakit Lutut? Sakit belakang? Rasa kebas-kebas kaki dan tangan? senggugut teruk? Sakit perut? Lenguh-lenguh badan? Tak dapat melegakan walaupun telah cuba macam-macam? Jangan risau sebab BIOBAX Cool Theraphy ada untuk merawat sakit anda. Ini kerana kandungan Biobax Cool Theraphy seperti Habatussauda, Minyak Zaitun (Olive Oil) dan Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil), ianya dapat melegakan dan menghilangkan rasa sakit-sakit tersebut. Gunalah BIOBAX!

Semburan Ajaib Biobax Cool Theraphy Untuk Melegakan Sakit Belakang, Pinggang Dan Lutut


Biobax


Untuk makluman semua, Biobax mengandungi bahan-bahan organik dan tidak menggunakan bahan kimia terlarang. Ia juga mengandungi Essential Mineral Oil yang tinggi kos penghasilannya serta lebih berkualiti dari segi penyerapan pada kulit.

biobax
biobax

Yang sebenarnya BIOBAX Cool Theraphy ini mempunyai pelbagai kelebihan dengan hanya spray di tempat yang hendak di rawat atau sakit, sapu dan sakit itu akan reda atau hilang dalam tempoh beberapa minit. Semburan ini tidak panas tapi sejuk dan menyamankan. Bau? Jangan risau sebab dia berbau wangi.

biobax
biobax cool theraphy
Kesan sampingan? Jangan risau sebab penggunaan BIOBAX tidak akan memberi kesan sampingan. Sebaliknya ia memberikan kelegaan yang pantas, berkesan dan effektif. 



Antara sakit yang memerlukan semburan ajaib BIOBAX adalah Sakit badan selepas sukan lasak, Susah nak lelap, Ibu mengandung sakit pinggang, Leher tergeliat, Kaki terseliuh, Sakit urat sendi, Lenguh kaki atau tangan, Kejang otot, Selesema, Letih badan dan Stress.

Kan dah cakap awal-awal tadi yang BIOBAX Cool Theraphy ini pelbagai guna dan banyak kelebihannya. Satu rumah wajib ada satu.

Kalau tak percaya boleh baca feedback dari mereka yang telah menggunakan BIOBAX Cool Theraphy. 

Biobax Cool Theraphy
Yang sakit lutut

Biobax Cool Theraphy
Yang mengandung dan sakit belakang

biobax
Yang sakit pinggang


Bagi yang berminat dan hendak membeli, Biobax sekarang ada buat harga promosi tau! Sebotol boleh guna sehingga 500 kali semburan, tahan sehingga 3 bulan! Mai mai mai order!

Semenanjung Malaysia (SM): Hanya RM80 sahaja termasuk pos untuk 1 botol. Kalau 2 botol, RM150.

Sabah&Sarawak (SS): Hanya RM85 sahaja termasuk pos untuk 1 botol. Kalau 2 botol, RM155.

Whatsapp/call/message 019-4703288 (Hayati) atau email yati292@gmail.com untuk membuat tempahan atau mahu menanyakan maklumat lanjut. 



Mini stokis, agent dan dropshipper Biobax diperlukan! Jika berminat, boleh whatsapp 019-4703288 (hayati)

2 comments:

Pengikut

Google+ Followers