loading...

Pelbagai Pilihan Product Jenama Philips Di Philips Experience Store

12:59 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hangpa kalau shopping, hangpa suka konsep kedai atau pasaraya? Mesti hangpa jawab tengok barang apa yang nak di beli la. Akak pun macam hangpa juga. Tengok barang apa yang nak di beli... Ada barang yang akak suka pergi ke pasaraya dan ada barang yang akak suka ke concept store atau personalised store untuk sesuatu jenama.

Kalau hangpa macam akak, akak nak habaq yang Philips telah membuka Experience Store yang pertama di utara. Lebih spesifik di Bayan Baru, Pulau Pinang. Best kan! Lepas  ni senang la kan nak beli barangan jenama philips.

philips Penang

Barangan apa yang jenama philips? Barang elektrik saja kan? OMG, hangpa ni buat malu orang utara saja kan.... Meh akak bagitau satu-satu barang yang ada kat philips experience store ni.

Ni ha set kecantikan untuk orang perempuan. Dari brush, facial set, shaver, sikat rambut elektronik pun ada juga... dan banyak lagi.

philips Penang

Ini pula set dandanan rambut. Kalau nak buka saloon tu boleh ja mai kat sini sebab tengok hari masih dalam harga mampu milik. Set dandanan rambut ni pun terdapat pelbagai pilihan saiz dan fungsi. Pilih ja yang mana berkenan di hati.

philips Penang

Yang ni mak-mak yang ada anak kecik memang suka. Pelbagai jenis pilihan barangan Philips Avent mengikut peringkat umur terdapat di sini. Kalau di pasaraya atau kedai baby, kebanyakan pilihan untuk Philips Avent adalah terhad. Kat sini semua ada... kalau tak tahu tanya saja dengan customer service yang bertugas.

philips Penang

Sampai kat bahagian peralatan dapur memang terbeliak biji mata akak. Barangan atau peralatan dapur  yang akak angankan ada kat sini. Pastu ada pilihan pula... Nak yang keluaran terkini  atau yang lama tetapi dengan harga yang lebih murah. Kalau yang terkini mestilah lagi baik dan berbaloi tetapi terpulang kepada budget kita juga. Function sama tetapi telah di upgrade dari non digital kepada digital. 
 philips Penang

Di sebabkan nama store Philips ni Experience Store, kita boleh mencuba produk-produk tertentu sebelum membeli. Ini akak tengah cuba produk philips untuk meredakan kesakitan dengan menggunakan infra red. Best juga! Boleh beli jika ada ahli keluarga yang mempunyai sakit berpanjangan.

philips Penang

Inilah produk yang akak cuba tadi. Terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis.

philips Penang

Steam Iron! Barangan yang di impikan juga tetapi tak berani nak beli sebab terdengar feedback yang negatif dari saudara mara dan kawan-kawan. Jadi, masa pergi ke Philips Experience Store ni akak pun cubalah sendiri. Best juga terutamanya untuk iron blouse dan baju kurung. Lagi satu iron yang akak terbekenan masa lawatan tempohari, adalah iron terkini dimana hanya iron permukaan depan saja. Tak perlu alih.. jimat masa dan elektrik.

philips Penang

Di sebelah iron yang akak cuba pula adalah pelbagai jenis vacum.

Itu saja ke? Eh, ada banyak lagi seperti dapur induction, pressure cooker, rice cooker, cooler ..... Kalau nak tahu korang kena datang sendiri. 

philips Penang

Psttt. Sambil membelek-belek barangan di Philips Experience Store ni... hangpa boleh bertanya kepada staff yang bertugas sama ada boleh dapat diskaun.. Mana tahu kalau nasib hangpa baik, hangpa dapatlah diskaun. 

Ni alamat lengkap Philips Experience Store.

Philips Experience Store
Blok 2-G-2A Quartermile
Solok Mayang Pasir, Bayan Baru
119500 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 10 pagi - 7 malam
Sabtu             :  10 pagi - 2 petang
TUTUP pada hari Ahad

Kalau tak jumpa hangpa tau kan tapak param masjid bayan baru, belakang tu la... ataupun di tengah-tengah antara Hotel Seri Malaysia dan One Princent.

Kalau hangpa nak beli barangan jenama Philips atau barangan elektrik, akak memang cadangkan hangpa mai sini. Sebab bak kata orang, beli yang branded (mahai sikit) takpa sebab tahan lama. Oklah mai tau jangan tak mai. Nanti hangpa juga yang rugiiiii.


3 comments:

Serlahkan Diri Dengan Ephyra Skin Nano Serum

2:10 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Nak cantik, nak lawa dan nak serlahkan diri bukan lagi alasan sebab pelbagai produk telah berada di pasaran dengan harga mampu milik. 

Kenapa perlu serlahkan diri?

Ko tanya kenapa???? Banyak sebab adik-adik kena serlahkan diri. Pertama, kalau dah kahwin mestilah nak ikat cik abang supaya dekat dan melekat dengan kita dan tak pandang orang lain. Kalau belum tu, mestilah untuk menarik supaya ada yang tertarik di samping akhlak dan budi yang baik.

Kedua, supaya lebih berkeyakinan. Kalau kulit dah cantik, memang tak perlu mekap tebal2 sebab cantik tu dah asli dan kita pun lebih yakin untuk melakukan tugas atau keluar rumah tanpa mekap.

ketiga, keempat... adik-adik, akak-akak sambunglah sendiri sebab terlampau banyak sebab untuk serlahkan diri.

Bagaimana nak serlahkan diri? Meh Cik Ti cerita sebab ini adalah pengalaman sendiri dalam menyerlahkan diri selepas terjadinya proses penuaan iaitu jerawat, jeragat serta parut.

Inilah rupa bila lepas bersalin dan terus tumbuh jerawat dan jeragat. Orang kata sebab perubahan hormon dan faktor umur di samping kolegen dalam badan dah berkurangan. Dedulu masa muda mudi, takdak pula naik benda alah.

EPHYRA SKIN NANO SERUM
Bermulanya jerawat dan jeragat.

Bertambah teruk sebab menggunakan produk yang salah. Bukan berkurangan  tapi semakin menyerlahkan jeragat.. Lepas dah tersalah guna produk terus tak mau cuba produk lain dah. Takutttt! takut bertambah teruk. 

Masa ni keyakinan diri pun semakin pudar terutamanya bila suruh buat presentation. Malu tau orang nampak jeragat yang amat tebal.. Macam kita tak pandai jaga diri. Hanya yang alami saja yang tau perasan tu camna. :(

EPHYRA SKIN NANO SERUM
Kami sebaya tapi akak nampak lagi berumur di sebabkan kesan jeragat dan parut jerawat

Alhamdulillah selepas di perkenalkan dan menggunakan Ephyra Skin Nano Serum, kulit yang bermasalah kembali sihat (muda) walaupun tidak 100%. Kesan jeragat dan parut semakin pudar. Jerawat pun hanya timbul bila Allah Beri Cuti (ABC) setiap bulan.

Ini gambar baru 2 hari guna Ephyra Skin Nano Serum. Bila bergambar pun dah tak nampak kesan jeragat. Keyakinan pun bertambah.


EPHYRA SKIN NANO SERUM
Depa dua nak masuk dalam entry mommy jugak

Ini pula gambar hari ni setelah 10 hari menggunakan Ephyra Skin Nano Serum. Kenapa 10 hari sebab nak bagi korang nampak yang jerawat yang tumbuh masa ABC hari tu dah semakin baik dan jeragat yang semakin pudar serta dah nampak glowing. Tak pakai make up tebal pun.. just letak BB cream dan lipstik.

yang kiri sekali tu akaklah

Itu cerita akak. Ini pula apa itu Ephyra Skin Nano Serum dan kelebihannya.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal. Dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri. 

BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.

EPHYRA SKIN NANO SERUM

10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 

1. Mengecutkan jerawat 
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur 
4. Menghilangkan bintik – bintik hitam 
5. Mencerahkan kulit kusam 
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah 
8. Menghilangkan lebam bawah mata 
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah


EPHYRA SKIN NANO SERUM

Kalau berminat untuk mencuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura. Terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/toko jamu. 

Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u 
Website : www.oceanlife2u.com 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577


Opps! lupa nak habaq sebab sekarang Ephyra bagi harga pengenalan RM 68 saja untuk Semenanjung Malaysia dan RM 72 untuk Sabah Sarawak.  Harga asal adalah RM 88 untuk semenanjung Malaysia dan RM92 untuk Sabah Sarawak

Cepat2 beli. Boleh jimat RM20...

0 comments:

Udang Masak Lemak Cili Padi

11:30 PG Cahaya Hayati 9 Comments

Lunchhhh!

Tayang gambar dulu sebelum pergi lunch. Ambik aura dulu yer.. hahaha. Maaf kepada sesiapa yang tengah puasa sunat dan ganti. Hajat di hati nak puasa sebenarnya tapi rasa badan yang tak berapa nak sihat menyebabkan akak batal hasrat nak berpuasa. 


Hari ni ulang tayang dan share resepi yang di masak pada sabtu hari tu. Menu yang jarang-jarang akak masak tapi sebenarnya memang suka menu ni. Tambah-tambah lagi kalau daging salai atau ketam.. Dulu tak berani nak masak menu ni sebab takut santan tu berkepala ( ketul-ketul kecil). Sekarang dah pandai sebab ada orang nogori bagi petua iaitu santan yang di gunakan adalah santan asli yang tidak di campurkan dengan air. So, kalau beli santan siap perah tu jangan di tambahkan air... Memang tak jadi kepala santan walaupun tak di kacau selalu.

Udang Masak Lemak Cili Padi
sila abaikan pinggan lapik yang sumbing tu...

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan
500g Udang - di bersihkan terlebih dahulu
RM3 santan
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm kunyit
10 biji cili padi - boleh tambah jika mahu extra pedas
2 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 biji buah keras
2 helai daun kunyit - di hiris (saiz ikut suka)
1 keping asam keping/ gelugor
Garam secukupnya


Caranya
Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, buah keras dan cili padi. Jika rajin boleh tumbuk guna lesung, rasa dan aroma lebih asli.

Masak sebentar bahan yang dikisar sehingga mendidih. Masukkan udang, garam, asam keping  dan di biarkan sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan santan.

Setelah udang dan santan masak, masukkan daun kunyit yang telah di hiris.

Tutup api dan hidangkan.


note: resepi ni akak tak gunakan minyak sebab santan tu dah berlemak.

Selamat Mencuba!

9 comments:

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

9:50 PG Cahaya Hayati 1 Comments

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

1 comments:

Bagi Mommy Jelesss!

2:29 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Bila daddy jaga anak-anak. Mommy dapat gambar saja...  Bagi mommy jelesss katanya. Huh! Mommy dah nak nangis ni.. Sampai hati tak tunggu mommy balik keja. 

cendol marvellous

ABC Aiskrim

Tengah menikmati ABC

Si kecik ni pun join sekali..
Ok  Fine! Nanti mommy tayang gambar balik.. Nak bawa hati yang lara sekejap. huhu

Lokasi: Coconut Shake Taman Selasih, Kulim.

1 comments:

Terima Kasih Drypers!

1:58 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Terima kasih drypers baby club sebab bagi bag ladybird yang cantik sangat ni. Sesuai sangat dengan Aisy dan Aisy pun seronok ada bag sendiri.

Mommy pun seronok sebab tak perlu nak letak keperluan Aisy dalam handbag lagi. :D


So, kalau korang nak bag dan pelbagai hadiah yang boleh di tebus... jangan lupa jadi ahli kelab drypers. Register kat SINI.

#jadilahibuyangbijak

1 comments:

Review The Manhattan Fish Market

5:00 PTG Cahaya Hayati 4 Comments

sambungan dari sambutan besday 4 tahun sekali.

Lepas bagi bunga, terus ajak pergi lunch... Kali ini cuba menu di The Manhattan Fish Market pula. Tak jauh dari office sebab kesian kat encik suami. Balik dari keja, tak tidur lagi semata-mata nak celebrate besday akak. Nangis!

the manhattan fish market sunway carnival

First time masuk sini. So, tak tak nak order apa. Akak order nasi dengan ikan bakar apa ntah namanya.. Encik suami pula order lobster. Nak cuba lobster kat sini katanya...

the manhattan fish market sunway carnival

Lobster ni kena bakar dulu sebelum di hidangkan untuk mencairkan cheese tu. Tak nyesal order sebab memang sedap tapi saiz dia kecik. huhu... 

the manhattan fish market

Ini pula, nasi yang akak order tu.  Bolehlah... Kalau dari segi rasa better lagi makan ikan bakar portugis yang kat shopping complex. Bukan mengutuk atau seangkatannya yer... Tapi itulah yang akak rasa. Taste kita kan lain2... Maybe ada yang suka. 

the manhattan fish market

Ini saja review untuk 2 menu tu sebab akak order yang tu ja. Dah kenyang dapat bunga. :D

Kalau datang lagi ke sini lagi, maybe akak tak order nasi dah... Akan cuba menu yang lain pula.

4 comments:

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih

3:37 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt.

Rajin bebenar budak Uzu ni buat giveaway. meh ler kita join reramai.


Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih
*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

3 comments:

4 Tahun Sekali ~ Simple Saja

2:52 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

As promised. 

Baru terhegeh nak update tentang sambutan besday akak yang 4 tahun sekali tu. Sorry k! Lately ni mood berbelog macam lari sikit. Ntah ke mana... 

Sambutan besday akak simple saja. Selalunya pergi makan-makan kat tempat yang special sikit and cik abang bawa pergi shopping... Beli la apa yang di hajatkan within his budget.

Tapiiiiii, tahun ni cik abang akak terlebih vitamin romantik sikit. Terkejut akak! Di suruh ambil half day leave dan turun ke lobi sebab cik abang dah tunggu. Sampai-sampai ja tadddaaaaa..


Sejambak bungeee yang cantik bangatttt. Terharunya akakkk... Thank you mr. hubby. In sha Allah love you till jannah.

Itu ja. Sorrylah akak tak pandai karang ayat bunga-bunga yang buat korang rasa terawang-awang macam tengok wayang cerita Dilwale. Setiap orang ada cara tersendiri untuk hargai pasangan. Ini cara kami.

Tayang bunga lagi... 


1 comments:

Offer Gila-Gila Sempena Birthday LAZADA

5:26 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt

Hi! 

Nak habaq mai yang LAZADA buat offer sehingga 90% sempena birthday dia. Gila kann? Sapa nak bagi offer camtuuuuu? Pi kedai yang nak buat clearance stok pun tak dapat aihhh.


Oklah sempena offer gila-gila sempena birthday LAZADA ni, cheq dok angankan 10 barang yang memang dalam wishlist cheq dah. Dah lama dok idam tapikan sebab mahai tangguh la dulu. Alang-alang dah ada offer gila-gila ni cheq berangan balik la. Mana nak tau dapat bonus nanti boleh sambaq kat LAZADA pastu lori mai hantar.. pin pin kat depan pintu. Buka pintu ambik barang ja.

Barang pertama yang cheq dok berangan adalah smartphone buat ganti handphone cheq yang asyik dok 'hang' ni. Antara handphone yang cheq dok berangankan adalah Huawei Honor 7. Senang cheq nk ambik gambar untuk blog nanti.

Huawei Honor 7




Yang kedua cheq berangan nak beli lama dah adalah CAMERA. Senang sikit nak guna kalau kat rumah. Taklah nak berebut handphone dengan anak-anak. Cheq pilih yang ni dulu sebab bukan pandai sangat bab-bab kamera ni. So, yang ni sebagai alat untuk belajar dalam bidang photography.

Canon Powershot



Yang ketiga cheq dok berangan nak beli SK11. Dengar kata bagus.. Jadi nak cubalah. Nak beli masa tak offer tak mampu hanya mampu tengok saja. Alang-alang dah offer wajib la sambar satu... 

SK11 Trial Set


Hari tu dapat laptop baru tapi beg laptop takdak. Masih guna yang lama jenama HP. Macam derhaka pula dengan jenama DELL. Jadi, laptop Dell mestilah beg dia pun jenama Dell juga. :) 


Dell Laptop Bag




Tadi, bertembung dengan seorang senior manager kat office ni. Dia tanya cheq pregnant ka? huhu... Nampak sangat cheq dah berisi gila-gila. Kalau tak takdaklah dia tanya... Di sebabkan ramai yang dah tegur maka, cheq kena exercise lebih sikit. Sekarang jogging seminggu sekali ja. Oleh itu cheq nak beli Exercise Bike. Boleh exercise malam-malam.

Exercise Bike Donkeez Sport 




Yang ni baru masuk dalam wishist. Minggu lepas fridge kat rumah rosak... Dah hantar baiki tapi bahagian beku masih tak ok. Tak beku juga... Nampak gayanya kena beli yang barulah. Sambil-sambil tengok barang wishlist lain, tengok jugaklah fridge. Ada offer dan berada dalam budget nak beli.. In sha Allah dapat bonus ni angkat satu.


Electrolux 2 Door Refrigerator




Masa bulan Disember hari tu, dah beli kelengkapan bilik untuk anak dara dan anak teruna TAPI depa berdua takmo tidur bilik depa lagi sebab takdak aircond. Survey juga kat LAZADA ni... Harga mampu milik juga pastu boleh dapat glasslock food container lagi. Memang berbaloi!

York Wall Split Air Conditioner





Raya dah dekat. Lagi beberapa hari saja lagi... Setiap kali raya, cadar wajib yang baru.  Barulah tak malu kalau tetamu datang dan tak balik. Kali ini beli patchwork sebab tak mudah renyuk dan terletak cantik. Pilihan warna dan corak pun banyak.

Maylee Cadar Patchwork Set Of 3



Harga barang dah naik, mommy kena pandai jimat. Bila ada offer seperti ini, mommy wajib beli.. Bukan senang nak dapat harga seperti ini untuk Pet Pet Drypants Mega Pack. Beli dari kedai baby pun RM 33 satu pack. Kalau beli dari LAZADA bulan ni mommy dah jimat RM 11. Stok untuk 3 bulan ni. :D

Petpet Daypants Mega Pack



Wah sekarang LAZADA dah ada top up... Ke cheq baru tau. hihi.. Apa-apalah yang penting cheq boleh top setiap bulan. Senang top up melalui LAZADA ni sebab dia direct to phone. Tak payah tunggu lama. Sini bayar terus dapat mesej top up dah update.

Celcom RM 30 Direct-to-Phone Reload



Tu ja barang yang cheq nak beli. Harap-harap bonus ni tercapailah segala hajat ceq. Aminnnn!

Oklah untuk maklumat lanjut tentang offer gila-gila LAZADA ni, sila lawati:


Facebook : https://www.facebook.com/LazadaMalaysia

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

3 comments:

Meredakan Batuk Mak!

4:00 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalammualaikum wbt,

Baru-baru ni akak ada bawakan emak untuk buat MRI ke hospital Kangar. Disebabkan jarak antara kampung untuk ke Kangar lebih kurang satu jam setengah, akak ambil keputusan untuk tidur di rumah abang. Takut sesat sebenarnya sebab tak biasa sangat dengan jalan-jalan di Kangar.

Pada malam tidur di rumah abang tu.. Mak batuk tak berhenti. Mak bagitau dia lupa bawak minyak panas dia. Pastu akak bagi la minyak yu yee cap limau kat mak.  Minyak ni memang sentiasa ada dalam beg make up akak. 

Akak memang sentiasa  bawa sebab pernah sakit perut dalam perjalanan jauh. Nak minta atau tanya dengan orang malu. Malu orang tau kita sakit perut. hahaha

Bila mak akak sapu ja minyak yu yee ni kat dada dan tengkuk dia... batuk tu reda dan dia boleh tidur dengan selesa. So, minyak ni memang pelbagai guna rupanya.

Ok, akak memang baru tau!

minyak yu yee
minyak yu yee cap limau

1 comments:

Nangis. Bloglist Hilang...

2:32 PTG Cahaya Hayati 6 Comments

Assalamualaikum wbt.

Nangis sekejap sebab bloglist dan semua item di sidebar tu hilang. Last buka masa kat KL hari tu masih ada.. Ntah Camna boleh hilang.. Hwaaa. Ujian dalam berbelog.


Baru perasaan semalam sebab ingatkan internet / google problem. Rupanya bloglist & semua item di sidebar hilang.

So, Hari ni baru berkesempatan nak update balik bloglist tu... In Sha Allah saya akan maintain yang mana ada.

Yang belum tersenarai tu boleh komen di bawah & kita buat win win situation. Awak add blog akak kat bloglist awak, akak add blog awak kat blog list akak. Win kan...

Nak masuk blog akak jangan lupa komen di bawah yer...




6 comments:

Tips Untuk Sentiasa Selesa Dalam Perjalanan

11:30 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalammualaikum wbt,

Musim cuti  sekolah tiba lagi... Nah tips untuk perjalanan jauh.

Sesetengah orang tidak suka berjalan jauh atau berada dalam perjalanan yang lama di sebabkan ketidakselesaan. Yelah, duduk atau tidur dalam bas mana nak selesanya.. TAPI kita boleh kurangkan ketidakselesaan tersebut

Bantal Leher

Minyak Yu Yee Cap Limau

Bantal leher amat di perlukan ketika perjalanan yang jauh agar berada atau tidur dalam keadaan yang selesa. Tidak la senget sana.. senget sini. Last last tersandar sedap di bahu orang sebelah. Kalau rakan yang di kenali tidak apalah. Bagaimana jika orang yang tidak di kenali dan berlainan jantina? Nanti tidak pasa-pasal dapat status 'PERVERT'.

Sweater

Minyak Yu Yee Cap Limau
Pastikan anda membawa sweater bersama. Ini adalah untuk mengelak dari kesejukan yang berpanjangan. Lainlah jika anda seorang yang suka sejuk dan boleh tahan sejuk. Tahu kan, bila kita kesejukan kita akan terasa cepat hendak membuang air kecil. Janganlah di sebabkan kita seorang bas terpaksa kerap berhenti.

Pakaian

Minyak Yu Yee Cap Limau

Pakailah pakaian yang bersesuaian ketika menaiki bas. Akak prefer seluar dan blouse atau t-shir lengan panjang. Bukan apa, agar tidak mendedahkan tubuh badan ketika tertidur. Zaman sekarang ni bukan boleh di buat main. Akan ada yang merakam aksi tersebut.. tup tup dah viral kat FB. 

Selain itu ia juga untuk mengelakkan kita dari jadi mangsa lelaki gila seks. Ada tau. Jangan ambil mudah perkara ini.

Kasut

Silalah pakai kasut yang sesuai untuk perjalanan jauh dan lama. Sport shoes adalah yang paling sesuai. Senang bergerak dan selesa.

Bekalan Kecemasan

Sebut pasal bekalan kecemasan ni, ramai yang kurang beri perhatian dan anggap ia tidak penting. Ramai yang tidak menyediakan kecuali mak mak yang ada anak kecil. Antara bekalan kecemasan yang perlu di sediakan adalah. Bekalan penyelamat!

yu yee oil

  • Minyak Angin

Minyak angin amat di perlukan ketika perut merasa tidak selesa. Kita tidak tahu bila masa kita akan alaminya. Jadi minyak angin amat di perlukan dan sentiasa perlu di bawa bersama. 

Minyak angin yang akak suka adalah Minyak Yu Yee Cap Limau. Kenapa akak suka? Sebab minyak ni multifunction. Apa yang multifunction nya? Bukan setakat untuk perut, boleh juga untuk sakit kepala, pening-pening, mual, lenguh-lenguh.  Banyak lagi sebenarnya....

  • Ubat tahan sakit / Ubat demam
Akak ni jenis tak tahan kalau keluar masuk aircond dan panas. Cepat sungguh di hinggap sakit kepala. Kalau tak dapat ubat memang tak boleh buat apa.  Sanggup korang tahan sakit? Takkan punya. So, jangan lupa bawa bersama yer.

  • Ubat Allergic
Kalau korang jenis yang allergic, sila pastikan bawa bersama ubat allergic. Bukan apa, dulu masa kerja ada kawan yang jenis allergic bila berkunjung ke tempat baru. Allergic dengan air la, dengan makanan la.. 

  • Krim gatal


Krim gatal ni adalah sebagai penyelamat sebab bila berada dalam perjalanan, kita akan berasa gatal yang di sebabkan peluh atau kerusi bas. Bila rasa gatal, kita letak krimlah. So, tak perlu menggaru sepanjang perjalanan.

Lain orang lain sakitnya. Yang paling penting, bekalan penyelamat jangan lupa bawa. 

0 comments:

Bila Aisy Sakit Perut

2:10 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt,

Kali ni nak cerita pasal Aisy si kecik yang tak reti dok diam tapi bijak. Opps terpuji anak sendiri pulak. Sorry yer..

Yu Yee oil
Sila abaikan Aisy yang comot tu... Budak nak buat semua sendiri...

Semalam sebelum tidur, Aisy ambil beg biru mommy yang segala mak nenek ada. hihi.. Mommy suka letak satu tempat supaya senang nak cari. Kat situlah ada krim panas, krim gatal, minyak panas, minyak gamat serta minyak yu yee cap limau

Balik pada cerita asal, Aisy ambil beg biru tu sebab dia rasa perut dia tak selesa. Dia dah tau ada minyak yu yee kat situ. Yelah mommy kan sapu minyak yu yee tu setiap kali lepas mandikan dia. Lepas ambil beg biru tu, dia selak baju sambil baring. Memula mommy tak faham dan bila mommy tanya Aisy sakit perut ka? Dia senyum.. 

Betullah tu.

So, mommy pun letak/ sapu minyak yu yee kat perut Aisy.

Anak sekecil Aisy pun tahu minyak yu yee cap limau mampu selesakan perut yang meragam.
Cubalah! Memang saiz dia kecil tapi tahan lama.


2 comments:

Hanangell Serum Picagari Yang Unik

9:09 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Pertama kali di perkenalkan kepada sesuatu jenama yang tidak di kenali, timbullah persoalan

1. Boleh percaya ke product ni?
2. Berkesan ke untuk masalah kulit aku?
3. Apa bahan yang di gunakan?

Itulah persoalan yang seringkali timbul dalam fikiran akak terhadap produk baru.          

Tapi sebab perasaan ingin tahu, akak cuba. Produk tersebut adalah Hanangell Serum. Serum yang di innovasikan dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Produk ini menggunakan salah satu teknologi korea.. K-pop u!

serum hanangell


Hanangell serum di datangkan dalam bentuk picagari yang unik. Tak mudah tumpah, kemas dan selamat untuk di gunakan berulangkali.

Hanangell serum berbentuk cecair jernih. Tidak berminyak dan struktur yang ringan.

Hanangell serum

Cara menggunakannya pun mudah, picit ke jari dan sapu di bahagian muka dengan urutan bulatan sehingga serum  meresap ke dalam kulit.

Inilah hasil setelah menggunakan serum ini selama 7 hari ( 2 kali sehari).

Hanangell serum


Kulit muka akak makin muda, tegang, liang pori pun dah mengecil. Yang paling best, jeragat atau pigmentation di kulit muka akak ni dah semakin pudar sampai cik abang pun dah tegur..

' sayang pakai apa semakin putih ni?'

See, cik abang pun perasan. Hehe..

Oklah' kalau korang nak jadi macam akak, lebih cantik, tegang, dan gebu secara semulajadi.. korang patut cuba Hanangell serum ini.

Psst....
Sekarang ni ada diskaun 30%  untuk pembaca blog Cahaya Hayati ni. Sila guna kod di bawah untuk pembelian serum Hanangell

Hanangell20blogger

1 comments:

Pengikut

Google+ Followers