Menikmati Percutian Dengan Traveloka - Cahaya Hayati

10 Dec 2016

Menikmati Percutian Dengan Traveloka

Assalamualaikum wbt,

Menikmati Percutian Dengan Traveloka

Sekejap saja masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, dah nak dekat hujung tahun dah. Anak-anak yang bersekolah pun dah nak cuti. Haa, korang sebagai ibu bapa mesti ada yang dah mula memikirkan ke mana nak bawa mereka pergi bercuti kan? Yelah, mana tidaknya, asyik sibuk dengan urusan harian saja sampai terlupa yang korang dah nak dekat setahun tak pergi ke mana-mana. Jadi, kalau dapat pergi bercuti di hujung tahun macam ni, kita juga boleh ambil kesempatan untuk tenangkan fikiran dan saling rapat-merapatkan hubungan sesama keluarga. Barulah bertambah mesra gitu! Biasanya tempat yang paling menarik untuk bercuti lebih-lebih lagi kalau ada anak-anak ni, pastinya tempat yang ada ‘air’ tidakpun ‘pasir’. Barulah seronok bila dapat berendam kan. Hihi.
Traveloka

Hmm, percutian kali ni aku cadang nak pergi ke Grand Lexis, Port Dickson. Tempatnya Nampak macam menarik. Lepas tu, suasananya pun macam kelihatan tenang dan nyaman saja. Apa yang paling best dekat setiap biliknya ada kolam! Yeehaaa. Bolehlah berendam sambil santai-santai dalam bilik saja. Nak buat aksi kuak bebas ke kuak rentang ke kuak rama-rama ke semuanya boleh. Haha.
Grand Lexis

Selain tu, boleh juga buat aktiviti lain seperti berbasikal. Seronok juga kalau dapat berbasikal ramai-ramai bersama keluarga kan? Aish, rasa tak sabar pula nak mengayuh. Aktiviti lain? Hmm, apa lagi aktiviti yang boleh buat time bercuti kalau bukan pergi jalan-jalan makan angin dan jalan-jalan cari makan, tidakpun jalan-jalan kutip ilmu. Asalkan jangan jalan-jalan cari pasal sudahlah kan. Haha
Berbasikal di Grand Lexis

Eh, korang nak tak kalau aku tunjukkan cara yang paling mudah untuk mencari tempat percutian? Eleh, mestilah nak kan. Malu-malu kucing pula. Jadi, untuk menghilang pening korang aku cadangkan satu laman web yang boleh menjadikan impian percutian korang menjadi satu kenyataan iaitu Traveloka.com.
Traveloka

Kalau korang nak tahu Traveloka ni adalah satu website yang boleh korang layari untuk tempah mana-mana hotel dan penerbangan yang korang nak dengan harga yang sangat kompetitif dan service nya juga adalah terbaik. Sangat menjimatkan masa dan korang juga boleh dapatkannya hanya di hujung jari saja dengan Traveloka Android/IOS App. Sambil rehat-rehat tengah makan pun korang masih boleh belek-belek untuk buat tempahan percutian. Mudah kan?

Traveloka

Bagi korang yang memang suka travel sangat sesuailah dengan aplikasi ni di smartphone korang. Lagipun, nak download aplikasi ni juga senang. Tak kena bayar pun, percuma saja. Korang boleh cari dekat Google Play Store dan App Store. Teknologi dah semakin canggih kan, semua benda jadi mudah. Jadi,inilah masanya untuk korang beralih ke aplikasi Traveloka pula. Boleh buat tempahan penerbangan dan hotel dalam masa yang sangat singkat. Pengguna yang bijak macam korang mesti akan tahu apa yang patut dilakukan.


Aplikasi traveloka
Tambah lagi, di Traveloka ni terdapat lebihi 100 hotel serata dunia dari hotel bajet hingga hotel 5 bintang dan korang juga boleh terbang menerusi lebih 100 laluan penerbangan yang disediakan oleh pelbagai syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa.


Aplikasi Traveloka

Apa? Korang risau harga mahal? Eh, kan dah bagitahu tadi dekat Traveloka ni semua harganya sangat kompetitif. Bukan saja murah, malah siap ada diskaun lagi. Wow, berganda-ganda murahlah jawabnya. Ni nak dekat-dekat hujung tahun ni lagi macam-macam promosi yang sedang diadakan. Korang tak perlu bimbang dengan aplikasi Traveloka ni tiada kejutan harga yang dikenakan sebab berapa harga yang korang nampak pada permulaan itulah yang korang perlu bayar pada akhirnya. Harga yang sangat jujur.
Traveloka


Traveloka

Menarik kan? Sangat senang dan semudah petik jari saja. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak pergi bercuti. Sekarang mesti korang dah tahu kan ke mana nak bercuti. Jangan buang masa lagi, cepat-cepatlah download Traveloka App tu dekat smartphone korang. Nanti boleh terus tempah dengan bijak menggunakan TravelokaQuick. Tempah, bayar, then terus boleh dapatkan e-tiket atau baucar korang hotel korang tanpa perlu mencetak lagi. Lepas ni, tak perlu pening-pening lagi nak cari dekat tempat lain.

No comments:

Post a Comment