Unboxing My Lazada Box Of Joy

8:00 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Asslamualaikum wbt. Unboxing My Lazada Box Of Joy

Korang jangan jeles tau... Nak update lagi tentang Lazada Box Of Joy.  Doblas Disember (12.12) di dah nak abih dah.... Kalau bab shopping memang tak kalah. Biasalah alah membeli menang memakai. Bukan shopping saja-saja tapi memang guna pun. hahaha

Unboxing Lazada Box of Joy memang menyeronokkan. Sebab macam-macam hadooo. Ambik kau panjang sebutan hado tu.

Lazada Box of joy


Tefal Manual Chopper, barang yang mommy paling suka. Memudahkan kerja-kerja mommya kat dapur. Bukan mommy sorang saja yang suka... Ibu-ibu yang lain pun suka gak. Yang penting tak perlu ketung ketang lagi pagi-pagi kalau nak buat nasi goreng kampung.

tefal manual chopper

Favorite mommy, Nescafe White Coffee perisa pandan. Sedap sangat.. 

Bertambah bahagia dengan tin nescafe white coffee perisa pandan ni sebab mommy nak jadikan ia tabung. Tin nescafe yang mommy ada dulu dah jadi hak milik kakak Aisya. Padahal mommy yang jadikan tabung dulu. Jeles ngan mommy ler tu. hihi.

Nescafe White Coffee

TAPI yang penting kesedapan nescafe white coffee perisa pandan. Yang belum cuba tu WAJIB cuba. Kalau tak nyesal. Tambah-tambah lagi time tengah offer ni.

Walaupun LAZADA box of joy ni mommy yang punya TAPI daddy Zulkiflee pun tumpang seronok sebab ada SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB.

Korang tau tak kenapa daddy Zulkiflee tumpang seronok? Sebabnya dia nak download movie banyak-banyak sebab tak nak bagi anak-anak boring time cuti sekolah ni... Lepas download dekat handphone, transfer file ke Sandisk OTG... Pastu cucuk kat TV dan movie pun bermula. Heaven!

Sandisk OTG


Dan yang paling mommy suka tu adalah voucher RM 11. 

Voucher Lazada


Dah selamat mommy guna untuk shopping lipstik Maybelline. So, mommy tambah hanya RM7.95 saja. Yang sebenarnya terdapat banyak lagi produk kecantikan yang mempunyai diskaun hebat. Malah diskaun tu sehingga 90% terutamanya foundation, concealer dan eyeshadow... Mommy tak beli sebab ada lagi dan jarang bermekap. 

Lipstik Maybelline


Kalau korang tak percaya, cuba tengok harga concealer ni.. RM 10 saja. Siap dapat berus lagi.. Jimat sangat.

Concealer


Bukan setakat untuk make up. Produk jagaan rambut L'oreal pun menawarkan diskaun hebat....


L'oreal

Yang paling mommy jatuh cinta dengan produk L'oreal adalah Loreal Mythic Oil Rich Oil. Walaupun mommy dapat sample saja. Kira macam guna sekali dah jatuh chenta la. Wangi sangat.. Pastu rambut pun lebih terurus.

Loreal


Ha.. tu jer yang mommy nak bagitau... psttt. Nak sambung shopping sat sebelum beli baju sekolah anak-anak. Mommy shopping dulu yer... hiks hiks

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers